Sunday, 30 November 2014

Autumn at Seoul & Busan : Shopping Time (1)

Assalamualaikum dan salam sayang buat semua reader,

Cak!!!!
Sebelum JM sambung kisah percutian di Seoul, salah seorang rakan blogger, Cikgu Etuza mohon JM hebohkan satu segmen yang beliau anjurkan - Segmen Pencarian Bloggers & Bloglist Ikon Gratifying! By Etuza. Kepada pembaca yang berminat untuk join sila klik Pesona Etuza . Tarikh akhir segmen adalah 01 Disember 2014. Selamat bersegmen!

Hari kedua di Seoul (24/10/2014 - Jumaat)

Hari ni kami plan nak cari barang souviner terutama JM lah nak cari ole-oleh kepada rakan reader yang setia bersama blog JM dan juga untuk rakan pejabat. Malam tadi kami plan akan ke tempat-tempat ni :

1. Doota Mall
2. Dongdaemun Market
3. Insadong
4. Namdaemun 
5. Myeongdong

Bangun awal? lebih kurang jam 5.30 pagi baru bangun lepas mandi, solat dan makeup kami turun ke dapur untuk prepare sarapan pagi. Seronok nya stay di GH3 ni sebab ada dapur, kitchen ware jadi boleh masak. Tapi hanya sekadar menggunakan Oven/Microwave untuk panaskan nasi dan lauk kerana ada perasaan was-was untuk menggunakan periuk dan peralatan memasak yang lain.

Petang semalam kami singgah beli instant rice di GS25, so pagi ni panaskan nasi, lauk segera dari Msia dan makan dengan senang hati. GH juga ada sediakan roti keping, butter dan hot water. Jika nak jimat, korang bawak je minuman 3 in 1, sambal ikan bilis, serunding ikan atau ayam ke, maggie cup atau apa sahaja sebagai bekalan. Korea tiada larangan bawak masuk makanan luar seperti Australia.

Di Sinilah tempat kami sarapan setiap pagi. Ruang makan luas cuma JM ambil pic sebahagian sahaja
Selesai makan, naik semula ke bilik untuk ambil backpack dan destinasi pagi ni Doota Mall. Mrs F bagi tahu souviner di Doota Mall jah lebih murah dari Namdaemun, Insadong dan Myeongdong. Beliau cakap ada satu kedai tu memang jual souviner je. Jom kita ke sana.

Direction to Doota Mall by subway :
- Stop at Dongdaemun History & Culture Art Exit 14 ATAU
- Stop at Dongdaemun Station Exit 8 (Cross the street and walk around 130m to arrive at Doota

Kami pilih stop Dongdaemun History & Culture Art Exit 14 kerana tak perlu cross jalan. Apabila exit no 14, jalan terus ke hadapan dah sampai.

Yay...we are here Dongdaemun History & Culture Park Station
Stop at Donngdaemun History & Culture Art Exit 14, jalan terus ke hadapan
Sampai di Doota Mall, kami tidak pasti kedai souviner ni tingkat ynag ke berapa sama ada tingkat 5 atau 6 jadi kami explore setiap tingkat sampai ke tingkat 8 - Food Court.

Kawan JM pun not sure tapi beliau pernah ke sini sebelum ni, so kami turun ke tingakt 6, pusing - pusing memang tka ada kedai tu. Then dia cakap tak mungkin dah CLOSED. Kami turun ke tingkat 5, pusing kat sini pulak the taraaaaaa...inilah kedai soviner tu Arirang Shop. So make sure ye kawan, tak note jika ingin beli souviner MURAH..memang murah tak tipu boleh datang ke Arirang Shop, Doota Mall tingkat 5.

Arirang shop
Pelbagai jenis souviner di jual termasuk T-Shirt yang berharga 10,00 won sepasang dan 3 pasang for 10,000 won
Ini pekerja di kedai Arirang, lelaki yang kacak tu fasih bebahasa Melayu
Pelbagai jenis souviner di jual terutama Fridge Magnet bergantung kepada jenis dan size, boleh dapat harga sekeping dalam RM3.50 - RM4.00. Jika yang bersaiz bersar dalam RM5.00 sekeping. Hari berikutnya, JM try compare harga dengan kedai-kedai di Namdaemun Market dan memang terbukti souviner di Arirang Shop jauh lebih murah.

Semasa kami sampai ada beberapa orang Msian sedang memilih dan si kacak tu memang layan je cakap dorang.

Si kacak : Awak suka makan budu
Msian Girl : Tak suka lah..
Si Kacak : Kenapa x suke
Msian Girl : Tak suka itu makanan orang kelantan
Si Kacak : Kelatan tu apa?

ahahahahah...JM yang dengan perbualan tu senyuk sendirian. Si kacak tu boleh cakap basic malay kira okay lah boleh DEAL dengan dorang. Boleh minta diskaun lagi. Lama juga kami memilih kat sini almost 1 jam rasanya. Bila Msia girl tu dah beredar, Si kacak tu layan berborak dengan kami.

