"Spring at Yangshou Part 2"
Day 2 : Dragon Bridge, Yangshou
Dari West Street kami bergerak ke sana dengan menaiki bas dan tidak lupa our tour guide yang ensem tu pun ikut sama heheh....gatal...(alah gatal sikit-sikit jek).Sampai sahaja di sana, JM terasa nak buang air lah pulok. Masuk je tandas yang disediakan nampak orang bercangkung...mak aih..mana pintu bilik air nye..bukan sengaja dorang tak letakkan pintu rupanya dah rosak dan JM bernasib baik coz dari 5 bilik air itu, terdapat 2 bilik berpintu. JM sanggup tunggu bililk berpintu tu..tak sanggup I nak tayang kat orang lain. Dorang selamba je membuang..aduh..sabor je lah.
Sebelum sampai ke Dragon Bridge kami di beri briefing mengenai rumah-rumah lama di laluan utama dan JM tak ambik port nak dengar pun.
Dalam entri sebelum ni JM ada mention yang kami ambil pakej Dragon Bridge tour ni dengan harga RMB200 per person. So sampai sahaja di sana kami akan berakit ke hulu dan ke hilir di Yulong River untuk menikmati keindahan alam di sepanjang Yulong River ni. Ayuh jangan buang masa..jom kita berakit. Opssss sebelum terlupa, sekiranya blogger Supermeng Malaya terbaca entri ni, JM just nak confirmation adakah pakcik yang sorong basikal dalam blog beliau adalah orang yang sama berakit dengan JM dan kawan ni. Adakah itu satu kebetulan heeee (Glamour nko pak cik masuk blog tue). Banyak citer pun tak best jugak, jom kita layan gambar dulu.
Korang nampak tak belakang pak cik tu, itulah port untuk ambil dan menurunkan penumpang yang naik rakit tu. Pakcik tu pegang rotan/buluh panjang untuk tujuan dayung nanti. Memang hebatlah pakcik ni walaupun dah tua tapi kudrat dia memang power. Kalau dia pandai cakap omputeh nak tanya je apa petua pakcik eh..Moh kita mula berakit. Oppss terlupa lak, sebelum tu nak bagi tahu setiap rakit hanya boleh muat untuk 2 orang sahaja ye dan berpayung serta di bekalkan life jacket.
Memula kami disajikan dengan persembahan dari sejenis burung Cormorant bagaimana cara ia menangkap ikan.
Pakcik ni akan ambil ikan yang terdapat di dalam baldi, kemudian ikan itu akan di lemparkan ke dalam sungai dan burung Cormorant akan terbang, selam dan tangkap ikan tadi menggunakan paruh dan masukkan ke dalam kerongkong. Sampai sahaja kepada pakcik ni, dia akan keluarkan ikan tu dari kerongkong. Kiranya kerongkong burung ni memang besar. Hish panjang betul penjelasan dari JM ni..harap-harap kengkawan faham lah yer.
Apabila dah selesai lihat persembahan ni, ada pulak aktiviti bagi kerbau makan rumput. Hak elleh..macam lah kat Malaysia tak ada kerbau tapi dek kerana dah termasuk dalam pakej pegi jugak lah. Pandai betul dorang ni carik duit tau...aktiviti macam ni pun dorang buat tapi memang sesuai lah untuk minah saleh dan mat saleh tu. Kalau JM yang berasal dari kampung ni idoklah teruja sangat. Ayohh..kita dayung lagi...
Sebelum sampai ke Dragon Bridge kami di beri briefing mengenai rumah-rumah lama di laluan utama dan JM tak ambik port nak dengar pun.
Dalam entri sebelum ni JM ada mention yang kami ambil pakej Dragon Bridge tour ni dengan harga RMB200 per person. So sampai sahaja di sana kami akan berakit ke hulu dan ke hilir di Yulong River untuk menikmati keindahan alam di sepanjang Yulong River ni. Ayuh jangan buang masa..jom kita berakit. Opssss sebelum terlupa, sekiranya blogger Supermeng Malaya terbaca entri ni, JM just nak confirmation adakah pakcik yang sorong basikal dalam blog beliau adalah orang yang sama berakit dengan JM dan kawan ni. Adakah itu satu kebetulan heeee (Glamour nko pak cik masuk blog tue). Banyak citer pun tak best jugak, jom kita layan gambar dulu.
