Cerita shopping menyopping di Ho Chi Minh belum habis lagi..YUkkkk!!..ikut JM kita ke tempat shopping seterusnya...Kalau suami bersama isteri yang rajin shopping ni mesti mereka decide lepak je kat hotel kan...ye lah..dapat pulak isteri yang jenis memilih kain dan baju berjam-jam kekadang 15 - 20 min tu baru nak cari warna, nak rasa kain lah, nak tengok corak dan bunga lah...belum decide lagi tu hahaha....itulah namanya perempuan kan, cukup detail dalam memilih ..ye ke heee. Ye! sebab JM salah sorang daripada nya. Oleh sebab itu tak ramai hero-hero Malaya di kawasan pasar dan tempat shopping ni.
Kepada suami-suami di luar sana, salah satu cara menunjukkan rasa kasih dan sayang korang kepada isteri kalian, sila lah bawak mereka shopping di HCM ni....mesti bertambah sayang mereka pada kalian ahahaha...mesti akan ada yang menjawab..sayang pada isteri bukan melalui harta dan benda..hikss...
Last entry...ingat lagi tak...JM ke
Toko Plaza kan, kemudian kami balik ke hotel untuk solat dan golek-golek badan atas katil jap kemudian dalam jam 3.00 petang kami decide nak ke
Pasar Bent Than pulak. Ahaaa..minta perhatian ye...JM tengah mencari
Nanatron ni....beliau excited sangat nak beli kain pasang so di sinilah tempatnya.
Pasar Bent Thant (Bent Thant Market)
- Lokasi nya terletak betul-betul bulatan besar yang terdapat tugu orang berkuda tu seperti gambar di bawah
- Menjual pelbagai jenis pakaian, kain pasang, pinggan mangkuk, t-shirt, alas meja, beg pakaian, backpack dan pelbagai jenis sobiner ada jual di sini.
- Terletak di dalam satu bangunan di bawah satu bumbung
- Suasana agak bising, panas, sempit dan crowded
- Tidak sesuai untuk kanak-kanak
|
Bent Thant Market - Main Entrance view from roundabout |
Info tambahan/Tips :
- Harga pakaian di sini agak mahal berbanding kedai pakain di luar pasar kerana kadar sewa yang mahal
- Terdapat sebuah kedai yang menjadi pilihan hati JM kerana harga kain pasang yang di tawarkan agak murah di mana harga kain Vietnam Cotton bidang 60 -
RM20, kain sangat lembut dan berkualiti.
RM25 bagi Vietnam Silk dan
RM30 Japanese Silk.
- Terdapat banyak kedai yang menjual kain pasang yang telah siap di gunting, JM nasihatkan jangan beli di kedai tersebut kerana di khuatiri kain yang di potong tidak cukup meter.
- Beli kain di kedai yang JM syorkan kerana kain akan di otong mengikut bilangan meter yang di kehendaki
- Pegi pada waktu pagi jam 8.30 - 9.00 pagi kerana terdapat kain pasang dengan corak yang latest baru sampai dari gudang
- Menarik nya di pasar ini mereka menyediaan perkhidmatan menjahit baju kurung dan jubah yang boleh di siapkan dalam masa 1 hari. Beli kain yang berkenan di hati terus minta mereka jahit dengan harga
RM100 merangkumi upah jahit dan harga kain.
Nak tahu kedai yang menjadi pilihan hati JM (kredit kepada blogger Hani kerana inform berkenaan kedai ni)
1. Dari entrance atau pintu masuk Cua Tay tu, terdapat satu lagi pintu masuk sebelah kanan
2. Masuk ikut pintu kedua yang sebelah kanan tu akan nampak
No 480 seperti gambar dibawah
3. Jalan terus ke hadapan sehingga nampak kedai
No 526 - 528
4. Apa yang menarik di sini adalah mereka fasih berbahasa melayu dan harga kain di sini memang murah
5. Boleh je nak survey kedai lain kemudian buat perbandingan
|
Nampak sahaja No 480 ni jalan terus sedikit ke hadapan |
|
Kedai Fashion No 526 - 528 |
Meh kita tengok antara kain yang ada di kedai ni
|
Nampak tak pelbagai jeins corak dan patern harga around RM20 - RM35 sepasang |
|
Zoon In...ada geram tak...berbugkus bungkus...borong jangan tak borong |
|
Pilih je jenis kain yang berkenan di hati..pastu baru minta dorang gunting |
|
Antara kedai lain yang terdapat disini |
Sekiranya memborong terlalu banyak.....kiranya time memilih tu tak ingat dunia hahaha...bila dah selesai membayar baru sedar...Alamak beratlah pulak nak bawak balik hotel ni..jangan bimbang kerana mereka menyediakan perkhidmatan penghantaran perrcuma ke pintu bilik hotel. Bagi je nama hotel dan no bilik.
