Thursday 18 April 2013

Holiday : Spring at Guilin Day 1 Episod 3

Assalamualaikum dan salam 1 malaysia to all my lovely follower & readers,

"Scenary at Guilin City"

Oleh kerana JM malas nak tulis intro panjang-panjang, jom ikut JM ke destinasi ke-2 pada hari pertama di Guilin. Sebaik sahaja kami selesai melawat Reed Flute Cave, uncle tadi bawak kami ke sini pulak..siapa tahu kami kat mana ni...

Lokasi : Two Rivers and Four Lakes 

Apa yang di tulis tu
Two Pogodas (Sun and Moon Pagoda) - Inilah view waktu siang, kalau night view lagi santek - Ihsan dari camera JM
Ini pulak Night View - Ihsan dari Google :-)
Yang ini view waktu senja - juga ihsan dari Google
Nampak tak perbezaan antara kedua-dua view ni pada siang dan malam hari. Jadi kepada photographer semua seperti Henry, Janggel, Orga, SR, Dilla Bangi, Supermeng Malaya, En Mie, Wak Gelas, kalau nak gambar yang cantik pilih view pada malam hari..cantik sangat. Ini antara nama rakan blogger yang mana gambar dalam blog dorang sangat awesome kalau tak percaya boleh singgah blog dorang di bloglist JM nih. Sorang lagi blogger adalah Fatt gambar dalam blog beliau jugak debOMMMM.

Two River and Four Lakes : Located in picturesque Guilin City, Two Rivers and Four Lakes Scenic Spot refer to the landscape located around the city which includes Li River (the part within the city), Taohua (Peach Blossom) River, Mulong Lake, Guihu Lake, Ronghu Lake and Shanhu Lake. After years' of development, it can be also divided into Mulong ancient water way scenic area reflecting city culture, Guihu Lake Scenic Area featured by natural beauty and rustic charm and Ronghu-Shanhu Lake Scenic Area showing the elegant demeanor of the landscape ecology city. From these natural and manmade sights, visitors can truly feel the born beauty and deep cultural details of Guilin City.

Two Pagodas : The Sun and Moon Pagodas are located on Banyan Lake in Guilin. The taller of the two, at nine storeys high, the Sun pagoda is the tallest copper pagoda in the world. The moon pagoda stands seven storeys high. There is a wonderful walk along the lake's edge which at night is just magic and is popular with locals and tourists alike.

So dari sini korang dah tahu kan yang mana satu Sun Pagoda dan Moon Pagoda, nak ingat senang jek..yang rendah sikit tu Moon Pagoda dan yang tinggi tu Sun Pagoda alah seperti kedudukan matahari dan bulan dalam cakerawala bumi, matahari kan berkedudukan lebih tinggi dari bulan..betul tak?

Sampai sahaja di sini, uncle tadi uruskan pulak tiket boat, sementara tu ambil gambar sebarang dua, itu perkara wajib kalau melancong ke tempat orang sebagai kenangan apabila pulang ke kampung halaman nanti. Oh ya..cuaca pada waktu ni agak cerah dan sedikit berkabus walaupun hujan pada sebelah pagi tadi dan kami bernasib baik kerana cuaca menyebelahi tapi dek kerana cuaca tidak berapa terang, jadinya gambar pun malap jek.

Sementara menunggu bot sampai untuk mengelilingi tasik ni, JM di 'approach' oleh seseorang dan dia cakap dalam bahasa Cina dan JM pun tak paham..apa yang dia nak sebenarnya ni..nak tolong ambil gambar atau nak bergambar ngan JM (perasan hee)...JM buat tak tahu jek..pastu dia datang lak bersama kawan nya..hah sudah..dorang ni nak ape sebenarnya..pastu rakan JM cakap bu yao (puyau)..kemudian dorang blah..JM tanya lah bu yao tu apo mek..dia kata maksudnya lebih kurang "tak nak lah". Oh..apa lagi lepas tu perkataan ni lah JM selalu gunakan kalau ada je peniaga yang datang dekat nak jual barang..terus je cakap bu yau dan mei you (meiyau) pulak "tak de"

Let's go kita naik boat menyusuri Banyan Fir Lake

Apa yang kami nampak semasa dalam bot ni, sudah tentulah scenary yang cantik dan seperti JM kaborkan sebelum ni, kalau datang waktu malam lagi cantik kerana penuh dengan lampu gemerlapan. Kalau datang waktu siang inilah hasilnya. Jom tengok view yang cantik pada pandangan mata JM nih heeeeeee. Kalau nak dapat view lagi cantik naik ke deck atas..luas sikit pandangan dan senang nak klik...klik..klik...Kat sini juga kita boleh lihat Elephant Trunk Hill tu tapi dari dalam bot je lah tak stop pun kat situ.

