Tuesday 11 March 2014

Siem Reap : Kingdoms of Cambodia (4)

Assalamualaikum dan Salam sejahtera semua reader,

"Sunrise at Angkor Wat"

Dua tiga hari ini semua blogger mengeluarkan entry Pray for MH370 dan semua rakyat Malaysia amat perihatin ke atas kejadian yang berlaku pada 08 Mac 2014 yang melibatkan Boeing 777-200 pesawat MH370 hilang sebelum mendarat di Beijing, China. Ia suatu berita yang mengemparkan dan apa yang mampu kita buat hanya lah berdoa yang terbaik buat mereka.
----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Okehh....berbalik ke tujuan utama, Jm ingin kongsi perjalanan di Siem Reap pada hari ke-2 Jumaat (24/01/2014). Pada hari kedua kami bangun seawal jam 5.00 pagi, mesti semua orang dah tahu kan kalau awal ni mesti ada agenda untuk ke Archaeological Park di mana terletak Angkor Wat yang menjadi tarikan pelancong tu. Inilah tempat yang akan kami pergi, bangun seawal pagi semata-mata nak melihat Sunrise di Angkor Wat.

Located six kilometre north of Siem Reap, Angkor Wat is one of the largest of Khmer monuments. Built around the first half of 12th century by King Suryavarman II, the temple's balance, composition and beauty make it one of the finest monuments in the world.

Though 'Wat' is the Khmer (Cambodian) word for temple, the westward orientation of the structure is atypical of temples. Scholars believe that the architecture and sculptures are that of a temple where Lord Vishnu was worshipped but it was also built as a mausoleum for the king after his death.


Sunrise di Angkor Wat
Selesai semua urusan termasuklah solat subuh, jam 5.30 pagi kami mula bergerak dengan tuk tuk Salim dan pada yang sama cuaca pada waktu pagi amatlah sejuk seperti memasukkan badan ke dalam ketulan ais. Lebih kurang jam 6.00 pagi kami tiba di pintu masuk utama di mana semua pengunjung perlu turun ke kaunter tiket untuk mendapatkan tiket berharga USD20 per entry for one day pass. Sebenarnya ada 3 jenis entrance fee di mana bagi mereka yang hanya ingin peruntukkan satu hari sahaja di Angkor Wat boleh membeli tiket yang berharga USD20, manakala bagi mereka yang rasa tidak cukup sehari boleh beli tiket yang berharga USD40 for 3 days pass or USD60 for 7 days pass. Tapi Jm lihat kebanyakan nya beli tiket untuk one day pass sahaja.

Turun beli tiket, sebelum tu perlu senyum pada kamera, gambar akan di cetak pada tiket
Inilah one day pass tu - abaikan muka yang tak sempat nk senyum tu
Tujuan gambar di ambil dan di cetak di atas tiket bagi memastikan orang yang sepatutnya adalah pemegang tiket.

Ihsan dari google : gambaran kedudukan Angkor Wat dan Temple yang terdapat di dalam Arkeological Park
Kawasan yang biasa menjadi tumpuan pengunjung adalah :
- Angkor Wat
- Angkor Thom (Bayon dan Leper Terrace Elephant)
- Ta Phrom

Selesai membeli tiket, naik semula tuk tuk lebih kurang 10 minit perjalanan untuk sampai ke destinasi pertama iaitu Angkor Wat. Ia merupakan tumpuan pelancong untuk melihat matahari naik dengan begitu menggoda sekali kerana kedudukan Angkor Wat menghala ke arah timur. Sebaik sahaja sampai, terdapat beberapa kakitangan sambil memegang lampu suluh akan check tiket setiap orang sebelum berjalan melalui jambatan batu untuk masuk ke kawasan Angkor Wat.

Perlu melalui jambatan ini untuk sampai ke kawasan Angkor Wat dan kebetulan terdapat rombongan dari Jepun dan kami tumpang cahaya lampu suluh dari mereka
Jalan melalui jambatan batu ini dan follow je pelancong-pelancong lain dan kepada rakyat kemboja di fahamkan tiada entrance fee. Pada jangkaan Jm ketika kami sampai berkemungkinan belum ramai lagi sekali lihat..masyaAllah...dorang ni tak tidur ker, jam berapa dorang gerak ke mari...masing-masing telah memenuhi tepian tasik dan mencari port yang cantik dan sesuai untuk snap picture sunrise nanti. Tak percaya?..meh tengok gambar.

