Friday 9 November 2012

Kenali LANGKAWI

Assalamualaikum sahabat pembaca sekalian....yuhhuuu,....ehehe

Kalau lihat kepada tajuk entry memang agak bosan kan...JM nak kongsi jugak dengan kengkawan...rasanya masih ada lagi yang belum pernah sampai ke Langkawi pulau lagenda tu..bila sebut jer Langkawi mesti orang teringat akan kisah Mahsuri di kenakan hukuman bunuh dan darah mengalir berwarna putih..termasuklah kisah sumpahan Mahsuri. Pulau Langkawi merupakan salah satu destinasi pilihan keluarga untuk membawa anak-anak melihat peninggalan Sejarah.


Langkawi Map
Seperti JM cakap sebelum ni lah...JM nak kongsi jugak dengan korang :-)

Kepulauan Langkawi terdiri dariapda 99 pulau yang terletak di Laut Andaman, di Selatan Thailand. Ramai pelancong dari pelbagai negara datang melihat dan menikmati pantai yang indah lagi mempesona, pusat peranginan yang hebat dan melakukan aktiviti berasaskan alam semulajadi yang menyegarkan. Pantai yang terbaik seperti Pantai Chenang, Teluk Burau, Pantai Kok dan Pantai Datai.Pelbagai jenis penginapan seperti Hotel, Resort & Spa, Kabin dan Chalet dari pusat peranginan bertaraf dunia seperti The Datai dan The Andaman sehingga ke chalet yang mampu dihuni dan kemudahan kos rendah bagi pengembara. Kedai bebas cukai di Langkawi menawarkan pelbagai barangan yang menarik. Rangkaian kedai di pekan Kuah dan Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi menawarkan pengalaman membeli belah yang menarik.

Aduhh...sakit kepala menyusun ayat secara formal ni....guna bahasa rojak lah eh...sebab dah macam tulis karangan ketika ambil SPM dahulu...eheheheh. holla..back to normal...cerita..cerita jugak...macam mana cara nak ke Langkawi ni...ehehe...Pulau Langkawi tidak seperti Pulau Pinang yer ada jalan Darat, Laut dan Udara....nak ke Langkawi ada 2 cara sahaja sama ada jalan Laut atau Udara.

How to get there :
1. Melalui perkhidmatan Feri - Perkhidmatan Feri di sediakan dari Jeti Kuala Perlis dan Kuala Kedah
Dari Jeti Kuala Perlis - Pulau Langkawi
1. Harga Tiket RM18.00 (Dewasa) dan RM13.00 (Kanak-kanak)
2. Jarak perjalanan : 1 jam 15 minit
3. Masa Operasi : 7.30 pagi - 7.00 mlm
4. Masa bertolak : selang 30 minit
5. Ticketing Counter Tel. No. Kuala Perlis : 604-985 1899 / 604-9852539 / 604-985 2690

Dari Jeti Kuala Kedah - Pulau Langkawi
1. Harga Tiket RM23.00 (Dewasa) dan RM17.00 (Kanak-kanak)
2. Jarak perjalanan : 45 minit - 1 jam
3. Masa Operasi : 7.30 pagi - 7.00 mlm
4. Masa bertolak : selang 30 minit
5. Ticketing Counter Tel. No. Kuala Kedah : 604-762 6295 / 604-762 6296

Melalui pekhidmatan AirAsia dan MAS (Malaysia Airlines). Tepuk dada tanya selera ..pilih lah sendiri cara mana yang korang suka :-)

TIPS :
1. Tempoh masa untuk melancong ke Langkwi 3H4M atau 4H3M sudah mencukupi
2. Tidak perlu guna GPS kerana boleh dapatkan MAP di Jeti Langkawi atau Airport Terminal
3. Sepanjang jalan di Langkawi terdapat signboard/tanda arah dan nama destinasi yang hendak di tujui
4. Tidak perlu risau kerana stesen minyak yang banyak
5. Pastikan tidak isi minyak terlalu penuh kerana semasa pulangkan kereta nanti, pastikan minyak sampai ke tahap E level
6. Dapatkan kereta sewa yang tidak kenakan charge tambahan jika pulang kereta melebihi tempoh masa. Boleh dapatkan kereta sewa dari Syarikat Let Go Travel.

