Tuesday 29 January 2013

Budget trip by train

Asalamualaikum dan selamat sejahtera to all my readers dan juga kepada semua follower blog aku ni..

Pertama sekali aku ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua pembaca dan juga kepada yang sudi menjadi follower blog aku yang baru nak berjinak-jinak menulis ni..bak kata orang jgn lihat pada luaran tapi lihat isinya..keh..keh..keh..promote lah pulak yer...

KTM
Holla...apa khabar semua pembaca hopefully you all sihat hendaknya yer..yer lah harga paling berharga adalah kesihatan, jika badan sihat, emosi jugak sihat baru hidup bermakna kan..

Kenapa aku tetiba terpanggil nak keluarkan entry 'Budget trip by train' ni..aha..ini kerana aku ingin berkongsi sedikit info bersama rakan pembaca yang tidak tahu sebenarnya terdapat perkhidmatan keretapi tanah melayu yang menghubungkan destinasi dari Malaysia ke Bangkok, Hat Yai, Thailand dan Singapore....Kepada yang sudah biasa naik keretapi ke sana sila abaikan entri ni yer..hihihih

Jadi kepada yang berhasrat untuk melancong ke Bangkok, Hat Yai dan Singapore boleh menggunakan perkhidmatan keretapi.

Bila sebut jer nak pergi melancong atau trip ke mana-mana kebanyakan lebih selesa naik flight, bas atau kenderaan sendiri berbanding menggunakan pekhidmatan keretapi ni. Biasalah kalau naik keretapi, jangka masa perjalanan ke sesuatu destinasi kekadang dua tiga kali ganda masa yang sepatutnya naik kenderaan lain kan. Sebagai contoh katakan dari KL - Johor Bahru, kalau drive sendiri agak-agak berapa jam leh sampai..kalau nak keretapi...ehehehe..mahu kematu bontot je dok....Kepada sesiapa yang ingin merasai pengalaman naik keretapi sekali dalam seumur hidup boleh lah mencuba nya.

Oleh kerana kelajuan keretapi ni agak 'slow' berbanding kenderaan lain, maka ia tergolong dalam kategori budget murah atau tambang murah. Kalau ada yang nak travel tetapi budget 'ciput' boleh menggunakan perkhidmatan ini.

Aku tak mau citer panjang meh aku review sikit berkenaan KTM ni..

Keretapi Tanah Melayu merupakan pengendali keretapi utama di Semenanjung Malaysia. Dahulunya ia dikenali sebagai sebuah agensi di bawah Pentadbiran Keretapi Tanah Melayu, ia kini dikenali sebagai KTMB berikutan kesan kempen pengkorporatan yang diterajui kerajaan pada tahun 1992. Namun, KTM masih dimiliki sepenuhnya oleh kerajaan persekutuan. Sejarah sistem gerabaknya bermula sewaktu zaman penjajah British, apabila laluan keretapi asalnya dibina untuk mengangkut timah. Tambang keretapi agak munasabah, namun kelajuan keretapi antara bandar (intercity) yang rendah di laluan sempit sering menyebabkan pengangkutan KTM kurang berdaya saing berbanding jenis pengangkutan yang lain.
Sumber : KTM

Terdapat banyak laluan KTM ni dan terbahagi kepada beberapa section :

Sumber : KTM Intercity Route
 Sektor Selatan melibatkan laluan dari KL Sentral ke Seremban - Gemas - Segamat, Kluang - JB Central - Woodlands

Sektor Timur dari KL Sentral ke Seremban - Gemas - Jerantut - Kuala Lipis - Gua Musang - Dabong - Krai - Tanah Merah - Pasir Mas - Wakaf Bharu - Tumpat

Sektor Utara dari KL Sentral ke Rawang - Tanjung Malim - Tapah Road - Kampar - Batu Gajah - Ipoh - Kuala Kangsar - Taiping - Parit Buntar - Bukit Mertajam - Butterworth - Sungai Petani - Gurun - Alor Setar - Arau - Padang Besar
Untuk maklumat laluan dan masa perjalanan dengan lebih terperinci boleh rujuk timetable di bawah.

