Tuesday 3 July 2012

Persiapan Percutian ke Hong Kong dan Macau

Assalamualaikum pembaca semua....

Kalau kita nak melancong ke mana-mana sahaja destinasi secara backpaker, perkara yang perlu diambil kira dan di buat persediaan adalah itirenary. Senaraikan semua tempat yang akan di lawati bagi tujuan kita tidak tertinggal tempat-tempat menarik yang ada di sana. Perlu di ingat itirenary yang akan disediakan mestilah bergantung kepada bilangan hari kita di sana.

Disini JM ingin berkongsi maklumat sebelum travel ke Hong Kong dan Macau . Travel secara backpackers sememangnya kita perlu tahu serba sedikit maklumat berkenaan tempat yang ingin di lawati seperti lokasi tempat-tempat yang menarik, pengangkutan yang boleh digunakan, bagaimana cara untuk pergi ke setiap destinasi, mata wang yang digunakan, lokasi tempat penginapan dan perlu sediakan anggaran budget dalam tempoh percutian tersebut.

Berikut adalah beberapa persiapan yang telah JM sediakan untuk di kongsi bersama sebagai panduan. Sebelum kita melawat sesuatu tempat, sebaik-baiknya kita tahu di mana letaknya lokasi yang ingin kita pergi.

Hong Kong


Persiapan 1 : Informasi Lokasi dan Mata Wang
Hong Kong Island

Hong Kong dan Macau adalah merupakan SAR countries dan dua buah negara ini adalah sebahagian daripada Negara China tetapi mereka mempunyai hak untuk mentadbir negara masing-masing. Pihak kerajaan Hong Kong dan Macau tidak mewajibkan pelancong dari Malaysia mempunyai VISA untuk masuk ke sana kecuali Beijing. Ini bermakna kepada rakyat Malaysia yang ingin melancong ke Hong Kong dan Macau..VISA tidak diperlukan...ulangan sekali lagi...VISA tidak perlukan. Ini kerana ramai kawan-kawan yang keliru samaada perlu VISA atau tidak. Peru diingat..kepada sesiap yang ingin melancong ke BEIJING, China...wajib buat VISA yer...Kalau ada masa nanti JM kongsi cerita pengalaman  di Beijing pulak :-)

Oleh itu mata wang antara China Mainland, Hong Kong dan Macau adalah berbeza dimana China Mainland guna Renminbi (RMB), Hong Kong guna HK Dollars (HKD) dan Macau menggunakan currency Pataca.  Mata wang Pataka hanya boleh digunakan di Macau sahaja dan tidka boleh digunakan di Hong Kong akan tetapi mata wang HKD boleh di gunakan di Macau. 

Hong Kong terdiri daripada 4 bahagian utama iaitu Hong Kong Island, Kowloon, Lantau Island dan New Territories. Hong Kong International Airport (HKIA) terletak di Lantau Island (boleh rujuk peta diatas). Bahagian utama Hong Kong yang paling meriah dan menjadi tumpuan utama pelancong adalah Kowloon dan Hong Kong Island.

Persiapan 2 : Penginapan

Amat sukar untuk mencari penginapan yang murah di Hong Kong dan jikalau adapun bilik sebesar tandas di rumah kita...ahaha...cuba korang bayangkan. Ini kerana harga tanah yang sangat mahal..kenapa mahal kerana bentuk muka bumi..kawasan tanah yang terhad dan pada yang sama terdapat penduduk yang padat  dan yang terdapat di muka bumi. Kedudukan bangunan dan shopping komplek yang rapat-rapat dan jalan raya yang sempit. Kebanyakan rumah adalah rumat flat, apartment dan kondo.

Oleh sebab itulah semua penginapan di Hong Kong terutama di Kowloon dan Tsim Tsa Tsui dikenakan kadar bayaran yang tinggi di mana harga Standard Room hotel 3 bintang harga permulaan lebih kurang RM600-RM700 satu malam. Kalau budget hostel pun harga adalah RM150 per room per night (twin-sharing basis). Kebanyakan budget Hostel terletak dalam bangunan shopping mall seperti Mirandor Mansion dan Chungkin Mansion.

Pilihan terletak di anda dan mestilah bijak membuat pilihan. Tempahan penginapan boleh dibuat melalui laman web http://www.agoda.com atau boleh menggunakan perkhidmatan http://www.google.com dan masukkan nama hotel yang dingin di tempah dan semua di hujung jari.