Perkhidmatan kereta sewa :
Pekhidmatan kereta sewa disediakan kepada semua pelancong yang ingin melawat sema tempat-tempat menarik di Langkawi dan kadar sewa yang di kenakan bergantung kepada Low Season (Hari Biasa) dan Peak Season (Shool Holiday) di mana harga kereta sewa untuk satu hari (24 jam) lebih mahal berbanding pada hari biasa. Harga juga bergantung kepada jenis kereta. Syarikat berbeza membari perkhidmatan dan kadar sewa yang berbeza, jadi sila buat perbandingan harga terlebih dahulu kerana terdapat syarikat yang menyediakan kereta dalam kondisi yang teruk tapi harga yang mahal. Jadilah pengguna yang bijak :-) . Kalau korang rajin..boleh tanya pakcik google : taip jer kereta sewa langkawi.

Antara syarikat yang menyediakan perkhidmatan kereta sewa adalah :

1. Let's Go Travel & Tour Langkawi Sdn Bhd (Contact Person : Zarina - 019-465 8363)
2. S@bagus TRavel & Tours Sdn bhd (contact Person : Azliza - 019-5489195/017-5480154)
3. Rizzuan (012-5348278/012-4144408)

Tempat-tempat menarik yang boleh dikunjungi :

Sebenarnya terdapat pelbagai tempat menarik unutk di lawati antaranya :
1. Ismail Group dan Idaman Suri - memang menjadi tumpuan para suri rumah
2. Taman Burung
3. Taman Burung
4. Sangkar Ikan
5. Air Terjun durian Perangin
6. Telaga Air Hangat
7. Pantai Pasir Hitam
8. Pantai Datai
9. Pantai Cenang
10. Taman Buaya
11. Taman Ular
12. Makam Mahsuri
13. Agro Park
14. Taman Herba
15. Air Terjun Lubuk Sembilang
16. Beras Terbakar
17. Harbour Park
18. Cable Car - Oriental Village
19. Taman Kuda
20. Air Terjun Telaga Tujuh

Memang banyak tempat menarik kat Langkawi ni..kepada sesiapa yang belum pernah sampai..masukkan dalam kalender pelancongan korang untuk ke sana. Berikut antara sebahagian lokasi yang menjadi tumpuan pelancong.

Dataran Lang (Helang)
Dataran Lang
Dataran Helang merupakan salah satu inspirasi yang diilhamkan oleh YAB. Dato' Sri Mahathir Mohamad. Dataran Helang ini di bina untuk memperkenalkan Pulau Langkawi. Sebuah arce berbentuk helang setinggi 12 meter merupakan arca utama di dataran itu yang terletak berhampiran Jeti Kuah. Terdapat beberapa lanskap menarik di sekitar dataran tersebut. Keluasan taman kira-kira 19 ekar mampu menarik para pengunjung  malah merupakan tempat pelancongan yang mesti di kunjungi. Boleh melihat panorama matahari terbenam pada waktu petang.

Entrance Fee : Free of charge (FOC)

Taman Lagenda
Taman Lagenda
Taman Lagenda berhampiran dengan pantai dan hanya 400 meter dari Pekan Kuah. Terletak bersebelahan Taman CHOGM dan Masjid Al-Hana. Taman Lagenda seluas 50 ekar dibina untuk menceritakan sejarah Langkawi, lagenda, cerita dongeng dan bayak lagi. Terdapat 4 buat tasik buatan, 17 monumen yang terdapat kisah tersendiri, pantai buatan manusia dan beberapa buat tempat rehat yang dibuka untuk orang awam. Setiap sudut taman dihiasi denga lanskap yang indah. Monumen-monumen yang yang dibina kebanyakan nya dari cerita-cerita rakyat antaranya berkisarkan perlawanan antara Mat Raya dan Mat Cincang. Monumen lain yang unik seperti Bukit sawah, Belanga Pecah, Ayer Hangat dan Tanjung Chinchin. Kunjungan ke taman ini akan dapat menerokadi sejarah Langkawi. Jadi tunggu apa lagi ..jom cuti-cuti Langkawi.