Kami sampai sahaja kawasan tasik telah di penuhi pelancong dari pelbagai negara yang paling ramai dari Jepun dan Korea
Cuba tengok ramai ke tidak orang nya
Cuaca ketika ini memang sejuk gila (tiru style supermeng) matilah jika dia tahu. Masing - masing menunggu dengan penuh sabar beserta kamera, handphone dan tripod. Dalam suasana yang sejuk begini kalau dapat minum air kopi panas ke sedap ni, tetiba dengar suara yang bertanya coffee sir, breakfast madam kiranya ada waiter yang datang mencari pelanggan untuk ke kedai mereka yang terletak di sebelah kiri tasik.

Hari semakin cerah dan ruang di tepian tasik mula di penuhi dengan pelancong. Sementara menunggu sunrise yang mula menyinar pada jam 7.30 pagi terdapat beberapa orang kanak-kanak kecil mengikuti kami dan ingin menjual pelbagai jenis souviner seperti kain selendang, poskad, buku sejarah angkor wat dan fridge magnet dengan menyebut 1 dollar..1 dollar selagi kita diam selagi itu dia sebut 1 dollar sehingga lah kita cakap, no..no.. thank you baru mereka beredar tapi kasihan pun ada apabila mengenangkan nasib mereka ni.

Kiri : Kanak-kanak yang menjual souviner, Kanan : tourist from Japan..sopan sahaja pakaian mereka..Jepang mue tunggu aku datang eheheeh
Ini adalah antara aksi-aksi kanak-kanak itu yang mencuri pandangan lensa kamera Jm..lensa lah sangat walhal guna kamera lumix je pung
Akhirnya saat-saat yang di tunggu telah tiba, matahari telah mula menampak kan cahaya...hoyee...nasib baik cuaca cantik hari ni, kami berpeluang melihat sunrise di Angkor, semalam sunset di Tonle Sap Lake. So, jangan lupa kawan-kawan datang pada bulan yang sesuai terutama bulan Januari tau.

Ehh..kenapa SunRISE nampak seperti SunSET je..atoilah..nasiblah guna Lumix 12 megapixel je
Sempat lagi curi ambil gambar mamat hensem ni heee...Jm..Jm...
Ini lah hasilnya jika lokasi menarik untuk take picture ni telah di penuhi orang. Matahari mula menyinari bumi dan semua orang mula beredar untuk masuk ke kawasan Angkor Wat bagi melihat keindahan kesenian, ukiran dan senibina yang di buat tanpa menggunakan peralatan dan jentera berat hanya menggunakan kudrat pekerja jampir 1 juta orang if i'm not mistaken menggunakan penukul besi dan peralatan yang tidak secanggih sekarang. Kepada mereka yang datang ke sini akan terpegun melihat seni ukiran termasuk lah Jm.

Ihsan dari google : sepatutnya hasilnya begini
Ihsan  google : Ini lah Angkor Wat yang menjadi kebanggaan rakyat kemboja dan menjadi tarikan pelancong serata dunia
Jom ikut Jm kita lihat kecanggihan pembinaan Angkor Wat ni dengan lebih dekat lagi. Terlebih dahulu Jm mohon maaf ye kerana terlalu banyak gambar yang ingin di kongsi di sini kerana setiap sudut nampak cantik.

Cuba lihat ukiran halus di dinding ni..berapa lama masa di ambil untuk menyiapkan nya kan
Angkor Wat memang luas 
Jm amat mengesyorkan tempat ni jika datang ke Siem Reap. Setelah puas menjelajah semua pelusuk dan sudut di dalam Angkor Wat kami keluar semula ke kawasan tasik untuk membeli fridge magnet dengan harga yang agak murah di sini setelah puas adegan tawar menawar dan merajuk diri. Kebanyakan FM seramik boleh dapat dengan USD1 seketul tapi bagi kami still rasa mahal so kami minta 2 ketul for USD1.

Inilah gerai-gerai yang Jm maksudkan tu
Puas sudah menyukat setiap sudut di Angkor Wat dan beberapa USD telah di habiskan untuk beli FM di sini...biasalah Jm ni kan pengumpul FM, so ke mana sahaja pergi yang ini memang priority. Moh kita cari Salim untuk ke Angkor Thom pulak.