Beriya nyonya manis ni nak bergambar ngan kita orang maybe sbb lain dari yg lain kot..bertudung..guna bahasa isyarat je nak minta ambik gambar..dia punya lo kong tolong ambik kan..apa lagi JM pun bagi lah tab JM lak utk ambik gambar kita orang heee

Macam mana gambar-gambar nyer..menarik tak....apa? kurang menarik...yo lah....nak buek macam mano..cuaca berkabus..gambo pun kurang clear dan yang tukang ambik gambo pun tak ada basic photography....i'm sorry (ayat Amir Raja Lawak) heeeeee.


Banyak betul gambar yang JM nak kongsi dengan kawan-kawan so sila jangan rasa bosan yer..

Elephant Trunk Hill
Aha..puas tak tengok gambar yang JM sajikan ni..ini je lah kualiti gambar dalam cuaca sejuk dan berkabus tu..huhuh...hujung bulan 3 memang tidak sesuai untuk melawat Guilin kerana musim hujan. Dek kerana cuaca sejuk ni terpikir dan terlintas di fikiran JM nak migrate ke negara yang mempunyai 4 musim tapi yang pasti China bukan pilihan dan nak tahu negara mana..ahahha...sudah tentu lah Koreaaaaa..heee...ngada..ngada.

Bila sebut Korea, JM sajo nak kaborkan kat sini baru-baru ni JM dapat 'something' from blogger yang baru balik bercuti kat sana...mesti semua orang tahu siapa kan..terima kasih yer coz ingat jugak pada JM walaupun kenal di alam maya. JM rasa semua rakan blogger lain pun dapat kan...Dapat je terus guna..hihih

Okeh..sambung citer , dalam jam lebih kurang 5.30 petang selesai sudah trip kami untuk pakej berharga RMB193 tu, kemudian kami minta uncle tadi hantar ke Guilin train station untuk membeli tiket train ke Guangzhou pada 30 Mac 2013 (Sabtu) malam. Dari tren stesen nanti kami perlu balik sendiri ke hotel.

Inilah Guilin Train Station
Kami sampai sahaja tren stesen ni, terus cari kaunter tiket, tak perlu risau kerana di bahagian depan akan ada sign dalam tulisan rumi TICKET dan ada arrow sekali. Apa yang merisaukan kami adalah apabila tengok ni ha...
Ticket Counter
Apa reaksi korang bila tengok picture ni....kami semua terpinga-pinga, nak masuk kaunter mana satu ni....macam mana nak cakap kat kaunter yang kami nak beli tiket ke Guangzhou pada 30 Mac 2013 malam..sah-sah dorang tak paham bahasa ALIEN nih...Oh hooii...tak perlu risau coz kami dah ambil alternatif lebih awal minta receptionist hotel tuliskan atas kertas perkataan ni 广州付款方式硬卧30 MAC晚上..ada sesiapa yang boleh translate...heheh..meh JM translate...Guangzhou, 3 person, hard sleeper 30 Mac at Night. 

Jadi kami pun beratur dengan perasaan confident memula tu, pastu kawan JM risau takut orang kaunter tak paham, kebetulan di belakang kami ada adik manis lingkungan umur 20-an, so kami try minta tolong dia belikan sambil tunjuk kertas bersama bahasa isyarat pastu dia setuju sambil mengangguk tanda faham. Kami serahkan passport masing-masing (kalau nak beli tiket tren mesti bawak passport bersama yer) coz nanti dorang akan cetak atas tiket. Aha..inilah rupa tiket tu.

Destinasi : Guilin to Guangzhou
No Tren : K950
Tarikh : 30/03/2013
Masa  : 09.18 mlm
No Gerabak : 15
No katil : 13
Harga tket : RMB200 ~ RM100

Train Ticket
Kat luar stesen ada teksi yang berwarna marron tu
Ni pun satu hal jugak semasa nak naik teksi balik ke hotel. Kalau nak senang, dapatkan address card from hotel, pastu tunjuk pada driver teksi mana hotel kita tinggal..senang tak perlu nak angkat tangan tunjuk sign, bahasa isyarat bagai. Aha kami sampai di hotel dengan selamat dengan harga RMB20 walhal tak lah jauh sangat pun tapi sebab dah gelap dan malas nak jalan.

Malam tu keluar jalan-jalan area kawasan luar hotel, masuk kedai keluar kedai tapi tak ada apa yang menarik. Try jugak cari kedai makanan HALAL tapi tak jumpa dan tanya receptionist dia pun tak tahu.

Manakala kawan JM yang Non Muslim tu, ada jumpa sebuah kedai, so dia makan je kat situ dan JM ngan rakan sorang lagi kami merayau kawasan keliling. Lebih kurang 10min macam tu dia siap makan sambil mulut muncung-muncung coz pedas katanya tapi kedai makan tu tak sediakan air..Aikk..macam tu pulak. Kalau nak tahu kisah kedai makan tak sediakan air..perlu tunggu entri akan datang..so malam tu kami berdua makan bekalan yang di bawak dari Malaysia je.

