Wednesday, 11 July 2012

Hong Kong : Day 1

Assalamualaikum pembaca sekalian,

Tarikh : 06/07/2012

Sebelum sambung entri ni JM ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua pembaca yang follower yang sudi singgah dan skodeng blog yang tidak seberapa ni. Kehadiran kalian amat di hargai 

Tujuan sebenar menulis bukan untuk menghebahkan yang JM.mampu pergi semua tempat..TIDAK!! JM bukan orang senang atau anak orang kaya tetapi sekadar ingin berkongsi pengalaman dan memberi panduan kepada sesiapa sahaja yang ingin travel secara backpacker.

Ini kerana pengalaman travel secara backpacker adalah lebih murah, untung, jimat, adventure dan 'feel' nya lain berbanding pergi dengan travel agent..tak gitu...

Jadi kepada sesiapa sahaya yang mempunyai sebarang kemusykilan dan pertanyaan mengenai tempat-tempat yang JM pernah pergi, sila tinggalkan komen dan sedia menjawabnya.

Entry kali ini adalah berkenaan pengalaman percutian ke Hong Kong dan Macau selama 5H4M mulai 06/07/2012 - 10/07/2012. Nak tahu best ke tidak bercuti di Hong Kong dan Macau ni...kalau nak tahu terus membaca sampai ke penghujung :-) .

Tiket penerbangan murah telah di tempah pada bulan Nov 2011 dengan harga tiket RM375 (return) tidak termasuk Meal and Luggage..kira murah la kan....travel bulan Julai 2012. Biasalah...kalau dapat tiket murah..travel adalah 5-6 bulan selepas itu. Jadi boleh simpan duit untuk tempah bilik hotel dan duit poket untuk bawak ke sana nanti.

Seperti biasa sebulan sebelum travel JM telah membuat tempahan bilik di Cosmic Guesthouse berhampiran stesen MTR Tsim Sha Tsui di Nathan Road untuk satu malam dengan kadar HKD416 = RM170.92 per night.

Lokasi questhouse ni adalah dalam bangunan Mirandor Mansion. Telah maklumkan dalam entry sebelum ini bahawa kebanyakan hotel dan questhouse adalah kecil dan sempit kerana kekurangan tanah terutama tempat yang menjadi tumpuan pelancong seperti di kawasan Tsim Sha Tsui, Kowloon area.

Ini kerana Tsim Sha Tsui adalah tempat strategik untuk mendapatkan makanan Halal, Branded Outlet, kedai Perfume, berhampiran stesen MTR dan yang paling penting banyak tempat menarik yang boleh di lawati. 

Tidak perlu risau kerana terdapat juga hotel dengan keadaan bilik yang lebih besar dan selesa tetapi kadar adalah lingkungan RM600-RM700 semalam. Budget travel macam JM ni jenis tak kisah bilik kecik atau besar janji boleh mandi, solat dan tidur pun susah memadai. Bagaimana nak booking guesthouse ni..senang sahaja..layari laman web ni http://www.cosmicguesthouse.com/

Kali ini JM travel berdua bersama member opis dan kami membuat keputusan untuk tidur satu malam sahaja di Cosmic Questhouse dan malam berikutnya kami nak menginap di California Hotel, Crown Court, Nathan Road beberapa blok sahaja dari Mirandor Mansion. Tempahan boleh dibuat melalui http://www.agoda.com/ atau direct ke link ini http://www.agoda.com.my/asia/hong_kong/hong_kong/california_hotel.html. Terdapat pelbagai jenis bilik yang di sediakan dengan kadar yang berbeza, lokasi yang menarik berdekatan exit MTR hanya dalam beberpa langkah sahaja, good to stay, selamat, bersih dan highly recommend. 

Hotel ini mula beroperasi pada awal januari 2012. Terletak berdekatan dengan Masjid besar Kowloon dan Chungkin Mansion (tempat makanan Halal) yang menjadi tumpuan pelancong. Kami menginap selama 3 malam di sini dengan kadar RM331 per night, bilik agak sempit dan lebih selesa untuk seorang tetapi di sebabkan nak jimat kami pejam mata je lah. JM terpaksa solat atas katil kerana tiada ruang untuk berbuat demikian. Jangan lupa bawa kompas untuk menetukan arah Kiblat. Sekiranya kalian mempunyai budget yang lebih..boleh pilih bilik yang lebih besar dan selesa. Ini lah rupa bilik hotel yang di maksudkan.