Contoh keadaan bilik di Hong Kong
Tapi JM tak suggest korang tinggal disini sekiranya bercuti bersama keluarga tapi kalau secara backpackers dan jenis tak kisah dan dengan budget yang ciput boleh di pertimbangkan. Lokasi tempat penginapan ni memang strategik berdekatan stesen Tsim Sha Tsui berhadapan Nathan Road, bangunan agak lama dan kurang keadaan persekitanran yang kurang selesa. Di bahagian bawah Chungking Mansion di penuhi dengan niggers, pakistan dan semua orang kulit hitam yang buat business. Persekitaran yang tidak selesa, agak kotor dan keadaan lift yang hanya boleh muat untuk 4 orang sahaja maksimum. Terdapat makanan halal dalam kawasan Chungking Mansion iaitu di ground and first floor dan kebanyakan adalah makanan dari Pakistan. dan terdapat satu restoran yang boleh di kunjungi iaitu Restoran Bismillah di tingkat 1.

Kenapa Tsim Tsa Tsui (TST) menjadi pilihan pelancong untuk menginpa di sana kerana terdapat banyak hotel dan hostel di kawasan berdekatan termasuk du Chungkin Mnsion. Tsim Tsa Tsui adalah kawasan Kowloon yang paling di sukai pelancong kerana berdekatan dengan semua tempat-tempat menarik dan mudah untuk mendapatkan pengangkutan ke setiap lokasi yang menarik. Sebagai contoh, sekiranya menginap di kawasan TSS ni, 5mins sahaja berjalan kaki  ke Avenue of Stars, Symphony of Light Show, Star ferry Pier, HK museum of art, HK space museum. Terdapat juga sebuah masjid besar bersebelahan MTR TST stesen exit A dan lebih kurang 100 langkah dari Chungking Mansion. Kalau berjalan kaki ke Harbour City dan Terminal feri ke Macau mengambil masa dalam 10minit sahaja.

Persiapan 3 : Pengangkutan

Sebelum pertolak ke Hong Kong, persediaan yang ke 3 adalah mengenalpasti pengangkutan yang di sediakan di sana. Ini kerana bagi kita perlu tahu apakah pengangkutan yang boleh digunakan untuk ke setiap destinasi keran tidak semua tempat boleh pegi dengna bas, train atau feri. Terdapat tempat yang boleh dengan menaiki train dan tambang lebih murah kalau menaiki teksi. Seperti JM maklumkan sebelum ini kita perlu bijak membuat pilihan.

Pengangkutan di Hong Kong terdapat banyak jenis dan efisyen antaranya MTR kalau di Malaysia seperti LRT, bas dua tingkat, bas setingkat, minibas, tram, feri dan teksi.

Feri

Perkhidmatan Feri disediakan kepada sesiapa yang ingin pergi ke The Peak Madam Tussaude dan The Ocean Park kerana terletak di Hong Kong Island dari Kowloon. Feri boleh di naiki dari Star Ferry Pier ke Central or Wan Chai. Terdapat 2 kategori harga tiket iaitu lower deck $1.50 (RM0.60) dan upper deck $2.00 (RM0.90) manakala harga tiket pada hujung minggu adalah $2.50 untuk upper n $2.00 lower deck.

Lokasi Star Ferry Pier
Star Ferry
Bas

Kadar tambang bas berbeza bergantung kepada destinasi pelbagai jeis bas di mana terdapat bas setingkat, dua tingkat dan ada yang dua tingkat dan tidak berbumbung. Kebanyakan tambang dalam lingkungan HKD1.50 - HKD8.00. Perhentian bas di Hong Kong bukan seperti Malysia yang menyediakan tempat menunggu yang cantik dan berbumbung, di HK tetapi di letakkan tiang yang ada pit stop nombor, jadi pastikan pit stop no ke berapa nak turun takut nanti terlepas tempat berhenti. Pastikan sediakan wang yang mencukupi kerana mereka tidak akan pulangkan baki dan kalau nak selamat, JM cadangkan guna Octopus Card untuk bayar tambang semua pengangkutan awam yang disediakan. Kenapa perlu guna Octopus Card ni..apa kelebihannya..sila baca entry kat bawah...ehehe...dah macam teka teki pulak yer...contohnya kalau bayar dengan nilai HKD10 tetapi tambang sebenar HKD5, jadi baki HKD5 tu kira halal lah yer...nak macam tu...eheheh...Jadi untuk mengelakkan situasi seperti ini berlaku, dinasihatkan  supaya menggunakan Octopus Card.