Oleh kerana JM ke pasar ni semata-mata nak beli kain pasang, so tak lah fokus sangat kepada barang lain seperti beg pakaian, t-shirt dan lain-lain.
Selesai sudah memborong di sini, kami balik hotel untuk simpan semua hasil borong, kemudian keluar semula untuk ke kedai kain Haji Halim.
TAPI sebelum tu singgah dahulu kedai Hajah Basiroh untuk minum Kopi Ais dan Mee Pho. JM ni jenis tak minum ais tau..tapi bila pegi HCM ni hari-hari minum kopi ais ni...dan mee pho ni..SEDAP betul..pastu last day terus DEMAM...
|
Kopi Ais memang sedap |
|
Mee Pho ni pun sedap...sepatutnya ada sayur..daun-daun tapi time JM order ni daun2 tu dah habis |
Direction to Kedai Kain Haji Halim :
1. Mudah sahaja just follow map di bawah - laluan warna merah :
|
Map to Kedai Haji Halim - follow line warna merah |
2. Dari bent than market tu jalan arah ke kanan, bukan arah ke roundbout tau
3. Jalan sehingga ke penghujung jalan kemudian belok kanan lagi akan nampak gerai buah-buahan
4. Gerai buah-buahan betul-betul di hadapan Minh Collection yang terletak di T- Junction. Boleh refer picture di bawah
|
Ini lah gerai buah-buahan di penghujung pasar Bent Thant tu |
|
Kedai Kain Minh Collection - nampak tak ada jual kain telekong, kami tak masuk kerana maybe harga agak mahal |
|
Bertentangan dengan gerai buah tadi terdapat T Junction sperti ini - so cross jalan ke arah van tu |
5. Ok..nampak tak Van sedang keluar tu, cross jalan ke arah Van keluar tu
6. Kemudian korang akan nampak Restoran Serai (Halal Restoran) bersebelahan dengan Kedai Kain Haji Halim
|
Serai Restaurant - Kami tak masuk just ambik gambar luar je sbb perut masih kenyang |
|
Ini lah kedai Haji Halm tu...korang perasan tak apa yang JM perasan..kedai jual kain tapi ada tanda HALAL hahaha |
|
Zoom dari luar - Linda Rophiah Collection |
Jom ikut JM masuk dalam kedai ni...kita lihat apa yang dorang jual..kami just jalan-jalan je tak ada niat nak shopping dah waktu ni. Kepada mereka yang ingin memborong boleh juga di sini kerana terdapat kain telekung harga pun murah boleh dapat
RM60 sepasang, jubah dan baju kurung pelbagai jenis kain.
|
Kalau bawak bayak duit memang dah beli ni |
Keluar sahaja dari kedai ni, alamak!!! hujan lahhh...macam mana ni...memang tak spare payung..so tunggu je lah sehingga hujan berhenti..tengok jam dah pukul 6 petang. So kami decide selepas hujan berhenti nanti balik hotel je lah pastu baru keluar pegi
Night Market yang buka di hadapan pasar Bent Than tu. Sementara menunggu hujan berhenti kami di tegur oleh Haji Halim tuan punya kedai. Wah main peramah orangnya..boleh cakap melayu Champa..apa lagi makin rrancak lah berbual, macam-mcam story keluar sehingga lah beliau bagi direction bagaimana nak ke Russian Market, Museum, HRC, Cathederal dan Post Office ust walk distance je...wah..ini sudah cukup baik ni.
