You can click on me :-)

Monday, 23 September 2013

Journey to Gold Coast, QLD : Wyndham Cruises Sightseeing

Assalamualaikum dan selamat sejahtera sahabat dan rakan pembaca semua,


Apa khabar semua kawan-kawan JM di luar sana, semoga sihat semua hendaknya yer..kalau tak sihat nanti dah ada mood nak baca celoteh JM kat blog ni heee....Sehingga hari ini baru JM tahu rupanya ramai betul silent reader blog ni..terima kasih kepada semua, JM amat hargai...dengan ini semakin bersemangat nak kongsi cerita dan pengalaman menjelajah negara orang. Maybe kekerapan nak update blog agak berkurang di samping tugas-tugas harian so sabar ye menunggu entry baru.

Sebelum JM meneruskan story hari ini, salah seorang rakan blogger (Zura Lee) minta iklan kan berkenaan voucher ticket ke Fraser's Hill 2D1N yang beliau beli melalui MyDeal.co.my tetapi tak dapat pergi kerana suami bekerja pada hujung minggu, so terpaksa korban kan voucher ni. Kepada sesiapa yang berhasrat untuk ke sana boleh dapatkan voucher ni daripada Zura, maybe dapat discout coz dari harga RM170.00 beliau bagi harga RM150.00. Jika berminat boleh berhubung melalui blog link kat atas tu. Kalau JM ada partner leh je rembat voucher ni.....tapi dek kerana sorang...so JM bagi peluang kepada kawan-kawan yang lain.

Fraser's Hill Voucher
Details :
- Harga RM150 (weekend rate)
- Puncak Inn Apartment (Studio Suite)
- Valid from Now until 30 November 2013 ( Not Valid for Public Holiday)
- Kepada yang berminat boleh berhubung dengan Zura dan bank-in ke Akaun Maybank : 166 010 243 560 ATAU CIMB : 144 200 739 23 526 (Zuraini binti Ghani)

*JM tolong war-warkan sahaja kepada sesiapa yang berminat boleh berhubung terus dengan Zura ye



Seperti biasa setiap agak panjang..kalau rasa bosan..tengok gambar je lah ye...

Meh sambung story percutian ke Gold Coast...masih pada hari ke dua. Siapa ingat lagi last entry adalah perjalanan JM ke Currumbin Wildlife Sanctuary sehingga jam 2.00 petang lebih kurang..pastu dari sana kami tak terus balik hotel kerana kami akan naik Cruise pada jam 3.00 petang. Okey..mesti semua orang tertanya-tanya kat mana tempat untuk naik Cruise tu..ahaaa..tak perlu risau kerana lokasi jeti adalah berdekatan Apple Park. Jalan sahaja menyusuri Apple Park akan jumpa Wyndham Cruise Jetty Point.

Seperti yang JM kaborkan sebelum ni..lokasi Islander resort amat strategik sekali berdekatan Surfers Paradise, bas stop, gift shop, Hard Rock Cafe, Woolworth supermarket dan juga kaunter tiket untuk naik Cruise tu.

Lokasi Wyndham Cruises Ticket Counter :
1. Kalau dari Islander Resort Hotel - jalan ke main road terletak bertentangan dengan bus stop untuk ke Currumbin Wildlife Santuary tu...mudah bukan
2. Oleh kerana kami turun di hadapan Apple Park, just jalan terus sahaja ke hadapan arah balik ke hotel akan jumpa kaunter tiket di tepi jalan dan entrance seperti gambar dibawah.

Sightseeing Cruise Ticket Counter
Camna kami boleh gambar berdua ni..aha kalau nak tahu org Australia ni baik-baik..siap offer diri utk ambik gambar kitaorang
Kalau nak naik Superduck Adventure boleh beli tiket di kaunter bersebelahan
Untuk pengetahuan rakan pembaca semua, JM telah beli tiket untuk naik cruise ni secara pakej bersama tiket masuk ke Currumbin Wildlife Sanctuary tu..kiranya harga tiket untuk 2 tempat ni AUD49.95. Kalau beli secara berasingan entrance fee untuk Currumbin AUD49 dan Cruise ticket AUD35 total AUD84..rugi kan..bagaimana nak beli secara pakej tu boleh rujuk kat  SINI.

Tiket yang telah di beli secara online boleh di sahkan di kaunter tiket dan di beri Boarding Pass sebagai pengesahan sebelum naik Cruise tu.

