Monday 17 March 2014

Siem Reap : Kingdoms of Cambodia (5)

Assalamualaikum dan salam sejahtera buat semua reader blog JM,

"Kunjungan ke Angkor Thom dan Ta Phrom"

Perasaan malas untuk mengemaskini blog mula melanda akan tetapi setelah melihat rakan blogger yang lain gigih mengeluarkan entry baru, JM cuba mencampakkan perasan malas itu jauh-jauh...hamboi ko ayat hikss.

Ini adalah summary perjalanan kami pada hari pertama dan kedua. Boleh di jadikan rujukan sekiranya ingin menyediakan itirenary untuk ke sana nanti.

Day 1 : Airport - Check In Hotel - Sarapan Pagi - War Museum (USD5) - National Museum (USD12) - Tonle Sap Lake (USD20 per person)

Day2 : Archaelogical Park (Angkor Wat - Angkor Thom - Bayon Temple - Le Per King Elephat - Ta Phrom) - Siam Reap Cultural Village 

Dari Angkor Wat kami teruskan perjalanan untuk ke Angkor Thom di mana terletaknya Bayon Temple yang terdapat sculpture kepala manusia dan Elephant Leper Terrace King.

Angkor Thom
Tak jauh dari dari Angkor Wat dalam 10 min dengan tuk tuk.

Bayon - Built in the latter part of the 12th century by King Jayavarman VII, Bayon is one of the most widely recognised temples in Siem Reap because of the giant stone faces that adorn the towers of Bayon. There are 54 towers of four faces each, totaling 216 faces. There is still a debate as to who is being depicted in the faces. It could be Avalokiteshvara, Mahayana Buddhism's compassionate Bodhisattva, or perhaps a combination of King Jayavarman VII and Buddha.

Sebelum masuk ke entrance gate tu, semua pelancong akan di sambut dengan sculpture separuh badan manusia yang di letakkan di kiri dan kanan jalan. Laluan masuk ke entrance gate hanya muat untuk sebuah kenderaan sahaja, jadi nya masing-masing perlu menunggu giliran untuk keluar dan masuk. Salim turunkan kami di luar pintu masuk bagi sesi bergambar bersama sculpture dalam pelbagai memek muka dan seterusnya kami berjalan masuk melalui laluan tadi dan menunggu Salim di sana.

Sambil menunggu si Salim tu sempat bergambar beberapa keping sebagai kenangan dan bukti dah sampai sini. Kebanyakan sculpcute yang di bina banyak yang sudah rosak dan dalam proses pembinaan dan baik pulih semula.

Hoyee dah sampai entrance gate to Bayon
Inilah entrance gate tu - nampak tak luluan masuk yang sempit
Kepada pelancong yang datang dengan bas perlu naik pick up ni
Antara sculpture yang ada...tak pasti kenapa memek muka murah dan sedih je
Byk sculpture yang sudah rosak dan dalam proses membaik pulih
Selepas melintasi pintu masuk tu, perlu naik semula tuk-tuk untuk ke Bayon Temple.

Welcome to Bayon Temple - kebanyakan touris dari China, Korea dan Jepun
Jangan coba-coba pakai high heel kalau datang sini ek
Nama pun temple kan..so batu je lah :-)
Adakah mereka in Bayon?
Juga sedang di baik pulih
Walaupun panas tapi cuaca still sejuk dan selesa jalan - jalan sambil bergambar kat sini. Seterusnya kami ke Elephant Terrace Leper King, tiada yang menarik just ukiran gajah berbentuk batu je. Kepada mereka yang belum merasai keseronokan naik gajah, boleh mencubanya di sini. Sementara JM mengambil gambar tu, si Salim tu bertanya nak makan jagung tak?..sedap katanya lain dari di Msia punya. Kami menolak dengan baik tapi dia cakap, tak per saya belanja...ahahaha..apa lagi laju je jawap nak..nak..nak..