Selepas selesai semua balik hotel dan sebelum tido layan internet dulu..yang bestnya hotel ni sediakan FREE WIFI dalam bilik dan lobi tetapi password untuk kedua-dua tempat tu adalah berbeza. Kepada yang berhasrat nak menginap di sini pastikan tanya betul-betul yek. Hasrat di hati nak buat TEASER kat blog dan UPDATE FB..sekali..tak boleh, rupanya Negara China BLOCK, tak boleh acces ke laman sosial ni termasuklah BLOG, FB, TWITTER dan seangkatan dengannya.

End of day 1....kalau rajin nanti JM sambung lagi untuk hari ke 2 yek...byeeeeee

54 comments:

  1. Replies
    1. hoyee..sukanya..org first tapi tak dok lah adiah hiksss

      Delete
  2. Eh.. aiii ok je kalu banyak gamba... buleh view.. jadi perangsang nak gi hehe.

    ReplyDelete
  3. Eiii...bestnya kat tasik tu. View pagoda tu memang cantiklah pada waktu malam ek JM

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yer kak Ita, kalau ada rezeki ke sana pegi waktu mlm tau mmg cantik dan colourfull

      Delete
  4. wah...bestnya..akk tingin nak gi Guilin...lom bkesempatan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kak CT, klau ada kesempatan leh pegi coz scenary kt sini memukau mata yg memaandang :-)

      Delete
  5. Memang cuak bila sampai kat kaunter tiket keretapi tu. Spt di Shanghai, rupanya kita boleh masuk mana2 kaunter sbb semuanya ada link. Cuma pastikan kita tahu no perjalanan train yg kita nak booking...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yer betul ckp En Mie sambil angkat angan tuding ke arah En Mie dan satu lagi tangan pegang hidung ehehehe

      Sbb betul dan tepat JM nak bg markah A+

      Delete
  6. JM, berapa lama duk dalam boat tu? and dia bertingkap ek?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aha..lupa lak nak mention, 1 1/2 jam dan bertingkap.

      Pastu ada deck atas kalau nk tengok view yg lebih luas :-)

      Delete
  7. salam kenal JM, cikda saja tinggalkan jejak... heheh.. senang ada masa ckda nk baca semua n3 JM.. waktu sekarang kureng sesuai..

    eer..cikda sanga tertaik dgn jembatan turun naik tu.. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam kenal kembali Cikda, terima kasih coz sudi baca dan tinggalkan komen kt blog JM dan klau ada masa free bacalah yer coz jm ni taklah pandai menulis heeee

      Khennn pun suka tgk struktur binaan jambatan tue :-)jm

      Delete
    2. salam JM.. hehehe.. baru ada masa nak berblog ni, bestnya jln2 kat sini..eh cuma nak kongsi lah.. rasanya mei you tu maksudnya "takde" kalau bu yao (baca puyau) tu yang "takmo".. hehehehe..

      Delete
    3. alamak JM tertukar yek hehhehe, ok2 nanti JM update yer. thanks Cikda heeee malu edenn

      Delete
  8. ala..gambar waktu malam memang tak reti nak ambik, mesti banyak yang blur nanti..kalau pergi pun, gambar siang jugak yang jadi pilihan ati, hehe...baik jugak orang china ni, sanggup tolong belikan tiket...suka lah kalau pergi tempat yang semua orang baik-baik :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yer la tue..alah belum cuba tahu ke skillan dan bakan terpendam tue.

      Yer..betul..part tue mmg JM puji wlaupun tak tahu..doarang usaha jugak nk tolong. Pastu kita cakap lain..dia cakap lain...bak kata pepatah..klau kita buat baik kat orang..org akan buat baik kat kita lak..what u give u will get back giteww heeee

      Like semua rakan blogger JM lah semua baik-baik coz ada sorang tu beri 'gift' kat JM..suka sangat..terima kasih yer..sukaaaaaaaaaaaaaaa....heee

      Delete
  9. Assalamualaikum Jm dan salam kenal...
    Pertama kali singgah blog ni...Aduhaii, akak tertarik tgk gmbar2 tu semua...baca pengalaman Jm kat sana seolah2 akak berada di sana...mnyeronokkan...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumussalam dan Salam kenal Akak,
      Terima kasih akak coz sudi singgah, baca dan komen blog JM ni terharu sgt...
      Keep on reading yer coz ada byk lagi nk publish heeee

      Delete
  10. JM,

    sorry tertinggal tren..sy bz lately..

    klu JM nak migrate ke KOREA, sy nak migrate ke NZ...xpun jepun...tetibe lak...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dear,