California Hotel - Room
Seminggu sebelum berlepas check-in online terlebih dahulu supaya urusan di kaunter Air Asia akan lebih cepat dan pantas. Kemudian pergi money changer untuk buat pertukaran wang dari Ringgit Malaysia (RM) kepada Hong Kong Dollar (HKD) jangan pulak bawak duit Malaysia nak membeli belah di sana..mata wang tu tidak di terima di sana tau...ehehe..budget dalam RM1500 jer tak banyak..tukar kepada HKD dapat dalam HKD3658 di mana rate pada waktu tu 100HKD = RM41. Kemudian shopping sedikit makanan seperti biscuit, roti, maggie dan milo 3 in 1 untuk survive di sana. Mesti korang akan tertanya-tanya kenapa bawak bekalan makanan lagi..di sana kan banyak restoran makan Halal...iyolah...itu memang betul tetapi kalau nk budget travel..makan pun kena budget jugak..nak cuba makanan di sana sekali dua boleh lah kerana makanannya agak mahal berbanding di Malaysia, anggaran 1 meal around RM20 - RM50..parah eden kalau hari-hari makan kat kedai...eheheh.

Oh ya....sebelum terlupa...sekiranya kalian tidak berminat untuk tinggal di kawasan Tsim Sha Tsui, boleh juga cari hotel di kawasan Yau Ta Mei, Jordon atau Mongkok. Akan tetapi kalian perlu naik MTR dari tempat-tempat berikut untuk ke Tsim Sha Tsui stesen sekirnya ingin melawat Avenue of Star, Clock Tower, Museum of Art, Horbour City, China Hong Kong City, Kowloon Park, China Ferry Terminal untuk ke Macau, Star Ferry untuk ke The Peak dan Ocean Park. Jadi pilihan di tangan anda kerana ia sekadar memberi cadangan.

Adusss....banyak pulak JM membebel, itu belum masuk lagi sesi perjalanan ke sana...hihhi...jangan bosan ye kawan-kawan JM ni jenis suka cerita secara terperinci supaya korang dapat maklumat yang jelas untuk ke sana nanti dan InsyaAllah tidak akan sesat jikalau korang ikut guideline ni.

Okeh...let start our journey....

Penerbangan ke Hong Kong International Airport (HKIA) dari LCC Terminal adalah pada jam 4.40 petang dan masa perjalanan adalah selama 4 jam dan di jangka sampai pada jam 8.40 malam. Dalam  penerbangan kami perlu mengisi Imegration Form dan apabila sampai sahaja di HKIA kami cukup kagum dengan keadaan airport yang sangat luas, cantik, bersih, canggih dan lebih besar berbanding KLCC. Apabila selesai urusan Imigresen, kami teruskan perjalanan untuk Luggage Claim berdasarkan signboard yang disediakan...rupanya kami perlu naik train untuk ke Terminal 2 for Luggage Claim seperti di Seoul Airport untuk buat tuntutan bagasi. Selepas selesai urusan tuntutan bagasi di balai ketibaan A, terdapat kaunter MTR yang disediakan bagi memudahkan pelancong untuk membeli Octopus Card. 

Apa kegunaan dan kebaikan Octopus Card ini..JM ada nyatakan dalam entry sebelum ini tetapi bagi sesiapa yang belum membacanya, Octopus Card ni fungsi dan kegunaannya seperti T-Money di Seoul Korea dan Touch n Go di Malaysia. Kad ini boleh digunakan untuk membayar tambang bas, teksi, airport ekspress, MTR dan membeli barang di 7 Eleven. Ini kerana kita hanya perlu touch sahaja kad tersebut pada mesin yang disediakan dan bayaran akan di tolak daripada baki kad. Harga kad adalah HKD150 dan had penggunaan adalah HKD100. Baki HKD50 adalah deposit dan akan di pulangkan selepas kita refund kad tersebut di semua kaunter MTR. Apabila kita refund kad tersebut, mereka akan pulang tunai HKD43 dan baki HKD7 akan digunakan untuk management fee. Sekiranya baki tidak mencukupi untuk membuat bayaran tambang seterusnya, kawan-kawan boleh top-up semula dengan nilai minimum HKD50 di semua kaunter MTR.