Pose sikit sebelum ke pintu utama - nampak tak kat belakang tu masih ramai yang baru sampai
Baru sampai ke ...kenapa lambat!!
Ini lah jambatan batu yang kami lalu dalam gelap awal pagi tadi, nasib baik tak jatuh ke dalam sungai tu
Tangga tu lah entrance untuk ke Angkor Wat di mana tiket akan di verify di sini
Hamboi Salim suka nampak..dari jauh dia dah senyum pada kami cam tahu-tahu kami dah sampai di entrance tu
Kemudian Salim keluarkan 2 botol mineral dari ais box warna merah tu...memang makan dan minum kami terjaga..terima kasih Salim yang perihatin tu. Sebelum ke Angkor Thom Salim bawa kami untuk melihat bunga teratai..ehh ye ke bunga teratai.

Teratai layu di tasik madu
Nantikan story ke Angkor Thom dalam next entry boleh tak?..kalau semua nak story sini tak best pulak :-).

Kalau ada yang terlepas entry sebelum ni boleh klik Sunset at Tonle Sap Lake

Bersambung lagiiiiii......................

78 comments:

  1. 1st of all my prayers to the passanger flight MH370.

    Cantik gambar2.. bestnya jalan kat sini.. nak p jugak la

    ReplyDelete
  2. sama,,, my prayers too... every breath i take ,,,, YA ALLAH.... 'Allamal Insana Maa Lam Ya'lam,,,
    JM,, , Salim kelihatan begitu 'sehat' ,,, alhamdulillah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah semua orang berdoa untuk keselamatan mereka
      Salim tu...hrmm maybe sbb cukup makan lah tu :-)

      Delete
  3. indeed!!! mmg mamat2 ensem... :) hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Uik terkomen dua kali heee, ha'a suhaz, jm ni pantang tgk mamat ensem ni mata terus terpaku :-)

      Delete
  4. Ha entri yang ditunggu dari JM!! Kena datang super awal lah ni untuk dapat view macam dalam google tu. Tapi kena bangun awal tu lah yang problemo. Ehem!!! Mamat2 hensem akhirnya tunjuk muka! Haha. Salim dah famous dek JM, insha Allah akan lagi murah rezeki dia lepas ni. Berniaga dengan jujur, memang patut dapat kredit.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bie, ha'a..semata2 nk dpt port yg cantik..tapi bagi Jm tak mampu nak buat cenggitu coz nk bangun solat tahajjud pun liat je...aaahhaha...ha'a...rasanya ada lagi ensem tapi tak sempat nk curi :-)

      Ha'a..baik Salim ni belanja kita org mkn jagung...next entry JM story :-)

      Delete
  5. Banyak berdoa untuk MH 370.....Amboi..curi-curi ambil gambar si mamat ye...doa agar JM temu jodoh cepat-cepat.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Amin mohon yg baik2 buat mereka, ahak kan jm ni pantang nampak mamat ensem teruja terlebih adoiii penyakit betul klau x snap pic cam rugi je heeee. Aminnnnn semoga cepat bertemu mr right tu

      Delete
  6. Terima kasih taufiq, nanti jm singgah ye

    ReplyDelete
  7. #DOA UNTUK MH370...

    Camna nak ambik gambar kalau orang macam semut banyaknya kat tepi tasik tu... ambik kat Google lagi senang...

    Entahlah JM saya masih belum tertarik tempat2 relic macam ni...

    Hai mamat kat atas tu, sana sini dia promo macam tu... goli den...

    ReplyDelete
    Replies
    1. ahaha pak lang mie semua semut gatal bukan semut api. Ohh belum tertarik utk ke sama eh maybeone day kan. Alahai geli2 lah fulak hiksss

      Delete
  8. ni yang berkobar2 nk pegi ke sana nanti...cantik sgt angkor wat tu!! aduh byk betul wishlist tahun ni..hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aha...Liza nk ke sana ke...best aaa..tak rugi pegi ke Angkor Wat ni..sesuai tuk buat wedding photoshoot jgk..tapi tak sesuai lah tuk Liza tu..buat photohoot best couple ke :-)

      Delete
  9. huhuhu......... bestnya JM tiap bulan naik belon terbang ke over the sea.......