Si kacak : awak suka makan budu?

ahahahaha...sekali lagi buat JM tersenyum...dia ni asyik budu,budu, budu...itu je ke statement yg dia nak tanya....

Dah puas memilih terus bayar dan yang bestnya bila dah bayar Noona tu bagi free gift bookmark dan pen. Best kan, so kalau sesiapa yang datang ke Seoul dan cari souviner murah JM highly recommend kedai ni.

Keluar dari Doota Mall then JM nampak Dongdaemun Design Plaza (DDP) die seberang jalan. Mrs F cakap kita datang malam lah view lagi cantik, jadinya kami x jadi ke sini. Kesimpulan nya sampai balik Msia kami tak ke sini. Jika ingin ke DDP ni stop di Dongdaemun History & Culture Art Exit 1 ye.

Dongdaemun Design Plaza
Jika ingin ke DDP, Stop at Dongdaemun History & Culture Art Station Exit 1
Seterusnya dari Doota Mall kami akan ke Dongdaemun Market, so kami naik subway then stop di Dongdaemun Station Exit 6. Berpusing-pusing cari dongdaemun market tak jumpa. Pada awalnya tiada plan untuk ke sana tetapi kami try juga cari,. Tanya local dorang tak tahu, tanya pekerja di traffic light pun tak tahu. Jauh juga kami berjalan then ambil keputusan kita ke Insadong je lah.

Kami berpusing-pusing cari tak jumpa then ambil keputusan cross jalan ni
Oleh kerana dah lapar waktu tu stop kat kedai Ahjumma ni beli kuih ikan..sedap 
Kami jalan sikit ke hadapan then try on WIFI, rupanya Ediya Coffee ada WIFI FREE..kami try google x dapat cari lokasi Dongdaemun Market tu
Akhirnya kami give-up dah balik semula ke Dongdaemun Station ambil tren ke Insadong.

Nantikan sambungan dalam next entri.

Sebelum berpisah, JM ingin maklumkan bahawa kepada semua Top Commentar bulan November, JM ada sediakan sedikit ole-ole buat korang semua kerana sentiasa meluangkan masa meninggalkan komen di setiap entri walaupun pada hakikatnya setiap entri yang di paparkan agak membosankan.

JM tahu semua reader blog tinggalkan komen secara ikhlas tanpa mengharapkan apa-apa balasan tetapi sebagai tanda penghargaan terima lah ole-ole yang tidak seberapa nilainya. Kepada blogger Fiza Rahman, Ros_Reeza dan BUDAK tecik, mohon email alamat untuk tujuan pengeposan hadiah. Kepada blogger CT humairah, sis JM dah beri semasa kita mengeteh hari tu heee.

Top Commentar November
Hadiah untuk Top Commentar, ready to post
Kepada rakan reader yang lain jangan susah hati, ada juga small gift untuk korang. Tinggal untuk di masukkan ke dalam sampul
ppsst : Pemberian small gift bukan salah satu cara JM nak 'bodek' atau 'ambil hati' reader di luar sana, tiada langsung niat begitu. JM berblog dengan ikhlas dan pemberian juga adalah ikhlas dari hati. Small gift ini khas buat mereka yang rajin tinggalkan komen tetapi tidak tersenarai dalam Top Commentar. JM telah filter mereka yang tersenarai.

Terima kasih kerana sentiasa support blog Jari Manis Travel List dan JM juga memegang prinsip we support each other. Kepada mereka yang tinggalkan jejak, JM akan balas kunjungan. In Sha Allah

Jumpa lagi selepas JM balik dari Kursus Penyeliaan Berkesan pada 5 hb Dis nanti.

Wasalam

228 comments:

  1. Bukan bodek tapi menghargai kunjungan sahabat..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ahaa...JM dah balik dari kursus, baru ada kesempatan utk reply semua komen kawan-kawan yang setia bersama blog JM... love u oluss kalian..meh sini nak peluk cium sikit...muahhh tapi utk yg pompuan je..yg lelaki JM kasi flying kiss sikit ahahaha

      kak Umi Alya : ye betul tu.."bukan bodek" tapi JM sangat menghargai masa kalian datang ke sini :-)

      Delete
  2. hehehhee...sy tanpa bosan setia membaca entry JM hingga ke titik yang terakhir...sonok tol baca pengalaman JM travel...leh wat sy rasa berkobar2 nak g tempat tu jugak....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Deanna : betul ke nih ahaksss...kembang kempis hidung sis JM tau heee

      Delete
    2. hahahahha....betulllll....ikhlas niiii....keep it up...

      Delete
    3. eheehhe...thank u tau Deanna

      Delete
  3. wah JM.. bestnya mama tengok travelling JM ni..
    Mama Niza

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mama Niza : terima kasih kerana sudi jengah kat blog ni..terharu tau blogger femes datang sini. Itu lah kalau Mama nak tahu JM ni mmg kaki travel ..kalau dalam setahun tak travel rasa seteresssss heeee

      Delete
  4. Doota Mall tu yg bukak smpi jam 5 pagi tu kan?