Elephant Ride - JM tak cuba so tak tahu berapa bayaran yang dikenakan
Elephant Terrace Leper King
Salim sedang membeli jagung...yeaay..bestnya Salim belanja makan jagung
Inilah jagung tu...mmg sedapa...mesti cuba
Dari Elephant Terrace King, kami teruskan perjalanan ke Ta Phrom di mana terletaknya temple yang di penuhi pokok-pokok yang besar melingkari temple dan ia menjadi femes selepas Angelina Jolie membuat pengambaran di sini dan terdapat sebuah pokok yang menjadi tarikan pelancong. Sambil -sambil tu makan jagung yang masih panas dan manis tu..akhirnya jadi begini.....

Bersih, suci, murni - sedapa ke lapar eheheeh
Seperti biasa Salim akan bekalkan air sejuk untuk mengilangkan dahaga. Baik tau si Salim ni belanja makan jagung lah, air mineral di bekal kan 2 kali sehari..memang best lah. Dalam menikmati keenakan jagung tu akhirnya kami sampai ke West Gate untuk ke Ta Phrom dan Salim turunkan kami di situ kerana tuk tuk memang tak boleh masuk ke dalam dan beliau akan menunggu di pintu keluar di East Gate. Jadi kami perlu berjalan kaki masuk ke dalam bersama pelancong-pelancong lain. Jom ikut JM...

Pintu masuk West Gate
Location plan - pintu masuk West Gate, pintu keluar East Gate
Seperti yang JM kaborkan sebelum ni tiada apa yang menarik di sini melainkan pokok-pokok dengan akar yang besar melingkari dan mencengkam dinding temple. Nanatron ada bertanya kan JM ada ambil tak gambar bersama pokok Tom Raider tu jawabnyer tak sabab malas nak beratur menuggu giliran.

 
Ini lah antara view yang terdapat di Ta Phrom
Puas sudah melihat gelagat orang yang ramai dan tidak berpeluang untuk mengabadikan kenangan di pokok yang femes tu, kami mula bergerak keluar melalui Eeast Gate dan Salim sedang menunggu dengan penuh sabar. Pada ketika itu jam 12.00 tengahari dan kebetulan hari jumaat, jadi kami tidak plan untuk ke mana-mana melainkan minta Salim hantar ke Muslim Kitchen Restaurant untuk makan tengahari di sana dan pada masa sama Salim boleh solat jumaat di Masjid yang berdekatan.

Sampai sahaja di kedai makan, Salim pegi ke masjid, kami order menu Daging Naik Bukit setelah mendapat recomendation hebat dari blogger DJ...fuhhh...memang sedap dan terangkat...akhirnya baru kami tahu kenapa nama itu di beri heee...let's go kita tengok penyediaan nya.

Si cantik manis sedang masak daging naik bukit di meja makan berbelahan kami
Inilah menu kami pada har ini...makan besar..makan besar
Selesai solat Salim datang ke kedai tetapi beliau tidak makan bersama kami tetapi beliau order menu berlainan. Tidak perlu risau kerana di Siem Reap kita tidak bayar makanan yang di makan oleh driver tuk tuk seperti di Indonesia. Alhamdulillah rezeki kami hari ini. Selesai makan giliran kami pulak untuk solat Zohor kerana perkara wajib perlu di tunaikan walaupun di mana kita berada.

Masjid yang terletak di hadapan kedai Muslim Kitchen Restoran
Ruang masjid yang agak besar
Kemudian agenda kami pada hari ni adalah untuk ke Cultural Village. Kenapa perlu pergi waktu petang? kerana Cultural Village mula beroperasi dan membuat persembahan pada jam 1.00 petang.

Jika ingin tahu apa yang menarik di sana tunggu JM kongsi dalam next entry ye kawan-kawan.