Direction : 400 meter dari Jeti Kuah..dari Jeti Kuah sebelah kiri jalan..kalau dari Airport Langkawi sebelah kanan jalan.
Waktu Operasi : 8.00 am - 11.00 pm
Harga Tiket  : RM5.00 (Dewasa) dan RM2.50 (Kanak-kanak)

Underwater World Langkawi

Underwater World
Underwater World Langkawi terletak di Pantai Cenang merupakan sebuah akuarium laut yang terbesar di Asia. Akuarium ini mengandungi 5,000 spesies hidupan laut, ikan air tawar dan ikan laut, serta spesies-spesies lautan dalam yang lain dalam 100 buah akuarium. Di sini boleh melihat ikan jerung, penyu dan sebagainya. Pengunjung berjalan dalam lorong berbumbung kaca dan semua spesis berlegar-legar di sekeliling dan di atas kepala pengunjung. Temapt ini memang amat sesuai dan menarik untuk kanak terutamanya. Terdapat juga spesis haiwan tidak bertulang belakang, ikan eksotika seperti Koi Pond dan Kap Jepun, gua buatan manusia dan lain-lain. Hasil-hasil laut turut dijual di Dragon Seefood Centre, Neptune Cafe. Zon Shopping Paradise merupakan kawasan yang menjual barangan bebas cukai.

Waktu Operasi :
Daily  : 10.00 am - 6.00pm
School and Public Holiday : 9.30 am - 6.30 pm

Harga tiket :
Dewasa (MyKad - RM38.00) / (Tanpa MyKad - RM28.00)
Kanak-kanak (3-12 years) - RM28.00 (Tanpa MyKad) / RM18.00 (Dengan MyKad)

Laman Padi Langkawi

Sawah Padi/Paddy Field
Laman Padi - para pengunjung dapat melihat setiap perkembangan industri padi iaitu industri tertua di Malaysia. Semua orang tahu..sebut sahaja Negeri Kedah..Negeri Jelapang PAdi...Negeri pengeluar padi...tahu tak padi tu apa..alah...pengeluar beras yang kita makan hari-hari tu...Kepada anak-anak yang dilahirka di ibukota memang tiada peluang/belum pernah melihat pokok padi..jadi inilah tempatnya.

Di sini terdapat juga sebuah muzium yang mempamerkan sejarah perkembangan industi padi di Malaysia. Untuk mengalami pengalaman sebenar, para pengunjung boleh menanam padi secara traditional di kawasan laman padi yang berhampiran. Para pengunjung boleh menikmati keindahan sawah padi di anjung bangunan lamat tersebut. Terdapat juga Taman Herba Traditional.

Waktu Operasi : 10am - 6pm
Harga Tiket : Adult (RM2.00) / Child (Free below 12 years)

Galeria Perdana
Galeria Perdana
Idea untuk membina gelari ini adalah khas untuk Yang Amat Berhormat Daato' Seri Dr Mahathir bin Mohammad. Galeri yang unik ini di bina untuk mempamerkan kepada semua anugerah-anugerah serta hadia yang diterima oleh Perdana Menteri dan Isteri daripada tokoh-tokoh negara dan dunia ketika menjalankan tugas di Luar Negara. Galeri tersebut di bahagikan kepada beberapa bahagian antaranya seperti hadiah dan cenderahati yang diperbuat daripada kayu, kristal dan beberapa alat muzik. Terdapat juga bahagian yang mempamerkan barangan tekstil, alat permainan, senjata, seramik, dan beberapa hasil seni bercirikan keislaman. Antara barangan lain adalah hadian yang diperbuat daripada tembaga, gangsa dan pewter. Selain dari itu, beberapa jenis automobil buatan luar negaraturut dipamerkan. Galeri ini juga di kelilingi landskap yang indah dan menarik dengan tanaman tumbuhan tempatan dan herba. 