Laluan ke Dragon Bridge |
Amoi tengah briefing, nak ambik gambar mamat hensem kat belakang tu sebenor nya..ahahaha |
Ni lah pakcik yang akan dayung rakit kami tu..kesian dia..berde'eh jugak lah |
Inilah Dragon Bridge yang famous amos tu |
Kawan JM yang sorang lagi perlu naik bersama Amoi tour guide to coz dia sensorang |
Pakcik tengah bersiap sedia untuk buat persembahan. |
Persembahan bermula |
Masing-masing asyik melihat persembahan..Uik kenapa tetiba gambar mamat ensen ada kat sini - itu kebetulan je tau hihi |
Dayung pakcik dayung...hiak..hiak.... |
Cantik tak view kat sini ..abaikan view bontot tu heeee |
Okeh..bermulalah aktiviti buffalo feeding tetapi tak terasa keseronokan pun kat sini, kalau ada aktiviti boleh tunggang kuda pusing satu pusingan baru best. Mana gambar kerbau nye eh..ahaha..dalam kamera member JM coz tak sempat copy dari beliau. Kalau dah copy nanti JM updatekan kemudian yer. Tapi korang nampak ekor tu...tu lah kerbau nyer..
Inilah view sepanjang sungai tu. |
Cormorant show sudah, buffalo feeding pun dah selesai, jom kita ke mudik ke hilir pulak.
Dragon Bridge lagi - form different angle..ye ker |
Dayung pakcik dayung...kesian kat pakcik ni tau coz kalau kita dayung rakit tu tanpa penumpang pun dah berat, ini tambah pulak dengan orang berpuluh kilo setiap seorang..memang respect lah dorang ni..Dayung mengikut arah laluan air sungai tak lah terasa penat kalau berlawan arus yang teruk sikit. Beberapa kali jugak JM dengar suara pakcik berdehem kepenatan tetapi demi sesuap nasi beliau gagahkan jugak..terima kasih pakcik shiasheee.
Kami akan melalui bawah bridge ni |
View Bridge dari dekat |
Ok...sekarang follow JM untuk lihat di sebelah sini pulak je. Rupanya mereka menyediakan khemah untuk pelancong mencuba pakaian tradisi tetapi bukan free seperti biasa perlu bayaran. Oleh kerana kami tidak berminat hanya pandang dari jauh sahaja.
View ketika mudik ke hilir |
Silalah jangan bosan dengan gambar-gambar yang JM sajikan ni yer..bukan apa untuk memberi gambaran kepada pembaca semua mana tahu suatu hari nanti berkesempatan datang sini kan.
Rasa nyaman dan tenang je bila tengok view ni |
Kemana pakcik ni akan bawak kami..rupanya kat depan sana ada satu khemah untuk ambil foto semasa rakit turun dari terusan air berbatu.Kemudian dari sana meraka akan mudik semula untuk pulang ke pangkal jalan..Moh kita lihat lagi view yang ada.
Subhanallah...cantiknya |
Sampai sahaja di tepian sungai kami di sambut oleh Allen, kemudian beliau beri kami peluang untuk bergambar di atas Dragon Bridge sebelum pulang ke Guilin pada jam 6.00 petang. Maaf je kengkawan gambar tu masih lagi pada kawan JM so akan di masukkan kemudian.
Selesai bergambar kami mula bergerak ke arah bas untuk balik ke Guilin City dalam masa lebih kurang 1 jam 1/2 dan masing-masing kepenatan dan tertidur dalam bas. Tapi sebelum tu kami dah pesan pada si Amoi tadi (bukan nama sebenar) untuk drop kami kat Night Market. Sampai sahaja disini kami di turun di hadapan bangunaan Bank Of China dan terdapat beberapa batang pillar di hadapannya. Jikalau nak ke night market perlu menyeberang jalan.
Gambar bergegar - night market tu seberang jalan ni |
Kami masuk ke dalam deretan kedai sepanjang laluan nak ke night market tu. Hoyee apa yang pasti JM dapat membeli 2 pasang winter coat dengan harga RMB200 setiap pasang. Boleh lah JM melaram ketika di Guangzhou dan Shenzen nanti hehehe. Keluar sahaja shopping menyoping..hujan lah pulak..macam mana nak ke night market ni..masing-masing dan gelisah tapi tak per..kita window shopping lagi. Apabila hujan dah reda kami masuk kawasan pasar ni dan agak luas. Tujuan sebenar bukan nak membeli pun tetapi mencari kedai yang menjual makanan HALAL. Perut dah kebuluran ni dan si Amoi tadi cakap masuk ke dalam pasar tu jalan terus ke hadapan akan jumpa beberapa kedai makanan muslim dan ternyata benar.