Jumpa lagi ye...Wasalammm

79 comments:

  1. Amboiiii.. banyaknya kenderaan kat gate nak ke bayon tu? Aritu kami pergi.. langsung tak de kereta. Siap posing tengah2 jalan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Syiedaa....wah best aa macam tu selesa nak bergambar kan..ehh..JM lom baca lagi lah story Syieda ke sana...nanti free nk terjah lah :-) ehh..bulan berapa Syieda ke sana?

      Delete
  2. rindu daging lembu naik bukit. hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ajlaaa...kan..betul tu..eee...bila tgk balik pic tu meleleh air liur..nak buat sendiri tak pandai..mudah je sebenarnya..tak sampai 10min dh masak

      Delete
  3. tu bukan muka sedih jm, muka garang namanya, baru nampak macho...baik sungguh lah si salim ni, memang confirm akan ambik pakej dengan dia jugaklah kalau datang sini.suka tengok orang baik-baik...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahahaha...Dear Orga...salah ek..aduh lah..garang nak mampos lah bukan macho lagi dah mengerunkan heeee
      Ha'a...caring dan baik sgt...itu baru caring hari kedua..ada lagi caring hari ke 3 heeeee..Tapi kalau Orga ke sana then dia tak layan camtu kasi report sama JM tau ahakssss

      Delete
  4. Rasanya banyak sangat memek muka tu sebab diorang penjaga tempat tu. Ekspresi muka kena lain2. Haha pandai je buat conclusion sendiri kan. Alaaa nak kena beratur pula bergambar ngan akar kayu Lara Croft tu. Kalau Bibie sampai, memang kena gigih beratur sebab nak ada gambar ngan akar tu.

    Gelak bila baca nama menu tu. Naik bukit sungguh daging tu ye.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bie!!..memek muka cam tak suka je orang gi melawat kan..kalau dapat husben rope mcm tu fengsan...hidup x keruan
      Ha'a..maybe time Jm pegi ni ramai tourist...perlu pegi time tak ramai org like Syieda tu..dia siap leh baring2 lagi atas jln katanya..ha'a..wajib bergambar kat akar tu

      Delete
  5. wahhh lembu naik bukit tu menggamit selera la JM....teringinnnn nak makan lagi....hehehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. DJ!!!...sedap sehingga menjilat semua jari tau heeeeeeeeeee

      Delete
  6. tengok jagung sambil ayaq liuq meleleh , tak tahan lah JM mengoda sungguh

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nieda..itu baru tgk je belum letak dalam mulut lagi...bila dah gigit tu tak boleh nk stop..rakus semacam je dh tak pandang kelililing..ahahah...

      Delete
  7. daging ayam naik bukit ada tak? kita darah tinggi la awak...mana bleh mkn daging...hahhaha...

    tp kan kalo jln, balun semua....sakit tak sakit tolak tepi....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ahahaha...Liza, daging ayam mmg tak der..daging lembu je maybe sbb ayam tak mampu nak naik bukit tu :-)
      Ha'a..kalau jenjalan mmg tak boleh nk milih sgt coz tak byk pilihan karang tak ada tenaga nk berjalan kan..belasah je dulu pastu mkn obat...:-)

      Delete
  8. ayoyoyoooooo...apsal semua tmpt kt siem reap ni full packed..
    JM pegi time high season ke?
    Bln bape awak pegi ek?


    Daging naik bukit...
    Brapa usd la tu gamaknya makan beso begitu ghopaa...hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nana...maybe time JM pegi tu cuaca ohsem...gi bulan Januari...cuaca sangat nyaman..sbb tu org Korea dan Jepun ramai..mat Saleh mmg kurang

      Aha..di sbbkan namanya unik so kami order harganya USD7 ~RM27.00 henggit...ok tak?

      Delete
    2. pejam mata je le bayorr...hehe..
      tapi berbaloi la kot ??
      ker?
      tak?