Waktu Operasi : 10.00 am - 5.00 pm
Harga Tiket : Dewasa (RM3.00) / Kanak-kanak bawah 12 tahun percuma

Makam Mahsuri
Makam Mahsuri
Makam Mahsuri terletak kira-kira 12 kilometer dari Pekan Kuah. Makam ini telah didirikan bagi memberi penghormatan Mahsuri, seorang gadis yang adil yang tidak adil dituduh berzina. Menurut legenda, dia berdarah darah putih bagi menggambarkan beliau sebagai tanda dia tidak bersalah. Semasa nafas terakhir beliau telah bersumpah bahawa Pulau Langkawi tidak akan maju selama tujuh generasi. Kisah ini telah berlalu selepas tujuh generasi telah sejak berlalu dan kini, Langkawi merupakan destinasi pelancongan yang berkembang pesat.

Waktu Operasi : Setiap Hari (8.00am - 6.30 pm)
Harga Tiket      : Dewasa (RM5.00) 

Langkawi Coral, Pulau Payar
Snorkeling at Pulau Payar
Pulau Payar terkenal sebagai taman laut yang tercantik di Malaysia. Airnya yang jernih membolehkan pelancong  melakukan aktiviti snorkeling boleh melihat kehidupan laut dengan memasuki terowong dalam laut yang diperbuat daripada kaca dan pengunjung tidak perlu basah untuk melihat kepelbagaian spesis tersebut.

How to get there :
Untuk ke Pulau Payar, para pengunjung akan menaiki bot yang disediakan khas oleh Langkawi Coral

Masa berlepas : 9.45 am
Bayaran : Dewasa (RM220) / Kanak-kanak (RM140)
Pakej Menyelam : RM280

Cable Car Oriental Village
Cable Car
Terletak di gunung mat cincang..nak ke sana senang sahaja...ikut arah jalan padang mat sirat...follow jer singnboard Oriental Village Cable Car. Ini adalah salah satu destinasi yang wajib di lawati.

Ticket Price :
Harga tiket happy hour dari jam (5.00 ptg - 7.00 mlm) >>
Harga tiket Public Rate Without MyKad
RM30 (Dewasa) dan
RM20.00 (Kanak-kanak ~2-12 tahun)

Harga tiket Public Rate with MyKad
RM15.00 (Dewasa) dan
RM10.00 (Kanak-kanak ~ 2 - 12 tahun)
Waktu Operasi :
Isnin - Khamis  : 10.00 am - 7.00 pm
Rabu                : 12.00 pm - 7.00 pm
Jumaat - Ahad, Cuti Umum dan Cuti Sekolah : 9.30am - 7.00 pm

Taman Buaya
Taman Buaya
Taman Buaya Langkawi  terletak di Kubang Badak lebih kurang 32 km dari Pekan Kuah. Terdapat lebihk urang 1,000 spesis buaya dari pelbagai jenis dan saiz. Pengunjung boleh mengambil gambar dan melihat persembahan akti buaya.

Waktu Operasi : Setiap hari (9:00am - 6:00 pm)
Harga Tiket : RM15.00 (Dewasa) RM10.00 (Kanak-kanak)
Menarik tak entri kali ini..ada membuatkan korang nak melancong ke Langkawi tak?..ehehe...asyik melancong ke Luar Negara je kan..apa kata kita melancong Dalam Negara pulak..."Jom..Cuti-Cuti Malaysia"....cuti sekolah sudah dekat..sudah ada perancangan unutk bercuti..pilihlah Langkawi sebagai salah satu destinasi...ehehe...dah macam agen pelancongan pulok...ehehe

Jumpa lagi di lain siaran...byeeee

71 comments:

  1. Replies
    1. holla zila...eheehh....welcome :-)..dah pernah samapi ke blum...kalau belum..cer try...

      Delete
    2. xpernah sampai lagi ke langkawi...harap2 ada rezki ke sana insya Allah.

      Delete
    3. JM dah macam duta langkawi lak ... "kenali langkawi" :)

      Delete
  2. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
  3. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
    Replies
    1. harga tiket makam mahsuri RM7

      Delete
    2. Harga dah naik ker..dulu sy pergi 2012 Dewasa RM5..kanak-kanak RM2.50

      Delete
  4. Eza : harga tiket jika gerak dr jeti kuala perlis RM18 DEWASA RM13 KANAK-KANAK(2 tahun ke atas)

    ReplyDelete
  5. Tq....byk info ttg langkawi yg dpt dr blog ni....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sama-sama...blog ni mmg bertujuan utk kongsi info dan maklumat sbg rujukan kepada yg nak travel...sudi-sudi lah baca blog ni yer :-)