    ReplyDelete
    Replies
    1. SS: ye betul tu kak cik heeee

      Delete
    2. Agak2 jam 3 pagi kalu terjaga dari tido... Pegi situ dengan liur basi... Ada orang perasan tak? He He He...

      Delete
    3. SS : 3 pagi? x der org perasan nk tahu kenapa..sbb semua org masih di buai mimpi :-)

      Delete
    4. tapikan..nk trjaga ka SS tu kul 3 pagi tu... melainkan kalau ada jembalang dok kacau dia..hehehe

      Delete
  5. Pertama kali juga dengar pasal Doota Mall ni. Selalu orang pergi shopping kat Dongdaemun. Terima kasih share, kak JM! :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Farah : sis JM pun baru tahu..partner travel yg kabor..so kalau ada peluang ke Seoul, sila cari souviner kat sini yeh..cari abg KACAK tu tanya dia "awak nak budu tak? heeeee

      Delete
  6. wahhhh.shoppinggggg:)
    lama x singgah dkt sis JM pnya blog..
    bzzzzz...huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. EijA:) akak tahu eija sibuk sekarang ni, so thankas a alot kerana masih sudi singgah kat sini..still appreciate it :-)

      Delete
  7. hai JM...saya sangat bzz sekarang..jarang nak komen kat mana2 blog termasuk blog JM...tetapi saya xpernah missed baca blog JM bila free sikit :)

    Terasa nak ke Korea lagi lah :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. zila@akulovetravel : tak pe Zila...JM faham...walaupun zila lama x datang sini JM still terjah blog zila jika ada entri baru...we r friend kan :-) jgn sedih2 yek...keje lebih utama..blog ni hanya sampingan je. JM mmg suka baca blog travel so keep on sharing ye

      Delete
  8. Asalam..wow3X wonderful very nice pengalaman travel JM ni. Tulah Etuza selalu bangga dengan JM. JM ni kaya dengan ilmu pengetahuan hal traveling..luas pandangan dan professional ( aik ke ejaan tu ) kelihatan sentuhan tangan JM.Tahnia..
    Wah mat korea ...hari tu di osaka ada pula seorang jurujual fasih BM..apa lagi kami semua mengorat lah kami 3 orang..kelakar juga kedengaranya BM dia..terbaik JM amat tinggi pesona gambar -gambar pegun ni..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cikgu Etuza : alahh...x de lah pro dan byk ilmu..masih belajar....ohhh berani ye cuba mengorat..

      Delete
  9. Asalam Jm ada drop komen agak panjang tadi entah kan terbit atau tak terus line low ..wow3X sangat hebat..teruja balik2 tengok..unikkan korea..tak rugi melancong ni jam..banyak pengalaman luas pengetahuan tau.Tahnia ya

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cikgu Etuza..komen yg di tinggalkan telah di approve so dont worry..Korea sgt mempesonakan...sekali pergi nk pegi lagi

      Delete
  10. lain kai jgn lupa bawa budu bagi kat mamat hensem tu

    mmg girang kalau masuk kedai arirang tu sbb byk pilihan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kak Nieda, nampaknya next year JM Akan prepare sesiap BUDU utk budak kacak tu heeee

      Girang dan Arirang mmg serasi kan ahaksss

      Delete
  11. eh! Lupa apa inti dalam kuih ikan tu?

    ReplyDelete
  12. Persembahan jari manis kelihatan lebih professional ...memnag banyak informasi.terbaik

    ReplyDelete
    Replies
    1. cikgu Etuza : biasa je tu..ada lagi blogger yg lebih berbakat :-)

      Delete
  13. OOyaa. terima kasih JM..ada dah pula dalam sampul cepatnya nilah wanita kan cepat ja buat kerja..sama juga esok etuza hantar hadia tropi tu untuk JM dahulu dan UMi ya..tunggu kena bnayk2 doa tau..agar selamat dan dilindungi hadiah tropi tu..haha nak tengok bagaimana posing JM bersama tropi nanti.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cikgu Etuza : mohon maaf ye belum sempat nk up entri trofi tu tetapi in sha Allah akan upkan juga nanti..terima kasih

      Delete
  14. Alahai, kenapalah tak tau pasal kedai Arirang ni time di Seoul dulu. Kalu tak boleh jumpa si kacak tu, hehe..

    ReplyDelete
    Replies
    1. LD : ohh...x tahu eh kedai ni..nampaknya perlu repeat arghh..jumpa si kacak si budu :-)

      Delete
  15. sy org taiping tp sy suka makan budu. jgn racist..hahaha **larikkk

    sy pon suka lepak tepi2 cafe nak carik wifi..

    ReplyDelete
  16. Wah JM mengedate dengan anak buah saya...:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pak Lang Mie : itu lah sebb hensen sgt kan...tergoda eheeh

      Delete
  17. rugi tk tau pasal arirang ni awal-awal...bole cncentrate beli souvenir kat situ jela kot eh...barang pun nampak banyak,next time kot ada rezeki repeat Seoul sure terjah sini la nmpaknya

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ayda Awie : yeZZaaaa..harus pegi sini sbb harga kat sini lebih murah dari Namdaemun tu

      Delete
  18. wahh bestnya dpt hadiah...

    sis xlayan ka lelaki tue.. asyik budu ja.. nnt kalau pegi lagi bawak ja la budu kt dia.. skrg ada budu mcm tiub tue dh...