    Saya dah terlepas peluang berapa kali dah geng jalan-jalan ajak gi ke siem reap... asyik tak kena masa jew. Tengoklah one day I will be there

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dear SR idok ler every month tp dlm 2 bln sekali tp bila dh dpt berita pesawat hilang ni mula lah rasa resah d hati nk terobang lg huhu
      Ahaaa mesti ada hikmah d sebaliknya tu maybe pergi ngan family tersyg lagi best :-)

      Delete
  10. Ha entri yang ditunggu dari JM!! Kena datang super awal lah ni untuk dapat view macam dalam google tu. Tapi kena bangun awal tu lah yang problemo. Ehem!!! Mamat2 hensem akhirnya tunjuk muka! Haha. Salim dah famous dek JM, insha Allah akan lagi murah rezeki dia lepas ni. Berniaga dengan jujur, memang patut dapat kredit.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Xcited benor kwn Jm sorang ni 2 kali komen tu Jm pun dh confius rasanya dah reply td heeee x gitewww Bie

      Delete
  11. Mahal juga tiket masuk.. tapi memang terbayar lah dengan pemandangan yang sangat indah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ermm..rasanya tak bebaloi bayar USD20 utk ke Angkor Wat berbanding USD20 utk ke Tonle Sap Lake tu sbb tempat ni besar mmg puas hati :-) Kalau ke sana jangan lupa mesti mesti mesti singgah sini

      Delete
  12. doa untuk #MH370

    mak aii, ramai bapak orang tunggu nak snap photo!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Amin...sentiasa berdoa untuk keselamatan mereka
      Ramai bapak?...ahahahah...kira ramai sgt2 lah ni eh...semua berebut nk dapat hasil yg menabjubkan :-)

      Delete
  13. salam JM…..mmg xde mood sgt nak BW leni since melangut dpn tv je tg psl MH370… ros singgah kjp je, pasni kena dtg lagi amik mood :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam kembali Rose, Ha'a...kes MH370 ni mmg menggugat jiwa..menimbulkan keresahan dalam jiwa..Tak pe Rose...just singgah tanpa kata apa2 pun telah membuat Jm tersenyum...kita still boleh komunikasi :-)

      Delete
  14. hensem pula tengok si salim tu....eh !

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ahaksss..komen Nieda yg membuatkan Jm tersenyum simpul..ehh...tiba2 lak kan heeeee

      Delete
  15. Ye Nieda, betul tu...semua blog kawan2 JM dia tulis ayat yagn sama...ayat yg sama tuk entry JM sebelum ni...adoiii lahhh

    ReplyDelete
  16. mmg tempat yang wajib pergi tempatni... bagus gak yerk derr gambar kat tiket.. idakler ada yang menipu...
    oo sempat ambik gambar mamat hensem yerk.. orang bujang tak siapa yang larang...
    mak oooooooiiiiiii ramai nyer orang yerk payah nak ambik shoot menarikkkan... memang betoi2 ramai yerk...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah akak zila, jm ni x leh nk tggalkan tabiat ambik gambo mamat ensem ni nasib baik dorang x perasan klau x medti kena marah klau leh bergambar ngan dorang lagk best kan :-)

      Delete
  17. Amboi JM, sempat lagi tue nak ambk gmbr mamat hensem..tapi kan, memang hensem lah hehe :)
    Nie bukan tengok sunrise nie, tengok orang huhu, rmai tul orang kan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ezan jgn ikut perangai JM ni tau heeee pantang tgk yg ensem2 mata terus terbeliak. Mmg ramai sgt sgt mcm semut dpt gula :-)E

      Delete
  18. Ramai jugak kat Angkor Wat ni. Sempat lagi tu JM cuci mata...hehe Cuci jgn tak cuci, kannnn....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mmg ramai jea, puas masuk celah2 org ni cari port nk menembak tu bertabah je lahhh. Mamat ensem tu, i buat2 nk ambil gambar sunrise kira 2 dlm 1 ni :-)

      Delete
  19. rindu la hai nak repeat cambodia... :)

    tapi kt letih la round Angkor Wat n temple lain...sbb seawal subuh dah kuar kot...tu pasal letihhhhhhhhh nak round semua

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ahaaa kita serupa lah, Jm yg baru blk ni pun nk repeat jgk ahaha x leh duduk diam kan
      Betul tu Emy terlalu byk temple nya so pilih2 je nk g semua mmg x cukup 1 hari :-)

      Delete
  20. siap cetak gambo muka kat tiket...meletup tahap sekuriti kat sana.
    anyways..ramai giler orangnya JM...potong stim lah nak snap geganba...
    takda bergambar kat pokok yang akar melingkar-lingkar tu kah?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yer..nampak je camtu kan..kat msia ada buat tak ek?
      Nana..betul tu..ramai gila bak kata supermeng heeee...potong stim?...ahaha...sudah semestinya dh kurang feel nyer
      Gambar kat pokok tu di Ta Phrom..next episode :-)