Open Bus
Tram 

Kepada sesiapa yang samapi di Hong Kong ingin mencuba menaiki Tram juga di sediakan..yer lah..kat Malaysia mana ada..tapi kalau korang pernah sampai ke London....terdapat juga Tram di sana. Semua tram dua tingkat dan keadaan yang agak uzur. Harga tiket tram flat rate HKD2.00 untuk semua destinasi.
MTR Semua info berkaitan MTR di Hong Kong termasuk destinasi, laluan dan harga tiket boleh dirujuk di laman web  http://www.mtr.com.hk/eng/homepage/cust_index.html


MTR paling efisyen
Makanan Halal 
Tidak perlu risau untuk mendapatkan makanan halal di HK kerana terdapat banyak restoran yang mentediakan makanan halal akan tetapi harga agak mahal seperti di Veitnam. Kepada sesiapa yang travel secara budget, boleh bawak masakan sendiri seperti serunding, roti gardenia, milo 3 in 1 dan maggie. Semua makanan ini boleh di makan semasa sarapan dan ketika makan tengahari sahaja makan di luar. Purat harga  1 meal per person adalah RM30-RM50 untuk sekali makan, sekali lagi diingatkan...so choice on your hand..
Octopus Card
Octopus Card
Octopus Card adalah pengganti cash money ketika membayar tambang menaiki pengangkutan awam di Hong Kong. Kepada sesiapa yang pernah melancong ke Seoul, Korea..menggunakan kaedah yang sama tetapi di sana menggunakan T-Money. Fungsi di Octopus card adalah seperti Touch n Go di Malaysia dan yang seronoknya card ini boleh juga digunakan untuk membeli barang di kedai 7 eleven. Seperti di nyatakn sebelum ni...kalau korang malas nak pegang duit tunai banyak-banyak, pastu kalau naik bas dan tiada  wang kecil, jadi boleh gunakan Octopus card. Kad ini bukan hanya terhad kepada bas sahaja tetapi boleh digunakan untuk bayar tambang jika naik MTR, Star ferry, Tram, Mini Van dan boleh dikatan semua pengangkutan boleh guna kad ni....senag kan. Sentuh je kad pada skrin, tambang akan di tolak terus dari baki kredit.

Mesti kawan-kawan tertanya-tanya..kat mana nak dapat kad ni..boleh dapatkan di kaunter tiket MTR..kalau nak senang beli terus di Kaunter MTR di Airport terminal dan harga card ialah HKD150 lebih kurang RM70. Dari HKD150 tu, kita akan dapat HKD100 credit. Baki HKD50 tu diambil sebagai deposit. Apabila nak pulang ke Malaysia nanti boleh pulang kan kad tu kat mana-mana kaunter tiket MTR, mereka akan pulangkan balik deposit kita HKD43 dan lagi HKD7 akan digunakan sebagai caj pengurusan. Baki yang belum habis digunakan dalam kad akan dipulangkan balik bersama-sama dengan duit deposit...untung kan..Kalau nak top-pup atau tambah nilai Octopus card boleh buat di mana-mana kaunter tiket MTR dan jugak 7 eleven. Satu card hanya boleh di gunakan oleh seorang sahaja.

 MACAU
Lokasi Macau
Lokasi
Macau Special Administrative Region' (MSAR) adalah salah satu daripada daerah negara China. Ia terletak di kawasan pantai tenggara China, di sebelah permatang barat 'Pearl River Delta'. Bersempadan dengan daerah Guangdong, ia terletak 60km dari Hong Kong dan 145km dari kota Guangzhou. 

Bahasa
Bahasa Cina dan Portugis adalah bahasa rasmi di Macau, di mana bahasa Kantonis merupakan bahasa yang paling kerap digunakan. Kedua-dua bahasa ini digunakan di dalam semua dokumen rasmi & komunikasi jabatan kerajaan. Bahasa Inggeris pula secara amnya digunakan untuk perhubungan di dalam industri pelancongan dan perdagangan.

Mata Wang
Pataca (MOP$) dibahagikan kepada 100 avos dan ia adalah mata wang rasmi Macau. Ia mempunyai wang kertas dan syiling terbahagi seperti berikut:
Syling: 10, 20 dan 50 avos; 1, 2, dan 5 Pataca.
Wang kertas:10,20,50,100, 500 dan 1000 Pataca.

Dengan keputusan yang dibuat oleh Kerajaan Pataca berkait rapat dengan dolar Hong Kong (HK$). Kadar tukaran nilai wang adalah MOP $ 103,20 = HK $ 100.00. Kadar pertukaran yang boleh diterima adalah sehingga 10%. Kira-kira 8 Pataca bersamaan dengan 1 Dolar AS.
Mata wang asing atau cek kembara boleh ditukar di hotel-hotel, bank - bank, serta pengurup mata wang yang sah, di serata kawasan Bandar. Jika pelawat perlu menukar wang asing di luar waktu perniagaan biasa, terdapat kaunter pertukaran mata wang 24 jam yang beroperasi di Lapangan Terbang Antarabangsa Macau (Pulau Taipa) dan di Hotel Lisboa (Macau). Bank-bank biasanya dibuka dari jam 9 pagi hingga 5 petang. Kebanyakan kad kredit diterima di hotel-hotel, kedai-kedai dan restoran.

