Apa perancangan korang hari ini atau tiada perancangan..lalui sahaja hari-hari mendatang dengan rutin harian...Jangan macam itueww..setiap hari kita kena ada jadual hidup supaya hidup kita ni tidak sia-sia..setiap hari di penuhi dengan perkara yang berfaedah...bak kata pepatah yang selalu kita dengar hari ini mesti lebih baik dari semalam..kalau boleh tak nak hari ini sama seperti semalam atau hari ni lebih teruk dari semalam..moh kita pertingkatkan motivasi diri....cheee wahh..bercakap macam pakar jer kan..menyampah orang dengar...ahahaha...yo lah kawe sekadar berkongsi pendapat..apa yang baik boleh jadikan panduan dan ikutan..apa yang buruk buang ke tepi...jangan simpan dalam hati...ehehe
Itu baru muqodimah..belum masuk ke topik sebonar lagi ni haaa....
Hoyeeee....kenapa tiba-tiba kuar statement IMPIAN TERCAPAI ni..apa impian aku sebenar nya..nak kahwin kah..nak melancong lagi kah...atau tunggu kenaikan pangkat selepas beberapa tahun menamatkan pengajian Degree di UKM...siapa boleh guest...eheheh...hamboi main teka teki plak yer...
Aku pasti setiap orang dalam dunia ni mempunyai impian dan angan-angan atau aim masing-masing seperti kepada yang baru tamat pengajian sudah tentu nak dapatkan kerja yang bersesuaian, dah ada kerja mesti nak beli kereta ker..rumah ker...bila dah stabil sikit mula lah nak cari pasangan hidup kan?...dah ada pasangan nak dapat anak pulak..bila dah ada anak nak tambah anak la lagi...Ada tak sesiapa yang berangan nak kahwin lagi...eheheh..jangan macam itue yer...berangan lah untuk menambah kemesraan dalam rumahtangga, meujudkan kegembiraan dan kejujuran dalam perkahwinan kerna dalam kehidupan rumahtangga ini banyak dugaan dan cabaran...che wahh cakap macam orang berpengalaman kan..yo lah kalau tak lalui sendiri mana tahu kan...cakap boleh la...full stop :-)
Holla..bebalik kepada topik sebenar..siapa boleh guest apa impian aku sebenarnya...anyone..anyone..ehehe. In Shaa Allah..aku akan menunaikan UMRAH pada 15/02/2013 - 01/03/2013 nanti. Mesti akan ada orang cakap...alahhh..ingatkan apa tadi..eeheh..yo lah..bukan semua orang boleh pergi kerana ada yang berduit..kiranya duit bukan penghalang tetapi still belum terpanggil untuk ke sana kan..
Aku tahu sudah ramai rakan bloggers yang telah sampai ke sana ..Syukran ..Alhamdulillah..dan sekarang turn aku pulak...tidak sabar rasanya...eheheh
Setiap kali aku melancong ke obersea..rakan-rakan rapat asyik bertanya.."nko ni asyik melancong jer..bila nak pergi Umrah pulak"..aku senyum jer...In Syaa Allah....kalau aku nak pergi..aku nak bawak ibuku bersama..bila dah berdua kos nya tinggi..kalau aku nak pergi sorang..dah lama aku sampai kan..
Bukan niat nak riak ker haper..sekadar ingin berkongsi kegembiraan sahaja dan sedikt info berkaitan Travel Agent yang berkaitan.
Niat untuk ke sana sudah lama..dengan izin Allah kawan aku mesyuarakan hasrat beliau untuk ke sana..bagai pucuk di cita ulam mendatang...bila di kumpul-kumpul kami berenam telah bersetuju untuk ke sana. Aku mula merisik dan memulakan langkah mencari travel agent yang boleh menguruskan urusan umrah ni. Antara travel agent dalam senarai samaada Andalusia atau Gemilang. Sebenarnya banyak travel agent yang boleh menguruskan nya tapi selepas di buat research..aku dan kawan-kawan mengambil keputusan untuk pergi dengan Andalusia Travel & Tours Sdn Bhd.