      Delete
  21. Kene gagah bangun awal pagi la.. (nasib baik Kak JM bangun awal hahahaa.. )
    Penuh manusia nak tgk sunrise tu.. dah la semua nampak foreigner jer.. untung Kak JM tersnap mamat hemsem ( ye ker hemsem ) hahahaa :P
    Minta 2 FM untuk USD 1.00 dapat tak?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Adik ku TTboy..akak ni kalau bab jln2...boleh aje nk bangun awal pagi..cer kunci jam bangun solat tahajjud..tak perasan bila tutup alarm tu....hadoilahh...bila nk insaf ni heeee
      Ha'a...almost 100% foreigner...org local dh biasa...tak ada stim bak kata Nanatron :-)
      Ahahaha...akak ni ...ada gak sikit 'gatal' tu kan...FM tu?..mestilah dpt...org tu kasi tapi muka ketat je eheheh

      Delete
    2. Tak apa la sesama lah kita usaha banguan tahajud yer.. Lepas ni pasang alarm bawha katil.. memang tak boleh capai nk off hahahaa.. :P
      Oh dapat FM tapi diorang muka ketat ker? tak apa la.. ketat2 pun dapat jugak kan :D

      Delete
    3. Hahahaha....bagus idea tu....ada mgkin bgn tutup pastu merangkak balik ke katil..
      Ha'a...dapat sambil lompat bintang

      Delete
  22. woo..jelesnya.
    ni salah satu tempat dlm bucket list ni. tapi apakan daya, masih tiada partner yg teringin nak pegi sini.
    ramainyaaa manusia. boleh mengamuk kat situ sorang2 sebab rimas hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dzuli...JM sudi menemanimu hikssss...ckp je bila nk pegi pastu JM check schedule...hamboi cam lah travel sakan thn ni kan ehheehhe
      Ha'a...manusia mmg ramai sgttt...tapi masih ada space yg kosong..don wori :-)

      Delete
  23. wah ramainyeeee org pagi tu JM...ktorg dulu pi masa dah terang...so tak tau plak org tunggu sunrise smpai gini skali...tp mmg cantikkan kawasan tu...kat angkor wat je dah beratus keping gmbar...hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ye Dj ramai semua cari port betul2 ngadap angkor wat tu mmg x boleh nk mencelah. Oh no wonderlah dlm entry dj dulu x ada gambar sunrise :-) ha'a mmg cantik sgt tp jm nyer pic tak lah sampai beratus eeeeee

      Delete
  24. Wahhhh ramainya org depan kolam tu cmne nk amek gmbr nnt? Huhuhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dear John, mmg ramai ramai ramat sgt ha ko ramai betul tu ntah jam berapa dorang sampai sini ntah2 tdo kat c ni :-)
      Jadinya hasil tembakan kurang memuakan hati mcm lh pandai amek gambo kan

      Delete
  25. Itu bukan orang kot ntah2 SPAM hahahaa :P
    Ayat sama jer.. lepas ni dia ubah sket pastu guna 2-3 bulan pastu tukar ayat lain pulak :P

    ReplyDelete
  26. Ha'a kan TTBoy...lama2 bosan...cam menganggu skit

    ReplyDelete
  27. Waaaa.. historical place laa cambodia ek...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ha'a Lin...Eh!!...bila nk ke HK tu...dah siap buat preparation kew?

      Delete
  28. ha..ha.. jm,, saya tgok ayat bdak ni asik sama je.. ..
    setiap entry plak tu.. ai.. pelik2

    wah teruju tgok ramainya yang pakat2 nak ambik gambar sunset dkat tasik tu.. bukan main ramai

    ReplyDelete
  29. Yer Sob (nama panggilan manja ahaha) lama2 bosan ngan dia ni asyik melobi utk org pegi terjah blog beliau utk naikkan rating tp x nak baca betul2 blog2 yg d terjah. klau blog berinformasi berbaloi jgk kan hai maybe masih bdk2
    Haa semata2 nk dpt view yg santek :-)

    ReplyDelete
  30. muka JM kt pass tu ketat semcm jerk..muka tak cukup tdo kena paksa bangun pagi2 buta.. hahahah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ahahahaah...Zura, muka ketat tu yg membuatkan org tak berani nk ngorat