Kami mengambil keputusan untuk menggunakan Octopus Card dalam urusan penggunaan pengangkutan awam yang disediakan kerana kami tidak perlu risau unutk menyediakan duit yang mencukupi dalam membuat bayaran. Sebagai contoh, sekiranya harga barang atau tiket HKD10.90..kita perlu sediakan nilai yang tepat kerana baki tidak akan di pulangkan.

Berdekatan dengan kaunter MTR terdapat broucher mengenai Hong Kong dan kami mengambil Hong Kong Map sebagai panduan kami di sana nanti. Ada lagi info yang nak kongsi dengan kawan-kawan di mana Hong Kong sebenarnya terbahagi kepada 3 bahagian iaitu Kowloon Area, Hong Kong Island dan Lantau Island. Airport Terminal, Disneyland dan Ngong Ping 360 Village terletak di Lantai Island, The Peak Madame Tussaud dan Ocean Park terletak di bahagian Hong Kong Island manakala Kowloon Park, Mirandor Mansion, Chungkin Mansion, Crown Court, Harbour City, China Hong Kong City, Kowloon Mosque, Ladies Night Market, Avenue of Star dan Clock Tower berada dalam Tsim Sha Tsui, Kowloon area.

Hishhh...asyik bercerita jer..bila mau sampai hotel kan...ehehehe...Terdapat 2 cara untuk Tsim Sha Tsui area sama ada menaiki Aiport Express Train atau Bus dengan kadar tambang yang berbeza. Kedua-dua transport boleh di ambil di Hall B.

Airport Express : 

Travel Time :  30 minutes
For passenger who wants a balance between comfort and economic, the Airport Express Railway is the definite choice. Airport Express can be easily spotted in the Arrival Hall. You will find ticketing machine on side walls. Purchase your ticket for the Kowloon stop. The Fare is HKD90 for Adult. Trains run at 12-minute intervals.

Afer 21 minutes of the ride, you will arrive at the Kowloon Station. Direct your self to Exit A and hop on to a taxi. It takes about 5 minutes to get to Mirador Mansion. You are expected to pay about HKD25 for this short trip.

Kami mengambil keputusan untuk menaiki Bas kerana tambang lebih murah dengan kadar HKD33 dan tempoh perjalanan 50 - 90 minit bergantung kepada trafik. Terdapat kemudahan Wifi Free dalam bas dan perjalanan pada malam itu amat menarik kerana boleh surf internet dan upate status..hooyeee...eheehh.

Direction to Cosmic Guesthouse :
1. Keluar dari Arrival Hall A terus pergi ke Hall B
2. Dapatkan lift yang berdekatan dan turun ke Level 3 terdapat hentian bus
3. Lokasi bus stand City Bus, No A21 Airport <-> Hung Hom KCR Station Route pada sebelah kanan 
    (right hand side) - Bas 2 tingkat
4. Letak luggage pada bahagian bawah dan cari tempat duduk yang bersesuaian dan tidak perlu risau dengan
    keadaan luggage kerana terdapat CCTV
5. Bus berhenti dalam beberapa Pits Stop dan di sebabkan kami booking hotel di TST area, jadi kami akan 
    turun di 13th stop – 82- 84 Nathan Road near Tsim Sha Tsui Station (Exit B1). Macam mana nak tahu
    yang bus dah sampai ke pits stop yang keberapa..tak perlu risau dalam bus akan display dan anounce no 
    pit stop

Apabila keluar dari kawasan airport,  terasa amat bahang seperti berada dalam ketuhar...selalunya pada waktu malam mesti sejuk kan...rupanya baru perasan bahawa kami travel bulan Julai ..summer season...ohhh...panas sangat..memang agak tidak selesa tetapi apakan daya..redah jugak lah. Jadi di sini JM nasihatkan supaya elakkan travel pada summer season kerana cuaca amat panas, udara pun panas dan keadaan agak melekit dan sekali sekala hujan turun pada waktu pagi. Jikalau ada yang ingin travel pada musim ini, baik sediakan payung.