Di Macau, tiada batasan ke atas jumlah wang yang boleh dibawa ke dalam atau ke luar negeri.

Keselamatan
Macau adalah tempat yang sangat selamat. Terdapat balai polis dan Pusat laporan di serata daerah, dan untuk kecemasan hanya dail 999. Terdapat juga 2 talian kecemasan 24 jam iaitu nombor 110 dan 112, yang dikhaskan untuk memudahkan panggilan kecemasan untuk pelancong dari tanah besar China, dan juga pelancong luar negeri.

Passport dan Visa
Semua pelawat perlu memegang pasport atau dokumen perjalanan yang sah. Visa diperlukan oleh semua pelawat kecuali:

1. Warganegara Andorra, Austria, Belgium, Bosnia dan Herzegovina, Brazil, Bulgaria, Cape Verde, Croatia, Czech, Cyprus, Denmark, Dominica, Egypt, Estonia, Finland, France, Germany, Greece, Hungary, Iceland, Ireland, Israel, Italy, Japan, Latvia, Lebanon, Liechtenstein, Lithuania, Luxembourg, Macedonia, Mali, Malta, Mexico, Mongolia, Montenegro, Netherlands, Norway, Poland, Portugal, Romania, Slovak, Slovenia, South Korea, Spain, Sweden, Switzerland, Tanzania dan United Kingdom (6 bulan) untuk tinggal sehingga 90 hari;

2. Warganegara Australia, Canada, Chile, India, Indonesia, Kiribati, Malaysia, Monaco, Namibia New Zealand, Filipina, Samoa, Seychelles, Singapura, Afrika Selatan, Thailand, Turki, Amerika Syarikat dan Uruguay untuk tinggal sehingga 30 hari;

3. Pemegang kad pengenalan Hong Kong, 'kad pengenalan penduduk tetap atau 'Re-entry Permit';

4. Warganegara China dengan dokumen sah masuk / keluar Macau;

5. Pemegang dokumen Konsulat/Diplomatik yang dikeluarkan oh Macau SAR atau Hong Kong SAR;

6. Pemegang Pasport Diplomatik

7. Pemegang "Laissez Passer" yang dikeluarkan oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB); semasa menjalankan tugas;

8. Pemegang dokumen perjalanan yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa Portugis untuk warga asing.

Perjalanan ke Macau melalui jalan laut dari Hong Kong
Terdapat pelbagai cara untuk ke Macau melalui jalan laun tetapi kepada sesiapa yang menginap kawasan di Kowloon dan Tsim Tsa Tsui anda di nasihatkan untuk menaiki ferry di China Ferry Terminal

Hong Kong mempunyai tiga terminal feri utama untuk pelawat ke Macau, iaitu 'Shun Tak Centre' yang bertempat di pulau Hong Kong, 'China Ferry Terminal' di Tsim Sha Tsui, Kowloon dan Terminal 'Tuen Mun Ferry' di Tuen Mun, New Territories. Pelancong boleh mendapati pelbagai perkhidmatan jetfoil, catamaran dan feri yang diselenggarakan oleh TurboJET, Cotai Strip CotaiJet™ dan Hong Kong North West Express Limited.

China Ferry Terminal bertempat di Tsim Sha Tsui di persisiran pantai Harbour City, pelabuhan Kowloon. Ia digunakan untuk perlayaran Catamaran dari/ke Macau, dan memberikan kemudahan kepada pelancong yang menginap di hotel-hotel daerah Tsim Sha Tsui. Ia mempunyai pejabat tempahan untuk penempahan perkhidmatan feri terdahulu dan semasa.

Terdapat 2 jenis perkidmatan feri yang boleh menjadi pilihan :

i. First FerryPerkhidmatan perjalanan ulang-alik Catamaran First Ferry antara Macau dan Kowloon di dapati di 'China Ferry Terminal' di Tsim Sha Tsui. Perjalanan Catamaran ini mengambil masa 60 - 75 minit. Untuk maklumat lanjut, sila panggil Hong Kong +852-2131 8181 atau Macau +853-2872 7676. Juga anda boleh layari laman web : http://www.nwff.com.hk

ii. The Cotai Strip CotaiJet™
Perkhidmatan feri ini ialah di antara 'China Ferry Terminal' di Tsim Sha Tsui Kowloon dan Taipa Temporary Ferry Terminal di Macau. Perjalanan feri mengambil masa lebih kurang 1 jam. Untuk pertanyaan dan tempahan, sila panggil HK +852-2359 9990, Macau +853-2885 0595 atau layari laman web: http://www.cotaijet.com.mo