    ReplyDelete
    Replies
    1. ZF : sis JM risau lepas dia bau budu pitam sebulan eheheh

      Delete
  19. kenapakah si kacak itu begitu fanatik dengan budu? kak JM tak tanya ke?hehe..frust betul kan cari-cari tempat tak jumpa..k lah, kalau saya ke Seoul nak cari kedai tu.

    sweet je gambar cak! kat atas tu.autumn in my heart sangat..hero nya mana?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sal : sis JM recommend sgt kedai tu..kita boleh pilih dengan senang hati...berjam-jam pun x pe..paling penting harga murah...

      HEROnya masih bertapa di dalam Gua Musang eheheeh

      Delete
  20. Aaa, nak g korea nak shopping kat sana! Takpelah tak dpt gift dri kak JM. Apa2pun, scha tetap datang blog akak. hehe. take care kak

    ReplyDelete
    Replies
    1. Scha : alaa..jgn lah mcm tu...ada rezeki lebih nanti sis pos ke scha ye..ehh...bulan berapa nk ke Seoul tu

      Delete
  21. Amboi... kemain cakkkkk lagi yek! ;) Selamat berkursus ya JM.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Fay : ehehehe...sekali sekalo..dua kali dua kalo heheheh

      Delete
  22. alahhh nak gift jugakkk . hehe . dapur dia lawa gilaaa . btul gak , msti rasa was3 nak gne brg dpur lain depa tuu . kuih ikann tu aihhh sedp aihh :D

    ReplyDelete
  23. seronok baca entri nie..rasa nak pergi sana pulak

    ReplyDelete
    Replies
    1. Acik dah habis study belum...kalau ada duit boleh je

      Delete
  24. Nampaknya budu ada pootensi pasaran yang luas di Korea. hahaha!!!

    Anyway, 1st pic is soooo nice!!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Gadis Bunga : entah dia tahu ke tak apa itu BUDU hikss

      Delete
  25. ha'ah JM mmg kat aras 5 tu souvenir murah-murah...ktorg aritu pun pi kat situ...mmg syiok abes diorg pandai cakap melayu...wpun melayu indonesia, tapi tetap seronok....siap dapat tawar menawar plak tu...best!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tapikan DJ....Scdha Sein cakap baru2 ni dia pegi bukan aras 5 tapi 6

      Delete
  26. wooot habislah nanti orang jeles ngan iols sebab da detin ngan akak jm gojes hehehehek.. Thank u akak.. Semoga makin murah rezeki dpt travel jejauh lagi. Jom menabung utk terjah aisya di bingen hehehe..

    mmg sngguh kan kita ni perempuan. Mmg punya akan allocate one day nak nyopping. Akak tak borong face mask ke mekap ke ? Kawan kawan CT borong semua tu. mcm CT suka skinfood rasanya kalo pi sana mmg confirm borong skinfood ehehe..

    ReplyDelete
    Replies
    1. I antar orang yg jeles,...OK Bai!

      Delete
    2. anyonyonyo Kak Farrah.. marilah kita berjumpa \\^^//

      Delete
    3. CT : teringin nak beli skinfood tapi duit x cukup

      Delete
  27. Cantik tulisan JM..bersimpul-simpul..Pening Acik kalau pergi kedai souvenir..semua nak beli

    ReplyDelete
    Replies
    1. Acik Watie : ramai yg ckp mcm tu...senyum kambing sis JM tau heee

      Delete
  28. JM..mamat tu tau ke budu yg disebut2nya tu hehe....

    kuih ikan tu dah macam baulu ikan kat malaysia dah hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. kak Kam...ntah dia tahu ke tak BUDU tu apa or maybe ramai org kelantan ke sana

      Ha'a...dorang bancuh tepung dan telur pastu letak inti kacang merah

      Delete
  29. JM..laaaa, ada Arirang shop yea, akk kan tgh ikut satu siri korea kt tv9...tajuk dia feast of the gods, kononnya ada satu kedai makanan tradisional korea, nama Arirang juga...apa makna arirang tu ek?

    ReplyDelete
  30. gambo kat tingkap tu kat mane yang? lawa le pulok..hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. MISS : rindu nya sama kamu..Samsaegil Insadong!