Sumber : KTM - Route Timetable
Tapi apa yang ingin aku kongsi disini adalah jadual perjalanan bagi sesiapa yang ingin ke Woodlands, Padang Besar, Hat Yai dan Bangkok. Lain-lain destinasi korang boleh refer dalam website KTM jangan malas-malas eh..

Destinasi yang menjadi pilihan kaki travel macam aku mestilah trip ke :
1. Kl Sentral - Padang Besar - Hat Yai
Tren No 20 - Senandung Langkawi
Masa bertolak 09.20 mlm dan di jangka tiba di Padang Besar jam 08.35 pagi dan 9.27 pagi di Hat Yai
Tambang : Seaters RM34.00 , Sleeper Coach Low Deck RM60.00 dan uppfer Deck RM54.00

2. KL Sentral - Woodlands Singapore
Tren No 2 - Ekspres Rakyat
Masa bertolak : 02.56 petang dan dijangka tiba pada jam 0.45 pagi

3. Butterworth - Bangkok
Tren No 35 & 36 - Ekspres Antarabangsa
Masa bertolak : 01.51 tengahari dan 02.20 petang

Kaedah pembelian tiket :

1. Online Transaction (E-Ticket)

Tempahan boleh dibuat dalam tempoh seawal 60 hari sebelum tarikh perjalanan. Tiket tidak boleh dibeli secara dalam talian bagi perjalanan kurang daripada tempoh 48 jam dari tarikh perjalanan. Tiket konsesi tidak boleh dibeli secara online. Pelanggan boleh mencetak tiket dari pencetak PC mereka untuk digunakan sebagai tiket perjalanan yang sah. Buy your ticket online HERE


2. Tempahan melalui Email

Tempahan tiket melalui e-mel boleh dihantar seawal 60 hari atau selewat-lewatnya 4 hari sebelum tarikh perjalanan. Permintaan untuk tempahan hendaklah dihantar ke alamat e-mel callcenter@ktmb.com.my This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. dan e-mel anda akan dibalas dalam tempoh 3 hari bekerja. Nombor rujukan tempahan (ID) akan dimaklumkan melalui e-mel selepas tempahan dibuat. Tiket mesti diambil di kaunter tiket KTMB berdasarkan tarikh dan masa yang diberikan.



3. Pembelian di Kaunter Tiket

Pembelian tiket di kaunter boleh dilakukan pada bila-bila masa di dalam tempoh seawal 60 hari sebelum tarikh perjalanan. tiket boleh dibeli di semua kaunter tiket intercity serta di stesen komuter terpilih.






4. Tempah tiket melalui telefon

Tempahan tiket melalui telefon boleh dibuat seawal 60 hari atau selewat-lewatnya 3 hari sebelum tarikh perjalanan. Nombor rujukan tempahan (ID) akan diberikan semasa tempahan dibuat dan tiket mesti diambil di kaunter berdasarkan tarikh dan masa yang diberikan. Tempahan telefon dibuat melalui Pusat Panggilan KTMB di talian bebas tol 1-300-88-KTMB (5862) bagi panggilan tempatan atau di talian 603-22671200 bagi panggilan antarabangsa.

Kadar TAMBANG /HARGA tiket bagi setiap destinasi boleh rujuk di SINI

**Semua maklumat yang di paparkan boleh diperolehi melalui laman web KTMB, entri ini hanya sebagai alternatif rujukan sekiranya MALAS untuk merujuk kepada website tersebut. Kiranya aku ni seorang yang rajin berkongsi info dengan pembaca semua...ahahah..perasan..sebenarnya ia sebagai rujukan aku jugak...*

Friday 25 January 2013

Panduan ke USS Singapore

Assalamualaikum dan selamat sejahtera to all my reader & friends,

Welcome to Universal Studio Singapore (USS)

Image from google
Sebenarnya JM nak berkongsi pengalaman pertama ke Singapore pada 27/05/2010 - 28/05/2010.. bila cari semua gambar sepanjang percutian di sana hilang or maybe misplace..cari punya cari tak jumpa. so tak de entri trip ke sana buat masa ni.