Kemudahan pengangkutan di Macau

Bas
Di Macau, perkhidmatan bas bagus dan cekap, bukan sahaja di kawasan bandar, tetapi juga di pulau-pulau. Pelawat boleh mendapat maklumat tentang destinasi, jadual perjalanan dan lokasi perhentian di panel informasi yang terletak di setiap perhentian bas. Semua bas dilengkapi dengan system penyaman udara. Di antara Macau dan Pulau Taipa, pelawat boleh menaiki bas 11, 22, 28A, 30, 33 dan 34, serta bas lapangan terbang AP1, MT1, MT2, N2, 21 & 26. Bas 21, 21A, 25, 26 dan 26A menghubungkan Macau, Taipa dan Coloane. Terdapat juga bas-bas lain yang mengelilingi Semenanjung Macau. Untuk maklumat lanjut , sila hubungi (853) 2885 0060 / (853) 2827 1122 atau lawati laman web berikut:

- Sociedade de Transportes Colectivos de Macau, S.A.R.L
- TRANSMAC - Transportes Urbanos de Macau, S.A.R.L. 

Untuk perjalanan di Semenanjung Macau, tambang bas ditetapkan pada harga MOP$3.20. Jika anda membuat perjalanan ke Taipa, harganya ialah MOP$4.20, dan jika destinasi anda ialah Coloane, harganya ialah MOP$5.00. Jika anda ingin berjalan ke Pantai Hac-Sa pula, anda perlu membayar MOP$6.40. Untuk mereka yang ingin pergi dari Macau ke lapangan terbang atau sebaliknya, tambang bas lapangan terbang AP1 hanyalah MOP$4.20 seorang.

Teksi

Terdapat banyak kemudahan teksi di Macau dan tambang meter untuk 1600 meter yang pertama bermula dari MOP$13.00. Terdapat juga servis teksi-radio - Tel: (853) 2893 9939 atau 28519519. Bayaran tambahan sebanyak MOP$3.00 akan dikenakan untuk setiap beg yang diletakkan di dalam but teksi; manakala bayaran tambahan MOP$5.00 akan dikenakan untuk taxi berlepas dari Lapangan Terbang Macau atau perjalana dari Macau ke Coloane; tiada bayaran tambahan dari Macau ke Taipa, tetapi perjalanan di antara Taipa dan Coloane bayaran tambahan sebanyak MOP$2.00 dikenakan. Untuk mengelakkan sebarang rintangan komunikasi di antara pemandu teksi dan penumpang, Pejabat Pelancongan telah memperlengkapkan semua Teksi dengan buku panduan destinasi yang merangkumi nama destinasi-destinasi yang sering dikunjungi oleh pelawat, dalam bahasa Cina, Portugis dan Inggeris.

Berikut adalah nama tempat- tempat dalam Bahasa Inggeris dan Bahasa Cina:
A-Ma Temple - Ma Kok Miu
Civic & Municipal Affairs Bureau - Man Zheng Zhong Chu
Av Almeida Ribeiro - San Ma Lo
St. Paul's Ruins - Tai Sam Pa
Lisboa Hotel - Pou Keng
Macau Ferry Terminal - Kong Ou Ma Tau
Barrier Gate - Kwan Tchap
Guia Hill - Tchong San
Cultural Centre - Man Fa Tchong Sam
Airport - Kei Cheong

Tarikan Pelancong

i. Tapak Warisan Dunia
 
The Historic Centre of  Macau
Macau sentiasa dikenali sebagai sebuah negara bersejarah dan pintu Gerbang masuk yang penting, di mana tamadun Barat memasuki negara China. Semangat perpaduan dan pertukaran kebudayaan bangsa ini selama beratus-ratus tahun membentuk identiti unik Macau. ''The Historic Centre of Macau'' (Pusat Bersejarah Macau) merupakan satu simbol yang mempamerkan ketulusan negara China terhadap penerimaan kebudayaan Barat selama jangka masa yang bersejarah dahulu hingga sekarang. Nilainya bukan sahaja terletak pada kesempurnaan struktur bangunan dan seni rekabentuk yang halus, tetapi juga kerana bangunan-bangunan ini telah mengekalkan fungsi asal mereka hingga ke hari ini. ''The Historic Centre of Macau'' (Pusat Bersejarah Macau) adalah kawasan yang ke-31 di negara China yang dicatatkan di Senarai Tapak Warisan Dunia. Pengiktirafan antarabangsa ini akan menambahkan kesedaran komuniti dan akan menggalakkan penghargaan terhadap nilai warisan. Selain itu, ia akan memberi pengaruh positif terhadap program pembangunan dan perancangan bandar pada masa depan, yang akan berkembang secara beransur-ansur mengikut cara pengekalan warisan. Melalui promosi dan pendidikan awam yang berterusan, pengetahuan dan pemahaman penduduk tempatan mengenai peranan Macau dalam sejarah negara China dan sejarah dunia telah kian berkembang. Pada hari ia dicatatkan dalam Senarai Tapak Warisan Dunia, penduduk Macau diamanahkan oleh seluruh dunia untuk melindungi keselamatan ''The Historic Centre of Macau'' (Pusat Bersejarah Macau). Dengan kerjasama setiap masyarakat Macau dan jabatan-jabatan kerajaan, Macau tentu akan mencapai matlamatnya, iaitu melindungi keselamatan pusat bersejarah ini yang mempunyai nilai yang sungguh unik kepada seluruh dunia.