Aku telah memilih Andalusia Pakej Umrah dan Ziarah Cairo dengan harga RM5,990 per person bilik berempat/berenam
Andalusia Travel & Tours Sdn Bhd
No 9. Jalan Belangkas
Off Jalan Kampung Pandan
Taman Maluri
Kuala Lumpur
Tel No : 03-9283 1588
Faks No : 03-9283 7566
Website : http://www.andalusia2u.com
Apabila semua setuju, tempahan dibuat dan booking fee adalah RM300 seorang. Baki bayaran perlu dijelaskan 1 bulan sebelum bertolak. Pelbagai persiapan perlu di buat termasuk menghadiri kursus umrah yang dianjurkan , penyediaan dokumen perjalanan, passport, Visa, Medical report dan perkara-perkara berkaitan.
Jadual Penerbangan:
No Penerbangan Tarikh Destinasi Berlepas Ketibaan Transit
MS 961 15 Feb 2013 KUL - CAI 2200 0540 +1 BANGKOK
MS 677 19 Feb 2013 CAI - MED 1555 1840 -
MS 672 01 Mac 2013 JED - CAI 1830 1940 -
MS 960 01 Mac 2013 CAI - KUL 2340 1805 + 1 -
Penginapan:
Madinah : Mubarak Silver Hotel atau Staraf
Makkah : Hera' Palace atau Tharwat Monsia atau Wardat Aqyad Hotel atau SeSetaraf
Ini hanyalah tinggal kenangan selepas aku mendapat berita bahawa Kedutaan Arab Saudi tidak akan meluluskan PERMOHONAN VISA bagi jemaah WANITA yang pergi TANPA MAHRAM..
HANYA TINGGAL KENANGAN dan mungkin ada hikmah di atas apa yang berlaku kan...
HANYA TINGGAL KENANGAN dan mungkin ada hikmah di atas apa yang berlaku kan...
Wasalam.
pulak dah.. mmg dah mcm tuh ke skarang? x boleh pegi single?
ReplyDeleteYes my dear :-) hehehe dorang bimbang nanti xblk malaysia ehehe
Deletesaya pon mengalami kesedihan yg sama hari ni lps dpt call dr travel agent. padahal dah pergi bersama ibu dan bapa saudara. harap kita bersabar la...mungkin ada hikmah disebalik semua ni.
ReplyDeleteEh nurul... Kenapa lak xbleh..bapa saudara kan mahram kiter huhuhu rupanya ramai kwn2 yg xdpt pegi ek sabar yerrr. Rasanyer lah thn ni mesti travel agent byk rugi sbb kebanyakan ramai yg pegi adalah wanita tanpa mahram kan mcm thn2 sblum ni boleh pegi ngan tumpang mahram
Deleteentahla..travel agent yg ckp. entah2 dorang yg mls nk apply takk...by right bapa saudara pon mahram kan...mungkin takde rezeki la tu... haah.. mmg byk kot dorang rugi. dgr nye dlm 4000 visa yg tak lepas seluruh msia.
DeleteBatu2 ni dgr khabar byk travel agent nk fight utk status x ada mahram tp nk g umrah ni :-)
DeleteSalam
DeleteSudah dapat tunaikan Umrah atau belum. Kalau belum dan masih menghadapi kesulitan mahram, masalah ini dapat di atasi sebab peraturan ini manusia yang wujudkan. Pasti ada cara penyelesaian. JOM ajak rakan blogger sama mengerjakan umrah sendiri atau backpacker yang perbelanjaan jauh lebih murah. JOM UMRAH
saya pun sama, sangat sedih sekarang ni.