Cruise Ticket Counter
Cruise Ticket Price - ada pelbagai type..boleh pilih
Wyndham Cruises Boarding Pass
Mesti timbul pertanyaan di kotak fikiran kan...wahh ayat...heee..perlu ke naik Cruise tu..seronok ke..berbaloi ker....pada pendapat JM adalah berbaloi kalau beli tiket secara pakej tetapi kalau beli tiket semata-mata nak naik cruise dengan harga AUD35 tu tak perlu la kot. Sightseeing tu merangkumi Surfers Paradise Skyline, Home of the rich and famous, Marina Mirage, Palazzo Versace & Sea World. Kami telah memilih untuk naik Afternoon Cruise Savoury depart from Surfers Paradise jam 3.00pm dan return jam 4.30pm dan di dalam Cruise nanti akan di sediakan minum petang air coffee or nescafe, biskut dan buah anggur.

Sementara menunggu jam 3.00 petang, haruslah bergambar dahulu di sekitar tu sebelum naik Cruise. Jom layan scenary kawasan sekitar.

View sekitar Wyndham Point
Aha..kawan-kawan dah ready ke nak tour dengan cruise bersama JM ni..let's go...

View dalam Cruise - ada deck atas untuk lihat view dari luar
View pertama yang kami nampak adalah perumahan orang-orang kaya di CG....kalau kita kat Malaysia..nampak orang parking kereta BMW ke..Mercedes ker..boleh di kategori kan sebagai orang kaya lah kan..kiranya jutawan lah..TAPI di sini...mereka parking boat berharga jutaan ringgit..korang mampu heeee.... moh tengok...

Parking boat bersepah kat depan rumah
Bila dah bayak duit..petang-petang boleh santai-santai atas bot macam ni...korang mampu heeee
Kemudian kami menikmati keindahan kawasan sekeliling dengan udara yang nyaman, langit yang membiru....argghhh..syurga dunia..pastu feeling-feeling seperti naik Titanic....ahahahah.....berangan...tak percaya....cer tengok gambar nih

Merenung jauh sambil mensyukuri nikmat ciptaan Allah
View Surfers Paradise dari kejauhan - kalau waktu malam view lagi cantik
Surfers Paradise
View sekitar Marina Mirage
Cruise ini juga akan melalui taman tema Sea World
Seperti yang JM maklumkan sebelum ini minum petang juga disediakan

Minum petang - JM cuma makan biskut dan buah anggur
Yeayyy...we are here
Selama 1 jam 30 min berada di atas Cruise tu..setelah puas menikmati keindahan ciptaan Allah dan puas bergambar dalam pelbagai posisi, tiba lah masa nya untuk pulang ke daratan. 

View sekitar jam 4.30 petang
Nampak tak..korang jalan terus sahaja je hadapan cross main road akan jumpa Islander Resort Hotel
Dari sini kami singgah dulu pasaraya Woolworths untuk beli barang-barang dapur untuk masak malam ni dan singgah sebentar di Hard Rock Cafe Surfers Paradise. Lokasi pasaraya ni dalam beberapa meter je dari hotel..kiranya keluar dari entrance tu akan nampak pasaraya ni...

Pasaraya Woolworths
Korang nampak tak iklan This week's Specials tu...di kawasan sekitar paradise banyak papan iklan seperti ini 2 Adults AUD20..so kami curious jugak..pesal murah sangat tiket masuk ke taman tema ni kan..so kami pun tanya lah..rupanya harga ni di tawarkan kepada residense from New Zealand dan Australia sahaja..untunglah dorang kan.

Jom tengok apa yang kami beli kat sini, beli sayur, seafood, telur, air mineral, strawberry, beras dan roti. Puas JM makan strawberry kat sini 3 peket...bekas plastik warna putih tu yang biasa kita beli RM7.00++ (sepeket) kan tapi kat sini AUD3.99 je..memang puas lah makan.

Bershopping barang makan di obersea
Hasilnya...taraaaaaaaaaaaa

Penuh troli you oulsssss
Dah habis shopping, keluar dari Woolworths tu singgah sebentar di Hard Rock Cafe, kawan JM masuk usah-usah tapi tak ada yang berkenan di hati, bergambar sekejap buat kenangan terus balik hotel.