Jadi sebagai rujukan untuk diri sendiri dan akan datang lagi bersama 2 adik lelaki kembar pada April nanti In Shaa Allah dan juga sebagai rujukan rakan travel yang lain yang belum pernah ke sana.

Wednesday 23 January 2013

Info trip to Hat Yai by TRAIN

Assalamualaikum dan selamat sejahtera,

Thailand Map
Apa khabar rakan-rakan blogger dan pembaca semua..wah..pantas betul masa berlalu dan sekarang kita berada dalam minggu ke-4 bulan januari 2013. Macam mana ngan azam korang tahun ni....

Aha..bercerita berkenaan bercuti ke HAT YAI..aku rasa semua rakan blogger dan pembaca semua dah pernah ke sana kan..Aku?..belum lagi..

Semalam kawan aku menyuarakan hasrat untuk ke sana....nak pergi Hat Yai tak?..aku berfikir sejenak..nak pergi dengan aper..train katanya...aku pun belum pernah naik train bagi perjalanan yang jauh ni..nk juga merasai pengalaman tu kan..so aku pun setuju...

Seperti biasa..sebelum melancong ke satu-satu destinasi aku akan mengenalpasti dulu perkara-perkara berikut :

How to get there :
1. Naik train di KL Central,
2. Tiket train coach berkatil - sleepers (RM60 katil bawah/person) dan (RM54 katil atas/person) ,  Jika tiket train coach seater (RM34.00/person)
3. Train KL - Hatyai jam 9.20 malam sahaja
4. Tempoh masa perjalanan 13-14 jam

Tempat menjadi tumpuan :
1. Yong Dee Market  & Santisuk Market
2. Kimyong Market
3. Cable Car Hat Yai City
4. Klong Hae Floating Market (open 2pm - 10pm from Friday to Sunday)
5. Hatyai Ice Dome - Entrance fee 300 bhat (RM30.00)
6. Songkla Aquarium - Entrance fee RM20 (200 bhat) Adult/ RM15 (150 bhat) Children
7. Tangkuan Hill -Entrance fee RM3 (30 bhat) Adult/ RM2 (20 bhat) Children
8. Big C
9. Tesco Lotus
10. Nora Plaza
11. Hatyai Plaza
12. Samila Beach

Hotel :
1. Lee Gardens - Highly recommend (~RM113 per night)
2. Grand Plaza - Highly recommend  (~RM100.00 per night)
3. Hatyai Central Hotel ~ RM110.00 per night
4. Cholatarn Hotel ~ RM55.00 per night
5. Golden Crown
6. Sakura
7. May Flower Hotel
8. Novotel
9. Pink Lady
Yang lain-lain tu korang cari sendri lah yer ratenyer...ahahaha...jahat tak?

Pengangkutan Awam :
1. Teksi
2. Tuk-tuk

Makanan HALAL tidak perlu risau kerana terdapat banyak kedai dan gerai yang menjual juadah untuk 'MUSLIM' travel.

Korang rasa keadaan di Hat Yai selamat tak sekarang susulan daripada kejadian pengeboman yang berlaku sebelum ini...

Detail entry selepas aku balik bercuti dari sana yer...
Untill then....c uollss on  next entry.. :-)

My Travel IDOL

Assalamualaikum kawan-kawan kesayangan..