Di pendekkan cerita selepas sahaja hujan berhenti kami berpatah balik ke hotel, mandi solat dan keluar semula untuk ke night market. Kat sini juga terdapat pelbagai jenis barang, kain, baju, telekung, buah-buahan...ya ampun...murah-murah bangat.
TAPI satu je JM tak gemar sebab dorang ni suka tarik-tarik tangan minta masuk kedai dan tengok-tengok barang tu. Kita nak memilih pun tak selesa kan. Beginilah suasana night market tu. Oleh kerana guna TAB sahaja, gambar tak clear, so semua gambar ni adalah ihsan dari google je.
|
Buah buahan, baju kurung, sobiner dan pelbagai jenis barang ada jual di sini bermula jam 8.00 mlm - 11.00 mlm |
Ok..cukup dahulu untuk hari ini, so nanti JM sambung last day story on next entry ye
Babai dan Salam Maulidur Rasul. Mari kita banyak berselawat ke Nabi Muhammad S.A.W
salam JM,
ReplyDeletesesungguhnya kak sue agak meghoyan tgk gambaq2 kain cotton tu, huhu... harus meripit HCMC...
W'komsalam Kak Sue,
Deletehahahaah...ye betul tu..sesapa pun yg tgk mmg hilang akal termasuklah JM ni ehehe..ada gak hati nk meripit ni :-)
opss... sedap lagu background :)
ReplyDeleteahakass..kak sue..sempena Maulidur Rasul katanya
DeleteJM ni bboleh jadi pemandu pelancong la. detail segalanya..bagus utk kita buat guide bila nak ke sana nanti. hehehhe
ReplyDeleteAhakss..maybe tak perlu kot sbb lagi mudah dari pegi europe tu heee...ye ye..kalau Syeida nk ke sana refer sini dulu tau
Deletepsttt : dh terima lom 'something' from JM :-)..dh pos
Wah JM post something??? Waaaa...tak sabar nak nengok kat office nanti. Ke JM pos kad jemputan..hehehehe
DeleteSyieda ni tak sempat2 nak pos utk JM. sabar ye. Awal tahun memang penuh dgn meeting je. Sampai tak sempat nak pos! Grrr
Ahaks...kad jemputan?..heeeee...mana de..alah..nk bg smothing small jek..tanda ingatan pada Syieda
DeleteEhh...tak perlu lah susah2 mengepos lagi..hari tu Syeida kasi poskad...itu pun dh gumbira sgt :-)
JM, wah entri ni kalau my sis in law baca mestiiiii dia tmbh teringin nak ke HCMC...
ReplyDeleteDear..jgn kasi dia baca dulu..karang tak nyempat2 nk pegi eheehh..cer cari tiket murah leh bawak dia ke sana..mesti dia akan bertambah syg pada adik ipar dia ni hikss
Deletekalu baca bab shooping ni cerah biji mata hahahah
ReplyDeleteNieda...ahahaha...kan!!!..kalau rasa mengantuk baca entry ni
Deletewah kain tu mmg mengancam!harga lagi laaa murah bangat!hehehe haishhhh nak pi vietnam!hehehe
ReplyDeleteDJ!!!! mmg MURAH...mmg TERUJA kalau ke sana...semua nak borong tau..pastu baru ingat alamak aku ambik luggage sikit je..so kalau betul2 nk shopping better ambik extra luggage..ada sale nanti terus grab tau
DeleteNsb baik akak bg direction kedai lin tu...klu pegi lg sy pn dah xingat arah nk ke sana...hihi..
ReplyDeleteAkak boleh tulis detail ni pun atas jasa Hani gak..hiks...repeat ke HCM ni mmg tak bosan kan..akak pun kalau ada AA sale mau je beli tiket tu 3H2M pun dh cukup..pegi shopping semata2 heee
DeleteWah JM bolehlah meniaga kain pasang utk raya tahun ni...
ReplyDeleteKalau JM berniaga nanti PLM beli lah sepasang untuk orang umah tu...mesti dia gembira sgt
Delete1. Tgk cotton tu meme gila.. aritu rasa nak borong sampai 30helai malangnya beli sebelum beberapa jam lg nak blk KL + duit ada beberapa sen jah so borong 12helai jah.. tu pun kena mrh kat kwn2 sbb beli sikit sgt hihi.