Jom layan gambar sepanjang perjalanan  pada malam itu.
City Bus A21 <Airport - Hung Hom KCR Station Route>
Screen dlm bas akan display pit stop
Apabila sampai ke pit stop ke 13, jalan terus ke hadapan sehingga kalian nampak Kowloon Mosque di sebelah kanan betul-betul kat junction dan sebelah masjid tu terdapat stesen MTR Tsim Sha Tsui Exit A1. Cari entrance Mirandor Mansion sebelah kiri iaitu hanya beberapa langkah dari junction tadi. Perlu di ingatkan sekali lagi pastikan selepas turun dari bas jangan belok ke kiri atau ke kanan jalan terus sahaja ke hadapan. Pegi ke aras 12 untuk ke Cosmic Questhouse dan beginilah keadaan bilik kami pada malam tu.

Cosmic Guesthouse
Our room
Selepas selesai urusan check in, masuk bilik, mandi dan solat terus ZZZzzzzzz kerana masing-masing dah penat.
Perbelanjaan hari pertama : Tambang bas HKD33

To be continue on the next day..what will happen to us..surprise...ehehehehe

29 comments:

  1. salam..
    nak tnya kanak2 perlu byr berapa nak naik mtr?
    byr full sama mcm adult ke atau separuh..
    tq

    ReplyDelete
  2. waalaikumussalam Mama tim, kala nak naik mtr better bli octopus card kat airport yer..pastu rate for adult and children berbeza..sila rujuk website ni : http://www.mtr.com.hk/eng/fares_tickets/train_service_index.html

    ReplyDelete
  3. salam..sayapun insya Allah akan ke HK bulan 1 ni..mmy style backpack gak ngan suami..sooo..soalan sy yg pertama..dari airport tu, saya ada baca entry , bleh nek shuttle bus ke Tung Chung ,(HKD3.5) RM1.4o, sampai Tung Chung, bleh nek MRT ke Tsim Sha Tsui (HKD 19.80) RM7.92...sy tatau brapa lama style tu bleh smpai TST..tp style awk, naik bus dari airport direct ke TST...so nk tau..mana cara yg lg better..kami bawak RM1300 je sorg nanti..dpt bilik 2mlm dgn harga RM250, book kat booking.com..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Khairul..minta maaf baru terbaca komen you..ahaaa..kalau naik MRT pun boleh..lagi jimat..MRT kat sana mmg efisyen dan cepat dan murah. Murh le tue dapat rega RM250 for two night..epi holiday yer..

      Delete
  4. jap jap jap! tak faham.. ape yg 90min ni? dr airport HK ke TST ke? jauh nye weh

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ohhh...itu anggaran sahaja ma..bergantung kepada traffic...hari tu aku naik bas dalam 1 jam jugak sbb byk pit stop yang dia berhenti..

      Delete
  5. Nak tanya lagi hahaha....bekalan makanan yg di bawa..kita naik airasia kan so boleh ke trus masuk ke dlm cabin beg yg berisi makanan2 tu...tgk jm mcm bawak satu beg je tu huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. yer..masukkan je ke dalam luggage coz beg besar baju tak byk..tapi bawak lah satu backpack..nanti bila jenjalan..leh bawak bekal mknan tu

      Delete
  6. baru nak klik cosmic gueshouse naik "jangan nakal2" kenapa yerk xleh klik la ye

    ReplyDelete
  7. Salam JM .. Saya nak ucapkan terima kasih banyak2 ... Saya baru balik dari HK last week dan panduan dari JM amat berguna dan sangat efisennya .... Cuma nak inform sikit kat JM atau pembaca yg lain nak gi ke HK nanti ... stesen bus di tsim sha tsui memang stesen no 13 tapi nama perhentiannya ialah Cameron Road .. Kalut juga waktu naik tu sebab tak tulis Nathan road ... so JM thanks bebanyak ... Teruskan menulis tip2 yg berguna .... Bg saya better naik bus pergi dan balik ke Airport senang dan senang ....

