Wednesday 14 November 2012

Itirenary Beijing 2010

Assalamualaikum, Selamat Sejahtera, Annyonghaseyo....

Ini adalah antara percutian aku yang pertama ke luar negara mulai tahun 2010 menggunakan khidmat travel agensi kerana pada waktu ini aku masih belum terdedah dengan suasana melancong ke negara orang.

Travel Agensi : SMR Holidays Sdn Bhd
Alamat             : Aras 9 (9F) Menara UBSA, Pusat Dagangan Unmo Shah Alam,
                            Persiaran Damai, Section 11 Shah Alam, Selangor
Tel No             :  03-55137910

Melancong dengan travel agent yang aku maksudkan amat memuaskan dan aku mengesyorkan kepada sesiapa yang ingin menggunakan khidmat mereka boleh hubungi talian di atas. Ini adalah pengalaman pertama aku melancong bersama 49 orang ahli rombongan dan seperti biasa kalau dah ramai tu..pengurusan masa agak terganggu.
Entri kali ini lebih kepada perkongsian persediaan kepada sesiapa yang first time naik pesawat dan pergi melancong macam aku mula2 nak ke Beijing dulu….

1.    Pastikan berada di Airport 2 jam sebelum penerbangan untuk International Flight dan 1 jam bagi domestic fligt.
2.   Travel secara backpacker sebaiknya check in flight secara online melalui web check in seminggu sebelum penerbangan bagi melancarkan proses daftar masukdi kaunter.
3.   Berat bagasi melebihi 7kg perlu masukkan ke dalam cargo dan minimum bagasi yang di jual oleh AirAsia adalah 15kg dengan harga RM35.00.
4.   Berat bagasi yang dibenarkan untuk di bawa masuk ke dalam pesawat adalah 7kg.
5.   Segala jenis cecair termasuk air mineral tidak dibenarkan di bawa ke dalam pesawat dan hendaklah di letakkan ke dalam kargo.
6.   Elakkan dari memakai barang kemas ketika pergi melancong dan pastikan semua barang peribadi seperti duit, passport, arrival card dan lain-lain barang disimpan dengan selamat.
7.   Bawa bersama ubat-ubatan seperti minyak angin atau minyak cap kapak sebagai persediaan sekiranya terasa pening dalam penerbangan.
8.   Bawa bersama kompas sebagai panduan arah Kiblat.
9.   Bawa bersama international soket (soket 2 pin).

Informasi tambahan :

-         Mata wang China adalah Yuan (100 yuan = RM50)
-         Suhu bln Mac : 6 - 20 Darjah Celsius (siang hari dan pastikan bawa bersama baju
           tebal)
-         Waktu China dalah sama dengan waktu Malaysia
-         Musim : Winter

Itirenary/Aturcara perjalanan

Day 1  17 Mac (Rabu) - Kuala Lumpur /Tianjin/Beijing
-         Berkumpul di LCCT 2 jam sebelum berlepas
-         Makan tengahari di dalam pesawat
-         Berlepas ke Tianjin
-         Dari Tianjin ke Beijing dengan menaiki bus dan tempoh masa adalah 1 jam
           perjalanan
-         Sampai di Beijing menyaksikan pertunjukan Acrobatic dan makan malam sebelum
           check in hotel dan berehat

Day 2 : 18 Mac (Khamis) – Jade Centre/Tembok Besar China/Shopping
-         Selepas sarapan pagi di bawa ke Jade Centre dan Crystal
-         Makan tengahari dan Solat Zohor
-         Lawatan ke Juyongguan Great Wall (Great Wall of China)
-         Melawat pusat perubatan Baoshutang Scald Ointment
-         Membeli belah di Sunshine Market
-         Makan malam dan balik ke hotel