      Delete
    3. Na, kalau compare ngan duit msia berbaloi rasanya...dah nama pun guna USD kan...mmg rasa mahal sikit ye dok...RM21 hengit lah..JM ni salah calculate...math failed :-)

      Delete
  9. JM, bestnya dah sampai world heritage gitu...putri suka tmpt2 unik camni tp putri ni kadang lemah semangat, kang kena sampuk penjaga temple plak...hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Putri, tak per...In Sha Allah ..tempat ni tak keras...batu2 tu je yg keras...baca doa pelindung :-)

      Delete
  10. gerun tgk muka patung2 tu tapi yg pokok besar yg femes tu cam menarik je. nape nama daging naik bukit, sebab dok masak atas periuk tinggi cam bukit ekk? hahaha soklan budak tadika

    ReplyDelete
    Replies
    1. Rose, ha'a..patun2 tu tak ada langsung muka senyum...semua nampak garang..yer pkok2 tu terkenal dek kerana Angelia Jolie leww :-)

      Ahahaha...bijak2..jgn kata Rose, JM pun tertanya2 gak mcm mana lah rupa daging naik bukit tu...betul lah tu :-)

      Delete
  11. Kat sini kita ubah resepi jadi ayam naik bukit.. boleh kot... tapi nampak macam sodap... atau sebab yang masak tu cun banget... hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau ayam naik bukit rasanya 30 min lagi belum masak sbb kaki ayam pendek ambik masa nak naik bukit tu hohohoho...tak ke gitu abg..ehh.Pak Lang Mie heee..gurau jek..mybe boleh buat tapi tak sesesap daging lembu lah kot sbb dlm tu dorang pecahkan telur ayam....nyum3..slurpp..terliur lah fulak

      Ehem2..jgn kacau aaa...minah tu hiksss

      Delete
  12. sis JM, adakah salim saja yg mmg suka provide mineral water atau pemanduk tuk2 lain pn mcm tu? Hee.. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cik Nufa yg kiut heee...akak ada gak lihat tuk tuk lain..tak ada pun ice box atas tuk tuk dorang..kiranya Salim je yg provide..dah le fasih cakap melayu cam ada di msia je heee

      Delete
    2. Hee.. kiut eh? :D kembang semangkuk CN. hehe... bertuah la kiranya sis dpt salim sbg pemandu kan. takda mslh komunikasi, siap dpt air free lg tu :) terbaik la salim

      Delete
    3. Ha'a betul tu..mmg selesa sangat nk berbual...sampai skrg si Salim tu message akak tanya khabar....opssss hikss

      Delete
  13. cuaca kt sana panas gile tak ? ada budak2 kecik ikut jelajah angkor wat nih tak ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Zura, tima JM pegi hari tu tak panas sgt sampai nak giler tu heeeeee...ada matahari tapi still sejuk..
      Then..antara tourist yg ada tu tak nampak pulak kelibat bdk2 maybe tak sesuai kot..JM pun tak recomend budak2 datang sini nanti dorang bosan..better g tempat yg ada game ke..zoo ke kan..yg ada hanya anak2 org locaj yg tlg parent dorang menjual

      Delete
  14. Alaaaaa kenapa JM xtangkap gambar dgn akar pokok tu, kalo dak mesti peminat kompius nak bezakan mana satu JM mana satu anjelina jolie kikiki..kami hari tu pi, berebut nak bergambor dgn ah so-ah so..diorg dtg satu bas konker pokok tu..tak bagi peluang kat org lain nak jadi anjelina jolie..huhu sadis

    ReplyDelete
    Replies
    1. Akakakaka....MKL, kalau org yg tgk tu confius...conperm org tu rabun..ni bukan angelia julie lagi dh ..angalina juling...
      Betul tu...geng2 ah so2 ni mmg ramai..jadinya malas nk berebut2 ngan dorang...nak tunjuk ayu lah konon hahaah
      Then MKL pun tak ada kenangan jgk lah eh..

      Delete
    2. Mana boleh tak de kenangan..siap panjat2 pokok ala2 anjelina juling lagi hahaha..**Nenoneno ketepi ketepi retis nak bergambar ni..

