Monday 22 July 2013

Holiday : Shenzhen - it's attractive?

Assamualaikum to all my readers blog dan selamat berpuasa jugak!!!!


Wollla weeiii...tajuk entry omputeh tu heeeeeeeee...buang tebiat ke JM nih..ahahaah...sekali sekala maaa...

Bulan puasa ni mood JM nak keluarkan entri baru makin menurun tapi dek kerana terdapat permintaan di antara rakan pembaca yang ingin tahu pengalaman JM di Shenzhen, so JM cuba cari ruang untuk keluarkan entri ni. Hambooi!!!..macam lah busy sangat kan..ahahah..malas sebenarnya...bukan sibuk pungggg...

Untuk pengetahuan rakan pembaca semua, sebenarnya ramai sudah rakan travel blog JM yang pergi ke Shenzhen dan sekiranya korang rajin, boleh scroll kat panel sebelah kanan blog ni dan terdapat cerita dan pengalaman yang berbeza. Jadi bila sebut je Shenzhen mesti trip tu akan bersekali dengan Hong Kong ..betul tak?..kenapa yer..siapa tahu :-)

Yer..memang rugilah kalau pegi Shenzhen tapi tak singgah di Macau dan Hong Kong dan selalunya 3 tempat ni boleh travel dalam 1 trip je. Kepada mereka yang plan nak travel ke Shenzhen, meh JM bagi suggestion route.

Route 1 : Macau - Hong Kong - Shenzhen
Route 2 : Shenzhen - Hong Kong - Macau
Route 3 : Macau - Hong Kong - Shenzhen - Guangzhou
Route 4 : Guangzhou - Shenzhen - Hong Kong - Macau
Route 4 : Guilin - Guangzhou - Shenzhen - Hong Kong (ni route yang JM buat lah) tetapi kenapa tak terus ke Macau coz JM dah pegi sebelum tu..malan nak repeat lagi.

Sekiranya ada tiket murah ke salah satu destinasi tu, jangan pulak beli tiket pergi dan balik dari destinasi yang sama. Sebagai contoh beli tiket ke Guangzhou dan return through Macau tapi perlu planning dan manage time very well nanti kang tak pasal-pasal terlopeh kapal terobang heeeeee.

Aha..ini baru intro tau..belum masuk kisah di Shenzhen lagik. Biasalah JM ni kalau tak mengarut dulu tak sah heee. Jom ikut JM kita lihat apa yang menarik di Shenzhen ni.

Ini adalah sambungan cerita daripada entri yang lepas di mana JM ke Shenzhen dari Guangzhou dengan menaiki bullet train. Kalau nak tahu kisah percutian JM di Guangzhou boleh klik SINI

Bila sebut sahaja Shenzhen mesti terbayang Window Of  The World (WOW) kan tapi sebenarya terdapat banyak tempat lagi menarik selain WOW tu. Antaranya seperti :

1.  Splendid China
2. China Folk Culture Village
3. Happy Valley
4. Dameisha & Xiaomeisha Scenic Area
5. Meridian View Center
6.  Minsk World 
7. Overseas Chinese Town East 
8. Shenzhen Safari Park 
9.  Xiaomeisha Sea World 
10. Xili Lake Resort

Apa yang best di tempat yang JM senarai kan di atas tu yer..ahaaa...korang perlu carik sendiri lah..coz JM tak sempat nak pergi ke semua tempat just JM pegi WOW je.

Ok..sambung story...kami tiba di Shenzhen train station lebih kurang jam 12 tgh. Keluar sahaja dari tren dan akan jumpa gambar seperti di bawah dan belok sebelah kanan.

Shenzhen Train Station
Selepas belok sahaja ke ke kanan akan nampak sign ke Hong Kong..see Shenzhen dan Hong Kong sempadan je so anytime penduduk Shenzhen boleh masuk Hong Kong. Kalau nak ke Subway Louhou Station sila Exit C seperti gambar di bawah.

Suasana dalam Subway
Ke mana destinasi kami ye..aha kami akan menginap di Haiful Hotel.