Hooyeeeeeeeee...hari ini aku gembira sekali kerana My Travel IDOL menjadi blog FOLLOWER blog aku....ehehe...siapakah dia...siapa yang tidak kenal dengan blogger 'FATT'...solo traveller yang aku kagumi dan aku tak pernah 'miss' untuk membaca setiap entry yang di update.

Keberanian dan kehebatan beliau travel secara solo telah menyuntik semangat untuk aku travel secara backpacker tetapi belum sampai ke peringkat travel secara solo.

kepada FATT ...sekiranya baca entry ini...aku sangat terharu kerana sudi menjadi follower dalam blog aku yang serba kekurangan dari segi penulisan dan pengalaman melancong secara backpacker...aku baru nak belajar menulis. Rasa kecik je nih..ahahaah..nko jangan terkejut plak bila baca entri ni.

Kepada pembaca di luar sana yang ingin travel tetapi kurang ilmu berkenaan travel sila lah ambil peluang untuk ke blog http://backpackerbusuk.blogspot.com, cuba baca setiap entry yang di masukkan kerana banyak info yang boleh diperolehi dari sana...mcm promote lah pulak...eheheeh.

Tidak lupa juga..korang boleh juga baca bloglist yang aku senaraikan di panel sebelah kanan kerana semuanya adalah blog yang menarik untuk di baca.

Untuk pengatahuan semua, aku membaca semua blog yang menjadi follower aku setiap kali ada masa lapang dan juga entry baru..Jangan pulak korang kecik hati ngan aku sebab tidak mention nama korang kat sini..ahahah..yang pasti I Love U allssss yang menjadi follower, silent reader dan pengkomen semua.

Hoyee..hoyee...sekian...ehehehe terlebih sudah..LARRIkkkkkkkkkkkkk...

Friday 18 January 2013

Kenali Guangzhou, China

Assalamualaikum  dan salam sejahtera  to all follower & silent readers,


Hari ini aku nak kongsi sedikit info berkenaan GUANGZHOU, China. Kenapa aku pilih Guangzhou sebagai salah satu tempat impian aku???

Guangzhou Map
Selain Beijing, Guangzhou juga merupakan salah satu tempat menarik untuk di kunjungi kerana ia merupakan sebuat tempat 'syurga membeli belah'. Memang popular di kalangan Rakyat Malaysia yang suka atau gemar shopping dan juga punca utama pemborong unntuk mendapatkan baran secara borong dengan kadar harga yang murah untuk di jual di Malaysia. Jadi Guangzhou lebih kepada tempat untuk 'melabur' duit.

Wednesday 16 January 2013

Dapat x tiket MURAH?

Assamualaikum kawang-kawang dan selamat sejahtera semua,

Ehehehe...tetiba je mood hepy kan...
Apa-apa pun..

"WAITING ROOM"
Korang dapat situasi macam ni...tension wooo...tiket murah katakan..mesti ramai tengah 'HUNTING' kan..tungu punya tunggu..pada tarikh yang di pilih..tiket murah dah abis..huhhu..melopong jer..

Hari ini aku dapat 'HUNTIG' tiket MURAH..murah ker?..tapi bagi agak murah ler..maybe kawan-kawan yang lain boleh dapat harga lagi murah kan...mesti korang kata..hak eleh..itu pun nak heboh satu donia..ahaha..yo lah..berita gumbira kan....Mana destinasi yang aku dapat hari ini..yuhuuuuuuuu..TAPI perlu sabar menunggu..travelnya lebih kurang 9 - 1 tahun akan datang..biasalah tu kan..kalau dah tiket murah..ginilah gaya nyer..