ReplyDeleteBeli aritu USD6 (viscose) & USD7 (english cotton). Tapi beli kat kedai AUNTY DAM. Dia tak buleh ckp melayu so ckp mcm ayam itik.. tp dia still entertain kita baik gila. Ada kwn dpt beli USD5 jah dgn dia walau beli 6 7pasang kalau pandai kecek.. huh jeles! Sy balik jual RM55 jahhhhhh! (tak pandai meniaga kan sy.. org lain amik untung banyak gilers huhu).
2. Saya suka beli buah kat sana... sbb nampak mengancam. USD1 pack kan?
3. Kalau bab2 shoppim.. abam sy meme tererr dari sy. Kdg2 dia lg cerewet dari sy.. sy dah sudah byr.. dia memilih lg hu hu hu sabarlah wahai hati. Shopping cotton tu sy ikut feberet sy tp kena marah, dia kata "jgn ikut taste awk je buleh? Dah la nak jual kat org.. taste org lain tak sama.. plh le yg bagai2" erkk serve me right :D
Kdg2 nak beli utk dia pun.. letihhhh le kita nak menunggu dia plh.
4. Alamak, cam sedap jah kopi ais tu.. balik ni nak buat lah 1jag hihi!
1. Ha'a..mmg murah...bawak duit je..RM55 tu ok lah tu tak perlu nk untung berganda kan...kalau jual shgga RM70 -RM80 cam tak reasonable lah pulak kan
Delete2. Ha'a..betul2..tiap2 mlm JM Beli pakt night market tu...sedap dan manis :-)
3. ahahaha....sabor je lah dapat suami mcm tu best apa...mmg Allah berikan yg sesuai sgt ngan dekdaa..berlainan karektor heee
4. Kopis vietnam ni mmg sedap..lemak berkrim..try beli sepeket..try bancuh kat umah..lain pulak rasanya..tak sedap huhu
Aslkum.....saya baru first time nk pegi hcmc..boleh x nk minta jasa baik bg nama dan alamat kedai yang sesuai untuk memborong...
DeleteMat Kerd : wkomsalam..sorry baru baca message ni...dh ke HCM belum
Deletesaya nk g HCM bulan 8 nt.. nk cr baju tunang skali.. kalau baju kanak2 pula area mana yg best tuk borong JM? tq sagt2 for info.
Deletesorry baru tgk komen ni huhuhhu...dah balik kan
DeleteHuwaaaa meroyan ms tengok kain kain cotton tu....
ReplyDeleteKopi ais tu nampak macam best jer apatah lagi kalo minum time penat-penat berjalan...terasa sangat nikmatnya!
Sabar Mrs heeee sbb JM pun meroyan gak..ahhaha..2 -3 jam kat kedai tu ambil masa utk memilih
DeleteBila sedut je kopi tu..terasa di lidah dan tekak WOoooowww....mak mertua lalu belakang pun buat tak heran je..pelawa pun tidak ahahaha
kagum dgn cara JM bercerita, sgt detail sekali
ReplyDeletex mampu nak tulis mcm ni
hihi
last pegi sana, kami duk hotel Hoang Hai Long tu
Aha..itu lah JM..kalau tulis tak detail cam tak puas hati je..terutama sebagai rujukan semua reader JM yang setia dan yang di sayangi tu..bukan tu je..kat opis pun dorang ckp ko ni kan leh jadi cikgu lah..org tanya sikit je..tapi kon explain detail benor heee
DeleteHa'a..hoang hai long tu mmg highly recommended...biliknya pun cantik..dorang sediakan penimbang luggage jgk
Adesss...sakit pulak ati kita baca entry JM nih..bukan marah kat JM tapi menyeksa jiwa raga CV la gambar2 ni semua...huhu..
