Tuesday 25 November 2014

Autumn at Seoul & Busan : Bukchon Hanok Village & Dongdaemun Ikan Bakar


Assalamualaikum dan salam sayang buat semua nya,


Terlebih dahulu nak ucapkan ribuan terima kasih kepada semua reader yang masih setia bersama blog Jari Manis dan tidak lupa juga kepada follower blog JM yang semakin bertambah. Terima kasih kepada kalian semua termasuklah mereka yang tinggalkan komen di setiap entri JM..tunggu kunjungan balas dari JM ye.

Kepada Top Commentar for every month, ada something untuk korang semua...Tunggu!!!!

Ok..Jom kita sambung. Masih lagi hari pertama di Seoul (23 Oktober 2014). Sila jangan bosan ye kerana banyak lagi entri akan menyusul.

Ingat lagi tak last entri kita stop kat mana? ye!!! keluar dari Deuksugung dengan perasaan tidak puas hati kerana daun belum tukar warna dan tak dapat lihat view yang di harapkan. Jalan balik ke City Hall Station. 

Dari City Hall Station kami tempat ni. Siapa tahu tempat ni sila jawap cepat...

Kat mana agaknya ye
Destinasi 3 : Bukchon Hanok Village

Trip pertama dulu tahun 2011 JM belum sempat ke sini so trip kali ni nak lihat apa yang menarik di Buckhon Hanok Village ni. Setiap kali baca blog rakan travel yang datang Seoul mesti singgah tempat ni. Jadi JM ingin alaminya sendiri. Sedikit info yang JM dapat dari Wikipedia, pandai-pandai lah korang translate sendiri ye eheheh.

"Bukchon Hanok Village is a Korean traditional village with a long history located between Gyeongbok Palace, Changdeok Palace and Jongmyo Royal Shrine. The traditional village is composed of lots of alleys, hanok and is preserved to show a 600-year-old urban environment. Now it is used as a traditional culture center and hanok restaurant, allowing visitors to experience the atmosphere of the Joseon Dynasty."

Haa..faham ke tidak...kalau tak faham buat-buat faham je lah hikss.

Getting there : 
1. Mudah je, tak kira dari mana stesen pun korang berada, naik subway dan stop di Angguk Station, Exit 2
2. Keluar dari Exit 2 tu, jalan terus sehingga jumpa Tourist Information
3. Jangan malu dan jangan segan untuk bertanya kepada unni-unni yang ada kat dalam tu. Nanti dorang suggest kawasan yang korang boleh explore.

Kalau nak lihat rumah traditional Korea sinilah tempatnya. Rumah je pun tapi senibina sangat cantik. JM ingat tiada penghuni kat dalam rumah-rumah ni rupanya sangkaan itu salah. Nak juga ketuk pintu rumah beri salam kiranya nak datang melawat lah leh makan kimchi ke tapi malu. Malu lah konon nanti tak pasal-pasal bila dah masuk tak boleh keluar. Nehi!!!

Jadinya jalan-jalan je tengok pintu-pintu masuk ke rumah tu. Tersusun je rumah-rumah ni. Ada juga rumah 'open' for tourist untuk lihat senibina kat dalam tapi kami tak masuk sebab malas nak buka kasut.

Keluar dari Angguk Station, jalan terus melalui deretan pokok yang cantik ni
Tak perlu risau just follow the sign
Traditional betul kedai ni
Dah sampai, jom ikut JM
Tertarik dengan design pintu rumah-rumah kat sini
Lorong tepi rumah, bersih je
Antara rumah di buka untuk kunjungan umum tapi kami tak masuk
Rumah di BHV merupakan lokasi tempat pengambaran Drama Korea Personal Taste lakonan mantap Lee Min Ho
Inilah sebahagian daripada rumah di Buckhon Hanok Village
Rupanya tempat ni juga mejadi tempat bakal pengantin buat photoshoot pre-wedding. Ada sepasang pengantin ni, si perempuan tu wear wedding dress tanpa lengan. So macam-macam pose bersama pasangan nya tu. Kami tengok je tak nak nanti gambar kami termasuk dalam photo filem dorang. Korang tahu apa yang JM nampak, dalam sibuk pose begitu begini atas arahan photographer tu JM terpandang kat bawah 'teti...." si perempuan ada rerambut. Ahahaah...terus JM imagine apa respond si lelaki tu waktu 'bersama' nanti. Dahsyat tak daya imiginasi JM. Astagfirullah..JM! JM!..teruk ko kan.

Dah jom...mengarut sudah si JM ni. Kepada pembaca di luar sana jika datang ke Seoul masukkan Bukchon Hanok Village dalam itirenary kerana ia adalah salah satu tourist attraction.

Selesai ambil gambar lebih kurang kami gerak ke Destinasi ke - 4 : King Sejong Statue, Gwanghwamun Square

How to get there :
+ Stop Gwanghwamun Station (Seoul Subway Line 5), Exit 2.
+ Then walk straight 3 min.