      Delete
    3. Ahahahaha...no other words....cam bunyi ambulan je kes kecemasan ehhh

      Delete
  15. setuju denga Tuan Khairuddin kenapa tak amik gambar dengan akar pokok tom rider tu hahaaa. dari jauh pun jadi la kan :D
    Masak daging lembu naik bukit? sedapp tu lama dah tak cuba.. ada beli tak alat untuk masak naik bukit tu??? dulu cari tapi tak jumpa huhuuu..

    oh bagus nyer bukan macam di indonesia kita kene bayar pada driver.. ok la tu :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Afif Boy :Plan awal tu mmg ler akak nak buat aksi seksi Angelina Jolie kat situ tapi memandangkan ramai benor tggu turn..terus patah semangat..kwn pulak tak suka bergambar..kang merajuk pulak dia kena tggu lama..hati kwn perlu di jaga x giutewww :-)

      Kiranya pernah ke sana lah ni..naper akak tgk cam belum ada entri ke sana..ke dah ada akak yg x perasan

      Delete
    2. Huhuuu..mungkin kawan2 akak takut bila akak posing orng amik gambar tak nak balik heheheheee...
      Jagung tu lincin akak makan sedap kot tak kan lapar kan hahahaaa.. :P
      Entry Cambodia ada la tapi tak lengkap heheheee.. :D

      Delete
  16. Daging naik bukit namanya...? Lain mcm tol namanya... JM, agak2 wat2 ni semua brp lama nak ambik masa..mcm besar semacam jer tmpt ni...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Farry...kan...unik je nama menu tu..sbb tu kpd mereka yg ke sana harus cuba menu ni :-)
      Mmg besar dah luas sbb tu ada pakej tiket utk 1 hari, 3 hari dan 7 hari..sbb byk betul temple kat dlm ni..tapi bagi kita yg sekadar nk pegi ke angkor Wat, Angkor Thom dan Ta Phrom tu dari pagi sampai tengahari atau satu hari kat sana pun dah kira mencukupi..

      Delete
  17. Macam besar je tempat ni JM ye ? Daging naik bukit tu...macam rasa tomyam ke JM ? Best aaaa tak payah bayar makanan driver macam kat jogja dan bandung...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kak Ita, tempat ni mmg besar dah luassss sgtt!!!!...Aha..rasa cam kuah tom yam cair masam2 sikit...Ha'a akak...selamat duit kami heeee

      Delete
  18. jagung nmpk sedap.. makanan nampk sedap.. tempat pon sgt2 menarik la JM :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Lieya...jagung tu mmg sedap..bila Salim belanja...bertambah sedap rasanya heeee..maklumlah FREE katakan..
      Hari tu dh gi Bali kan..try ke SR pulak ahaksss..bila nk sambung citer Balik nehh?

      Delete
  19. lembu naik bukit tu sedap kalau makan dengan blackpepper sauce tu je kan..klu x biasa2 je..hehe..kangkong tu sedap jugak..akak try makan x spicy fish ke ape ntah..ktorg 2 hari lunch menu tu..sedap kot..dahla ikan jenahak..rm24 pn xsampai..mmg best la ehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ha'a..rasa pedas2 sikit..Ohh..ikan spicy tu tak try..nk save budget katanya :-)

      Delete
    2. nnt if akak JM p lagi kena try..sedap!! hehe

      Delete
  20. JM,
    Bukan entri ni je yg menggoda... jagung yg dah licin tu pun menggoda... haha...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ezan : Kenapa?..jagung tu nampak seksi ke lepas togel hahahaha
      Nasib baik tak cakap tergoda ngan si Salim tu ehehehe

      Delete
    2. hahah.... abam Salim pun nampak hensem... kalau ke sana nak dia gak bawak ai pusing-pusing mcm JM... ni memang statement nak kena cubit ngan en. hubby nih :p