ReplyDeleteHari tu dengar dari Irfa..yang Cik Viva dah tak sabar nk ke sana...ahaks...Irfa!!!..pleasee bawak adik kesayangan mu ini ke sana...cian dia...heee
DeleteJM
Deletebukan akak xnak bawak dia
akak dah offer diri tp dia masih berfikir
sbb kena bayar tiket akak
bukan banyak pun
rm270 je, huhu
Ahaaaa...dah dapat lampu hijau tu...tak per..maybe RM270 tu agak mahal....kalau dapat tiket below RM200 return boleh terus grab ye Cik Viva...akak dh offer tu heee
DeleteDekat Tokyo ada pekan yang diberi nama Fabric Town dimana semua kedai menjual semua jenis kain berada disitu. Japanese cotton sana lagi banyak options and they sell fabric from for making clothes to curtain to comfort (comfort pun boleh jahit sendiri).
ReplyDeleteAnother place is in Bangkok called Sampeng Lane, very cheap too. Tiring to walk but worth it. It is located dekay China Town so barang boromh murah giler.
Both area mentioned ada jual barang2 jahitan as well. I blogged about the place and how to get there :)
Liliy...apa..kat Fabric Town Tokyo...it's a good news tu..JM akan ke sana beberapa bulan lagi...
DeleteGood..good..thank for the info..nanti JM terjah blog Lily tuk ambil info tue :-)
Hamboiii...banyaknya borong kain cotton tuu..Memang rambang mata kannn JM...
ReplyDeleteAkak pun suka juga mee pho tu...first time tau pasal mee tu masa baca blog sharliz..
Rambang mata akak...nampak semua cantik..cam nak borong semua yg ada kat dalam kedai tu..sib baik bawak duit tak byk hhehehe...ha'a...harus cuba kalau ke sana :-)
DeleteRambang mata tgk kain2 tu. hehe..
ReplyDeleteYe betul tu...nampak semua ndak..pastu dh byk sgt..tak tahu nk pilih mana satu..kiranya berjam-jam jgk lah kat sana..heee..itulah namanya pompuan sejati tak hikssss
Deletejuling mata tengok kain pasang pepagi ni..
ReplyDeletelgsg takde mood nak keje!
mood berbisnes suda maii!
hee..tq JM post geganba kain tu. i lap u..
hiks.
tapikan beli kain psg bebyk ni time flight out penah tak kene thn dgn kastam?
or JM ada ke kenalan forwarder kat sana...?
Hail..jgn juling2 nanti Mr Z terkezut..apa kena ngan my dear aku nieh..ahahah...kalau nk bisness sini lah tempatnya
DeleteAlaaa..JM ni belu tak lah berbeg-beg cam makcik lain2...mmg kena tahan..so byrlah sikit kan..mcm JM ni penuhkan dalam luggage 25kg tu je...dh kira cukup lah tu
weeee.... cantik-cantik gila,,, ada nampak yang berkenan di hati . Corak zebra tu... :) insyaAllah kalau rezeki lebih nak g jugak la tmpat ni
ReplyDeleteItu baru sikit tau Lieya...byk lagi corak yg ada tu..mau rambang mata nanti...ahaks..Subagn dh dokek tu ngan LCCT..apo laie..carik ha tiket muroh2 tu ha...ahahah..jahat kan...cucuk2 lak kan
Deletesalam JM…..wah!!!!bestnyeeeee p shopping2. MMg kalau nak best xleh bwk bebudak ni. Sesuai g kaum2 hawa lagi happening
ReplyDeleteW'komsalam kak Ina..ha'a..kalau bwk budak2 nanti dorang cepat bohsan..karang tak puas hati lah nk memilih..anak2 tggal kat umah heee..idok pun tnggal ngan ayah na..ummi nk shopping nih hiksss
Deletenite market paling best
ReplyDeletetengok baju kurung banyaknya
dah cam pasar kat Malaysia
kat Malaysia pun x banyak cam tu kan JM
harus bawak duit bebanyak sikit baru best shopping
ye betul...sbb kebanyakan yang membelo adalah org Msia hikssss
DeleteHa'a..kalau bawak duit sikit...rasa geram je nak beli duit dh habishhh
Wah JM macam kat Malaysia betul lah signboard BM di mana2. Hehe. Apapun, kopi vietnam sedap kannnn? hehehe
ReplyDelete-Khai
Ahaksss..betul tu Khai...byk signboard Bahasa Melayu..Ha'a..sedap sgt memikat hati JM...
DeleteHaritu pergi KKB ,tengok dah ada jual yang instant kat kedai runcit sana. Tapi mahal!!