      Delete
  6. Banyak info..great...boleh share link ke? mana tahu ada yang nak cari homestay,kereta sewa atau pakej island hopping di Langkawi...untuk group pun ada..
    Eylizar Homestay Langkawi
    http://langkawihomestays.com/

    ReplyDelete
  7. nak tanya kat pulau payar tu ramai org sgt tak..cadang nak ujung thn nie

    ReplyDelete
  8. nak tanya kat pulau payar tu ramai org sgt tak..cadang nak ujung thn nie

    ReplyDelete
    Replies
    1. bergantung ke pada musim..time cuti sekolah mmg ramai

      Delete
    2. memang sah duta langkawi tak bergaji :p ...

      Delete
  9. Idaman suri n ismail group tutup kedai kul berapa?

    ReplyDelete
  10. Nice info sis JM :) blh jd reference ni.. hehe..

    ReplyDelete
  11. teringat dulu g dataran lang time waktu mlm, ada byk cicak bwah sayap lang tu..hihi..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Timm bill nampak cicak kat bawah sayap tu...wahhhh..mata ada laser ke heeee

      Delete
  12. baca balik entry ni..saya pernah baca la dulu sbb nk servey pasal langkawi... time tu saya nk bwk kawan2 jln langkawi...
    makan mahsuri charge rm 5 dh skrg rasanya...

    ReplyDelete
    Replies
    1. ohh ZF refer sini lah ye..Aha...dah RM5? okey nanti sis JM update eh..kanak2 berapa byr?

      Delete
    2. Saya tolong jawab kat sini RM2.50 hikhik sebab saya dah baca version yg sis update tu :)

      Delete
  13. kos sekarang nak pergi langkawi berapa ya Kak JM

    ReplyDelete
    Replies
    1. kos tu bergantung kepada berapa hari nk stay kat sana..budget kereta sewa, attraction place & entrance Fee. kalau nak shopping perlu bawak lebih so bg sis JM pulak RM500 sorang dan terlebih mencukupi Ekin

      Delete
  14. Selalu dengar cerita jer...tak pernah sampai lagi...

    ReplyDelete
    Replies
    1. alaa..BUNDa..ce pegi sekali...part shoppping paling heaven

      Delete
  15. good info.

    teringin nak naik cable car!!hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sayidah : Cable Car ke Gunung mat cincang tu biasa je bagi yg x gayat tapi kalau jenis gayat serem jugak lah hee...TERINGIN? bila nk pegi..cepat2..view dari Cable Car cantik sgt...(terasa x JM cucuk) hihhii

      Delete
  16. Moga kos bawa kereta atau moto ke Langkawi dimurahkan boleh zumal pergi selalu... Hehe ^-^

    ReplyDelete
    Replies
    1. alahh..Zumal nih..sewa je kancil tak sampai RM100 sehari tapi kalau pegi sorang rugi lah..gi ramai..kongsi baru save..ke nk JM temankan hihihihi

      Delete
  17. ida baru 2x sampai langkawii tapi tak semapat2 ke pulau payar tuh hurm......next time!

    ReplyDelete
    Replies
    1. wahh..EIDA..dah ada plan nampak..best kan..kat sana byk pulau tp sis JM Alergic dgn pulau nih huhuhu

      Delete
  18. Ingatkan bukak laman TOURISM MALAYSIA ... rupa rupanya BLOG JM !!! Tahniaaaahhhhhhhhhhhh !!! Memang mantop !!!

    Tapi kenapa tak cover yg bagi helang makan dan gi gua kelawar dan ternak ikan tuh? Sbb memang SALUTE sangat sangat idea tuh !!! Waktu kita kerja kat SAudi, ramai Pak Pak Arab puji terberak berak pasal langkawi dan eco tourism dia !!! World Class katanya !!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bang Zali.. WWowwww!...pak Arab tu....world class katanya..nape JM rasa biasa je heee

      Delete
  19. betul tu.. nk ke sana tak yah guna GPS pusing2 jumpa je jln tu...kt sana mmng best makan, shopping, santai2 semua dlm satu tempat percutian je...