      Delete
  31. Ishhhhh memang ramai sangat2 orang...pkul brapa diorang dah menunggu kat situ tu...:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. WA, betul tu..ramai sgt pelancong asing termasuk kami :-) Kami pun tertanya2 ...dorang tido dalam bas ker..pastu jam 4 pagi dan terpacak kat depan tasik tu..agaknya lah eheeheh

      Delete
  32. ya ampun...ramei sungguh masyarakat dekat situ, macam mana jm ambik gambar? kalau datang awal pun, duduk depan-depan, pastu orang tolak-tolak dari belakang, boleh naik darah nanti, hehe...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dear Orga...sbb tu lah gambar yg JM dapat tak cantik....bagi alasan sedangkan diri sendiri tak pandai cari angle hihihih.
      Alaahh..dear...dorang ni berhemah..tak ada aksi2 cam tu heeeee

      Delete
  33. ha..ha.. boleh la sob pun ..sob la.. he..he..
    kadang rasa komen dia spam pun ada..sampai skrg komen lg mcm tu..
    biasalah baru nak up blogging..support je la :P

    ReplyDelete
  34. Ehehhe suka kan panggilan tu, nk support katanya, jm angkat tgn x nk layan x ada faedahnye jahat x? :-)

    ReplyDelete
  35. kak JM...!! ahahhaa.. ok ler tu ade gak lumix... lumix boleh zoom jauh jugak ape.. luna pergi bawak S3 Samsung jee... pastu mengendeng kat kawan... hihih.. anyway kak JM.. guide luna ckp.. ade dua tarikh yang kalau kite nak amik gamba sunrise cantik... 13 march atau 13 september (setiap tahun).. die kate mase tu matahari betul2 ade kat tengah tower 5 tu..! =D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Luna : Ha'a..betul gak..dh byk berjasa camera nii..syg sama die :-)
      Oh yer...tapi nak cari tiket muroh time tu yg susah..kalau kena tiket mahal...tak sanggup eden...tapi akak take note..mana tahu kalau teringin nk pegi lagi thn depan boleh booked tarikh ni heee

      Delete
  36. gila ramai manusia.plan pon nak tgk sunrise tapi ke laut..haha sedar-sedar dah cerah;p

    ReplyDelete
  37. Bestnya, sis tengok sunrise kat Angkor Wat! Ramai betul orang kat sana ye. Dr pukul berapalah mereka dah standby kat situ,..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Farrah...maybe jam 4 barangkali..nak dapat port yg strategik

      Delete
  38. Salam perkenalan kak Jm :) Saya nak pegi siem reap mid of june ni,cuma ada setengah hari je utk ke angkor. Boleh suggest temple mana yg worth to visit dlm masa setengah hari tu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wkomsalam Namsy...awal pagi pegi Angkor Wat, selepas lihat Sunrise terus gegas ke Bayon Temple then terus ke Ta Phrom..sempat utk setengah hari..dah booking tuk-tuk belum?

      Delete
    2. Thanks kak jm for your advice. Tuk tuk belum cari lagi, baru nak contact-contact tuk-tuk salim yg kak jm pakai tu :)

      Delete
    3. Namsy : boleh contact ke no whatsapp Salim...

      Delete
  39. first time tengok tiket ada gambar ;) ... biasanya annual pass jer ada gambar macam tu

    ReplyDelete
  40. memang view tu ohsem semua ... skill JM snap gambar pun ohsem juga ... gambar tu semua cantik sangat :)

    ReplyDelete
  41. banyak betul bangunan lama bersejarah kat sana ... syoknyer kalau dapat pergi tengok dengan mata sendiri (fefeling travel jap) :p

    ReplyDelete
  42. Assalamualaikum JM,
    Terima kasih kerana share pengalaman kat blog ni. Saya akan ke siem reap minggu depan (22 jan 2016). Nak tanya la. masa ronda ronda kat Angkor Wat tu ada guide ikut & bagi penerangan tak tentang Angkor wat? i.e bila dibina etc. Atau JM jalan sendiri je masuk kat dalam tu.

    Terima kasih. :-)

    ReplyDelete
    Replies
    1. W'komsalam NH!!! jalan sendiri je...tak guna tour guide pun

      Delete

Komen apa2 je!!!
Kunjungan anda akan di BALAS

NUFFNANG