DeleteBiasalah tu benda sedap dan sukar nk dpt mesti lah mahal kan :-)
DeleteJM, mana kain dengan fridge magnet? Hehehe. Saya dah share link utk entry nie pada rakan2 officemates yg nak ke Ho Chi Minh tak lama lagi. Teruja masing2 dapat baca full entry JM nie.
ReplyDeleteOpss...Zara belum pernah bg alamat pada JM eh...email alamat pleasseeeeee heeeee
DeleteWahh....ye ke....thank you so muchhh hee....harap2 dorang dapat shopping dgn jayanya
ha... kusyuk tawadduk akak membacanyer padahal dah pergitu... rasa cam nak terbang lak ke sana lagini...
ReplyDeletememang berbaloi2 kalau pandai tawar menawar dan kena ngan kedai yang memang ngam...
Aha..akak!!!...terharu JM bila akak cakap baca story ni ngan khusyuk sekali..puas hati bila menulis nya heheehhe...betul tu akak..HCM ni pergi sekali nk pegi lagi hiksss
Deleteminh collection tu dulu kt pergi n beli telekung
ReplyDeletemurah...telekung sulam rm25....
mungkin time tu g ramai2 n beli byk dpt le murah
ishhh....ni yg nk repeat HCM!
Rm25 murah sgtttttt tu ntahlah kan kat mana dorang boleh untung, yeayyyy harus reprat coz jm pun klau x ada plan ke lain mahu repeat jgk :-) emy! Salim at siem reap is the best nanti jm citer
DeleteFuhh mmng rambang mata betu. Bila tengok kain2 tu..perasaan nak ke sana lagi membuak2....
ReplyDeleteKak Mp klau pegi skali mmg x cukup perlu repeat coz design kain sentiasa berubah every year sbb tu Jm x bosan walau dh 3 kali ke sana. Akak pujuk lah laling mesti dia nk :-)
DeleteOh baik nyer beri jalan pada akak2 tu untuk memilih kain.. makanan halal pun banyak.. kain2 segala macam ada jual.. memang murah lak tu ek.. mau mata rambang sampai juling nie hahhaaa..
ReplyDeleteTarik2 tangan..?? yang tarik tu awekmuda ker kak JM hahaha.. :P
Tt boy kasi peluang dorang lu sbb nanti bila turn org lain x leh celah coz nk concure sorang, dorang pun bijak bila almost 90% tourist adalah muslim berlumba2 bukak kedai mkn :-) kain murah tu lah tarikan pelancong bukan juling lagi dah hampir rabun semua nak tp pitih x cukup
DeleteSib baik yg tarik awek muda dan cun klau pakwe yg bust gitu mahu kena belasah, ahakss cam lah berani kan
Biji mata terkeluar bila tengok JM shopping...Heaven sungguh.
ReplyDeleteahaha jgn lah sampai cenggitu, itu baru sikt Jm shopping klau byk mahu buta terusss hahaha gurau jekH
DeleteAslkum nk tanyak kedai aunty dam kat mana
DeleteWkomsalam Mat Kerd : siapa aunty Dam tu?
Delete10:19 Aslkum.....saya baru first time nk pegi hcmc..boleh x nk minta jasa baik bg nama dan alamat kedai yang sesuai untuk memborong...
ReplyDeleteMat Kerd : boleh refer dlm entry ni saya ada letak nama kedai dan lokasi no 526-528
Deletekalau kedai aunty dam tu kat mana pulak kak ..murah tu usd 5 saja untuk kain cotton...lepas tu kedai untuk borong baju kurung siap pulak ..akak ada kedai yang murah x?maaf banyak bertanya...