      Delete
    3. Hait..jgn nakal-nakal ye Ezan...eheehe...alaa...Salim tu pun dh tak avalaible..dah ada anok tigo...ahakss...TAPI dia mmg sporting...enjoy lah travel ngan dia ni :-)

      Delete
  21. sedapnyeeee....insyallah giliran tok dad pulak mkn daging naik bukit 25/03 ni....tq JM.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tok Dad..lama menghilang dan muncul kembali :-) Kiranya sedang menghitung hari lah ni ek..enjoy the holiday nanti :-)

      Delete
  22. jagung tu nampak sangat empuk.... macam sedap jer

    si cantik manis tu masak menu apa... ada tomyam ke kat siem reap, nampak mcm tomyam

    ReplyDelete
    Replies
    1. SR...jagung tu nampak empuk, lembut dan suci hahahaha
      Itulah menu Daging Naik Bukiy ang femes di Siem Reap...pastu yg dalam mangkuk tu Tom Yam SR..tapi tom yam Thailand lagi umphhh

      Delete
  23. Amboi abam salim belanja jagung!
    Ini mendatangkan kemarahannn hahaha.
    Sedapnya air kelapa tu.. bila ntah dpt minum lg.. kempunan le.. sobb!

    -mls gak nak update blog, padahal banyak nak diupdate huhu-

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ye Dekdaa...alahh..belanja jagung je..time dekda dulu dorang bawak g umah kan..makan daging naik bukit jgk kan..Salim yg masak kan eheheeheh

      Air kelapa tu mmg sedap..psstt..org dlm pantang di LARANG eh.. :-)
      Jgn malas2..ckp rajin nyer nk update..nanti aura rajin akan datang ..wahh.cam Prof Muhaya lak gaya nya :-)

      Delete
    2. dulu abe nasir yg masak... salim tlg kacau jah :p

      waaaa air kelapa la sedap :(

      Delete
  24. kagum dgn senibina tample tu..just thinking mcm mana la zaman dulu bina.. halus dan berseni seni bina tu..he..he.. betuljgn kau coba2 pakai heals jalan tempat mcm tu :P

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sobri : betul...kalau d minta kita buat mcm tu...mahu bertahun2 tak siap..tapi ada ke yg rajin nk buat coz mmg halus senibina nya..Eh..tak pergi lagi ke..opss..bulan Mei ehh...

      Delete
  25. cantik gambar2yg diambil...nak pergi,tak tau bila ada rezeki...so cuci mata kat sini ja la dulu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Kak Kam...belum pernah ke sana ek..tak per..ada rezeki mana tahu one day nanti kan..ok2..kalau camtu..kak Kam email alamat umah..JM pos ole2 tuk kak Kam eh.. :-)

      Delete
  26. kalau gi Cambodia kenalah kita cari Salimni.. memang baguih servisnyer yerk... dahler hensem gakkan...
    kiranya negaratu jaga jugak khazanah bersejarahnyer...
    ooo akak nampak kenapa menu tu di sebut naik bukit.. sedap ker masakan di sana yerk...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Akak Zila, jgn puji lelebih...kalau dia tahu tahu mahu kembang dan senyum lebor jeee hee..bab baik tu mmg tak di nafikan..rasa selamat je jalan2 ngan dia ni..

      Masakan kat sana?...masakan org msia jugak yg paling sedap penuh ngan rempah ratus nyer :-)

      Delete
  27. JM,

    Memang byk ruins kat Angkor Wat ni tgh dibaik pulih ke? Nampak macam banyak yang dah runtuh. Saya baru pegi Phnom Penh, tak pernah sampai Siem Riep, jadi kalau lambat sangat takut dah tak cantiiikkk tempat niiii. hehehe

    -khai

    ReplyDelete
    Replies
    1. Khai, Ha'a..kalau byk dh restored dh hilang ke original nya..ahaha hambek ko ayat...bagi JM better Siem Reap dari PP..Phnom Penh tu pilihan terakhir

      Delete
  28. assalam,

    best tengok bas mini tu....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam BUNDA, tapi tak sama cam bus mini kat msia kan hiks...ehhhh...dh tak ada ek bus mini kat msia ni?