    ReplyDelete
    Replies
    1. W'komsalam...oh yer,,nanti JM betulkan..sama-sama dan teruskan membaca blog JM tau..

      Yer betul nak senang naik je bas pergi dan balik sbb lebih efisyen dan murah..lepas ni nak ke mana pulak hikss

      Delete
  8. Assalamualaikum..hai jm., best bca cerita jm..lengkap sangat.tak sabar nak p hong kong..sy nak tanya jm, sy ada buka laman web agoda nak tengok hotel sekitar tsim sha tsui untuk bulan 9 ni..sy tengok hotel tu berada dalam chuking mansion..dan terletak 0.01 km je MTR tsim sha shui..jm rasa ok x klu nak duduk kat hotel tu? Senang tak nak p tempat2 yang jm pegi tu?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumussalam Farhana,

      Klau nak tahu area Tsim Sha Tsui, Mirandor Mansion dan Cungkin Mansion adalah TOURIST Spot..kiranya mmg lokasi yang akan strategik...keluar je dari Chungkin dah ada entrance utk ke MTR. Ini bermakna kawasan tu mmg crowded..byk juga restoran HALAL kat dalam tu. Cuma hotel or Hostel kat area tu kecik dan sempit dan agak mahal (biasalah HK kan tak cukup tanah) so kalau dpt rega RM150++ per ngiht tu biasalah. Then dari sana kalau nk pegi ke attraction paling mudah dan senang..just follow je direction yg JM bagi tu..dah ramai reader berpuas hati selepas baca entri HK dari blog JM sebagai rujukan heeee

      Delete
  9. tima kasih JM..tak sabarnak pegi . . :)

    ReplyDelete
  10. sy kurang faham psl octopus card tuh? lps beli kn top up ke or mmg dh cukup dlm tu?
    mmg best baca blog awk..:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terimak asih sudi baca blog saya...beli octopus card dengan harga HKD100..jika nilai didalam tidak mencukupi selepas di gunakan boleh reload or top nilai ke atad kad tadi. Sekiranya nilai kad masih berbalik boleh refund di airport ada kaunter khas utk octopus card tu..harap2 faham ye

      Delete
    2. apuipetpet : nak pegi disneyland naik tren stop at disney resort..kalau nk tahu camna nak ke sana..leh baca entry HK..ada direction detail

      Delete
  11. Kenangan bila solat atas katil pun saya tak akan lupalah. Memang bilik dekat guesthouse di sana kecil-kecil aje kan. Alhamdulillah, masa lawatan kami ke sana tu dapat juga booking guesthouse. Kalau tak susah jugak bila tak ada penginapan. Seronok baca. Tak habis lagi ni. Nanti saya datang sambung baca lagi. =D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih Fa kerana msih sudi baaca entri yang lama2 tu..terharu tau

      Delete
  12. rindu nak ke HK lagi tetiba lepas baca entry jm ni..hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sai : ahaks..JM dah 2 kali ke sana so x de lah rasa rindu sgt..tapi baru sekali pegi maybe nk pegi lagi hikss..
      Hamoii...rindu katanya Sai?..ada sesapa ke kat sana tu :-)

      Delete
  13. kecik molek semua bilik di hong kong no..klau pi travel backpacker ok la kan..klau dgn family mcm sush sikit kan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Timm : hotel/guesthouse area chungkin mansion or mirandor mansion tu mmg sempat..kalau g ngan family better stay kat hotel yg mahal sikit..bilik lebih besar

      Delete
  14. Salam JM...sorry nak tak bertanya...kalau Airport Ekpress tu, harga tiket kita beli tu untuk 1 way atau 2 ways ye? Pastu yang dia cakap unlimited utk semua public transport for 3 days tu, maknanya tak perlu dah beli Octopus Card ke? aiyooo...pening nak paham...hahaa..1st time...

    ReplyDelete
  15. utglah org hongkong blh rasa cuaca sejuk dan panas . ingatkan di sana panas memanjang ...

    ReplyDelete

Komen apa2 je!!!
Kunjungan anda akan di BALAS

NUFFNANG