ReplyDeleteKedai baju kurung siap boleh cari di Taka Plaza..tapi di night Market pun byk..leh tawar menawar
DeleteAkak masih confius//kedai auntie Dam?..siapa Auntie Dam..akak ada mention ke dlm entri ni
SAYA TENGOK KAT DEKNA PUNYA COMMENT DIA SEBUT AUNTY DAM TU
ReplyDeleteohh..kalau mcm tu try tanya Dekdaa, coz akak tak tahu lokasi kedai tu
DeleteTERIMA KASIH KAK..INFO YANG BERGUNA...LAGI SATU TIKET PEGI BALIK KALAU RM 500 MAHAL KE
ReplyDeleteSama2...return HCM RM500? mahalnya...biasa akak dpt return below RM200
DeleteSalam kak....saya plan nk g vietnam may ni....bule bg tips tak.....ini no saya ...0162385100 bule wasap saya....tq
ReplyDeleteWkomsalam Humaira : semua tips boleh refer dalam entri HCM ek :-)
DeleteJM...awak ade kawan nama siti rohaya ke? nmpk mcm dlm gambar la..
ReplyDeleteNothing : Siti Rohaya?..tak ada..tak kenal pun..nanti JM keluarkan gambar tu dari entri ni..sorry ye
Deletememang rambang mata lah pilih kain2 tu..bestttt
ReplyDeleteCasa : byk sgt pilihan kan...sediakan duit je :-)
Deletememang rambang mata lah pilih kain2 tu...bestttt
ReplyDeleteCasa : betul tu :-)
DeleteVavavavavava...saye search gugle "tempat borong murah di vietnam" perghhhh blog JM no 1!!! ***clapppp3 ;D***
ReplyDeletenak ke vietnam kali kedua ni nak riki2 tempat yg murah2 la kononnya...kalau JM ada tau mana2 lg roger2 k..hihihi
xpergi pon kedai halim tu hari tu..rasanya kedalam sikit kan...bolehla terjah nnt...;)
Cinet : ohh..ye ker...kebetulan je kot..eheeh...Wahh..nk ke HCM lagi...best ooo sana kan syorga shopping...cer baca blog naraman aman..ada gak dia citer tempat shopink best :-)
DeleteSalam JM,
ReplyDeleteNk tanya.. Time nk blk pihak kastam diaorg akan kacau tak barang2 yg kita beli tu? Takut kena cukai ke apa. Ada tips tak? Kami nk pegi 23 jun nie
Anchot Love : W'komsalam...setahu JM kastam Vietnam tak kacau..x ada tax di kenakan..yg jadi pengacau adalah kastam Msia..kalau borong berbeg2 besar tu dorang akan minta jugak sikit..tapi kalau luggage biasa..dorang scan je
DeleteSalam..hai JM..sy nk tnya, u stay dkt hotel mana..n hotel ke kdai borong kain tu jauh tak..kedai no 526-528 tu dlm pasar bent thant market jgk ke..ada tak kedai yg ada byk pilihan dan stok baru2 ..mean kita tk yah pegi byk2 kdai tuk shopping...
ReplyDeleteWkomsalam Zezey : JM biasa stay di Saigon Pink 2 atau Hoang Hai Long 2 district 1..just 5 min walk to Ben Than Market..kiranya keluar dari hotel pandang ke kiri dan nampak pintu masuk pasar tu..Ha'a..kedai tu dalam pasar bent than..kedai tu byk stok baru..pastikan pegi awal pagi.kalau petang byk stok dh habis
Deletesalam....bulan brapa best prgi HCM ni? dan selain tempat shopping,tempat apa lg yg wajib kunjungi masa d HCM ni...
ReplyDeletebiasanya luggage dr vietnam ke kuala lumpur brapa kg ye JM beli?
DeleteMohon maaf Shahida..baru alert komen ni..kalau nk ke HCM boleh je pegi bulan berapa pun..tak kesah
Deletekalau ke sana biasa org akan ke Chu chi tunnel, sg mekong, masjid, pejabat pos, HRC
Kalau JM beli 25kg je sbb x byk sgt shopping
nak pergi bulan depan ..tapi xsure lak nk g vietnam ke china ...huhu
ReplyDeletebtw thanks sharing this experience :)
MG schmidt : boleh lak camtu...bulan depan nk pegi tapi x decide lagi hihih...mmg kelakar
DeleteJM yg nk kegi setiap destinasi ni one year before dh decide :-)
Keep on reading ye dan semoga memberi manfaat
JM nak tanya kalau borong2 mcm ni slalu luggage airasia tu nk kena brp kg ye?