ii. Syurga membeli belah

Tarikan membeli-belah merupakan aktiviti hiburan yang terkemuka di Macau, di mana kita boleh membeli apa sahaja yang diingini. Satu daripada kelebihan Macau ialah harga barangan mewah yang lebih murah berbanding dengan bandar-bandar lain di sekitar Asia. Barangan elektronik, telefon bimbit, kamera, jam tangan, barangan kemas (terutamanya emas 24-karat), tembikar Cina, pakaian sutera dan sebagainya boleh didapati dengan harga yang amat berpatutan. 

Macau juga terkenal dengan barangan antik Cinanya. Kepada sesiapa yang mempunyai hobi mengumpul duit syiling dan setem lama, barangan ini dan sebagainya (seperti saham-saham dari kurun ke-19 dan pelbagai cetakan lain) boleh dijumpai di Rua das Estalagens dan Rua da Tercena. Kawasan yang berhampiran dengan Rua Cinco de Outubro, Estrada do Cemiterio dan Avenida do Coronel Mesquita terkenal dengan berbagai-bagai jenis teh dan kopi istimewa dari seluruh dunia. Sesetengah kedai ini mempamerkan daun-daun dan serbuk teh secara tradisional di dalam laci kayu serta gelas-gelas berbentuk piala. Terdapat banyak farmasi Cina lama yang masih menjual ubat-ubatan tradisional di sekitar Rua de S. Paulo dan Rua de Pedro Nolasco da Silva.

Selain itu, terdapat pelbagai jenis kedai yang menjual baju tradisional dan moden, perabot dan perhiasan antik, wain Portugis, kek dan kuih-muih, makanan laut kering seperti sirip ikan yu, cendawan, udang, kepah dan ''abalone'' (sejenis kerang), pinggan-mangkuk porselin dan seramik, serta hasil kraftangan dari negara China dan negara-negara lain di Asia. Untuk pelawat yang ingin membeli barangan yang murah atau unik sebagai cenderamata percutian di Macau, tawaran di kedai-kedai muzium, galeri seni lukis, kedai bebas cukai, pasar lambak, pasar malam, dan Pasar Ria Mingguan Pulau-pulau juga menarik.

Untuk mendapat INFO yang lebih jelas boleh layari laman web Macau Tourism http://my.macautourism.gov.mo/index.php

Till then...jumpa lagi yerr... 

58 comments:

  1. thanks for sharing... will use your tips for our family trip this coming weekend to macau and HK.. hv a nice day n pray your dream destination come true...amin..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thanks for drop at my blog :-) . Keep on reading ye

      Delete
  2. Thanks for sharing. Huh! HK is my my dream destination...Huhuhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. welcome :-)

      CT...place need to be there...kalau ada peluang..nak pergi lagi :-)

      Delete
  3. Thanks. ..byk info yg berguna..this coming 14jan 2013 ..Insyaallah. .we all smpai kat hong kong.

    ReplyDelete
  4. Thanks. ..byk info yg berguna..this coming 14jan 2013 ..Insyaallah. .we all smpai kat hong kong.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thanks Ayu..kerana sudi singgah kat blog I ni dan keep on reading ok :-)..

      epy holiday nanti :-)

      Delete
  5. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  6. Assalam..thnks 4 d info..sgt membantu.nak tanyala mata wang macau n hk lain ke..nak kena tukar duit hk ke macau la ek

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ha'a..yer betul mata wang yang berbeza. Hong Kong Dollar for Hong Kong dan PATAKA untuk Macau. TETAPI tidak perlu risau coz MACAU terima mata wang Hong Kong Dollar (HKD) so tak perlu tukar ke PATAKA. Mata wang PATAKA tidak di terima di Kong Kong