Direction to Haifu Hotel from Louhou Station :
1. From Shenzhen Railway Station take Exit C to Lohou Subway Station
2. Take Subway at Lohou Station and stop at Lao Jie Station Exit D
3. Gerak dalam 20 meter dah sampai hotel

Ada rakan pembaca tanya JM, di Shenshen ada tak kad seperti Octopus Card di Hong Kong tu..jawapan nya..ye.ye..ada..ada..Shenzhen Tong Card. Kat mana nak beli kad ni?....stop at Hobei Station Exit B akan jumpa Shenzhen Tong Refund Centre dengan harga RMB80 di mana RMB20 untuk harga kad dan baki RMB50 adalah untuk tambang subway. Bagi JM kalau sekadar becuti seminggu macam tu tak perlu gunakan kad sebab harga tiket semurah RMB2 so better beli kat vending machine.

Bilik agak besar dan boleh muat untuk 3 orang
Selesai sahaja urusan check-in, masuk bilik tunaikan solat dan apa-apa yang perlu terus keluar untuk ke untuk view di sekitar bandar Shenzhen dan juga mencari sesuap nasi. Perut masing-masing sudah lapar. Hampir seminggu JM di China terasa berat badan turun kerana makan tidak menentu. Jeng...jeng...jeng..misi bermula :-) Tapi sebelum mari kita lihat view di sekitar bandar Shenzhen.

Veiw sekitar bandar Shenzhen
Bagaimana caranya nak cari kedai makanan halal dari Haifu hotel tu...tak perlu risau..keluar sahaja dari lobi hotel belok ke kanan kalau ke kiri nak masuk subway exit D. Ok selepas belok ke kiri tu jalan dalam 100 meter belok ke kiri lagi meyusuri sebelah jalan besar sehingga akan terjumpa kedai makanan halal di sebelah kiri. Senang je nak cari. Hari tu JM makan di Turkish Restaurant..biasalah harga makanan agak mahal tapi kalau dah lapar mahal ke murah ke tiada pilihan..belasah je.

Menu hari ni sikit kan..mcm tak cukup je - sebelum makan..nak tahu apa terjadi lepas tu :)
Selepas...licin..Alhamdulillah
Perut sudah kenyang ..apa lagi mari kita teruskan misi..ke mana kami lepas ni..Shopping Time..kat Shenzhen ni memang famous dengan Dongmen Pedestrian Street tu.

How to getting there :
1. From Lohou Station stop at Laojie Station Exit A,C atau E

Kalau dari Haifu Hotel ni just cross the main road or masuk ke dalam dalam subway pastu cari Exit A,C atau E. Lokasi Haifu Hotel memang strategik dan JM syorkan kepada sesiapa yang ingin ke Shenzhen better booking hotel cuma satu je line internet (Wifi) hanya di lobi.

View sekitar Dongmen Pedestrian Street
Apa yang best kat sini..seperti biasa pelbagai jenis barang di jual termasuk pakaian untuk semua peringkat umur, aksesori handphoe, tablet, kasut..ish banyaklah tak termampu JM nak senarai. Malam tu kami hanya windows shopping je sebab tak ada niat nak membeli pun. Lagi pun duit dah simpan untuk ke Wondow Of the World keesokkan harinya. Apabila dah puas mencuci mata dan berjalan tanpa arah tujuan kami ambil keputusan untuk balik ke hotel. Sebelum tu kami ada buat foot massage tapi JM tak perlu cerita lah kat sini dan nak letak gambar agak kurang sesuai kerana agak seksi heee. Jom kita balik ke hotel.

View Shenzhen town at night
Selesai sudah perjalanan JM satu hari di Shenzhen, Ikuti kisah kami WOW dalam next entry okay....sambung lagikkkk

Selamat berpuasa :-)

26 comments:

  1. Wahhhh licin!!!!! Tapi menu tu sikit jer kan..kalau akak pun sama..tentu tak cukup sepinggan tu...hihihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. ye akak..mana cukup..2-3 kali ngap dah habis heeee

      Delete
  2. WErrrr itu aje ke?
    Itu aje????

    Haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alahh..cukup lah tuh..byk kang bosan nak baca..entah2..tak baca pun....ahahahaahh

      Delete
  3. Gi Shenzhen ni memang berbaloi. Barang2 murah, tiket subway pun murah. Beza betul dg Hong Kong walaupun berjiran...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yer..betul tu En Mie..subway fares tu mmg murah gile heeee..masuk HK...mahal berganda heeee

      Delete
  4. Makan ape tu JM? Sampai licin pinggan ye..hehe
    serious teringin sangat nak travel backpackers camni..ntah biler la dapat..

    ReplyDelete
    Replies
    1. dear, JM pun dah lupa nama menu ni..yg pasti sedap..mkn lak time tengah laor..waduh nikmatnya..

      Boleh je nak travel backpack ni..kalau ada duit dan sementara masih bujang..let me know..leh g travel sama2..heee

      Delete
  5. Berpinau tengok gambar.. bkn sbb sakit mata sbb rasa mcm nak masuk dlm gambar hehe.

    ala sikit benor isi dalam pinggan tu.. kalu saya kompim tak cukup :P

    ReplyDelete
    Replies
    1. ahahahaah...lawak lah dekdaa ni tauuu

      Ha'a..nasik tu cam segenggam je..dh la sedap pastu sikit...sib baik baca bismillah..tak lah ralat sangat heeee

      Delete
    2. Ehehe betulla.. sbb suka mkn nasik walau gi mana2 musti cari nasik.
      Berapa 1pinggan tu?

      Delete
    3. Emm..JM pun dah tak ingat berapa yuan..maybe sbb lapar sgt..kurang ambil port reganya heee

      Delete
  6. JM, gambar ketiga tu i likeeeeeeeeeee, so cute! :) :) :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ayyuuuuuuuuu...malu I tau heeeeeee...cute lah sgt...hik hik hik..dah kembang kempis dh idung nih

      Delete
    2. ha serius la, padan boots + jacket ;)
      kalau JM tak menulis pasal Shenzen + Guilin ni, mmg tak tau apa2 langsung la
      so good job, veryyyyyyyyyyyy useful information!

      Delete
    3. Dear, hhihihi...kat tempat org je bergaya sakan..balik msia simpan je boot tu heee

      Aha...ye ker..aha..kiranya motip JM tulis blog ni tercapai...hoyeeee..mmg nk kongsi ngan rakan2 yg suka travel sbg panduan kpd mereka :-)

      Delete
  7. pakai visa tak if kita dari HK ke shenzen? kalo pakai guana ye JM? saya bercadang mahu ke sini.. weeee~~

    ReplyDelete
    Replies
    1. yer Zette..nak masuk China perlu Visa kecuali ke HK dan Macau. Kiranya kalau nk ke HK dan Macau dari China tak perlu VISA.

      Boleh baca kat entry ni Permohonan VISA ke China :

      http://jarimanistravel.blogspot.com/2013/03/permohonan-visa-ke-china.html

      Delete
  8. Tak sabar tunggu next entry..Waah licin pinggan tu, tapi kenyang tak?? hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak sabar ye...tgguuu..tak lama lagi kluar entry baru :-)

      sbb tgh lapar...hihih..Alhamdulillah..

      Delete
  9. selain hotel hifu tu ada lagi tak budget hotel area2 dongmen pedestrian street tu dan dkt dgn metro?

    ReplyDelete
    Replies
    1. boleh refer kat link ni..pilih je hotel mana nak :

      http://www.agoda.com/hotels-near-dongmen-market/attractions/shenzhen-cn.html

      Delete
  10. Salam JM ..Kak Lya sggah sini..wow seronoknyer dpt jln2 kt tempat orang..pemandangan yg cantik an indah..

    ReplyDelete
  11. mmg sikitlah portion mknn tu ... haruslah licin kan .

    ReplyDelete

Komen apa2 je!!!
Kunjungan anda akan di BALAS

NUFFNANG