You can click on me :-)

Monday, 19 August 2013

Preparation 2 : Accom at Gold Coast & Sydney, Australia

Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua,


Ishh..JM ni..tak abis-abis lagi ke citer pasal persediaan ke Aussie ni..last entry citer pasal ETA..hari ni nak story pasal tempat penginapan pulak. Alahh..noks..jangan lah marah..JM kan suka berkongsi info..manalah tahu di kalangan pembaca blog JM ni ada yang tengah mencari-cari tempat penginapan di Gold Coast dan Sydney, mereka boleh refer kat sini ye dok.

"Menerjah penginapan di Gold Coast dan Sydney Australia"

Moh kita sambung..JM dapat rasakan ramai sudah rakyat Malaysia yang telah melancong ke negara Kanggaroo iaitu AUSTRALIA seperti Melbourne, Sydney, Gold Coast, Brisbane dan Perth. Tempat-tempat ini bukan asing lagi di kalangan kaki travel seperti JM nih kan.

Ke mana sahaja kita boleh pergi dengan syarat ada kemahuan, keinginan dan kemampuan. Bila sebut sahaja Australia mesti terbayangkan..wah...kadar mata wang Australia tinggi lah... AUD1 ~ RM3.00 above..mahal tu..yer betul waktu JM pergi Perth pada Mei 2012, AUD1 = RM3.18. Tapi itulah, kadar matawang ni pun ada turun naik jugak seperti bulan Julai 2013, JM check AUD1 = RM2.96. So ikut nasib lah kan kekadang dapat rate rendah kekadang dapat rate tinggi.

Kadar matawang ini perlu diambil kira kerana ia melibatkan budget kita kan. Sebagai contoh..katakan kita budget nak spend dalam RM2000, berapa kita dapat dalam Australian Dollar (AUD) kalau rate dalam AUD1 = RM3.00, maybe dalam AUD666 jer. Maknanya AUD 666 akan digunakan untuk transport, makan, entrance fee dan shopping (belum termasuk budget penginapan lagi kan).

Tempat penginapan adalah aspek kedua terpenting yang perlu di ambil kira sebelum membuat sesuatu perjalanan. Maknanya, jika tiket flight sudah di beli, mesti pikir tempat untuk tido. Bila sebut sahaja Sydney atau Melboune tempat penginapan yang murah dan sesuai untuk budget travel adalah Malaysian Hall. Kepada sesiapa yang ingin mengetahui info lanjut boleh rujuk di blog kegemaran JM ni kakiberangan
------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Malaysian Hall Sydney AUD12 (RM36.00) per night..memang menjadi tumpuan pelancong dari Malaysia..cheap..cheap..cheap. Baru-baru ini JM mendapat info dari rakan blogger DJ dan Henry Fox, mulai Mei or Jun 2013...rate telah berubah kepada AUD20..aha..maybe MH mendapat sambungan yang menggalakkan..maka rate pun dah berubah..tapi still murah ye dok...

Tempahan boleh di buat melalui laman web SINI
waktu operasi sehingga jam 4.00 petang

Kepada yang berhasrat untuk melancong ke Sydney dan ingin menginap di Malaysian Hall boleh rujuk direction di bawah yer..

Lokasi :
Dewan Malaysia Sydney
2A, Alison Road, Randwick
NSW 2031
http://www.msda.org.au

How to get there from Sydney Airport

1. By Bus
- Naik bas No 400 dari Terminal 3 (T3) : Sydney Domestic Terminal to Randwick Juntion
- Dari Randwick Juntion jalan ke arah Alison Road
- Fee : AUD5.70

2. By Train
- Dari Airport naik tren dan turun di Central Stration (10 minutes)
- Dari Central Station, naik bas No 372 untuk ke Alison Road
- Fee :  AUD15

Selain Malaysian Hall, tidak dinafikan terdapat banyakkkkkkkkkkkkk hotel, hostel dan apartment yang sediakan dengan kadar harga dalam lingkungan RM80 - RM600 per night. Kalau pergi bersama keluarga apartment adalah pilihan bijak kerana terdapat kemudahan untuk memasak. Kalau tinggal di hostel boleh dapat RM80 per night tapi dari segi furniture, dorm dan bathroom perlu di kongsi dan lokasi agak jauh dari bandar dan tempat-tempat menarik Jadi pilih lah penginapan mengikut kemampuan.

Senarai penginapan boleh di tempah melalui Agoda.com atau Booking.com. Biasanya tempah hotel ni kawan JM yang uruskan dan kalau sentiasa tempah melalui agoda akan dapat point yang boleh di redempt tapi bergantung kepada jumlah point yang di terima. Seperti kes kawan JM ni, dek kerana kekerapan tempah melalui agoda dan beliau telah sign-in sebagai member, semasa tempah hotel di Gold Coast beliau boleh redempt point tu...sebenarnya jumlah bayaran hotel untuk 5H4M di Islander Resort Hotel adalah RM1009 tetapi hanya perlu bayar RM927.48 (AUD290.61). Average rate adalah RM231.87 per night dan RM116 per person. So kat sini JM perlu spend lebih kurang RM464. Quiet expensive right. So pilihan di tangan masing-masing.