Tak beli T-Shirt dapat bergambar depan Hard Rock Cafe pun jadi lah heee
Ini adalah menu kami pada malam tu....beras Australia ni seperti beras Korea..siapa pernah makan boleh bayangkan rasanya
Total cost this evening beli barang dapur :  AUD13.63

Selesai sudah misi hari ke dua di Gold Coast. Nak tahu ke mana kami pada hari ke tiga..tunggu entry seterusnya..

Enjoy reading yer....byeeeeeeeeeee!!!!

64 comments:

  1. rajinnyaaa JM masak...hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Heeee laparnya pasal terpaksa lah rajin masak campak2 je :-)

      Delete
  2. Oooo hotel yg JM sewa tu boleh masak la ye.... senang sikit nak makan... kalau boleh masak sendiri, tak yah nak fikir2 halal ke tak ke

    ReplyDelete
    Replies
    1. SR, kami bawak small rice cooker..belasah je semua dlm tu...nak save budget katannya :-)

      Delete
  3. byk brg dpor yg JM beli yer.. mcm xnak blik malaysia ja kan... puas lah dpat makan stoberi byk2 kan... gmbr yg atas cruise tu cntik sesangat ^_6

    ReplyDelete
    Replies
    1. Liya..eheh..waktu memborong tu tak sedar beli kat obersea..ye lah..bila tgk harga serendah AUD1...rasa murah..sekali bila convert RM..pitam heeee..dh puas mkn strawberi tu blk msia..tak layan lah kejap ..gitewww

      View sekitar mmg cantik..kira puas hati lah

      Delete
  4. Replies
    1. Gambar mana?..eheeh..cantik kan view kt GC..JM paling suka warna langit yang biru tak berawan tu :-)

      Delete
  5. tima kasey JM sbb iklankan voucher zura tuh.. muahhh muahhh !!

    time2 darurat cm tu sardin pun rasa cam ciken cop kan.. hahahaahah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sama2..tolong menolong amalan mulia heee

      Eheehh..tempat2 susah nk cari mknan HALAL...makanan yg tak layan kat msia semua sedap heee

      Delete
    2. JM berdua je ke yg naik cruise tu..cm tkde org lain pun...

      Delete
    3. Ehehe..kalau tgk pic tu cam kami sewa khas boat tu kan...tak lah..ramai sebenarnya..TAPI malas nk upload gambar dorang kat dalam blog ni heee

      Delete
  6. Ade k patut tgk last pic time2 ni trs lapar jgak..rindu nk mkn sardin hikhik

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ahhahaah...sardin tu jugak yg dia terliur...lawak lah

      Delete
    2. Kurangkan makan sardine, sebab boleh mereputkan tulang.... hehe

      Delete
    3. ahaahahah...lawak lah PLM ni..JM pernah dengar dari pakar pemakanan, dia cakap sardin ada Vitamin D..baik utk kesihatan hikss

      Delete
  7. Wah dah ada ruang iklan ye...

    Kat cruise tu macam JM dua orang je yang naik...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ha'a lah...baru JM perasan heee...pandai PLM...cam sewa khas pulak kan..saja tk nk masukkan gambar mat saleh dlm pic ni..lagi pun tak ramai atas Cruise tu dlm 10 org..

      Delete
  8. Tak buleh bayang sbb tak penah makan beras korea heheh :P

    Banyak gilers shopping!
    Bila gi tempat orang, rasa mcm comel2 je semua barang dorang :P
    Untung le buleh snap gambar dlm mall.. saya masuk kafor dalam dubai aritu kena sound tak buleh amik gambar.. buweeekkkkk, rasa mcm nak sekeh je :P

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ehehe...Dekda..berasnya besor2 dan melekit sikit..cepat kenyang

      Itulah..time shoppng tek hengat..time nk bayo terketar2 heee
      Oh ye..strict betul..wahh..Dekdaa lagi hebat leh sampai negara yg lagi mahal kadar matawang nyer...teringin gak nk ke sana..ehehe..JM ni semua tempat dia nk pegi kan :-)

      Delete
  9. nape gambar building yg JM snap tu mcm rupa pamphlet org nk jual apartment..kondo?? hahaha..cantik tul view.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tajam betul matanya..JM pun tak perasan heeee

      Bila nak ke GC pulak?

      Delete
    2. betul JM..mcm pakar graphic pulak,..hahaha..