      Dulu waktu JM ke Macau guna je HKD :-)

      Delete
    2. oo ok2 paham..time kasih byk..x sabar nk g.hehe..sblm ni plan asal g hk je.tp bile bc blog u trus lencong ke macau..senang sbb ada guide dh..time kasih sgt ek :)

      Delete
    3. yer..sama-sama kasih...heee.epy holiday :-)

      Delete
  7. kak ruih... terjumpa blog ni sbb memang merancang nak ke HK and MAcau tp tak tau aper2. sgt2 membantu. Baru jer beli tiket hehehe. miss u kak ros. >>sandra timothy

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sand,

      Aha..bertemu di alam maya kita ek..boleh2..refer je kat sini..nk tahu kisah dan direction ke dua2 tempat ni baca entry HK dan MAcao yer :-)

      Delete
  8. Planning nak gi Hong kong Jan'14 Tapi takde geng pula.JM kalau travel seorang kat sana ok tak

    ReplyDelete
    Replies
    1. from my opinoin 2 kali jejak kaki ke sana...mmg selamat...so don worry yer...better than msia..tapi need to be carefull coz kat mana2 pun ada bahaya nya....

      Delete
  9. Kat macau senang tak nak cari makanan halal?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau nk tahu restoran HALAL in Macau boleh refer sini eh :

      1. http://www.islaminmacau.com/
      2. http://www.muslim2china.com/halal-food-china/list-Macau.html
      3. http://www.leadtochina.com/travel/halal-food-in-china/halal-food-in-macau-177

      Delete
  10. Excellent write up & sangat berguna.

    Saya akan ke sana next week....can I get some tips from you ? Email saya - senutha@gmail.com

    ReplyDelete
    Replies
    1. What type of tips? rasanya all info u can get from this entry :-)

      Delete
  11. salam jari manis.. saya akan ke beijing dengan family..anak2 juga.. saya menggunakan perkhidmatan muslim2china.. ok ke tak?? risau pulak

    ReplyDelete
  12. salam jari manis.. saya akan ke beijing dengan family..anak2 juga.. saya menggunakan perkhidmatan muslim2china.. ok ke tak?? risau pulak

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumussalam Nurelli,

      JM tak pernah menggunakan perkhidmatan muslim2china tu..so tak berani nk komen lebih2...tapi sblm booking tu ada ricky2 tak dari mereka yg pernah menggunakan perkhidmatan tu..

      Delete
  13. Tq for sharing...info bergune jugak nih.. cume chungkin mansion tuh x berapa sesuai kalo nak bawa anak kecil... betul x...

    ReplyDelete
  14. salam..jari manis boleh ke bawak rice cooker ngn beras kat macau sana??

    ReplyDelete
    Replies
    1. W'komsalan..boleh..bukan barang terlarang :-)

      Delete
  15. Salam,

    Nice sharing..

    Kalau ingin bercuti ke dalam dan luar negara, sila pilih kami..
    pakej yang ditawarkan adalah murah dan menarik

    boleh check pakej-pakej di http://www.libur.my

    ReplyDelete
  16. Assalam.. Blh rekemenkan tour guide utk ke hong kong n macau. Mahukan guide yg harga berpatutan utk 1 dewasa + 2 kanak /
    2 dewasa + 2 kanak .. sila hubungi saya 0176515657. Email : lovely_anakku@yahoo.com .. Mahukan harga full pakej exclude flight. Perancangan holiday dr 8-11 Jun 2014 (4d 3n)

    ReplyDelete
  17. Assalam.. Blh rekemenkan tour guide utk ke hong kong n macau. Mahukan guide yg harga berpatutan utk 1 dewasa + 2 kanak /
    2 dewasa + 2 kanak .. sila hubungi saya 0176515657. Email : lovely_anakku@yahoo.com .. Mahukan harga full pakej exclude flight. Perancangan holiday dr 8-11 Jun 2014 (4d 3n)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wkomsalam Chinta Qasseh...JM mohon maaf banyak-banyak sbb JM ni jenis travel backpack so tak pernah ambil tour guide so mmg tak tahu mana2 tour guide yg ok. Tapi cuba tgk pakej yg di tawarkan oleh kembara dunia tu di www.libur.my...Tapi bagi JM kalau nk ke HK n Macau tu better pergi sendiri je..easy sgt..kalau nk senang foolow cara JM travel..ada info detail dalam trip JM ke HK dan Macau dan detail hoe to get there for every destination

      Delete

  18. Assalamualaikum Tuan/Puan.

    Saya mohon maaf pada Tuan/Puan untuk boleh iklan sedikit disini, semoga kebaikan hati Tuan/Puan untuk memberi izin iklan ini, menjadi amal ibadah disisi Allah SWT hendaknya amiin….