Detail Booking Information Islander Resort Hotel Gold Coast

Hotel Name:     Islander Resort
Address:     Cnr Beach Road & Surfers Paradise Blvd.
Area / City / Country:     Surfers Paradise/Gold Coast/Australia
No. of Nights:     4
No. of Rooms:     1
Max Occupancy:     2
Breakfast:     Not Included
Room Type:     Hotel Room
Special Notes:     All special requests are subject to availability upon arrival.
Promotion:     Early Booking Saver Rate includes 30% discount!
   
Total / Room Charge:     USD 315.61

Redeemed Rewards Points:     USD 25 (Redeemed Points: 12500)
Total Due / Charge to Credit Card:     MYR 927.48 (USD 290.61) ( Accrued Points: 5812 )

Nak tengok tak rupa hotel yang telah kami booking tu....


Hotel Description :
The Islander resort is an iconic building in the heart of Surfers Paradise. This centrally located resort offers great value for money, well appointed and modern functional rooms including plasma televisions. The Islander Resort is just minutes from life guard patrolled beach and the shopping precinct of Cavill Avenue and The Esplanade. Don’t leave The Gold Coast without visiting one of its now famous theme parks, The Sea World and Dream World. Facilities at the Islander Resort include 24-hr reception, swimming pool, spa and sauna, car rental, tour bookings and information on the seemingly endless list of things to do and see while visiting this spectacular part of the Queensland coast. 

Customer like this hotel for :
1. Nearest transportSurfers Paradise Bus Terminal (0.1 Km)
2. Distance to Airport : Gold Coast Airport (20.0 Km)
3. Top attraction in the area :
- Surfers Paradise Mall (0.1 Km)
- Surfer's Paradise (0.3 Km)
- QDeck (0.3 Km)
- Main Beach (2.3 Km)

4. Customer Comment : "Free transportation to airport and shopping areas", "Good location for shopping and dining", "Located in the heart of the city near shopping area"  
-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Bagi penginapan di Sydney kami memilih Breakfree on George Hotel..rate per night RM288

Detail Booking Information Breakfree on George Hotel, Sydney
 
Hotel Name:     BreakFree on George Hotel
Address:     653 George Street
Area / City / Country:     Chinatown/Sydney/Australia
No. of Nights:     4
No. of Rooms:     1
Max Occupancy:     2 
Breakfast:     Not Included
Room Type:     Studio Room 2+ Nts
Special Notes:     All special requests are subject to availability upon arrival.
Total / Room Charge:     USD 402.12
Redeemed Rewards Points:     USD 0 (Redeemed Points: 0)
Total Due / Charge to Credit Card:     MYR 1,270.52 (USD 402.12) ( Accrued Points: 8042 )  
Rate per person : RM159/per night, total 4 night = RM635.00 


Hotel Description :
This hotel provides apartment style comfort living for the touring family or a long term corporate stay. The hotel is close to Chinatown, Darling Harbor as well as the Sydney Convention and Exhibition Center. Sydney is there for you to explore with countless restaurants, bars, nightclubs and theatres within walking distance. The hotel includes a restaurant, Click 21 if you are looking for a quick bite to eat before you venture out. Not in Thailand, but the hotel offers Thai massage to relax the muscles after a stressful business meeting or to soothe tired feet. These apartments include a kitchenette so you can cook up a gourmet meal yourself.

Customer like this hotel for :
1. Nearest transportSydney Coach Terminal (0.4 Km)
2. Distance to Airport : Sydney (Kingsford Smith) Airport (7.0 Km)
3. Top attraction in the area :
- Market City (0.2 Km
- Queen Victoria Building (0.7 Km)
- Darling Harbour (0.9 Km)
- Harbourside Shopping Centre (1.0 Km)

4. Customer Comment : "Beautiful property", "Clean and functional rooms", "Nice city and harbor view" 

Jadi kesimpulannya JM telah peruntukkan RM1098.76 untuk penginapan selama 9H8M di Australia merangkumi Gold Coast dan Sydney.

Total cost secara keseluruhan termasuk tiket flight, penginapan, pengangkutan, visa dan shopping akan di kongsi selepas percutian JM di sana nanti..TUNgggguuuuuuuuuuu.....