      Delete
  29. JM macam mana rasanya Daging Naik Bukit tu?
    murah hati sungguh kan salim tu asyik belanja jer...moga makin murah rezeki dia lepas nie :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mrs : sedap jugak rasanya..kalau Mrs ada pelaung ke sana...mesti cuba tau...
      Ha'a..baik dan pemurah...peramah jugak orgnya..sampai skrg kami still contact..kalau mrs nk ke sana JM leh deal ngan beliau :-)

      Delete
  30. kak JM.. nak tau tak pasal sculpture yang nampak muram tu..??? sebenarnye die bukan muram.. tapi rupe die mmg macam tu.. kalau kak JM prasan.. kiri kanan entrance gate tu ade ade due 'geng' kan..?? menurut guide luna, sculpture yang sebelah kanan adalah demon, dan sebelah kiri adelah pahlawan pada zaman itu.. tapi kak JM untunglah leyh bergambar kat situ.. kiteorang terus dibawak masuk dalam je... tapi takpelah.. sbb mase tu panas terik... yaa ampunn.. huhuhu.. ha tak tau pulak daging naik bukit ni popular eh..?? luna pn ade makan gak kat satu restaurant tu.. tp tak igt name.. pastu da lapar sangat... makan pn tak pandang kiri kanan.. p mmg siyes sedap..! =D hhihi.. (alamak.. terliur lak tetibe)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Luna : hahahaha..ye ker baru tahu ingatkan sesaja dorang buat memek muka camtu....alohh tak leh gambar kat c tu ek..tak ada kenangan lah...pegi bln Jan je best..sejuk je nyaman je heee

      Ahakss..lapar sgt sampai nama kedai pun tak sempat nk record dlm memori ek :-)

      Delete
  31. Hi Jari Manis... Seronok baca entry awak, sy planning nak pergi SR... bole bg contact Salim tak!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Nazrul..berkenaan Tuk tuk di Siem Reap serta No contact Salim telah JM kongsi dalam entry http://jarimanistravel.blogspot.com/search/label/Cambodia%20-%20Tuk%20-%20Tuk
      boleh refer kat entri ni ye..semua info detail kat entri tu :-) Highly recommend si Salim ni hiksss

      Delete
  32. Salam JM...
    Aritu kansai trip...dh intai2 blog JM...
    Kali ni g cambodia oun...mai intai lg skali...

    Kat angkor2 semua tu...driver xleh masuk skali kan... jdnya...perlu ke kita amek tour guide utk bg penerangan2 kat dlm tu? Atau leh redah sendiri je?

    Bukan pe... tour guide utk tu shj dah 25usd... kalo x perlu.... leh jimat ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wkomsalam Kiera
      ahaksss..intai je..no problem semoga membantu ye...

      Hurmmm...x boleh masuk? boleh je..cuma driver tu je x nk masuk...bagi sis JM..x perlu tour guide..boleh je jln sendiri..mahal tu 25usd..

      Delete
  33. tempat bersejarah macam ni kalau dapat pergi ... memang lain feel dia kan ... tengok gambar pun dah terasa unik ukiran batu-batu yang ada kat situ :)

    ReplyDelete
  34. si salim belanja makan lagi? ... pemurah sungguh tour guide kat sana yer ;)

    licin selicinnya JM bedal jagung tu ;p

    ReplyDelete
  35. tukang masak santek, makanan sedap ... depan masjid pula tu. sesiapa yang nak kesana mesti singgah restoran tu kan.

    apesal unik sangat nama lauk daging tu ;)

    ReplyDelete

Komen apa2 je!!!
Kunjungan anda akan di BALAS

NUFFNANG