    Salam dari Kita Holidays Travel & Tour Indonesia.
    Kalau Tuan/Puan nak melawat ke Indonesia, jangan risau hati sila hubungi :

    KITA HOLIDAYS TRAVEL & TOUR INDONESIA
    Tour operator & Travel Agency

    Sebuah serikat yang punya legalitas di Indonesia, memberikan pengkhidmatan tour ground handling di beberapa daerah yang favorit untuk di lawati. Kami arrange secara profesional dan dengan penuh rasa kekeluargaan, juga dengan harga tour yang sangat berpatutan sekali seperti ke : Padang dan Bukittinggi Tour, Aceh Tour, Medan Tour, Jakarta dan Bandung Tour, Jogjakarta Tour, Bali Muslim Tour dan sewa kenderaan.

    Contact person : Amsyahril
    Mobile : +6285263007445 ( WhatsApp )
    E-Mail : am_holidays@yahoo.com / kita_holidays@yahoo.com / kitaholidays@yahoo.com.



    ReplyDelete
  19. terbaekk..info yg sungguh padat..boleh refer JM nyer blog jer

    ReplyDelete
    Replies
    1. Lisa : sila..sila...boleh haje..bila nk ke sana?

      Delete
  20. Jm..akak ari2 dok baca blog ni..sbb nk paham betul2 mcm ane nk ke hong kong..planning nk gi sendir jer x nak guna agen..akak se famili 7org..kalu guna agen..parah he3..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Akak Normala Mahat : ahaa...akak!..harap2 info dalam blog JM Ni membantu ye..boleh refer entri HK..ada detail information dan direction then boleh draf itie. JM nasihatkan better pegi sendiri lagi untung..Good Luck akak and all the best ye :-)

      Delete
  21. Timaksh bnyk dik...cuma akak nk tahu..hotel kat mane yg sesuai utk akak sefamili..kat kowloon atau TTS..

    ReplyDelete
    Replies
    1. kak Normala..kalau nk stay di TTS tu cari hotel yg besar sikit kalau area chungkin mansion tu bilik sempat x sesuai lah kan.so better cari di kowloon..tapi kalau di TTS ni lokasi strategik

      Delete
  22. Good info, saye nk ke HK & Macau cuti sekolah bln 3 nanti, sye da siap print scrint mne info2 yg pntg.tq ye

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sama-sama Atie..semoga info di blog ni dapat membantu Atie di sana nanti..enjoy your holiday..jelesnya..sis JM je masih x dpt jalan2 lagi 2-3 bulan nih huhuh..kakai dh gatal2 nih hikss

      Delete
  23. Replies
    1. HHA a.k.a Haslinda Hassan Ali : teringin? cepat beli tiket :-)

      Delete
  24. wahh seronoknya dah travel ke hongkong. saya bila lagii hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sayidah Napisah : tak perlu tunggu lagi..ada duit beli je tiket...x de org teman?..sis JM boleh temankan heee

      Delete
  25. info yg lengkap...paling menarik octopus card tu pelbagai guna ye...
    happy Chinese new year sis! klu blk kg hati2 d jln raya...

    ReplyDelete
    Replies
    1. KopiO : kengkonon nak jadi one stop information centre for traveller hiksss

      Terima kasih KopiO...CNY ni ke mana kah iteww

      Delete
  26. kena detail nak jadi backpakers ni . salute lah pd mrk yg suka travel sensorang ...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Vee..kalau travel tanpa travel agent agak penat dalam buat preparation tapi yg pasti puas hati

      Delete
  27. cik jari manis..boleh x emailkan full itinerary ke hong kong n macau...sebagai panduan sy ke sana...nie email sy...nasrulshukri@yahoo.com...tq

    ReplyDelete
    Replies
    1. mohon maaf ye En Nasrul...JM x ada full itie tu..

      Delete
  28. SS tak merasa pegang Pataca... He He He...

    ReplyDelete
  29. Why Macau? Why not Meracau? He He He....

    ReplyDelete
  30. Pasar lambak dengan pasar malam ada beza ke? keh keh keh...

    ReplyDelete
    Replies
    1. mmg lah beza..pasar mlm waktu mlm je ;p pasar lambak ada tarian lambak ngeh ngeh ngeh

      Delete
  31. All the contents you mentioned in post is too good and can be very useful. I will keep it in mind, thanks for sharing the information keep updating, looking forward for more posts.Thanks Cusco

    ReplyDelete

Komen apa2 je!!!
Kunjungan anda akan di BALAS

NUFFNANG