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul cakap KopiO tu..so apo laie jang heee..

      Delete
  20. best ada info ni, tahun lepas kaknoor kesana main terjah ja, tpi so far tak lah sesat..

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu kak Noor...langkawi ni mudah..pusing2 kat dalam langkawi gak x sesat nyer..melainkan masuk laut je hihihhi

      Delete
    2. Masuk laut tu dah kes lain dah tu,...

      Delete
  21. JM, satu lagi akses ke langkawi iaitu dari penang menaiki feri, boleh pilih yang transit pulau payari...tapi tambang mesti dah naik, akak dulu rm70 one way...

    ReplyDelete
    Replies
    1. ye ke Kak Nasa..so kiranya boleh naik dari jeti Kuala Perlis, Kuala Kedah dan Penang lah ye..ok..ok..

      Delete
  22. salams JM, seronoknyaaa

    ohhhh rindunya langkawi...lama tak pergi sana....
    skrg dah senangkan...dari langkawi boleh terus ke Phi phi island

    ReplyDelete
    Replies
    1. ye kak Amiiza..dgr nya juga boleh ke Koh Lipe juga

      Delete
  23. Best pegi langkawi..tapi sayangnye zarith pegi masa preggy Zayra jadi tak dapat jalan sangat

    ReplyDelete
    Replies
    1. nampaknya ibu Zarikh perlu pergi lagi bawak Zayra :-)

      Delete
  24. salam syg jm
    langkawi akk dah pernh pergi..semuanya dah akk tinggalkan jejak bertpak..kih kihh..cuma yg x g..mkam mahsuri..sesaja x nk singgah sbb lain kali nk dtg lagi tak tau nak kemana plak..so..x nak perabih ler kononye ritu..;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Zila Norazila : ohhh...begitu plan nya ..okey gak cara akak tue heee

      Delete
  25. Seronoknyer dapat shopping kat sana yea...bunda dapat g beli coklat ngn minyak gamat jer...hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bunda : pegi jauh2 beli tu jer...kain batik, periuk, pinggan mangkuk di Idaman Suri tu...x tergoda ke :-)

      Delete
  26. Best kan JM ke langkawi ni. Dah pergi 2x. Kami drive dr kl ke jeti Kuala Perlis. Perjalanan yg sangat best! Menempuh Perak, p.pinang Dan Kedah. Sawah padi terbentang luas. Tggu langkawi we are back,*_*

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mardiana : Wowww..jauh perjalanan tu..mahu bergilir2 lah drive ..kalau kwan2 yg follow tu BEST..jauh pun akan rasa dekatkan..nak pegi lagi? heeeee

      Delete
  27. perghhh banyak jugak tempat2 menarik yg boleh dilawati erk... dulu masa form 1 , pergi beberapa tempat je... tapi dua hari satu malam laa... hikhik

    ReplyDelete
    Replies
    1. Zati : nampak nya perlu lah repeat utk jejak tapak kaki ke semua tempat tu...;-)

      Delete
  28. Baca blog Sis JM, beri peluang readers utk plan betul2 trip mereka :)

    ReplyDelete
  29. banyak juga tempat menarik di langkawi yer ... dulu ajak encik suami honeymoon ke langkawi dia tak nak la pulak, time tu air asia promo, haish terasa rugi :p

    ReplyDelete
    Replies
    1. Laaa nape dia x nak..anak kecik dh x leh nk pegi lak..rugi arrr

      Delete
  30. bila anak kecil ramai ni macam leceh jer nak ke pulau bagai ni ... kenalah tunggu anak beso nampaknya. hopefully ada rezeki kesana nanti :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Zie has..sihat? Busy eh ..lama x singgah sini

      Delete
  31. Jarak airport ke jeti kuah jauh x?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nur ibrahim..lebih kurang 18.8km atau 30min drive

      Delete
  32. wah, akan menjadi rujukan saya ni...say nak bercuti kat langkawi jugak, cuma belum tetapkan tarikh...(yg pastinya last minit) haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cikgu siti..pastikan bwk duit byk sbb serba serbi mahal tau skrg

      Delete

Komen apa2 je!!!
Kunjungan anda akan di BALAS

NUFFNANG