      Delete
  31. fall in love with korea..hihi... kedai arirang?? macam satu drama korea plak name dye.. ape lah maksud arirang tu ek..huhu.. wahh bestnyee souvenier korea.. aummm... tahniah :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Anis : Airirang...adik beradik Arang kot ahaahah

      Delete
  32. seronoknyaaa. untung siapa dapat ole ole tu.. :)

    ReplyDelete
  33. sedap bangat kuih ikan tu..apatah lagi makan time panas-panas

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu Mrs..jika ada rezeki ke sana lagi..nk cari kuih nih :-)

      Delete
  34. kak JM.. singgah lagi sini... thanx ye rajin komen di blog anis.. :)

    http://adnan-daughter.blogspot.com/2014/12/yang-rajin-komen-blog-qaseh-ku-november.html

    ReplyDelete
  35. Awak tak suka belanja oleh2 dan tak perna bawa oleh2 kalo lagi travelling hahaha

    ReplyDelete
  36. memang kacak, budu je dia tau ye,kira kalau dah pandai ckap melayu tu hebat dah tu.

    untungla top commentors tu. tahniah

    ReplyDelete
  37. Eh? Murah dari Namdaemun? Serius? Saya kalau pergi dekat namdaemun, akan beli dalam bangunan e lendang yang famous orang beli brooch tu. E lendang ni dia macam ada 4 penjuru, and ada satu penjuru jual sorvenirs which is way cheaper than those in the street. Tak tahu pula Doota Mall lg murah hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Radin : lepas kami beli di Arirang tu esok nya kami survey di Bangunan E-Lendang warna oren tu...Yess!!! Arirang lagi murah

      Delete
  38. bestnya jalan-jalan korea.. teringin jgk nk g sana n tmpt2 lain. cm syok je travel sana sini.

    btw tokey sumbak tu maksudnya macam tokey dah nak muflis. :)

    ReplyDelete
  39. best nyeeeeeeee dapat FM korea..!!!!!!

    ReplyDelete
  40. best dapat ole ole dari sane... ida suka entry ni! entry shopping wiwiwiiwiiiiii~

    ReplyDelete
  41. x pernah jemu baca travel blog ang ni JM
    thebestforever

    ReplyDelete
  42. Hemsem sungguh pekerja itu. Dari tak suka makan budu. terus jadi favourite naz macam ni HAHAHA.

    ReplyDelete
  43. Cantiknya souvenier kat sna..hehe..Sis JM kenapa lelaki kacak asik tye suja makan budu tak? Hehe dia blaja basic dgn org klantan ye..:-)

    ReplyDelete
  44. Wah ada hadiah dari Korea untu zumal yer JM... Bab shopping orang kata perempuan suka tapi kalau zumal ada fulus dalam tangan memang suka sangat la bab shopping nie ^-^

    ReplyDelete
  45. next visit nak jgk jejak kaki ke Arirang shop tu JM...=)

    ReplyDelete
  46. Besaqnyaaa..ruang makan tu k.JM.
    Siap ada recycle bin.
    Mavles.

    ReplyDelete
  47. Betullah k.JM..sama macam saya, bukan nak bodek..tapi beri penghargaan ikhlas dari hati. Rasa happy kan bila bagi hadiah.
    Tapi, kalau sape yang banyaaakkk komen, haruslah saya bagi hadiah special sikit. Hehe..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hadiah dah selamat sampai kelmarin.
      Thanks a lot k.JM. Sukeee sangat.

      Delete
  48. Nama saya ada rupenye.
    Tapi, komen pun xdelah banyak mane..
    Hehe..

    ReplyDelete
  49. Alahai sis JM, tengah syok baca tiba-tiba bersambung. T.T
    Rasa macam akak dalam cite ke korea ke kita.
    Cantik dapur tu. mesra pengguna gitu. Hehe.
    Saya rasa entry akak ok je. Takde yg bosan sebab banyak info yg boleh didapati. XD

    ps : mcm tak percaya tersenarai dlm list sis JM. Pasni nk pm ^.^

    Selamat berkursus sis JM :)

    ReplyDelete
  50. OK. Khatam baca entri ni. Rambang mata jap tengok barang2 kat kedai souveniers tu, kak!
    Ehh,..nampak nama saya kat sampul! Thanks in advance, Kak.
    Bestnya dah bertemu empat mata dgn CT! Mesti sembang2 korea kan...

    ReplyDelete
  51. wahhh! Gmbr atas skli daun2 merah tu cantik! Bole buat wallpaper tuu..
    Klaka plak bila mamat tu tny psl budu. Knpe JM xckp suka je. Nk tau jgk ape feedback dr die plakk..hoho
    Jom join Segmen Zaman Persekolahan

    ReplyDelete
  52. Waaaaa... banyak nya cenderamata!!!! takper lah nanti saya akan dapatkan sendiri kat Seoul... harap2nya lah...

    ReplyDelete
  53. Wahh menariknya... kelantan tu apa ye hehee.. apa pun, gambar 1st yg kat tingkap tu menariklah JM.. :)

    ReplyDelete
  54. Kuih ikan tu mengingatkan kak zai kuih bahulu acuan bentuk ikan.

    JM boleh guna sabun khas untuk samak pinggan mangkuk kalau ke luar negara.

    ReplyDelete
  55. wah! cek suka dgn dapuq dia..luas n beso..
    yang mamat korea ensem tu xboleh buat cenderahati ke? asik budu je..comel..ensem kot..hehe..
    ngee, nnti timm emel alamat eh..maceh kak JM!