      Insyaallah bebila masapun akan berlaku..hahaha..sy ni tingin nk main snow..dok tunggu mana2 tmpt yg murah utk diterjah. yg pastinya ada tmpt baru nk explore awal bln 12 ni..hahahha

      Delete
    3. Best kan kalau dpt main snow di Korea..arrgghh..terigin nk repeat Korea on Winter :-)

      Tempat baru?..awal Dis?..wah..ingatkan KK last trip thn ni..ada lagi eh..mana tu..tak sabo nk tahu nih heee

      Delete
  10. Uishh voucher tu macam best.. tapi member tak ada pulak hahaa..( bini lagi la tak ada..) :p

    Masa atas cruise tu tak buat gaya terbang ala2 titanic ker.. :D hahahaa...
    Kak JM pandai amik gambar la.. boleh la jadi photographer pulak lepas ni :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alahh..rugi aa..cecepat cari bini..bini?..ehhh Isteri...baru sedap d dgr heee

      Kalau nk buat gaya Titanic baru best kalau bersama pasangan..baru romantic..
      Pandai ambik gambo..ehehe..PITAM..ni festime dgr org ckp camtu..ahkak ni belum boleh chalenge John dan Kak Anash tu..

      Delete
    2. Isteri??? insyallah :D coming soon kot hahahaa.. tengah cari mata biru kahakahakahhh :P
      Ala gaya titanic buat free style je lah.. layan serong2 hahaha..
      John dgn kak Anash tu dah Master tahap gaban.. mmg la cantik.. orang lama lah kata kan..

      Delete
    3. Mata biru?...tak kisah le mata biru ke coklat ker, janji jgn mata warna merah..itu dh kira sakit mata....pastu paling penting carik yang SOLEHAH (bukan yg mcm akak leeww)....ingat pesan AHKAK ni hahahaha

      Delete
    4. Susah nak cari yg nama " solehah " nie hahahaha.. :P

      Delete
  11. wah JM, macam memasak dirumah kekdahnya. hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. EHehe..PM..kalau ada rempah ratus...bawang2..mahu buat kari sardin..tapi dek kerana tak cukup ramuan..main campak2 je..siap beli garam dan planta kt Woolworths tu :-)

      Delete
  12. seronok bila travel2 cmni still boleh masak jugak kan..dpt jimat banyak..
    kt WA aritu pun ada nmpk bot2 mewah parking kt luar rumah cam parking kete kekdahnya..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yaya,

      Ha'a..pastu pulak nasib baik perut tu tak meragam mintak yg bukan2...baik je dia hee
      Aha..kat sana pun ada eh..kiranya ramai org Australia ni Jutawan kan..bila nk sambung citer Aussie tu..dah puas tgk gambo munger2 tu hiksss

      Delete
  13. macam ni baru seronok, lepas penat jalan-jalan, balik pergi market pastu masak. terbaik la jm :) memang kaya betul orang-orang dekat sini, nampak macam setiap rumah ada private bot jer, view pun cantik-cantik...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Heheeh...dah mcm jalan2 kat Msia kan..penat jln balik masak..dah mcm kat umah sendiri eheheh
      Ha'a..setiap umah tu ada private boat..kita mereka nin jutawan...bukan kecik boat nya..besar2....

      Ehh..mana entry baru...JM tertunggu2 je nk baca tau :-)

      Delete
  14. Salam perkenalan,

    Syukur nyer jumpa blog nih.. memang ada hasrat nak g sana.. boleh le jadi panduan hehehe Terus follow blog nih sbb info yang besh..

    p/s: cantek boot JM hehehe pinjam leh?eekekeke

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Kenal Sya,

      Bersyukur katanya heee..ye..ye..follow je..FREE hee..ha'a..JM mmg suka kongsi info kepada reader yg suka travel..nanti senang dorang nk refer..

      boot tu?..ehehe...murah je beli kat guangzhou..kalau sama size..boleh je nk pinjam hikss

      Delete
  15. Bestnya lahai hidup petang2 bersantai atas bot, milik sendiri plak tu kan. Kalau JM dapat berkenal2 ngan diorang kan best, boleh join bersantai sekali.

    View kat sana lawa2. Macam xpuas je baca entry JM ni...update lagi please. Teruja tau even mampu baca entry je.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ha'a..org kaya je mampu..mcm JM ni mampu beli kereta local je heee...Hahhaha...perlu mingrate ke sana dulu :-)

      View kat sana mmg tak di nafikan mmg cantik..kalau ada peluang nanti..pegi tau :-)

      Delete
  16. Replies
    1. Heeee..cam tahu2 je eh..feel nyer lain dari naik ferry :-)

      Delete
  17. rajinnyer JM info yang padat... kalau ada kawan2 nak ke sana lehler akak suruh referjer blog JM...
    syioknyer kan tengok diaorang santai atas bottu... awek keliling pinggangler yerk ...
    gambar2 cantik belaka.. kamera gedabakker???