Info : Two statues of Admiral Yi Sun-Shin and Sejong the Great, who are great and influential people in Korean history, are situated at Gwanghwamun Square

Mulanya cadang nak nak jalan-jalan di Cheongyecheon Stream tu selepas bergambar di King Sejong Statue tu tapi entah macam mana cari arah tak jumpa. Ada 2 orang malay ladies, ask them dorang pun tak tahu. Bila baca blog Azra beliau mention cheongyecheon Stream kat area statue siput warna purple tu. Ahaaa..frust jugak lah walhal dah nampak tapi kami tak menapak ke sana dengan alasan kita pergi Dongdaemun je lah sana pun ada Cheongyecheon Stream. JM pun tak perasan rupanya ada catit dalam itirenary, nak ke stream tu just jalan ke terus ke hadapan dari King Sejong Statue tu...hadoilah..macam nak ketuk-ketuk kepala sendiri.

The great King Sejong Statue
Admiral Yi Sun-Shin
Jadi sudahnya ambil gambar beberapa keping di depan King Sejong Statue tu pastu terus beredar ke tempat seterusnya. Waktu ni kalau tak salah lebih kurang jam 7.00 malam dan agak gelap.

Destinasi terakhir hari ni kami akan ke Dongdaemun Ikan Bakar yang juga femes di kalangan tourist from Malaysia dan juga rakan blogger. Mahu makan malam kat sini, .memang lapar sangat waktu ni.

Getting there :
- Stop at Dongdaemun Station Exit 8
- Boleh juga keluar ikut Dongdaemun Underground Shopping Centre Exit 2
- Jalan di hadapan Marriot Hotel, di mana Marriot Hotel sebelah kanan dan Cheongyecheon Stream sebelah kiri
- Jalan terus ke hadapan sehingga jumpa simpang yang pertama
- Belok ke kanan jalan terus sehingga nampak stall seperti kat bawah ni
- Masuk simpang ke kiri, ada byk kedai makan ikan bakar pilih je mana nak makan.

Samapi sahaja Dongdaemun Station tu terus cari Exit 8, tapi x ada maybe closed tapi memang tak ada. So kami deside ambil Exit 7, jalan di tepi-tepi kedai dan nampak Exit 8 di seberang jalan. Macam mana nak lintas memang tak boleh lintas dari Exit 7 tu. Jalan lagi ke hadapan nampak entrance 4 Dongdaemun Underground Shopping Centre to Exit 2. Rupanya keluar dari exit ni lebih dekat dari Exit 8. Berpusing-pusing kami time tu.

Waktu ni kawan JM dah mula sakit kaki, waktu nak turun tangga subway memang tegang je rasanya waktu nak naik ok lagi. Kasihan beliau, memang balik nanti nyenyak lah tidur.

Kami ambil Exit 2 - Dongdaemun Underground Shopping Center...undergroung..bunyi ganu pulak
keluar dari Exit 2 Hotel JW Marriot di sebelah kanan, jalan terus je ke hadapan
Selepas jumpa junction pertama, belok ke kanan jalan terus sampai nampak kedai ni terus masuk simpang ke kiri
Then nampak lah kedai ahjuma ni...dari jauh dia dah senyum..korang tahu kenapa?
Ahjuma sedang bakar ikan. Dia senyum sebab ramai msian yang datang makan kat kedai ni
Kami masuk naik ke tingkat atas kerana di bawah dah penuh, meja jepun makan sambil duduk bersimpuh. Korang tak perlu risau kerana memang tak ada buku menu. Jadi korang duduk je diam-diam nanti dia serve side dish kemudian sekejap lagi ikan bakar sampai. Kuantiti nasi tu memang banyak kami makan tak habis begitu juga ikan bakar. JM tapau ikan bakar tu buat sarapan esok pagi. Hidangan begini berharga 14,000 won sebab 2 ekor ikan bakar which is 7,000 won for each. Jika dalam Ringgit Malaysia lebih kurang RM21.00, sila jangan convert jika makan di luar negara.

Jom makan...
Perut dah kenyang hati dah senang jom kita balik. Sebelum sampai guesthouse singgah di kedai GS25 beli instant rice berharga 1,300 won untuk sarapan esok pagi.

Tamat hari pertama. Nak tahu ke mana JM pada hari kedua, perlu tunggu next entri lah ye...

Wasalam.

235 comments:

  1. Hanok Village tu sangat cantik!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Farah : u r first hikss..pernah ke Seoul kan?

      psst : utk makluman semua kawan reader yg di sayangi selalu..ini kata2 ikhlas bukan hipokrit...heee..JM terpaksa buat approval comment after moderation supaya korang semua tak perlu scroll down utk tinggalkan komen yek

      Ada juga JM terima komen yang berbentuk IKLAN..mohon maaf komen spt ini perlu di keluarkan

      Delete
    2. Thanks Aquaris Morius..atasi masalah rambut gugur? ..menarik nih

      Delete
  2. Banyak info yg bermanfaat yg JM kongsikan ni.. menarik. Tempat yg cantik... tengok makanan tu pun sedap je.. Thanks sharing JM.. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bro KK : harapan JM semoga info yang di kongsi menjadi manfaat kepada reader..u r welcome : -) Thanks coz support my blog

      Delete
  3. Feeling2 era Joseon tak jalan kt Hanok village ,dekat pulak dengan Changdeokgung n Gyeongbukgung...tapi memang serius ramai betul tourist time ni ya,nikmatnya dpt dinner mcm tu lepas puas menapak seharian :-)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aida Awie : tak rasa sangat sbb x pakai Hanbok...ha'a..kat sini mmg ramai so nak dpt port x de org mmg susah
      Mkn time lapar mmg nikmat...seperti org mengantuk di sorongkan bantal ..giteww heeee