1. Cambodia (Siem Reap dan Phnom Penh) - RM225 return per pax
2. Johor Bahru  - RM55 return per pax
3. Ho Chi Minh Vietnam - RM173 per pax

Kiranya jadual holiday aku tahu ni dah penuh yer....buat masa ni yang dh confirm untuk tahun 2013

1.  USS Singapore on April
2.  Gold Coast on August
3.  Sydney on September
4.  Ho Chi Minh Vietnam utk kali ke 3 on Oktober
5.  Johor Bahru - tujuan ke USS utk kali ke 3 on November

Holla...gilosss tak..time nak booking tiket tu..tak ingat mana nak dapat budget untuk pergi semua tempat tu..yang penting beli dulu tiket yang di offer...yang lain-lain kemudian pikir...jangan ikut cara aku tau..ehehe

Kepada pembaca semua..korang jangan ingat aku nak menunjuk-nunjuk atau show off yer...huhuh...sekadar nak berkongsi kegambiraan selepas aku frust impian aku nak mengerjakan UMRAH terkubur.

Aku rasa rakan-rakan travel dan blogger-blogger lain..dah sampai ke semua destinasi yang aku nyatakan tu kan..masing-masing ada cerita dan pengalaman yang berlainan....so boleh ler nanti kita berkongsi bersama yer...

End for today.....babaiiiiiiiiiiii... :-)

Monday 14 January 2013

Hanya tinggal Kenangan

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera kawan-kawan...

Apa perancangan korang hari ini atau tiada perancangan..lalui sahaja hari-hari mendatang dengan rutin harian...Jangan macam itueww..setiap hari kita kena ada jadual hidup supaya hidup kita ni tidak sia-sia..setiap hari di penuhi dengan perkara yang berfaedah...bak kata pepatah yang selalu kita dengar hari ini mesti lebih baik dari semalam..kalau boleh tak nak hari ini sama seperti semalam atau hari ni lebih teruk dari semalam..moh kita pertingkatkan motivasi diri....cheee wahh..bercakap macam pakar jer kan..menyampah orang dengar...ahahaha...yo lah kawe sekadar berkongsi pendapat..apa yang baik boleh jadikan panduan dan ikutan..apa yang buruk buang ke tepi...jangan simpan dalam hati...ehehe

Itu baru muqodimah..belum masuk ke topik sebonar lagi ni haaa....

Hoyeeee....kenapa tiba-tiba kuar statement IMPIAN TERCAPAI ni..apa impian aku sebenar nya..nak kahwin kah..nak melancong lagi kah...atau tunggu kenaikan pangkat selepas beberapa tahun menamatkan pengajian Degree di UKM...siapa boleh guest...eheheh...hamboi main teka teki plak yer...

Aku pasti setiap orang dalam dunia ni mempunyai impian dan angan-angan  atau aim masing-masing seperti kepada yang baru tamat pengajian sudah tentu nak dapatkan kerja yang bersesuaian, dah ada kerja mesti nak beli kereta ker..rumah ker...bila dah stabil sikit mula lah nak cari pasangan hidup kan?...dah ada pasangan nak dapat anak pulak..bila dah ada anak nak tambah anak la lagi...Ada tak sesiapa yang berangan nak kahwin lagi...eheheh..jangan macam itue yer...berangan lah untuk menambah kemesraan dalam rumahtangga, meujudkan kegembiraan dan kejujuran dalam perkahwinan kerna dalam kehidupan rumahtangga ini banyak dugaan dan cabaran...che wahh cakap macam orang berpengalaman kan..yo lah kalau tak lalui sendiri mana tahu kan...cakap boleh la...full stop :-)

Holla..bebalik kepada topik sebenar..siapa boleh guest apa impian aku sebenarnya...anyone..anyone..ehehe. In Shaa Allah..aku akan menunaikan UMRAH pada 15/02/2013 - 01/03/2013 nanti. Mesti akan ada orang cakap...alahhh..ingatkan apa tadi..eeheh..yo lah..bukan semua orang boleh pergi kerana ada yang berduit..kiranya duit bukan penghalang tetapi still belum terpanggil untuk ke sana kan..

