Friday 15 June 2012

Ho Chi Minh 4D3N : Day 2

Assalamualaikum...

Hari ni JM nak sambung aktiviti pada hari kedua di Bandar Saigon, bandar yang boleh dikategorikan sebagai sebuah bandar yang agak tercemar dengan asap-asap motor, tidak bersih, pendawaian elektrik yang tidak sempurna dan dipenuhi dengan motosikal yang memeningkan kepala.

Akan tetapi itu bukan masalah kerana bila di sebut Saigon, Vietnam..ia adalah syurga membeli-belah. Kenapa JM berkata demikian...jika tidak percaya sila amati gambar dibawah...hihhihi.


Hari kedua kami nak ke Sungai Mekong di sana boleh naik sampan menyusuri sungai, naik kereta kuda, makan buah-buahan segar dan melihat keluasan sungai mekong yang terbentang luas. Jom ikut JM menikmati keindahan suasana sepanjang perjalanan kami kesana (indah lah sangat...ehehe).


Kalau nak ke sungai mekong terdapat pelbagai pakej di sediakan, kami ambil pakej untuk 1 hari melalui Saigon Pink 2 Hotel menaiki van dengan harga 18USD seorang tanpa makan tengahari dalam tempoh perjalanan lebih kurang 2 jam dan amat memenatkan.

Gambar sepanjang perjalanan - maaf kualiti gambar kurang memuaskan
Akhirnya kami sampai di Sungai Mekong...jom layan gambar lagi

Kedai jualan di jeti
Bot yang akan bawa penumpang
Jim kita naik sampan..ehh..sampan ke bot eh
my partner travel
dalam bot
Prose membuat gula-gula kelapa..selera tak korang mkn
ada hidangan buah-buahan segar...MANIS!
Naik bot lagi..main pegi naik kereta kuda
inilah kereta nya
kasihan kuda tu mcm tak cukup makan
Aha..ni naru sampan..jom kita mendayung sampan
Seterusnya aktiviti naik sampan menyusuri Sungai Mekong. Orang Vietnam ni sanggup buat apa sahaja kerja tanpa memilih janji dapat duit walaupun dalam kuantiti yang sedikit. Dengan lain perkataan tidak memilih kerja.

air yang keruh
Bawak anak kecil sambil bekerja..gigih kan
pokok paya bakau di kiri dan kanan sungai
peace!..sweet kan
Dah puas naik sampan nanti dorang akan stop di bot ni..so naik bot semula
Apabila selesai menyusuri laluan sungai mekong dalam cuaca yang panas terik, perut pulak dah lapar, jam menunjukkan pukul 2.00 petang, kami di bawa ke sebuath kedai makanan muslim yang berdekatan. Apabila perut dah kenyang, badan pun dah penat..dalam perjalanan pulang ke bandar Saigon..masing-masing di ulik mimpi di siang hari. Kami sampai di Bandar Saigon dalam jam lebih kurang 4.00 petang dan di bawa untuk singgah di Hard Rock Cafe Ho Chi Minh. Seperti biasa jika ke HRC, JM hanya penunggu yang setia.

bukan tak de size tapi tak mampu huhuh
Dah puas lihat di T-Shit kat HRC ni, kami mula gerak balik ke Hotel. kami rehat seketika untuk menunaikan apa yang patut, dalam jam 7.00 malam kami keluar semula untuk shopping at Night Market. Rupanya di bahagian luar pasar Bent Than ni, peniaga-peniaga dalam pasar akan buka gerai jualan pada waktu malam.

Kalau tak sempat nak shopping pada siang hari jangan risau pada waktu malam masih ada ruang waktu untuk menghabiskan duit...ehehehe.

Kalau kawan-kawan nak tahu...kat Saigon ni ada sejenis minuman yang aku suka...KOPI AIS..JM bukan penggemar kopi tetapi selepas minum kopi Vietnam ni....Walllaaaaaahhh......ada ummphhhh..memang sedap giler...rasa lemak...caowww...sedap lah..kalau korang ke sana mesti cuba...JM siap bungkus minum kat bilik lagi..dah tu pulak hari-hari minum..boleh migrain!..sebenarnya JM ni kurang minum minuman sejuk...ngilu gigi...tapi disebabkan kopi ni sedap...buang semua pantang larang ehehe.

Ok..my dear friend...itu sahaja kisah perjalanan pada hari ke 2...nanti sambung lagi untuk hari ke -3...tungguuuuuu....chowwwww

Wassalam.....