Day 3 : 19 Mac (Jumaat)  – Tianmen Square/Kota Larangan (Forbidden City)
-         Selepas sarapan ke Tianmen Square dan Forbidden City
-         Makan tengahari dan solat Zhor di Nuijie Mosque
-         Lawatan ke pusat Ubatan Herba
-         Membeli belah di Sanlintun Market
-         Makan malam dan balik hotel

Day 4 : 20 Mac  (Sabtu) – Stadium Sarang Burung (Olimpik Stadium)/Membeli Belah
-         Lawatan ke Beijing 2008 Olimpik Stadium dan Kilang Sutera
-         Makan tengahari dan solat Zohor di MAsjid Chaoyang men
-        Membeli belah di Tianya Hongqiao Market dan Wangfujing Donghuamen Night
          Street
-         Makan malam dan balik ke hotel

Day 5 : 21 Mac (Ahad) – Summer Palace/Membeli belah
-         Lawatan ke Summser Palace dan Kilang Mutiara
-         Makan tengahari dan solat Zohor di Masjid Madian
-         Lawatan ke tempat pembuat teh China
-         Membeli belah di Silk Russian Market,New Century Tower Square, Jewelery
           City,  Masjid Dongzhimenwai, Yihai Market, the Palace Longest TV dan Gudang
           Hard Rock
-        Makan malam dam balik ke hotel

Day 6 : 22 Mac (Isnin) – Beijing/Tianjin/Kuala Lumpur
-         Bertolak dari hotel ke Tianjin dengan menaik Bullet Train (keretapi terpantas)
-         Lawatan ke Tianjin Ancient Culture Street dan Tianjin Snack Market
-         Makan tengahari
-         Bertolak ke Kuala Lumpur

Untuk melihat tempat menarik kat sana kena tunggu entri aku seterusnya..sabar yer..

10 comments:

  1. acamana ni?? kita tak sampai lagi ke china!! teringin ni nak g! tapi nak buat visa tu yg lemah jiwa. kat jb tak boleh la pulak nak wat visa. nak ke Kl bagai la. adehh..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Syieda kalau pergi ngan travel agen dorang yg akan uruskan visa tu kalau nk pergi sendiri buat visa dgn mana2 travel agent pn bleh x perlu ke kl pun bayaran dlm rm20 atau boleh apply online tp agak mahal

      Delete
    2. la yer ker? sedeh tak tau. nampak gayanya kalo senang cengini...ada harapan la nak g sana nanti. tima kasih !!

      Delete
    3. yer..yer..pergi jgn tak pergi..saya pun kalau dpt pasangan yg kaki travel nanti nak hajak di ke sana :-) nak pergi musim bunga lak :-)

      Delete
  2. Melancong ke Beijing seronok ada pelbagai tmpt menarik tp yg tal bestnya semua tmpt wajib seperti teh,pearl,jade,urut tu semua cam paksa kita beli brg2nya.kat pearl,kemana sy pegi diekor oleh sales girl.naik rimas sy,terpedaya beli lai.hbis duit dilabur dan lebur.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahahaha.....begitu lah kekdahnya kalau pergi ngan tour agent coz JM pun alami masalah yg sama...perlu kuatkan hati supaya tak tergoda ngan semua barang yg dorang promote tu :-)

      Delete
    2. Tu ahh...rasa serik g ngan ejen!

      Delete
    3. So mana2 tempat yg boleh pegi sendiri..pegi sendiri je..hajak En Abe...:-)

      Delete
  3. Intai2 ebtri lama ok nantinekin take note kat sesiapa yg nak p hihiji

    ReplyDelete
  4. banyaknya arahan kan JM..panduan untuk travel mesti ada tu ..sebagai satu arahan keselamatan. Etuza jika ada rezeki melancung mesti ikut arahan dalam jadual bahanya ,,nanti ada yang rasa pelik jika dah semua kumpul kita masih belum ada kat situ kan...

    ReplyDelete

Komen apa2 je!!!
Kunjungan anda akan di BALAS

NUFFNANG