      Delete
  4. Replies
    1. Abe MKL : bergaya kat mananye..dh macam tukang kebun pun hado tu ha

      Delete
  5. Soalan pertama tu memang tak dapat jawab la...Angguk station..hehehe...apa la yang nak di'angguk'kan kat situ..kedai tu macam best je..tak payah nak gril-grill sangat..kawasan rumah tu memang untuk pelancong lalu lalang ke?seronoknya

    ReplyDelete
    Replies
    1. Acik Watie : ahahaha...angguk-angguk geleng-geleng

      h'a...tiap2 hari ada pelancong sampai tuan rumah takut nak keluar...ehh! betul ke?

      Delete
  6. JM terbaikkk !!!!!!!!!!!!!!!!

    Nanti kalau kita gi Korea ... kita akan ziarah Ahjuma Ikan bakar nih hahahahahah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bro Zaliiiiiiiiii! : maka terimalaaaaaaaaaaaaahhhh . Jika nak jumpa Ahjumma ni perlu cepat JM risau nanti Ahjumma tu dah 'tak ada' ahahahaha...

      Delete
  7. Kak, cantik & bersih Buckhon Hanok Village tu. Dahsyat diorang mantain tempat tu ye...
    Pagi2 akak dah buat saya gelak dengan cerita bride & teti...nya ;D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Farrah MF : tempat tumpuan pelancong kan haruslah terjaga :-)
      Hahahaha...bila akak teringat semula situasi bride tu angkat tangan sis JM mesti tersenyum

      Delete
    2. Hahaha! Saya datang dan gelak lagi :D

      Delete
  8. Tengok gambar2 ni rasa ma am acik tengok cerita korea

    ReplyDelete
    Replies
    1. Acik Erna : ha? ahahaha...ok..ok...Acik ni lawak lah

      Delete
  9. Morning JM,

    Seronok baca entri JM, macam kita sama2 ke Korea pula..hehe..berangan pun jadi laa..

    Ibu Hana

    ReplyDelete
    Replies
    1. Assalam Ibu Hana...terima kasih drop by sini : -) aahahaha..berangan dulu mana tahu nanti jadi kenyataan kan

      Delete
  10. Saya pun dulu tak sempat nak ke Bukchon Hanok Village...

    Ikan bakar yang sedap tu pun tak naik harga lagi nampaknya...tapi side dishes nya memang susah betul nak telan...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pak Lang Mie : ohh ye!! JM boleh telan je semua terutama kimchi...jeruk sayur hijau tu je (bajan kalau x salah) masin sikit..nampak nya JM boleh hidup kalau 'tercampak' kat sana kan :-)

      Delete
  11. Nyum nyum ... JM, exit 8 Dongdaemun station tu ade jer ... tapi die mcm tersorok sket belah kanan ... mesti JM tak perasan ni... me siap pegi 2 kali haritu kat kedai ikan bakar ni...

    ReplyDelete
    Replies
    1. ye ke Azra, kami pun pergi mkn 2 kali gak..dua kali tu jgk lah kami pusing jalan jauh...ahahah..mmg x perasan exit tu

      Delete
  12. mak aiii slope dekat hanok village tu...mau tercungap2 kalau naik laju-laju hehe, tapi best la sebab boleh tengok architecture korea. cantik.
    Korean drama ni pandai betul promote Negara diorang kan, kalau personal taste tak buat kat sini, ntah orang tau ke tidak tempat ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dzuli : don worry u can do it :-) itu lah slah satu taktik utk menarik ramai pelancong ke sana. Salah satu promosi :-)

      Delete
  13. wahhh cantiknyaaa tempat diaaaaa . tgk makanan tu pn sedappppp :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Lieya Yaya : sebenarnya ada lagi tempat makan yg lagiiiii sedap...nanti sis JM kongsi eh

      Delete
  14. Bila la akak nak dapat gi sana.. nak gi sendiri takut sesat aje.. nak pakai agent mahal la pulok.. eemm kene kuatkan semangat nih... hehehhe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alin Sulatri : terima kasih sudi jengan blog ni. Sesat di tempat orang tu biasa lah kak yg penting kita perlu berani je dan enjoy the view. Pegi sendiri lah best :-)

      Delete
  15. Seronoknya..teringin juga nak pergi..