ReplyDeleteSy pun turut simpati bila nk pegi dh x leh pegi yg xnk pergi sebenarnya dorang boleh pegi tp x nk pegi lagi blum bersedia katanya hmmm kita sabar je yer
DeleteAssalaimulaikum
DeleteKalau belum ada cara untuk pergi UMRAH, silakan bersama kami secara backpacker. Kalau cik-cik adik sumua boleh pergi ober sea sendiri, berdua, bertiga, pergi Mekah dan Madinah tak ada masalah langsung. Dapatkan VISA dan pergilah macam pergi melancung. Cara back packer yang saya telah lalui cuma memerlukan belanja setengah dari belanja ikut pakej yang di tawarkan agensi pelancungan UMRAH.
Jom Umrah
Jom
Saya bukan bermaksud nak potong rezeki syarikat berkaitan, tapi kenapa kita harus bayar lebih untukperkara yg boleh di dapati dengan harga lebih murah. JOM Umrah. Jom Ajakrakan travel yang lain tu seperti Kak Kiah
tu la kan.. sedih la gitu.. baru cadang nak g taun depan.. terus rasa down...
ReplyDeleteYer syieda. .tak pe thn depan panjang masa lg mana tahu dlm masa terdekat nanti jumpa 'partner' leh g sama2 baru best ehehe
DeleteJom Umrah Tahun ini
Deleteharap2 lps ni dilonggarkan sikit peraturan dia. tahun ni tetibe jd strict. kwn yg pegi tu ckp ok je last year, takde strict mcm thn ni =.=
ReplyDeleteHa'a betul thn ni dorang mula dgn rules yg baru huhuhu
Deleteit's not new rules, tapi rules lama yang dilonggarkan sebelum ni
DeleteOh yer..baru tahu...thanks for the info ye :-)
DeleteBukanlah ketat sangat peraturan Kem Hajj Arab Saudi, cuma tek kena cara. Orang Arab ini malas sangat termasuk yg di kedutaan ( maaf bukan semua) jadi cari sebab nak reject permohon visa. Tapi ada org malaysia dalam kedutaan arab itu yang boleh tolong luruskan law dia.
DeleteBTW niat mengerjakan Umrah hendah bersungguh-sungguh dan insya allah Alah akan permudahkan.
JOM Umrah
kalau ada jodoh, mesti sampai jugak ke sana...saper yang tak nak pergi buat umrah kan, sedey pulak dengar ramai yang tak dapat pergi sebab peraturan baru ni...
ReplyDeleteHa'a mmg ramai ada member dh beli semua kelengkapan, bila dpt tahu mmg down gila dh x bleh buat keje frust dan sedih mengenang nasib yg menimpa tp kita kena redha kan..org tu bkn sy ehh.. Sy pun frust jgk dan skrg tgh cari tikrt melancong ke tmpt lain nk release tension hihihi
Deletesebelum ni boleh eh kalau pergi sorang?? memang best kalau dpt g umrah...one of my wishlist jugak,but not in this year..bertabahlah..
ReplyDeletesalam kenal,blog orga n zette yg bwk sy kemari..hee
Salam kenal jugak...wow penunggang .bulan.putih...ehehehe..unik nikname ni..Ha'a..sblm ni boleh jer pegi sorang..mulai tahun 2013..dh tak boleh..ha'a..sy kerap jgk baca blog dorang..nak singgah blog awak jgk lah ehehehe
DeleteASSALAMMUALAIKUM...
ReplyDeleteSaya pun ade dengar mengenai syarat baru untuk visa umrah ni... mak saya pergi kursus setiap minggu dan ustaz ade ckap pasal nie.... anak dare tak boleh pergi tanpa mahram seperti ayah atau adik beradik lelaki..
Saya pun gune Andalusia sbgai travel agent dan sama mcm awak, saya ambil half day tour cairo (9feb sampai 22 feb)... saya pun x tau sbb still x dpt info dari andalusia... saya akan pergi ber3 dengan ayah dan ibu.... saya try call main office andalusia tapi line buzy memanjang, call pulak contact person dalam surat yang die hantar pada saya last month pun x angkat... saya semakin risau ni... flight next week tapi confirmation tak dapat lagi, saya pun x tau status visa ni... agent andalusia dari johor ckap diorang pun x dpt nk call main office sbb line busy....huhuhu.... saya berharap sangat dapat pergi
Ya Allah.... izinkanlah kami, panggillah kami, terima kami sebagai tetamu Mu.... amin...