ReplyDeletehai 1w3 : nak beli barang berapa banyak..kalau byk nak beli..ambik 30kg..susah nak estimate berapa kilo luggage...bergantung kepada kesesuaian
Deletesukanya baca entri JM ni..semua penuh informasi...gambar pun cantik2...
ReplyDeleteZizi Min : terima kasih kerana sudi singgah blog ni terharu sgt!!! tapi gambar2 tu biasa2 je sbb guna kamera compact je pun :-)
DeleteSalam JM..bape modal JM pi sana?tiket,makan dan tempat tidur dll?
ReplyDeleteWkomsalam Aminah : modal yg di perlukan bergantung kepada bilangan hari, destinasi yg nk pegi, type of hotel murah ke mahal. makan luar atau bawak bekalan dan berapa byk nk borong. So i can't give the actual cost but biasa kalau JM perhi 4H3M RM1500 all in....tiket fligt RM250++ return (all in)...kalau lagi byk shopping bertambah modal
DeleteOk terima kasih..nanti nak ikut sekali dengan JM boleh? Hehe...
Deleteaminah anuar ali..boleh je...dah lama x memborong nih hikss
DeleteTengok barang2 yg JM tunjuk kat atas tu, saya jadi mengira2 berapa duit belanja nak dibawa.hehe
ReplyDeleteHanina : kalau suka shopping rugi bawak duit sikit menyesal nanti heee..lebihkan duit RM...
Deletetu ari sy gi ikut travel group so tak dpt la nk explore semua tempat..yup kt sana depa suka tarik2 pelanggan bila kita taknak beli marah plak...
ReplyDeleteKopiO : itu sbb buat hati kering je...dorang mmg mcm tu
Deletekak JM kak JM... mau tanya. mest jawab ok..hehe
ReplyDelete9/4 saya mau ke vietnam, trip 4 hari 3 mlm tp ikut tour seb kawan yg deal. So iti memg org dh prepare smua. cumanya nak tahu kalau nk tkar duit kan, mana lg untung.. tukar terus duit vietnam kt sini or tukar USD then tukar duit vietnam kt sana.
pastu kan.. kalau bawa 500 hengget je cukup x utk segala aktivit..hehe
zinziemeewah
sorry Sally...baru perasa ada komen kat sini..sob sob sob...mesti dh lama dan selamat pergi dan balik kan
Deletebagi sis JM tukar skit duit VND utk byr teksi dan makan..utk duit shopping lagi untung guna RM...duit dong tu tukar kat msia lagi untung
Huhhu... bestnya, blom ada rezeki nak ke sana... giler tengok kain-kain cotton tu semua JM...
ReplyDeleteSalam kenal dari saya...
salam kenal kak ngah sihat...sorry lambat reply...kalau geng2 pompuan ke sana mmg meroyan hahaahah
Deleteplain cotton japan ade tk kat sana?
ReplyDeletemcm tak ada lah Faiezal...plain cotton Japan tu
Deletesalam JM kat sana jenis kain apa yang ada ye? tengok macam kain cotton je.. kain jenis crepe printed dan valentino tu ada tak agak2?
ReplyDeleteWkomsalam Iffah..alamak!!! sis JM memang fail dalam bab mengenal jenis kain huhuh
DeleteSalam jm nk tny...klau terover shopping...blh shipping x??tkut jgk dgn transport ni
ReplyDeleteEn Shukri biasanya boleh sbb ramai ke sana yg borong kain...cuma JM x pernah beli borong..boleh tanya keai kain tu nanti mesti mereka biasa uruskan
DeleteTerima kasih atas maklumat diberikan semoga dimurahkan rezeki, dapat melancong lagi dan moga dapat bagi bny tip tip lagi
ReplyDeleteAda tk kedai kain utk borong yg nk direcommendkan?? Borong kayu kayu...
ReplyDeleteada x kedai yang jual baju kurung cotton ready made.. ble bagi no x..?
ReplyDeleteboleh bagi contact no kedai yang borong baju kurung cotton ready made.. wassup saya di no 0194709566
ReplyDeleteJM da xde nk pg Vietnam ke.. Klu ad blh brurusan..sy nk kirim..he he.. Sy buat jubah cotton. Ap2 whtsapp sy..0139386341
ReplyDeleteUtk kain crep printing brp rm sepasang
ReplyDelete