Kedai ni ada menjual La Mien sejenis mee tarik buatan sendiri, bila order baru dorang buat mee tu dan seperti biasa kalau nak order just tunjuk pic yang tergantung di dinding. Rupanya kedai makan di Guilin ni tidak sediakan air sebab JM ada lihat chinese muslim sekeluarga makan dan memang tiada air. Patutlah dorang perut tak buncit.
Mana gambar kedai dan suasana pasar malam tu..aha..dek kerana baru lepas hujan, perut dah lapar JM pun malas nak ambil gambar tu. Tapi kalau korang nak tengok jugak boleh refer di blog Supermeng Malaya yer.
Kepada sesiapa yang berhasrat untuk menginap di Guilin 0773 Hotel dan ingin ke night market tu dari hotel, meh JM beri sedikit direction.
Direction to Night Market from hotel :
1. Keluar sahaja dari lobi hotel belok ke kiri
2. Jalan terus ke hadapan menyusuri deretan kedai, kiranya jalan raya di sebelah kanan
3. Jalan terus sehingga jumpa traffic light simpang empat.
4. Cross sahaja traffic light tu untuk ke seberang jalan.
5. Kemudian belok lagi ke kiri di mana jalanraya berada di sebelah kiri dan bangunan kedai di sebelah kanan
6. Jalan sahaja terus ke hadapan dan akan jumpa deretan yang menjual barang-barang di pasar malam di sebelah kanan. Senang bukan.
Perut dah kenyang, badan dah penat kami pun mula bergerak pulang ke sarang hotel. Oh ye sebelum terlupa kat pasar tu JM sempat jugak grab beg tarik beroda. Abislah...JM perlu bawak 2 beg tarik naik train untuk ke Guangzhou malam esok.
Malam tu kami tidur dengan nyenyak dan tak sempat nak bermimpi, alarm hp dan berbunyi kejutkan bangun solat subuh. Ke mana pulak JM pada hari ke 3 di Guilin ni. Tunggu dalam entri yang akan datang ye.
Argghhhhhhhhhh penatnya nak habiskan satu-satu entri ni, harap you oullsss semua enjoy reading tau...babaiii..
wow.. best nya dapat berjalan kat negara org. sy kurg familiar sgt dgn tmpt2 di china tapi kalo ada peluang tringin jugak nak p ^_^
ReplyDeleteDear, d china ni byk tempat menarik tau rugi klau x explore like beijing, shanghai, guilin, yangshou, xian, haerbin, guangzhou,,shenzen dan byk lagi lah dan mmg berbaloi
DeleteKlau ada peluang sekali mesti nk lagi :-)
Salam JM
ReplyDeletetak pe JM, slow2 tulih, tak kisah ler nak habiskan berapa lama, yang penting kena habiskan....haha...
ngaper letak gambor kecik bebenor JM....? jenuh Yong kena teropong...huhu....
Kalau terpatah pendayung tuh...dayung ngan tangan jer ler yer....
Waalaikumussalam Yong ASP, lama x update blog dh rindu nk baca ni
DeleteHehehe ok2 JM akan cuba habiskan demi Yong
Dek kerana semua gambar nk masukkan s terpaksa lah buat cenggitu heeeee. Yong kena guna kanta lah hihihih. Ok2 next time JM kasik besor sikit eh
Kalau patah dayung tu, patahlah hati ku hhihihihih
Yong masih tak sempat nak dok lama2 mengarang, sibuk berpolitik...haha....iyo la tuh kan... InsyaAllah habis PRU nanti Yong kembali mengarang. Setakat jengok2 blog rkaan2 maya lain jer dan tinggalkan sedikit komen.
DeleteINI KALI LAH....JOM UBAH......
Jom mengundi :-)
DeleteBanyak nak kena tulis pengembaraan sebelas hati tu, jangan sampai jejak hari raya sudahlah... hehe
ReplyDeleteBanyaknya tempat menarik di Guilin ye. Tapi saya kurang suka pengangkutan air ni...