    ReplyDelete
  56. Alaaaanxde ole2 tok ayu ke kak jm?? Hahhaha xape2.... bestnye kak xsgka ade gaknorg sane pandai ckp melayu... tp budu jeke yg dia tau.. kak jm xbls ke ape mamt hensem tnya

    ReplyDelete
  57. Will mark doota mall in my itinerary. Thanx for sharing sis. More updates please. Hehe

    ReplyDelete
  58. Salam. Hee masakan 'kelantan itu apa'?

    ReplyDelete
  59. hahahaha tadi tu testing jer.. sebab kata boleh komen apa2 je!!!
    *iyer lah tu lelaki kacak berkaca mata itu boleh berbahasa melayu... hahahaa.. :P

    ReplyDelete
  60. seronok baca entry sis JM.. buleh imagine lokasi2 tu smua base on apa yg akak citer hehe.. moga2 ada rezeki lah utk pergi sana jugak nanti one fine day... besnye diorang dpt souvinier dr akak! hehe.. akak JM rajin singgah bls knjungan kwn2 blogger :)

    ReplyDelete
  61. Kaki travel dan souvenir memang tak dapat di pisahkan. Wah,,pandai si kacak berbahas melayu yerp.

    Tengok arirang tu teringat citer korea yg iolls dah terjebak. Drama feast of the gods ☺

    Psstt...dah email tau, TQ so much JM.

    ReplyDelete
  62. kak JM.. fifi ikhlas je bace blog akak.. sebab banyak info.. tak dapat pergi tempat2 yang akak pergi.. tapi bile bace feel macam dekat situ gitu.. hihi.. saye suka.. saye suka!

    ReplyDelete
  63. hahahahahah gelak sorang2 baca part budu tu.
    KELANTAN TU APA?

    Agaknya tu ajelah yg dia duk ulang soalan tiap2 hari kot? :P

    by the way, cantik le ruang makan tu.. tenang je nampak :-)

    *dah lama tak komen... bz weh bz.. blog sendiri pun berabuk lately ni.. 2mggu lg baru la back to normal kot huhu*

    ReplyDelete
  64. Akak, si kacak asyik tanya topik budu ja..haha

    ReplyDelete
  65. Macam best je korea.. kena kumpul duit lah camnih. Hihih

    ReplyDelete
  66. salam JM, rasa apa kueh ikan tu.inti dia ikan..

    ReplyDelete
  67. hehehehe :) its ok, yg penting dpt ilmu travel and info dr JM :)

    ReplyDelete
  68. agaknya mamat kacak tu cuma hafal skrip budu jer kot ... heheheee

    ReplyDelete
  69. Baru dapat baca entry JM. sangat berguna ! bila nak sampai KOREA niiiii T____T.
    Skg tgh bercuti dr fly kemana2.. hehe. 2016 nanti baru boleh terbang balik.. JIka diizinkan ... hehe

    ReplyDelete
  70. paling suka tengok pokok kat header tu. cantiknya colour kuning. someday nak pergi korea juga :)

    ReplyDelete
  71. tahniah buat mereka yg tersenarai top pengomen tu..

    ReplyDelete
  72. Kak, lupa nak cakap saya suka bangat deh foto yang pertama! Aritu nak komen terus lupa sebab excited nampak nama kat sampul surat hahah
    Kak, apsal tak ajar Si Kacak tu tempoyak dan cencaluk? Asyik budu..budu... ;)

    ReplyDelete
  73. alhamdulillah JM memang murah hati.. Insyaallah one day teringin jugak nak jadi antara top comentar tu.. :D

    ReplyDelete
  74. Kira-kira saya dapat ngak ya kiriman ole-ole mbak JM dari Korea. Kalau ngak dapat, saya ambil ke rumah Mbak JM ah.

    ReplyDelete
  75. Uwwwaaa...makin berkobar-kobar semangat kite nk pegi koreaaa.. JM best la..da 2x sampai sana.. Kite skali pun xpena.. Hukhuk.. Anyway good info utk kmi yg tgh cri maklumat tentang korea.. Thanks JM.. :)

    ReplyDelete
  76. hai JM... rindu JM... tak sempat2 nak ronda2 blog kengkawan.. tapi harini rindu punya pasal masuk blog JM..
    ooo syiok sangat ni JM.. shoppping sapa tak sukakan... macam kuih bahululer JM...

    ReplyDelete
  77. bestnye nampak pemandangan kat situ.. gambar2 semua cantik2!

    ReplyDelete
  78. Hai JM, zumal dah terima hadiah yang JM hantar. Terima kasih yer, zumal suka sangat2 ^-^

    ReplyDelete
  79. Best sangat2 percutian ke Korea JM ni..

    ReplyDelete
  80. Aww..bestnya, si kacak memang teringin nak budulah tuew.. hahaha..Ole2 untuk kita takde ke JM? haha. :)

    ReplyDelete
  81. fifi datang blog JM lagi.. tunggu new entry.. hihi..