      Tak po..wlaUpun tertinggal tp still leh cathup..i likeeee... heee

      ahaksss..yer ker..MOH KITA MIGRATE SAMA2..HEEHEHE..JM pun belum penah sampai Jepun dan NZ..kalau dah ke sana mesti tukar impian nk migrate ke sana pulak ahahah

      Delete
  11. Amboi, dah tukar gambar kat atasss sekali tu!!
    Siap ada effect2 lampu pink lagik!!!
    I likeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeee!!!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dear, sekali sekalo nak tukar taste tp masih belum santek ma heeeee

      Suka ke..love u..muahh..muaahh..xoxo heeeeeee

      Delete
    2. Sukaaa sangat!! Muahhhh ganda 88! hahaha

      JM,
      bilanya pegi Paris?? Tak nampak pun ada label France.. Ke tu kat tempat lain?

      Delete
    3. Dear,

      AHahahha...mesti tertipu kan....JM pegi Window of the world (WOW) Shenzen. Jgn kata Paris, semua negara kita akan sampai heeee..

      Entry Shenzen belum kuar lagi..TunggggUUUUU

      Delete
    4. Oooooooooooo.. suspen betul nak tunggu ke Shenzen ni!
      Ok, i wait-wait, u must write-write (Oh My English! hahaha)

      Delete
  12. Adoiiii JM ni buat saya tergedik2 nak terjah Guilin.... wah bestnya kalau dapat amik pagoda tu night view or blue hour... perghh

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hoyeeeee JM berjaya membuatkan SR berperasaan begitu heee

      JM boleh bayangkan hasilnya dengan lighting dan pantulan cahaya yg di hasilkan mesti menabjudkan fuyooooo hihihi menabung dulu ye pastu baru best nk jln2

      Delete
  13. sungguh menakjubkan
    Ciptaan Tuhan masyaallah
    Mesti cool kat sini kan JM

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dear,

      Itu baru sikit, nanti JM show pic kat area Li River pulak mesti terpegun, baca tau :-)
      Mmg cool & Cold hikss...

      Delete
  14. wak pon X sampi guilin ni jugakkk.,Uuhuuu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alahh Wak, skrg turn JM, nanti turn Wak fulakkk..yerrr :-)

      Delete
  15. wahhh bestnya nanti nak baca la...takdan lagi...hehehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wowwwww baru blk bercuti ye patutlah sunyi jek, cecepat update nk baca ni heee

      Delete
  16. HI JM...lama tak jumpa..ihhihi..
    Bestnya..cecantik gambo..elephant trunk tu..kita bleh g dekat tak?bergamabr bawah tu ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hi Ciku, ha'a lah sihat kewww heee
      Tu kiranya x berapa cantik klau cuasa terang lagi bersinar2 gambar tu tau heeee
      Boleh2 sebenarnya tp perlu pegi sendiri jgn follow pakej spt blogger super meng malaya tu cer terjah blog dia :-)

      Delete
  17. best jugak naik cruise tu..segar2kan minda yang berserabut..hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. yer betul..dengan angin sepoi2 bahasa China....eheeheh

      lagi best bila naik cruise menyusuri Li River..dpt tour guide ensem..ahahaha

      Delete
  18. sy blom penah sampai Guilin lagi la JM..coming soon, insya Allah :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Oh yer JM tersalah info lah ni, ok2nanti JM update statement tu heeeee

      Delete
  19. susah jugak nak berjalan ke guilin ni.. semue bahase cine..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ha'a Fifi dorang pun tahun cakap bahasa cina je..

      Delete
  20. Sis, two pagodas tu cantikkkkk! Saya dari kecil suka kat senibina pagoda :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ha'ah Farrah...terutama view pada waktu malam kerana berwarna warni..senibinanya juga cantik

      Delete
    2. Kalau diberi peluang, sis nak ke guilin lagi tak? Kali ni tgk pagoda tu waktu malam :)

      Delete
  21. Sis, kiranya keadaan sejuk berkabus tu memang sepanjang hari lah ye...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ye Farrah..kerana kami pegi Winter season dan kekadang ada hari hujan

      Delete
    2. Ohhhh bestlah travel time sejuk2. Cuma klu hujan tu lari plan sikitla kan,..

      Delete
    3. Kabus tebal ya kak masa ni

      Delete
    4. Kenapa panggil Elephant Trunk Hill ya hihuhuhu

      Delete
  22. Oooo ...Sun Pagoda dan Moon Pagoda baru ttaw perbzaannya... view night cantik sangat

    ReplyDelete
  23. Gambar akar pokok besau-besau tu buat mulut saya nganga :)

    ReplyDelete

Komen apa2 je!!!
Kunjungan anda akan di BALAS

NUFFNANG