Tuesday, 3 July 2012

Tips travel to Hong Kong

Assalamualaikum....

Kepada sesiapa yang pernah baca entry aku sebelum ini, aku ada menyatakan bahawa tujuan aku menulis blog ini adalah sekadar untuk berkongsi pengalaman, maklumat, tips dan panduan melancong secara backpackers. Aku berharap agar blog aku ini secara tidak langsung dapat memberi sedikit manfaat kepada pembaca.

View Hong Kong di waktu malam

Entry aku kali ni adalah tips melancong ke Hong Kong..almaklum lah awal bulan Julai aku akan ke sana. Antara tips yng boleh di kongsi adalah seperti berikut :


1. Percutian ke Hong Kong dan Macau tidak memerlukan VISA akan tetapi sekiranya ingin ke 
    Beijing atau Shenzen VISA di perlukan.

2. Pengangkutan bukan masalah utama di Hong Kong kerana terdapat Airport Bas dan Airport Ekspess  untuk ke Pusat Bandar (Tsim Tsa Sui Station). Kos pengangkutan Airport Bus adalah HKD33 (40- 90minit) bergantung kepada traffic dan Airport Ekpress adalah HKD115 (30 minit) perjalanan. Pengangkutan yang sangat efisyen dan menepati masa. Jadi pilihan di tangan anda.

3. Sama seperti China, Korea dan Perth... tandas nya tidak ada kepala paip..jadi perlukan sediakan botol 
    mineral kosong.

4. Makanan di Hong Kong agak mahal kerana agak sukar untuk mendapatkan makanan halal seperti    Vietnam. Aku cadangkan kalau percutian pendek, mungkin boleh bawa makanan ringan atau makanan dalam tin.

5.Selain disneyland, kalau anda boleh melawat Ocean Park...theme park yang setaraf dengan DreamWorld di Gold Coast.

6. Bahasa di Hong Kong ialah Kantonis. Majoriti penduduk HKG bertutur dalam kantonis. Tapi, mereka boleh memahami English lebih baik daripada penduduk China.

7. Kawasan yang sesuai untuk anda tinggal ialah Tsim Tsa Tsui..kawasan ini tak ubah seperti Bukit Bintang, dan disini terdapat banyak pilihan hotel bertaraf 3 - 5 Bintang.

8. Makanan halal ada di Hong Kong tapi tak banyak. Kalau nak rasa makanan Cina Muslim, lebih baik anda ke Islamic Centre. Dijamin 100% halal.

Sekian, untuk kali ini...jumpa lagiii...

24 comments:

  1. salam.. hai..souvenir mahal tak kat HK..sy plan nk g HK dlm bln 6 ni.. so nk kne kumpul duit la kan..tu nak taw tu..hehe..thanks 4 ur feedback

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mis Mia...souvenir agak murah compared to Aussie.. :-) kat laluan ke Chungkin Mansion tu ada kedai souvenir..bleh beli borong..

      Delete
  2. salam... pergi sana kalau tanpa tourguide selamat tak?? pengankutan awam kat sana mcm mana.ada penipuan tak?? saya cadang nak g sana jugak... tapi masih dalam analisa badjet dan keselamatan... ingat nak g sendiri je tanpa tour..apa pendapat admin??

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam syam..soory lambat reply..mmg selamat tanpa tour guide. Public transport mmg efisyen..pegi jer..mmg best dan tak perlu risau lagi selamat compare to Malasyia..boleh refer entry Hong Kong for prepare a budget.

      Delete
    2. ooo mcm tu...memang compom selamat eh...cm mana budaya sana..saya ada dengar2 citer orang hong agak rude jugak...betul ke?? kalau ambik teksi memang dorg tak kapak ke?? hari tu admin jalan ke hong kong menginap kat hotel mana??

      Delete
    3. syam..selamat je..orgnyer pun ok..flunce english..naik teksi guna meter tapi better naik train jer lagi senang..California Hotel..boleh refer kat entry Hong Hong yer..lebih detail :-)

      Delete
    4. ok...trima kasih banyak untuk info ni :-)

      Delete
  3. Memang cdgn nk g hong kong disneland bwk ank2, tapi mcm pyh lak nk dpt mknan halal di sana yea. Ada kekwn cite mknan halal agak mahal. Huhuhu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kat area tsi tsha tsui chungkin mansion byk kedai mknan halal tp biasalah agak mahal mcm sy ari tu bwk bekal dr malaysia nk save budget. Hk x spt australia strick x leh bwk masuk mknan. Kt hk bleh jer bwk je bekal roti letsk tuna ngan air mineral :-)

      Delete
  4. Hai..
    Nak tnya; If pegi HK w/o tourist guide, selamat x? coz ktorg pegi 4org n all r d ladies..
    n mcmna dgn pnginapan? kalo blh nk tmpt yg selamat laa..
    Lg 1, kat HK ade tmpat2 bersejarah x?

    Thanks!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Selamat..sbb JM pun pergi backpacker je ngan kawan (kami berdua), Ladies lagi..lebih selamat compare to Msia..ehehe
      Penginapan kat sana mahal dan bilk sempit...kalau nk selamat sikit tggal kat hotel no hostel..try check in kat REgal Kowloon Hotel ..skrg tgh offer leh dpt RM410 sebilik..bilik besar boleh lah tdo utk 4 org kalau nk save budget..
      Tempat bersejarah di HK..setahu JM ada MusuemArt besebelahan Avenue of Star..
      Nak tahu citer pasal HK leh baca entri JM berkenaan HK...
      HK selamat dan JM akak pergi lagi on April nanti :-)

      Delete
  5. hai .. Jm ... terima kasih atas info yang terbaik.. Sangat banyak membantu persiapan kami ... Insya Allah kami akan bertolak ke HK pada hari Jumaat ini ... Cuma apa yang merisaukan sedikit mengenai jawapan JM lebih selamat tinggal di HOtel bukan di Hostel ... Tapi kami dah booked di Hostel usa di marador mansion ... .. TQ ...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hai Zanaa...thanks for reading...kalau hostel..semua penghuni dari geng2 yg sama ok..kalau bercampur ngan org lain tu yg bimbang sikit ...risau akan ada kehilangan barang..kalau dalam 1 dorm tu geng travel yg sama its ok

      Delete
  6. lengkap dah panduan ni ... mknn halal yg susah nak cari kat negara org ...

    ReplyDelete
    Replies
    1. sis Vee..JM ada pos small gift for u...kalau terima maklum JM eh

      Delete
  7. sis mate wang sana guna dolar ke yuan?

    ReplyDelete
  8. Macam nak matikkk study HK ni dulu... Lap peluh!

    ReplyDelete
  9. Tandasnya tak ada kepala paip tu apa Jay Emm?? He He He...

    ReplyDelete
  10. Kat chungkin masion x sesuai utk famili ker dik..

    ReplyDelete
    Replies
    1. kak Normala Mahat...bilik sgt sempit..kalau g family mmg like duduk dalam tin sardin lah hikss

      Delete

Komen apa2 je!!!
Kunjungan anda akan di BALAS

NUFFNANG