Aku tahu sudah ramai rakan bloggers yang telah sampai ke sana ..Syukran ..Alhamdulillah..dan sekarang turn aku pulak...tidak sabar rasanya...eheheh

Setiap kali aku melancong ke obersea..rakan-rakan rapat asyik bertanya.."nko ni asyik melancong jer..bila nak pergi Umrah pulak"..aku senyum jer...In Syaa Allah....kalau aku nak pergi..aku nak bawak ibuku bersama..bila dah berdua kos nya tinggi..kalau aku nak pergi sorang..dah lama aku sampai kan..

Bukan niat nak riak ker haper..sekadar ingin berkongsi kegembiraan sahaja dan sedikt info berkaitan Travel Agent yang berkaitan.

Niat untuk ke sana sudah lama..dengan izin Allah kawan aku mesyuarakan hasrat beliau untuk ke sana..bagai pucuk di cita ulam mendatang...bila di kumpul-kumpul kami berenam telah bersetuju untuk ke sana. Aku mula merisik dan memulakan langkah mencari travel agent yang boleh menguruskan urusan umrah ni. Antara travel agent dalam senarai samaada Andalusia atau Gemilang. Sebenarnya banyak travel agent yang boleh menguruskan nya tapi selepas di buat research..aku dan kawan-kawan mengambil keputusan untuk pergi dengan Andalusia Travel & Tours Sdn Bhd.

Aku telah memilih Andalusia Pakej Umrah dan Ziarah Cairo dengan harga RM5,990 per person bilik berempat/berenam

Andalusia Travel & Tours Sdn Bhd
No 9. Jalan Belangkas
Off Jalan Kampung Pandan
Taman Maluri
Kuala Lumpur
Tel No : 03-9283 1588
Faks No : 03-9283 7566


Apabila semua setuju, tempahan dibuat dan booking fee adalah RM300 seorang. Baki bayaran perlu dijelaskan 1 bulan sebelum bertolak. Pelbagai persiapan perlu di buat termasuk menghadiri kursus umrah yang dianjurkan , penyediaan dokumen perjalanan, passport, Visa, Medical report dan perkara-perkara berkaitan.

Jadual Penerbangan:

No Penerbangan           Tarikh           Destinasi         Berlepas       Ketibaan                Transit
      MS 961              15 Feb 2013        KUL - CAI        2200              0540 +1             BANGKOK
      MS 677              19 Feb 2013        CAI - MED       1555              1840                            -
      MS 672              01 Mac 2013       JED - CAI         1830              1940                            -
      MS 960              01 Mac 2013       CAI - KUL       2340              1805 + 1                      -

Penginapan:
Madinah  : Mubarak Silver Hotel atau Staraf
Makkah  : Hera' Palace atau Tharwat Monsia atau Wardat Aqyad Hotel atau SeSetaraf

Ini hanyalah tinggal kenangan selepas aku mendapat berita bahawa Kedutaan Arab Saudi tidak akan meluluskan PERMOHONAN VISA bagi jemaah WANITA yang pergi TANPA MAHRAM..

HANYA TINGGAL KENANGAN dan mungkin ada hikmah di atas apa  yang berlaku kan...
Wasalam.

AA : Free SEATs Again???

Assalamualaikum dan rakan-rakan blogger serta pembaca semua...

Seperti tajuk entry aku ni..semua "kaki travel" dah tahu berkenaan OFFER ni kan..korang dah ada plan ke nak travel..jom kita grab tiket murah pagi esok seawal jam 12.00 am...
Travel Period : Sept 2013 - Feb 2014

Oleh kerana impian aku untuk menunaikan UMRAH pada tahun ini terkubur..aku rancang nak bawa diri melancong ke negara orang..ke mana aku?...tunggu OFFER malam ini..