    ReplyDelete
  16. JM...ai kan tak leh telan la makanan korea...tp kan bila kat jepun ai mkn elok jer makanan diorang...waeyooo??? mungkin jepun nyer byk goreng2....korea nyer byk rebus2 kot...hiksss

    ReplyDelete
    Replies
    1. Liza : alaaaa..kenapa pilih kasih hikss..JM boleh je makan Jepun ke Korea ke..tekak ni serasi sgt heee..ohh..suka sgt mknan bergoreng lah nih

      Delete
  17. Tajam betul mata JM ni. Sampai bawah tiak pengantin pun diperhatinya! Dia tak buat tocang ke, JM? Hahaha. Ikan bakar tu terbau sampai sini... lapo pulak dibuatnya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Fay : hahahah...siapa suruh dia angkat tangan..rasa cam nk hadiahkan pisau cukur je

      Delete
  18. kedai yg sama kita makan JM.. sedap kan ikan bakar dia? been there last year... tu nasib ada conference.. heheheh

    ReplyDelete
    Replies
    1. 6ky : mmg glamour kan ahjumma tu..kedai ni mmg famous di kalangan tourist from Msia :-)

      Delete
  19. Rumah tradisional Korea keren banget Mbak JM. Ikan bakar itu..waduuhhh...bikin ngiler air liur.. pasti enak banget deh.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mas Gunadi : Keren tu apa ya? Ikan bakar tu mmg sedap makan ketika ikan tu masih panas rasa juicy je :-)

      Delete
  20. saya baca dengan hati yang sebak. sobs. nak pergi korea jugakkkkk....

    ReplyDelete
  21. Rindulah nak makan ikan bakar tu lagi JM...=)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Norharyani Sanusi : mee to..jom lah terjah Korea lagi

      Delete
  22. Bestnyaaa... Nnti bole guna entry JM utk rujukan.. Tu pun kalau ada rezeki nak ke korea.. Hehehehe.. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. samllfingers : in sha Allah..your days will come :-)

      Delete
    2. Sis JM,,nanti nak private msj bole tak? Nak tanya lebih tentang Korea nie.. Hahhaha.. Tu pun lau sis free.. ngeeee.. :)

      Delete
    3. smallfinger : email je...in sha Allah akan di jawab :-)

      Delete
  23. JM silap rumah, tu bukan rumah Lee Min Ho. No rumah je sama tapi rumah dia lain sikit. Lorong ke belakang dekat ngan banglo sebenarnya rumah dia. Hihi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. BibiEr : salah eh..okey..nanti JM betulkan yek

      Delete
    2. amboi Kak Bibie hihi..
      Siap hapai rumah leeminho hih

      Delete
    3. Jangan x percaya CT..kakak Bie nko tu dah PAKAR jalan2 Seoul tau..Sis suka dgr bila dia ckp cakap Hangul heee

      Delete
  24. cantiknyaaa tempat diaaa... rumahnya lawa2..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Izaati Amira : ada byk lagi tempat yg cantik ini baru sebahagian je :-)

      Delete
  25. Asalam JM benar-benar pesona terserlah di sana, Malaysia ya ok..tapi keindahan negara Korea dan Jepun ( osaka ) benar2 beza. Ini baru dua negara Etuza tengok, mereusi blog JM dan travel Etuza di Osaka..Ya Allah subahanallah..kagum tul.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cikgu Etuza : di sebbkan keindahan ke dua-dua negara ini membuatkan JM rasa tidak puas jika ke sana hanya sekali mahu pergi berkali-kali :-)

      Delete
  26. dah dpt nampak skit2 pokok daun kuning tu ;p
    makhaiiiii sepoil betoi ler pengantin pompuan tu ek hahhaha
    eh macm murah je makanan ikan bakar tu..lapar terus tgok pic tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. KopiO : early Nov baru byk pokok-pokok tu daunnya tukar kaler...Ahaah..kan...pengantin oh pengantin rupa dah cantik TAPI! aahahah...sabar jel ah. Iakan bakar tu mmg sedap..kalau ke Seoul perlu try

      Delete
  27. 1. Pokok-pokok sebab daun dah tukar warna itu yg menarik
    2. Pedestrian mereka pun bersih nampak mereka utamakan kebersihan
    3. Ikan bakar tu akak tertarik juga tapi pinggan yg diguna lagi kakak tertarik. Unik..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kak Zakie :
      1. Betul..kalau pegi summer daun nya Hijau je
      2. Mereka mmg utamakan kebersihan. Sudah nak jumpa sampah dan tong sampah. Kala uada sampah JM simpan dalam beg dulu
      3. Pinggan/mangkuk nye kecil dan comei..itu sbb dorang kurus kerana mkn tak banyak :-)

      Delete
  28. Saya suka ikan keli bakar.. Ikan keli bakar tak ada ke kat Seoul & Busan.. kot-kot ada ikan keli yang berkulit cerah dan mata agak-agak sepet macam orang Korea...?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bro JR : ikan keli bakar ala2 orang Korea x de sbb mereka tak kahwin dengan org Msia..kalau ada pun mesti sayang nak makan cantik sgt heeeee

      Delete
  29. Wow...best dapat berjalan ke negara orang. Ikan bakar macam ikan bakar kat malaysia tak JM.

    Walaupun JM dok terang dan terang tetap rasa sesat juga kalau ke sana. huhuhu
    Yela tak pernah gi sana. tak dapat nak imagine. Perkongsian trip ke korea yang sangat menarik

    ReplyDelete
    Replies
    1. aRz MoHa : kalau cpmpare ikan bakar msia ofcoz lah ikam bakar msoa TERBAIK sbb ada air asam kan..slurrppp

      Alaaa...permulaan je rasa kekok sikit bila dah ke sana akan pandai sendiri..x susah sebenarnya..sis JM pulak yg sesat di negara sendiri huuhuh..itu pun dah guna Waze tau

      Delete
    2. saya pun kalau ke KL tetap sesat hahaha

      Delete
  30. Mahal jugak makan di sana. Ingat dalam 7 ringgit ja hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. aRz MoHa : kalau duit dorang maybe murah tapi dek kerana rate tukaran wang 1000 won = RM3.18 kalau dah 7,000 won tak ke lebih kurang RM21.00++ for one meal...itu sbb kalau nk jimat bawak bekal je dari msia :-)

      Msia juga syurga makanan kan..MEWAH!! alhamdulillah

      Delete
    2. kena bawa maggi la yer hahaha

      mmm bila matawang nak naik lebih tinggi?