    ReplyDelete
    Replies
    1. I'm wanna to say thank you very much to all my dear friend and bloggers kerana setia bersama blog JM...mohon maaf kerana tidak berkesempatan utk reply your comet but i will do it slowly

      Fifi : dah terima belum ole2 dari sis JM..next entri?..tunggu ye..sis JM masih draft :-)

      Delete
  82. kat sini mmng kena guna tenaga kaki yg kuat ek bnyk bejalan ;)
    eh dah macho2 bleh plak tnya suka makan budu tak? sesuatu sgttt... ;p
    tahniah2 kpd pemenang top komentar ;)

    ReplyDelete
  83. Replies
    1. Abe MKL pun dah pernah dapat dari JM kan :-)

      Delete
  84. argh.... tak sempat nak menjengah dua2 tempat ni. Tapi ktaorg shopping kt Insadong pun ok juga murah dia. Pergi satu kedai ni pompuan yang keja kt kedai tu boleh ckp bahasa mlayu juga. So, ktaorang borong dr kedai dialah. Next time kena pergi kedai oppa hensem ni lah :-)
    Agaknya org yg ajar dia ckp malay orang kelantan kot.. sebab tu astik tany budu ja..hahahha

    ReplyDelete
  85. sis nak budu..??? hahahhahhaa.. =P mesti si kacak tu baru baru lpas try budu.. tu yang die asek tanye je...

    ReplyDelete
  86. Blog flying sampai ke sini.. Jemput jika sudi http://captainpepatung.blogspot.com

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kapten Pepatung : mmg JM sudi kerana kunjungan telah di balas...Kapten datang sini dengan Heli kan heeee

      Delete
  87. nak komen lagi lah pasal gambar pertama... tu daun marpel kan yg macam kat bendera Kanada tu... kat Sabah ni pun ada tanam pokok marpel tu... ada kat kaki gunung Kinabalu sana... jauh sikit ke dalam

    ReplyDelete
    Replies
    1. Najib Ariyan : Terima kasih kerana tidak jemu2 singgah sini..tunggu kunjuna balas dari JM ye..baru balik kurus byk blog yg perlu di terjah :-)

      Ha'a..itu lah daun marpel yg cantik apabila bertukar colour..JM belum pernah ke kak Gunug Kinabalu..mendaki jauh sekali..daun mapel di kaki gunung tu warna apa eh..still hijau atau ada warna kuning or merah. Rasanya pokok mapel ni boleh hidup dalam cuaca sejuk kan

      Delete
  88. Replies
    1. Abe MKL : JM baru balik dari kursus semalam dan belum sempat nk update entri terbaru..mlm ni bercadang mahu BW kawan2..almost berpuluh blog perlu di terjah dan yg pasti blog Abe MKL JM dh khatam heeeee

      Delete
  89. Selamat kembali bertugas...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih PLM..biula dah lama 'bercuti' ni mmg liat tul nak keje :-)

      Delete
  90. alamak, hensem lah pula mamat tu. dah lah cakap Melayu. cakap pasal budu pula tu... saya suka budu, kenapa. awak nak ke? saya boleh buatkan. hahahahahaha.. menggatal juga :P

    wah, bestnya sape dapat ole2 tu. nama xde.. sobs T__T

    ReplyDelete
    Replies
    1. awak nak budu? awak nak budu? jenuh jugak amy kalau dia asyik tanya soalan yg sama je... ;)

      Delete
    2. Amy J : sis JM pun teruja bila tahu dia boleh cakap melayu...rasa dekat di hati hehehe

      Delete
    3. Farrah : kalau kerap tanya soalan yg sama boleh migrain heeee

      Delete
  91. ehhh ni gamba arituu kan kak JM? ingt2 ada gamba mamat handsome ni. hahaha

    pehhh bestnya dieorang dpt hadiah.. wuuu... jari dah xrajin ni T-T

    ReplyDelete
  92. wahhh ramai nya dapat hadiah dari kak jm... nak jugak!! :D

    ReplyDelete
  93. Teringin nak rasa kuih ikan tu...ada inti pulak tu..

    ReplyDelete
  94. Wow hebat pekerja lelaki kedai Arirang tu.. fasih berbahasa melayu?? fuyooo..

    ReplyDelete
  95. KALAU DIA TANYA AKAK
    KONFEM AKAK JAWAB
    'SY SUKA MAKAN BUDU, SUKA SANGAT, SBB SY ORG KELANTAN'
    HAHAHA

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaahah...kak Irfa...jgn nanti nk ikut balik Kelantan

      Delete
  96. wahhh bestnya hadiah JM ...
    adoila...bila la boleh gi korea ni..
    kacing..kacing...cpt sikit masuk...nak gi korea..nak gi korea..

    ReplyDelete
    Replies
    1. kak Sofu : ahakss...nanti turn akak pulak ye

      Delete
  97. kedai souvenir tu buat saya rambang mata
    ni kalau saya pergi, mahu saya memborong aje
    layan pula mamat handsome tanya pasal budu...hehe

    kuih ikan tu ada inti ke? memang nampak sedap tu
    wah diorang dapat hadiah! jealous saya! hehe
    tak apalah bukan rezeki saya ye dak? better luck next time =)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yana Yani : prepare duit banyak2 nanti nyesal hikss...