Hehehehe kelakarlah En Mie ni, idoklah sampai ke hari raya maybe sampi bln puasa je kot :-)
DeleteAlah EMie takut buaya eh tak per kat sungai ni x de buaya tp buaya darat adalah hahahaha opssssss
takper jm...kami sebagai reader sentiasa menunggu dengan penuh sabar, bukan senang nak siapkan sesuatu entry cam gini.pastu kena hati-hati and wat research sikit takut terbagi info yang salah...yang paling tak boleh blah, ada jugak aktiviti bagi kerbau makan, hehe...nampak kelakar untuk kiter yang berasal dari kampung, tapi untuk orang luar, maybe nampak menarik :)
ReplyDeleteOyeee pembaca setia dh komen i like ur coment very much. Betul tu dear ORga dlm setiap entry x boleh sesuka jek tulis perlu info yg betul bcoz skrg ni gara2 blog ni ramai yg bertandang dan minat tuk travel
DeleteHahaha ingatkan upa kerbau tu lain lah sikit rupa sama jek bau busuk jgk heee
sama la kita JM... malasnya ya ampun!!!
ReplyDeleteKalau lah ada ubat kasik rajin sikit kan
DeleteJM org pertama nk beli :-)
bagusnya (ke tak?) sebab diorng tak serve air! Pelik kan? Huhu
ReplyDeleteGB, klau mcm kita org msia yg biasa mkn ada air ni klau x ada air mcm nk tercekik kan. Sbb tu JM order mee la mien masak sup so x perlu air pun x pe heeeeeB G
DeleteSharing is caring lor JM, cantiknya view situ...tgh berangan nak kesana...ingat nak pecah tabunglah...hahahah ;))
ReplyDeleteJangan Kak CT...nanti kena beli baru lak tabung tu...
Deletepakcik tu nampak mcm sama.. tapi aku just tersnap gambar dia je.. x borak pung....
ReplyDeleteAha..kalau borak pung dia bukan pahang heeeee
Deletealahai kalau gi sanan kenalah berkumpulan gak yerk kot idak tak syiok...
ReplyDeletesuka tengok sebab gambar banyak sesangat... boleh pahamler...
Ye kak..ramai-ramai baru best ..baru meriah tapi tak leh ramai sgt dalam 2-4 orang ok lah
Deleteehehehe...ken..baru best...heeee
makan takder air.... kalau tercekik cam ne???
ReplyDeleteBerakit tu best la.. jelez okey... bila nak sampai sini pun tatau
Dear SR, mula2 JM masuk je kedai tu terkejut jgk pesal suma mkn tp xde air, pastu JM pun mintak la mien bersup utk elak dr tercekik, klau lah mkn tercekik time mau masuk spital heeeeee. Lepas peristiwa tu stanby ngan air mineral :-)
DeleteAlahhh ada peluang nanti boleh sampai in shaa allah amin
teringat kecik2 dulu naik rakit ;)
ReplyDeletebest kan..tapi kalau sungai buaya yg takut ..hihihih
Deleteheheheh...
ReplyDeleteupdet lagi...
tak kira
akak nak baca nih
...
hahaah...
(ala...akak tak pegi dragon bridge pun)
ye..akak Coco nyer pasal..JM sanggup redah Sungai Li utk siapkan entri hehehe
DeleteTak per..akak gi tgk show air tu lagi best kan..cepatlah update..nk baca ni..baru letak teaser eh..saja tau hehehe
best!!kalau tercekik minum air sungai jer la...hehe
ReplyDeleteLisa : Sanggup ke minum air sungai yg kehijauan tu ahhakssss
DeleteBerakit ke hulu, berenang ke tepian...
ReplyDeleteBersakit-sakit dahulu bersenang-senang kemudian..eh..eh...berbalas pantun pulak kita ye Zumal hihi
DeleteJM.. best la tulis macam ni.. kite pon boleh bace relex2..
ReplyDeleteye ke...terima kasih Fifi :-)
DeleteSeronoknya berpeluang naik rakit! Hihihi kobau makan rumput yg ni kobau luar negara ;)
ReplyDeleteTang rakit comel.sgt... rupanya ada gak perkampungan di sana ya...
ReplyDeleteTeringat citer2 cina zaman dolu2 :)
DeleteOoo kantoi main.game candy cruch akak nti tolong ngi nyawa deh hihihi
ReplyDeleteLaaa tak yah tunggu nyawa. Cepatkan je time ke beberapa jam. Then buka balik game tu, bila nyawa dah penuh, betulkan balik setting jam.
Deletewow.... yang ini nampak menarik... hmmm tapi sebab dia adalah china... tetap tiada hati nak pergi lagi...
ReplyDeletehihihihi...
I enjoy reading your blog, I started reading it a few weeks ago. Looking at the picture of the Cormorant catching the fish made me want to go and visit Yangshou. :)
ReplyDeleteTeruskan menulis, saya masih baru dalam penulisan blog tapi banyak yang saya dah belajar dari blog ni!