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh akak..cakap je kat dorang refer je kat sini FREE heeeee..mmg JM tulis sbg panduan pembaca di luar sana...

      Itu lah akak..org kaya kan..ada duit semua boleh..heeee..cantik ke gambarnya..rasa cam ada kurang lagi..kamera LUMIX je..tak pandai nak gua DSLR dan tak mampu nk beli sebenornya heee

      Delete
  18. Wahhh bestnya kalau dapat bersantai atas bot macam tu....tapi akak tak mampu...huhuhu...
    Jm, Thnks dear atas kiriman hadiah tu...comel sangat...akak suka...lain kali nak lagi, boleh tak??? Heheh..sayang Jm ketat2.,,muaahhhhh ...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alahh....akak...murah jer..boleh..tapi kalau bersama family perlu fikir byk kali heee

      Akak dah terima eh..sama-sama kasih heee..In Sha Allah..kalau ada rezeki lebih..JM dpt jenjalan lagi..ada lah ole2 tuk akak tu...eheehhe..patutlah rasa basah pipi JM ni heeee

      Delete
  19. Wah...bukan main cantik boot yang JM pakai. Tak lemas ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak lemas coz tak masuk dalam air heeee...pakai boot kat tempat sejuk mmg selesa..TAPI kalau di pakai kat Msia...berpeluh kaki tu hiks

      Delete
  20. Best nya Jm jejalan....meruntun-runtun hati akak ni nak melancong ke sana...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hye akak si matatajam hee..lama tak dengar komen dari akak...meruntun2 katanya..hiks..boleh aja..simpan duit dulu..pastu ada tiket murah terus beli..bagi JM kalau ada duit semua boleh..ye dok :-)

      Delete
  21. Kaya betul..parking bot depan umah je dorang ni...
    baca entry JM ni macam senang je nak jalan2 kat sana..hope one day i'll be there..aminn

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ha'a..JM pun terpegun nengok nyer..

      Yer..senang je,,tak perlu riasau..kalau ke sana..refer je blog JM ni eh...

      Delete
  22. kalau aku kaya...kalau aku kaya.........nak beli gak rumah camtu siap leh parking boat kan! waaaah berangan tak hengat :P
    lepas penat bejalan, mandi pastu dapat makan camtu wah terasa sangat nikmat pastu pulak terus zzzzzzzzzz memang tak ingat apa dah kan!

    ReplyDelete
    Replies
    1. ye..ye..MS sudah kembali...itulah kalau kita kaya kan....hai2 mcm2 nak buat tau...kalau byk duit..nak travel satu dunia..tak kerja heee

      Ha'a betul tu..bila badan penat..tdo nyenyak..tak sempat nak mimpi dah siang...

      Delete
  23. Seronoknya sightseeing naik cruise... :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. ye Farrah..pengalaman yg begitu berharga..

      Delete
    2. Petang Jumaat gi GC dgn Sis JM. Tengah boring tunggu waktu kelas ni ;)

      Delete
    3. ahakssss..pastu pergi ke Lombok plak heee...lawak lah dak Farrah ni

      Delete
  24. jeles je JM blh melantak berpaket2 strawberi . kat sini mmg mahal . beli kat cameron pun mahal . masam lak tu ... huhuhuuu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Qaseh Vee : jika ke sana haruslah makan sepuas-puasnya...murah dan manis!!!

      Delete
    2. Berbaloi tak klu shopping strawberry banyak2 bawak balik sini hihihihi

      Delete
    3. sis JM risau..sampai msia je dh masam cikgu Ceketed...faktor cuaca

      Delete
  25. cantik sangat ... teringin sangat2 ni nak pergi, tapi fulus yg ado :p

    ReplyDelete
    Replies
    1. Zie Has..kalau dh ada niat..cepat kumpul dari skrg...GC tu best sbb langit BIRU sgt..kat msia x dapat langit biru seperti di Aussie ni

      Delete

Komen apa2 je!!!
Kunjungan anda akan di BALAS

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Advertise Nuffnang

2348 2349 2352