      Kuih ikan tu inti kacang merah...mkn time baru lepas masak..fuhh...terangkat!

      Delete
  98. Alaaa... tak sempat nak pg Doota Mall tu... kami beli kat Namdaemun Market je.. keychain 5 biji 5k won.. FM 4 biji 5k won.. sama ke rege nye? Maybe next time kena pg jugak Doota Mall tu... tq ye share location...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Shazalyza : JM dah compare harga between 2 tempat ni dan Doota Mall tu lebih murah..so sila ke sana kalau ke Seoul lagi ye :-)

      Delete
  99. Blog JM ni memang terbaik sebab itulah nurul berani pergi backpacker ke Europe tahun lepas. Walaupun adik lelaki dah pernah ke sana tapi semuanya persediaan nurul buat ikut cara JM... Tq yer JM !!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cik Nurul Pinky : JM belum mampu nk ke Europe..mampu tgk org pegi je heee

      Delete
  100. Bangganya ada orang asing boleh cakap melayu.
    Kuih ikan bentuknya ikan.
    Nasib baim kat sana kuih badak, nah badak sekor...hahaah

    ReplyDelete
    Replies
    1. mama3farhanah..dorang x mkn kuih badak..kita org msia je makan hikss

      Delete
  101. tu tong smpah kt dapur tue..yg penutup ada hijau,pink putih

    ReplyDelete
  102. Adehhh...kalau baca jer entri JM mesti jiwa meronta-ronta nak kesana jugak haha..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Seri Pelangi : ye ke...cepatlah cari tiket :-)

      Delete
  103. lama dah nekcik ketinggalan ngan cerita JM..tetiba cerita kampungku Korea perasan lah tu kunun..dah 2 kali pergi pun nekcik rasa x puas lagi...

    ReplyDelete
    Replies
    1. yeay Nekcik...bila mau balik 'kampung' lagi eheheh

      Delete
  104. comel bila si kacak tanya pasal budu... mungkin feveret dia kot... budu memang sedap ! walaupun sha bukan orang kelantan... hehe... syioknya jadi top komentar... huwaaaa sha jarang berada disini kan.....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sha : x de budu x de selera makan kan...ke tak betul

      Delete
  105. akak. hadiah dr kak JM da smpai. tq kak.. terharu! huu tak sangka leh dpt ole2 dr korea. hahaha terasa mcm pna jejak korea lak :P

    ReplyDelete
    Replies
    1. ye cik Nadya : terima kasih juga kerana support blog sis JM

      Delete
  106. terima kasih sis JM.. baru berpeluang ke sini :) hihi..
    agaknya memang dia hafal kot perkataan budu tu?. dah itu je soalan dia kan.. mesti comel je dia cakap melayu :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Rose : ckp melayu tapi ada sleng korea..ishh..geram!

      Delete
  107. kuih ikan tu, inti kacang merah ke ?..

    ReplyDelete
    Replies
    1. ha'ah Rose..inti kacang merah..Manis..like Jari Manis heeee

      Delete
  108. ramai peniaga di Korea dah pandai cakap basic Bahasa M'sia...memang murah souvenirs kat kedai Arirang..

    ReplyDelete
  109. Replies
    1. Nor Nazliana : x de untung nya..banyak duit 'habis' hiksss

      Delete
  110. Besar betul Dongdaenum Plaza tu.
    Habis jalan x?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Shikin : belum habis explore..perlu repeat nampaknya :-)

      Delete
  111. Tulisan English yang kat tapak kaki tu kecik sangat.
    Nasib baik x terpadam.
    Kalau tak..tak paham nak baca tulisan korea.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Shikin : nampaknya perlu belajar hangul language lepas nih :-)

      Delete
  112. Anda suka budu?jm tanya si kacak tu,anda suka budu sambal belacan?suka boleh ikut JM balik msia.hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kembara Destinasi : nanti dia reply..sape nk jaga kedai

      Delete
  113. Kelakar je bila baca dialog si kacak tu.. entah-entah dia nak cari calon isteri yang suka makan budu kut.. hehe

    Baca blog ni best, banyak ilmu yang dapat.. Teruskan berkarya sis JM! saya support dari jauh.. =D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Faa : dah la hensem...rasa nk ngorat tapi masih sedar diri ehehehe

      Delete
  114. Antara entry yang menarik i.e part shopping. Hehe...tak sabar. harap2 ada rezeki saya melabur di situ jugak. :p

    ReplyDelete
    Replies
    1. Fiz : mesti dah menghitung hari kan...nak repeat Korea!!! huhhu

      Delete
  115. yeah...arirang shop ni memang murah!! dulu aku beli sudu kat sini sbg souvenir..hehe main point ke korea sebab tergoda tengok sudu unik diorang dlm drama..boleh?haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Same to me lah Sai...beli sudu juga as a sobiner gara2 tgk KDrama :-)

      Delete

Komen apa2 je!!!
Kunjungan anda akan di BALAS

NUFFNANG