      Delete
  31. Pintu tu menarik JM. Klau JM buat rumah sendiri kena design macam tu. Jarang orang Malaysia buat pintu rumah macam tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. aRz MoHA : org msia tak tahu...cer dorang tahu mesti COPY & PASTE :-)

      Delete
    2. tak boleh juga. Sebab kayu mahal sekarang huhu melainkan memang duit banyak boleh la

      Delete
  32. Replies
    1. aRz MoHa : jgn tak tahu..part tu mmg sis JM cukup alert. Kalau Malay girl kalau JM tgk muka cantik dan kulit licin pasti sis akan tgk juga tumit kaki jika x pakai stoking, pecah/merekah atau tidak..klau ye mmg reject hahaahah

      Delete
  33. Rerambut tu rebonding tak? Sikat guna jari boleh? He He He...

    ReplyDelete
  34. wah..ke korea plak dah....hanasayo...x jumpa oppa hensem ke kat sana?? hehehe...sempat lg tu tengok teti... hehehehe....

    ReplyDelete
    Replies
    1. nOe : oppa handsome ramai sgt..yang jaga laluan pejalan kaki pun hensem. yg keje kedai 7e pun handsome..tinggi dan slim susah nak carik peyut buncit opsss...mmg rambang mata arghh.tapi mana dorang nak pandang kami nih huhuhu

      Delete
  35. wauu banyaknye nasi... kenyang full tank nie..ahahah... ape?? teti.... ade rambut?? hahahha..lawak la kak JM nie.. huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Anizz Annisa : Nasik tu kami makan x habis..mmg portion nye byk....ahahaah...mmg ada tak tipu...

      Delete
    2. wahhh.. makanan korea pedas tak? nak tau jugak nie.. nampak macam pedas..huhu

      Delete
    3. Anis : tak perlu risau..dorang ni tak mkn pedas..tapi ada gak bibimbap tu ada sotong pedas..tapi pedas nya pedas sedap....Anis mmg x mkn makan pedas eh..jgn risau ade je makanan yg x pedas

      Delete
    4. owh depa tak makan pedas. tak boleh la try nasi kandar hahaha

      Delete
  36. Cantik jaket pink akak!
    Kak JM, thank you bagi direction ke kedai ikan bakar! ini wajib terjah next time ke Seoul ni :)

    Esoknya pergi mana ya...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Miss kay : itu bukan jaket lah sayang..itu sweater je :-). Kedai ikan bakar tu mesti masuk dalam list tau

      Delete
  37. JM..ada FB kan?apa add ek?ble add fren kat fb plak..:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. NoorNazuha : JM ni kurang aktif di FB banyak habiskan masa BW je...tapi kalau nk add search Jari Manis ye :-)

      Delete
  38. Bestnya.. mmg cantik dah bersih jer tempat depa.. ala kenapa jm tak masuk..ruginya.. =D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mrs Secretary : Mmg bersih Farah...susah nak cari sampah..x masuk sbb malas nk buka kasut...hee..boleh giteww kan

      Delete
  39. thanks JM keran asudi berkongsi gambar serta cerita menarik...ketawa baca ayat JM tentang pengantin tu hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. kak Kam : JM x sengaja ternampak 'secret part' tu hehehehehe

      Delete
  40. ish ish sempat la usha tue....

    sedap x ikan bakar sis...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Zarulfarhana : sis JM mmg suka skodeng 'part' tu hohohoh. Ikan bakar tu sedap tapi sedap lagi ikan bakar Msia punya sbb ada air asam...fuhh..meleleh air hidung

      Delete
  41. cepat sambung JM akak tak sabar nak baca..
    serius cantik area Bukchon Hanok Village tu
    yg rumah lee min ho dlm citer tu keter boleh lalu kan :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kak Sofu Hashim : JM baru je selesai buat sambungan story tadi. Ha'a kereta boleh lalu kawasan ni tapi JM dapat info rumah Personal Taste tu di bhgn belakang No rumah sama no 43

      Delete
  42. bukchon hanok village tu banyak dah tengok drama korea shoot kat situ. termasuk personal taste. hehe. sedap pulak tengok ikan bakar tu. tq sharing. hope someday dapat jejak sana.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cik Fafa : ahaa..minat Drama Korea jugak lah ni iyee..kumpul duit sikit-sikit..kalau tgk dalam drama x sama feel semasa jejak kaki ke sana :-)

      Delete
  43. nampk sedap kak JM..ruginya xmkn ms gi korea .. kn repeat lg ni gi sana..hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Siti Rohaina : Ahaaa..dah pernah ke Korea ke..alaa..kenapa x mkn rugi tau (ahahah nak hasut aina pergi lagi) heee