Atau kawan-kawan pembaca sekalian ada cadangan?..di alu-alukan yer .. :-)

Jom kita rebut tiket murah malam ni..MURAH ker..ahaha..tunggu dan lihat je lah yer..

www.airasia.com

Sekian...jumpa lagi..anyyeongg  :-)


Thursday 10 January 2013

Pengumunan : Peraturan Permohonan Visa UMRAH

Assalamualaikum dan selamat sejahtera kawan-kawan,

Kepada wanita muslim di luar sana yang ingin menunaikan Umrah pada tahun ini atau pada tahun-tahun seterusnya, di sini aku kongsikan syarat terbaru dari Kedutaan Arab Saudi berkenaan permohonan Visa UMRAH yang telah di edarkan kepada semua travel agen di Malaysia. Syarat ini telah di SAHKAN benar oleh Pihak Pengurusan Syarikat Andalusia sendiri.

Apa motif kerajaan Arab Saudi berbuat demikian...aku tiada jawapan.

Semua orang sedia maklum, apabila di sebut sahaja Andalusia Travel & Tours Sdn Bhd mesti berkaitan perkhidmatan pakej UMRAH yang disediakan. Ini terbukti Syarikat Andalusia terkenal di kalangan masyarakat Malaysia.

Seperti juga aku, aku telah berhasrat untuk menunaikan Umrah pada tahun ini selepas duit yang di perlukan telah mencukupi tetapi apa kan daya..Impian hanya tinggal impian.

Sila baca peraturan di bawah dengan teliti.

PENGUMUMAN : PERATURAN PERMOHONAN VISA

Semua jemaah WANITA yang berumur kurang dari 45 tahun atau jemaah LELAKI yang berumur kurang dari 18 tahun pada tarikh permohonan VISA UMRAH TETAPI TIDAK DITEMANI MAHRAM tidak akan di LULUSKAN Visa Umrah oleh Kedutaan Arab Saudi lagi

Contoh mahram yang dibenarkan dan dokumen diperlukan :-

1. Suami - Surat Nikah;

2. Bapa Kandung - Surat Beranak;

3. Adik beradik lelaki kandung - Surat Beranak;

4. Bapa saudara kandung - surat beranak wanita, surat beranak ibu/bapa dan surat beranak bapa saudara

5. Datuk kandung - surat beranak wanita dan surat beranak ibu/bapa

Andalusia tidak boleh dipertanggungjawabkan terhadap sebarang penolakan VISA UMRAH sekiranya jemaah wanita gagal mematuhi peraturan-peraturan tersebut di atas.

Pengumuman berkenaan PERATURAN PERMOHONAN VISA boleh di baca dari url ini : http://www.andalusia2u.com/


Arahan Pengurusan,
ANDALUSIA TRAVEL & TOURS SDN BHD
Tel No : 03-9283 1588

Wednesday 9 January 2013

Hebahan terkini : Umrah

Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua kawan2,

Hari ini aku amat sedih selepas mendapat berita bahawa kepada semua wanita muslim bujang yang berumur 45 tahun ke bawah dan berhasrat untuk pergi menunaikan UMRAH, kerajaan ARAB SAUDI telah mensyaratkan supaya pergi bersama MAHRAM (suami atau ayah atau saudara lelaki, atau datuk).

Ini bermakna tiada lagi istilah TUMPANG MAHRAM seperti sebelum ini. Notis ini telah diedarkan kepada semua agensi pelancongan yang menyediakan perkhidmatan pakej UMRAH.

Kepada wanita muslim yang berumur 45 tahun dan ke atas boleh menggunakan perkhidmatan TUMPANG MAHRAM atau Woman Group.

Arghh..kenapa aku sedih?..iyolah..aku memang berhasrat untuk pergi menunaikan UMRAH..aku ni masih bujang....nak bawak ayah..ayah pulak kurang sihat..nak bawak adik lelaki..mesti berumur genap 18 tahun....

Jadi kepada wanita-wanita muslim di luar sana yang berhasrat untuk pergi menunaikan UMRAH sila pergi bersama MAHRAM jika tidak permohonan akan ditolak.