35 comments:

  1. Replies
    1. Don't worry tak perlu life jacket sbb it's safe..perahu d dayung perlahan sambil menikmati keindahan kawasan sekitar

      Delete
  2. bleh tolong upload kan skali bisnes kad pa2 yang ada x, sbab plan nk pi sana gak ujung bulan 4 ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. JM rasa ada masukkan dalam entry HCM ni..cuba baca entry berkaitan yer :-)

      Delete
  3. JM..tour guide laki yg pakai topi krim tu...guide yg sama masa g mekong dulu...hahaha siap nyanyi dlm bot nak hiburkan kami...terbaek la...kopi vietnam mmg best gler;p

    ReplyDelete
    Replies
    1. eheeheh...ha'a..mesti tour guide yg sama coz waktu dalam boat dia pun menyanyi gak

      kopi vietnam?..mmg marbeles..hari2 JM minum hee

      Delete
    2. terliur sudah.... balik ni carik kopi...!! :P

      Delete
    3. Luna...leh minum ke coffee? x sakit kepala nanti?

      Delete
  4. Salam JM...

    Fifah ni silence reader blog JM..hehhee...suka sangat baca and sangat2 membantu..lau nak travel mesti refer kat sini..hehehe...

    nak tanya..lau nak p tmpat2 cam post opis tu la...notre tu ler..tempat2 perang tu..tu walking distance ker lau kita duduk kat District 1 tu..p naik sampan kat mekong tu leh tak lau p sekali harung ngan cu ci tunnel tu..(betul aku eja nih..bantai la..)hehehe

    Thanks.

    ReplyDelete
    Replies
    1. W'komsalam Fifah,

      Aha..terima kasih sudi baca blog JM ni..mmg tulis blog ni sbg panduan kepada rakan2 yg nk ke tempat2 yg JM pernah pergi :-)

      Aha..boleh jalan kaki je cuma perlu hati2 kerana moto terlalu byk waktu nk melintas jln nati..perlu tahu direction ke sana supaya tak sesat..

      ERmm..jalak perjalanan ke Sungai Mekong dan Chu Chi Tunnel adalah 2 arah yg berlainan dan setiap destinasi mengambil masa yg lama..so tidak sesuai nk habiskan 1 hari sbb nanti penat dan tak cukup masa..JM nasihatkan pergi 2 hari berasingan

      Delete
    2. Salam..

      Thanks JM sudi balas..

      Average la kan..berapa yer tour pekej yg dorang charge tuk ke Mekong n Chu Chi tunnel tu? Maklum ler kene le buat budget kan..hehehe..

      Thanks..

      Delete
    3. kalau ke Sungai Mekong 18USD...anggaran..

      Delete
    4. wah... bagusnya tips yang ni... thumbs up sis :)

      Delete
    5. Luna nak ke HCM ke dalam masa terdekat ni

      Delete
  5. Lisa pun hantu kopi!sedap sangat kopi vietnam tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu Lisa...sekali sedut masuk tekak..hari2 nak minum...

      Delete
    2. aaaaaa... jeless9.... hehehehe... :p

      Delete
    3. so Luna...kalau ke sana wajib try tau..nanti kan hari2 nak

      Delete
  6. Boleh bg link website guide yg JM pegi sungai mekong tu? TQ. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. noorihan : x de link website sbb ambil pakej tu dari Saigon Pink 2 hotel

      Delete
  7. Myusuri sungai tu x da buaya ke hihi,

    ReplyDelete
    Replies
    1. Lya..buaya DARAT ada lah..nak? hehehehe

      Delete
    2. baik jangan pk.. buat seram je... hahahhaa

      Delete
    3. Luna takut buaya darat or buaya sungai hehehe

      Delete
  8. ngeri tgk budak kecik tu dgn maknya . mungkin sebab dah biasa , tak takut jatuh ke air ... mcm x de yg menarik je kat sg mekong tu ...

    ReplyDelete
    Replies
    1. sis Vee..x ada yang menarik sangat..biasa2 je

      Delete
    2. Assalamualaikum sis, saya nk g HCM 3h2m, berdua je...ade pakej di sediakan tk tu 2 org nk ke mekong river?
      mmg senang ke nk cari pakej2 ni kt sna?

      Delete
  9. sis.... Ben than tu bukak dari kui bape pai kui bape..?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Luna : kalau x salah dari jam 8.30 pagi - 5.00 petang

      Delete
  10. sis... since penjual night market pon org yang sama... so harge die pon same ke camne?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Harga lebih kurang sama je Luna..ehh tanya cam nak ke sana je nih :-)

      Delete
  11. dekat sungai mekong tu ade tempat yang menarik lagi tak sis selain naek kude, makan buah, mendayung sampan?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Rasanya itu je Luna...ada org menjual boleh lah kalau nk shopping

      Delete
  12. awek mat salleh tu cun hihihi.... sungai mekong

    ReplyDelete

Komen apa2 je!!!
Kunjungan anda akan di BALAS

NUFFNANG