      Delete
  44. patotla gamba rumah diatas mcm pena tgok.. huu ohh lakonan lee min hoo..
    wahh mmg cantek2 ek rumah kt korea ni :)

    nampak sdap tol makanan diatas ni ^-^

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cik Nadyya : bagi mereka yg tak pernah tgk citer Korea je tak tahu heeee

      Delete
    2. aah kan.
      xpe yang penting kite suka ngok korean dramas, hehe.. tp jarang tgok je :p

      Delete
  45. Finally!!! lamanya nak tunggu cerita bersambung, hehehe...ok, can't waint for next episode

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dear Nana Rjay : another episode dah keluar..itu lah citer ni x consistent kan. Tuan blog perlu g mandi bunga kasi rajin sikit heeee

      Delete
  46. lee min ho berlakon situ!! ala, sukanyer..ngee..
    dasat betoi kak JM sampai pikiaq lagu tu yer..hihi..
    emm, sedapnya, puaih mkn la sebb penat berjln kan..
    nasib baik dah dinner, klau dak drolling jugak tgk mknn tu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. ahahaah..Timm Bill, jangan tak tahu daya imiginasi sis tinggi tau jgn memain hahaha..pstt : dh teria lom ole2 yg sis hantar

      Delete
  47. Kampung ni mmg dlm wishlist! Tak sabar la hai nak jejak sini...Taun tak tau lah bila.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Syieda : lepas balik dari Nihon tu plan lah ke sini pulak heee

      Delete
  48. hihi wow skarang nak komen dah kena tnggu approval hihi. senang nak uruskan kan Akak JM.. yuuuhuu CT da balik penang and bakal ke bangi lagi la lepas ni. tapi tak tau bila..

    betul tu kak.. kalo kat tempat orang mmg kena pejam mata sajalah kalau makan makanan sana. tapi bab makan CT tak berkira. bedal aje hihi.. mahal pun skali skala. dua figurin tu mmg famous kan.. Dah mcm wajib lak kena jenguk diorang tu hahaha..

    adoi tangga ni lemah ni. kena bawak ice pack kalau nak rilexkan kaki kat hotel..

    ReplyDelete
    Replies
    1. CT!!! ha'a perlu comment approval sbb ada org tinggalkan IKLAN di ruang komen huhuh..then pada masa yg sama nk memudahkan rakan reader x perlu scroll down ke bawah utk tiggalkan komen tu :-)

      Ha'a betul tu :-) Seoul dan tangga baik aur dan tebing :-) so get ready with your leg

      Delete
  49. Waaahhh best nyeee. Imaginasi kak JM! HAHA hamboiii~
    Nah, kena tag : http://cahayaalammaya.blogspot.com/2014/11/liebster-award-13.html

    ReplyDelete
  50. Replies
    1. Cik Cerita : mcm je..huuhuhhu...mmg sedap pe heeeee

      Delete
  51. hahahaha....sempat lagi JM ternampak tuttttt ya, hehehe... I think itu mmg trademark perempuan belah2 sana la JM sbb masa sya kat Langkawi pun ternampak benda yg sama, walhal putih melepak, kulit cantik, dress sexy... tu je yg spoil, hehehe...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nana Rjay : ohh pernah nampak juga eh...ahahaha...muka mmg meletops tapi part tu..aduhai hohohohoh

      Delete
  52. Ikan tu nampak sedap lah ☺

    Suka tengok pokok tu. design pintu rumah org korea pon cantik. Bersih dan kemas jer kawasan rumah dorang.

    ReplyDelete
  53. yeah...first!sedapnyer ikan bakar...memang nak kena repeat la seoul ni...banyak tempat missed;c

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sai : sorry dear..u r not a first :-) ha'a..pergi sekali x cukup

      Delete
  54. Cantik & bersih lorong2 tu.
    Tapi, macam kena mendaki je..
    Tak penat ke, k.JM?
    'teti'?? Ketiak ke, k.JM.
    Erkkk...mashem tak tu? Alahai terperanjat beruk pulak si abangnye nanti.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nazeck : kalau jalan2 di Seoul stamina perlu kuat jika tak kaki akan 'merajuk' ...ahaha pasal teti tu...terpandang aduh...eheheeh

      Delete
  55. Memang klasik lah pintu2 rumah tu.
    Tengok ni macam terbayang nak buat kat rumah sendiri pulak..
    Ish..ish..memang x logik xD

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nazeck : boleh je nk buat tapi harga kayu tinggi skrg..perlu cari kayu yg berkualiti

      Delete
  56. Jm..mcm menaik bukit jer hanok village tu.. betol ke? Saya pon x sempat ke hanok village ritu... sedap ya mkn ikan bkar panas2 dngn nasik panas2 time sejok2..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Fari : bukit sikit je tak lah cerun sgt..bukan tu aje..mkn time lapar..fuhhh..nikmat!