Sekian dahulu untuk perkongsian bersama ...arghh...sedih...hhuhuhhuu

Monday 7 January 2013

Persiapan awal

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera semua yer :-)

Apa khabar kawan-kawan pembaca sekalian...semoga semua nya sihat yer dari segi mental dan fizikal..rupanya dah seminggu kita lalui tahun 2013. Pantas masa berlalu dan tak terkejar dibuatnya..kan..ker aku sorang je yang rasa macam tu..eheheheh..

Kesibukan yang melanda seperti banjir yang melanda di pantai timur..aku kesibukan dengan kerja-kerja di opis menyebabkan tiada ruang dan masa untuk masukkan entry terkini dalam blog aku..mesti korang tertunggu-tunggu nak baca kan...cehh..perasan...eheheh..

Aku masih belum menceritakan pengalaman aku mendaki Gunung Ledang dan Gunung Datuk serta Bukit Broga. Aku bukan sahaja extrem melancong ke luar negara malah aku juga minat mendaki tau....tidak ketinggalan aktiviti snorkling di Pulau Perhentian dan menikmati keindahan di Pulau Manukan Sabah..semua itu akan aku update bila ada masa kelapangan nanti yer..

Bulan Januari 2013 belum ada travel trip lagi..so masih free..mau simpan wang untuk trip mega nanti..katanya...hihih..bulan Februari aku akan ke satu tempat yang istimewa bersama ibu tersayang dan kawan-kawan seperjuangan...ke mana aku?..tunggu!!!!...

Persediaan awal - Done :
1. Renew Passport ( 2 tahun RM100 for 48 pages) kalau 5 tahun RM300
2. Suntikan Vaksin - RM130
3. Penyediaan dokumen untuk proses penyediaan Visa
4. Baki bayaran untuk travel
5. Submit Borang ke Luar Negara

Masih dalam tindakan :
1. Kursus
2. Tukar duit
3. Apply cuti

Sekadar itu dahulu untuk entri kali ini dan jumpa lagi..babaiii...anyeongggg!!!!!

Wednesday 2 January 2013

Epy New YEAR 2013

Assalamualaikum...dan selamat sejahtera to all my readers :-)

Sedar tidak sedar tahun 2012 sudah berlalu dan selamat datang tahun 2013..tahun ini tiada lagi tarikh CANTIK seperti 12.12.12..ada tak 13.13.13...hihhi...kalau aku kahwin tahun 2012..mahu jugak pilih tarikh itewww...12.12.12...sekali non hadooo...verangan jek lebih...hiihih..aku nak aim pulak tarikh 11.12.13 (Rabu)...ok tak?..ahahaha

Oh ya..tujuan sebenar bukan nak stori mori pasal kahwin ke aper ker..malas nak cakap pasal tu..

Aku mula 'berbelogging' katanya pada Mei 2012 dah hampir 6 bulan..pantas betul masa berlalu...kepada yang sudi singgah kat blog aku ni..aku ucapkan ribuan terima kasih and "I LOVE YOU ALLsssssss"

Kepada yang baru nak singgah blog aku...sebenarnya blog ni lebih kepada perkongsian pengalaman aku bercuti dalam dan luar negara. Ada beberapa tips dan panduan yang boleh dirujuk...tapi seperti biasa setiap orang mempunyai pandangan, view dan cara penyampaian yang berbeza. Begitu juga aku...Aku tahu antara pembaca dan follower blog aku kebanyakan dah pernah sampai tempat-tempat yang aku pernah pergi..masing-masing mempunyai pengalaman berbeza kan

Bagi tahun 2013 ni...buat masa sekarang baru ada 4 tempat yang confirm aku akan pergi dengan 2 kali trip..ke mana aku..tunggu...ke ada yang dah tahu ke mana aku...hik..hik..hik...

Akhir kalam...HAPPY NEW YEARrrrrrrrrrrrrrr


2013

Wasallammmmmmm....

NUFFNANG