Aha betul tu anak dara atau sudah berkahwin tidak boleh pergi tanpa mahram tapi dalam kes wak ni tiada masalah sbb pergi bersama ibu dan ayah, so ayah memang mahram kan..tiada masalah. Berkenaan dengan caontact person di Andalusia tu sy pn mengalami masalah yg sama kalau nak selamat better pegi opos andalusiaconfrin gna dorag..pergi dptkan beg travel dan air zam-zam dari andalusia. Bukan ke sebelum penerbangan akak dpt surat berkenaan detail fligt dan juga tempat berkumpul..tak perlu risau lah..boleh pegi punya. Visa dorang akan serahkan semasa di airport nanti. Kalau nak lebih confrim pergi ke opis hq tu..selamat menunaikan umrah..sy tka dapat pegi kerana tiada mahram..huhuh
Deleteowh....tq2.... tadi sye tetap berusaha untuk call andalusia... n akhirnya dapat tembusi talian jugak tadi.... insyaallah sye brtolak 9 feb ni, semoge nanti kerajaan arab saudi dapat melonggarkan semula syaratnye seperti tahun lepas, agar semua wanita dapat menunaikan ibadat umrah dengan mudah....amin....
ReplyDeleteAmin jugak...wah bestnya...jels sgt...huhu...semoga ibadah umrah berjalan lancar..doakan untuk su jgk di sana nanti..(muka tak malu..ehehe)..
DeleteInsyaallah.....
Deleterindu utk ke sana lagi.Plan thn ni nak pegi,tp sbb beli umah so kena hold dulu.byk agenda lain yg perlu diutamakan:)
ReplyDeleteSy pun pergi ngan andalusia 2 thn lepas.Servis ok.now x sure hotel kauh ke x dr MH.harap2 x jauh even semua hotel dah diruntuhkan.Selamat menunaikan umrah!
Teacher hana thanks for drop by n being my blog follower :-)
ReplyDeleteBest kan dpt pei umrah tp kes JM x dpt pegi last min andalusia inform kerajaan arab saudi xluluskan visa kpd jemaah wanita tanpa mahram kerana ada renovatin d sana. Sepatutnya 15 feb dh berangkat tp apa boleh buat x ada rezeki thn ni huhuhu
jom umrah
ReplyDeletebetul la. sekarang ni dah ketat pun. Saya pun sama.. impian tak tercapai.. In Sha Allah ada rezeki sampai la kita...
ReplyDeleteKesian kan untuk org2 yg seperti kita ni..teruja sgt nak pergi..tapi itu lak masalah nya..yg tiada masalah plak..tak ada yg nk pegi uhuhhu
Deletekak JM.. pasti ade hikmahnye kak.. inshaAllah.. nanti akak mesti sampai..
ReplyDeleteye Fifi...in sha Allah..berkat doa kawan2 semoga impian sis JM tercapai aminnn
Deletekalau tumpang mahram tu xboleh ka...dulu mak saya pegi tumpang mahram
ReplyDeleteZF : mulai tahun 2013 kerajaan arab Saudi telah memansuhkan istilah Tumpang Mahram..ibu tumpang pun x boleh heeee
DeleteInsyaAllah mana tau dlm msa terdekat ni ada rezeki yg tak dijangka dapat gi dgn en suami ;) lgiii best kot
ReplyDeletein sha Allah Amin...semoga Allah permudahkan ye KopiO
Deleteinsha Allah akan tercapai apa juga hajat yang baik pasti Allah perkenan kan..amin
ReplyDeleteinsha Allah akan tercapai apa juga hajat yang baik pasti Allah perkenan kan..amin
ReplyDeleteNanti kita pegi sama sama eh... Your dream my dream too... Satu satu dulu boleh?
ReplyDelete