      Delete
  57. suka tgk design umah kat situ...chantek...sy pnh tgk tempat ni dalam tv alhijrah...tp xigt nama program tuhh....

    pstt..JM ikan bakar dia sedap x?? banyak tulang x?? hehehehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Deanna Morni : ikan bakar tu mmg sedap..tulang ada tapi x byk..tulangnya besar pasti x tercekik :-)

      Delete
  58. Teringin gak makan makanan Korea nie ^-^

    ReplyDelete
    Replies
    1. Zumal..klaau nk makan x perlu ke Korea..di msia pun byk..meh la turun KL

      Delete
  59. Selalu jd silent reader je, so takpe lah comment moderation tu.. hihi
    best jd akak, travel jee~

    kite tag akak tau :)
    http://cahayaalammaya.blogspot.com/2014/11/liebster-award-13.html

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nur As : kalau jadi SILENT reader susah akan nk buat kunjungan balas..so say hai pun dah cukup :-)

      Delete
  60. Pndai eh ahjuma tu bakar ikan..hihi.
    Personal taste eh. Penah tgk. Rumah yg sgt cantik ^^
    Pencarian Sponsor Diperlukan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cik Balqis : kalau dah hari2 itu je kerja nya mesti dah pro :-)

      Delete
  61. kalau saya jalan2 pun, suka tengok binaan2 lama dia yg dikekalkan dengan cantiknya... tapi orang Korea sangat menghargai tradisi mereka kan... cantik sungguh rekabentuk rumah lama tu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Najib Ariyan : JM suka seightseeing...sejuk mata memandang

      Delete
  62. ala nape tak amik gambo banyak sikit kat rumah personal taste tu..ciku suka design dia..hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ciku : gambar byk tak x nk upload byk kat sini nanti blog BERAT :-)

      Delete
  63. Replies
    1. Aqilah Azmi : terima kasih kerana sudi singgah sini :-)

      Delete
  64. uuu.. nak ikut T____T. kenapa tak masuk rumah tu? hihi..

    baru ada masa nak tinggalkan komen sebab baru topup data. huh! selalu silent reader je. btw, suka cara akak cerita sebab details. inshaAllah jadi panduan utk giliran saya nanti.

    satu lagi, minta izin ya tag2 akak kat GA. soorylah kacau akak yang bz ni ^^<

    ReplyDelete
  65. sedap pulak ikan bakar tu!!!!haritu tak pergi pun bukchon.duduk berangan dkt office bukchon village.berbukit2 bukau, kaki pun dah lenguh..ehh xsabar nak tunggu next entry^^

    ReplyDelete
  66. wahh..detail direction yg sis jm bagi...thanx2..blh pg sini nanti :)

    ReplyDelete
  67. memang jenuh mendaki bukit di Bukchon Hanok Village..exercise pagi..replenish energy dgn makan ikan bakar..ok la tuu kan..suasana Cheongyecheon di city centre tak sama dgn yg kat Dongdaemun...kat sini lagi meriah..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nampaknya kan Nohas..nex trip JM akan ke Cheongyecheon di city centre :-)

      Delete
  68. bestnyaaa kak jm. bila lah agaknya dapat ke sanaa :)

    ReplyDelete
  69. Replies
    1. Terima kasih di atas jemputan Radin Siti Aisyah :-)

      Delete
  70. JM....manalah okje tau tempat tu apa....pergi pun tak pernah huhu....kesian yek!
    Takpe...tak pe....kadi chance adik adik pergi ....kak long jaga KL haha.....

    Ikan dia sedap tak JM?

    ReplyDelete
    Replies
    1. kak Okje..anak2 dah besar boleh je nak pegi berdua dengan En Abe tu :-)

      Iakn tu? SEDAP!!! sambil buat tangan thumbs up :-)

      Delete
  71. wahhh bestnya kak jm!! besok2 nak gi sane, memang kita nak pergi semua tempat ni :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aisyah : tempat2 ni mesti di masukkan ke dalam list tau

      Delete
  72. Ye..ye..kenal rumah penggambaran Personal Taste tu..hehe..sama je cam lam drama x berubah pun..Alahai masuk sini mesti jeles tengok tempat2 kat Korea ni..seronoknya :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cik Mimie : nanti bila dah 'berdua' cer hajak en Abe hanimun kat sana :-)

      Delete
  73. rasanya macam pernah baca pasal tempat ni kat blog naramas nota kembara
    best nyewwww,
    doakan untuk akak moga dapat jejak seoul ^_^
    insha Allah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kak Tiha..dah ramai rakan blogger dh jejak kaki ke sana :-) in sha Allah jika ada kemahuan your turn will come :-)

      Delete
  74. kak JM, unik r nama Angguk Station tu. Pastu undergroung tu dorang typo ke apa? hehe.

    untung la kak dah lalu umah LMH dalam cite personal taste. best kan cite tu.

    pastu ahjumma tu memang dah syak akak pasti akan makan kat kedai dia. hehe. sedap x ikan bakar tu?

    ReplyDelete
    Replies
    1. BUDAK : Angguk tu sis yg salah spelling sebetulnya Anguk Stn tetapi undergroung tu dorang yg salah spelling :-)

      kedai ahjumma tu..bila nampak org bertudung je terus dia senyum dan jemput masuk..ikan bakar tu mmg sedap argh tapi agak kering...

      Delete
  75. Sis JM tanya mana nak beli online buku catatan matluthfi kan. Boleh try bukak lamanweb bookcafe.com atau link --> http://bookcafe.com.my/en/books-promotion/yes-diskaun-20-en/lain-lain-terbitan/puteh-press/catatan-matluthfi-en.html

    Sekarang tgh pre-order utk cetakan ke3.

    Haritu saya pre-order cetakan kedua. Td baru poslaju hantar. Memang kena beli sis. Konfem best. Hehe.

    Kalau nak beli kt insta shop pon ada jugak. Just #catatanmatluthfi dan kena pandai tgk la mana insta yg jual. Hehe.

    Papehal akak roger saya :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. tadi akak tanya url blog matluthfi kan? dulu memang ada. tapi sekarang tengok macam dah takde.
      url dia -> www.matluthfi90.com/ tapi sekarang xde dah T.T
      maybe dia suruh baca buku dia. hehe.

      Delete
    2. ohh..ok..ok.. terima kasih BUDAK kongsi info ni..XOXO

      Delete
  76. Bestnyer! Bookmark, byk info! Suka, suka, suka..hee.. Thx sis :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih Miss Yana...terharu ahkak tau heee

      Delete
  77. Bestnya! :D Wani singgah sini :)

    http://wani-siulatbuku.blogspot.com

    ReplyDelete
  78. Seronoknya baca pengalaman Jari Manis travel.
    Terigin satu hari nanti nak travel jugak macam ni...

    ReplyDelete
  79. Ikan bakar tu jenis apa ya, akak milih sikit maklumlah tak makan spesis ikan2 besar..( macam le esok lusa nak pergi Korea)

    ReplyDelete
  80. Dia macam tahu2 je msian nak makan situ. hehe. tak sabar nak baca yg seterusnya!

    ReplyDelete
  81. Cantik desa nya, suka banget ama desain pintu2 kayu nya :-)

    ReplyDelete
  82. Hye JM!
    Kte da jupe hero Personal Taste live! (sila jeles dlu) TP rumah tmpt shooting kt Bukchon tu kte x jumpe...sob sob.
    Owh, kat kedai ahjumma ikan bakar tu actually bleh order sotong gak. Sedap!
    Takde dlm menu tp bleh request...ckp nk sotong, ahjumma paham...hihi

    ReplyDelete
  83. lapaaa tgok ikan bakar tuh! heehhhe balik nak pi cari ikan bakar laaaaa HHAHAA

    ReplyDelete
  84. Kedai ikan bakar ahjumma ni mmg femes. Bayangkan naz siap bukak blog skampung nak confirmkan sama tak gambar dia dgn kedai ahjumma ni.

    ReplyDelete
  85. Mmg menarik kak.. siap.ade rumah tok pelawat tgk lg... hahahha lawak la kak jm pasal mgnting ng teti... mmg dorg xkasi potong ka?? Selambe pakai baju takdak lengan tuu... ohh kak subway tu cmne bntuknye.. cm lrt ke ape..

    ReplyDelete
  86. makanan tu nampak sedap.. bile la fifi nak sampai korea ni..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Fifi : terima kasih kerana rajin tinggalkan komen di blog sis JM..tunggu ole2 Top Commentar ye..semalam sis dah buat pos laju..alamat masih sama kan :-)

      Delete
  87. Sis JM, nti boleh compile buat buku.. sng nk rujuk bile gi travel.. hehe

    ReplyDelete
  88. ramai orang malaysia ke sinikan.. alahai bestnyer.. tak merasalah akak ke sini lagi...
    makciktu pun dah kenal orang malaysia yerk... sikit lagi pandai dia bahasa malaysia...

    ReplyDelete
  89. Bukchon Hanok Village tak sampai pun...uhuk uhuk.. tapi sy stay kat Jeounju satu malam. Kat sana memang best.. real traditional village.. Hajat nk mkan ikan bakar kt dongdaemin pun tak sampai sebab sampai sana dah lewat. kedai dah tutup menurut kata tourist info..huhu.. Memang nak kena pergi lagi la kan

    ReplyDelete
  90. uiks! betul la sis.. kalo makan kat luar negara jangan convert! sebab nanti terase mahal & tak berbaloii.. hahahahha.. =p

    ReplyDelete
  91. lawa sangat-sangat tempat dia!!!

    saya suka bangunan unik macam ni. hehehe... aik, awat ada nehi tu? silap negara la kak :P

    ReplyDelete
  92. alaaahh...sedapnyer tengok ikan masin tu..

    ReplyDelete
  93. Makanannya paling menarik hatiku hehe

    ReplyDelete
  94. untuk soalan pada gambar pertama, saya tak tahu
    tak pernah tengok pun cite korea
    agaknya dah tua kot...hehe
    tak berapa minat tengok, tapi tempat dia cantik kan?
    susah tak cari makanan halal di sini JM?

    ReplyDelete
  95. JM nape tak bergambar sekali depan rumah shooting personal taste tu?? comfirm ramai jeles.. kalau ada lee min ho nurul lagi jeles hahahahahha

    ReplyDelete
  96. Hahaha..sampaikan rambut kat teti...tu pun JM nampak.
    Memang lawa kawasannya, bersih ja.

    ReplyDelete
  97. hahahah daya imaginasi tu yang tak tahan.... Sha memang suka design lama Korea... rumah2 yang cantik... teringat cerita jewel in the palace... berangan sangat ada kat situ...

    ReplyDelete

Komen apa2 je!!!
Kunjungan anda akan di BALAS

NUFFNANG