38 comments:

  1. JM,


    so details....congrates!!!!

    rindu dgn pantai gold coast yg cantik tu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. DATT,

      Aha...cantik pantainya?..ni yg tak sabar nk jejak kat di pantai GC nih heee

      Delete
  2. nnti jumlahkan semua cost erk...utk rujukan masa akan dtg.biarlah pengsan tgk amount die pun ahhahhhaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. ahhahahah..Maya...boleh2..nanti JM calculate...alahh..boleh punya lah..g honeymoon sana tau :-)

      Delete
  3. tak mau cakap banyak... akak jelessssssss

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alahh..akak...heeee...nanti turn akak pulak...in Sha Allah :-)

      Delete
  4. Lom mampu lagi nk g aussie
    balik kene kira duit dalam tabung ayam
    hehehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Emy...hiks..giteww katanya...JM pun dh lama plan..1 year ago beli tiket..lama kan..
      Tak per simpan sikit2 lama2 jadi bukit heeee

      Delete
  5. Aaaa suka tau baca entry ni. Start ETA tu dah tunjuk kat husband! One day one day

    ReplyDelete
    Replies
    1. Lin,
      Heee..in Sha Allah your turn ill come...uruskan rumah baru tu dulu yer..pastu leh enjoy!!!

      Delete
  6. rate utk MH dh berubah ye. bukan lg AUD12. huhuh dh naik utk 1st 2 nights = AUD20, and subsequent night = AUD30/night.

    wahhh bestnya nak pegi sana. rindu sydney!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Oh..yer...maybe mendapat sambutan hangat dari tourist kot tapi still murah ye dak compare to rete hotel..ok2..nanti JM update dlm blog. Thanks dear sharing the info :-)

      Rindu Sydney katanya..heee..mesti bestlah tu..moh repeat :-)

      Delete
  7. JM just for your info, effective June/May 2013, tak ingt sgt, MH dah start new rate...dlm aud20 kalo tak silap =D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aha...terima kasih DJ, nanti JM update yer :-)

      Delete
  8. tak sabar tunggu JM update cerita..btw have fun yer~!!!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. MS...aha....in Shaa Allah..sabar ye..nanti JM update...JM pun sabar nk pegi heeee

      Delete
  9. JMmmmmm... meh sini pelok kiri pelok kanan..

    rindunyaer nak singgah sini..

    selamat hari raya maaf zahir batin..

    JM.. baca blog JM buat cikda teruja nak jalan gi obersea. sebab cost cikda berchoti2 dlam negara pun lebih kuwang je cost JM berjalan nih.. tapi tu la kena planning baekkkk punya....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cik daaaaaaa...lama betul kita tak borak yer
      Woww....meh i give u my hug heeeeeee

      Selamat hari raya utk Cik da jgk....sihat hendaknya ye

      Kalau mcm tu..try lah ke obersea pulak..sekali pegi berkali2 nk pegi cam JM ni...pantang ada peluang :-)

      Delete
  10. Bagus la Kak JM ni.. Belum pergi lagi tapi dah detail mcm dah pergi.. memang terbaik la..
    moga semua urusan nanti di permudahkan nya :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahhahaha..itulah kerjanya...belum pergi lagi dan story satu donia..apa boleh buat akak ni suka kongsi info..."sharing is caring" katanya heee

      In Sha Allah..Aminnn :-)

      Delete
  11. Nak pegi jugakkkk,tapi tunggu Absyar besar sikit, happy holiday :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih Wa, sudi singgah blog JM...ha'a..lepas Absyar yg bulat tomei tu dh besar boleh bawak dia sekali ;-)

      Delete
  12. wah kemas dan padat info yg JM bagi ni yer.. boleh jadi panduan berguna utk semua... ^_^

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ha'a..kalau Lieya nk ke sana nanti boleh refer kat sini :-)

      Delete
  13. wah best2..nk kangaroo sekor!!xsbr nk tgu total cost;p

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alah..pesal mintak benda yg susah nak dpt ni..sambil garu2 kepala heeee
      Ohh..nk tggu total cost..ahaks...boleh2...pasni buat planning ke sana pulak tau :-)

      Delete
  14. zura baru perasan JM dh masukkan blog zura dlm list blog most visit JM... huwaaaaa !!! terharu sgt !!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Heheheh...of cos lerrr..JM suka baca blog pengomen dan pembaca tegar blog JM ni tanda menghargai mereka katanya heeee

      Delete
  15. Akak, kagum kuasa dua! Buat kesekian kalinya, akak memang kompas travel saya ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Farrah : dh ada kompas tu apa lagi..Jom!!!! hikss

      Delete
    2. Kena tekan kalkulator, check ketebalan dompet, check buku simpanan dulu hihhi

      Delete
    3. Farrah : hihih...nampaknya perlu tunggu lagi

      Delete
  16. Tahun ni ada pergi ke Ausie lagi sis JM? Baca preparation ni buat saya nak booking je terus ke tempat ni. Tapi duit mana ada lagi. huhu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Faa : Thn ni pegi area berdekatan Msia je...kumpul duit dari skrg nanti boleh sis JM temankan..nak?

      Delete
    2. Faa : Thn ni pegi area berdekatan Msia je...kumpul duit dari skrg nanti boleh sis JM temankan..nak?

      Delete
  17. utk 8 mlm , rasanya blhlah dgn jumlah tu . masih blh diterima . rate sekrg lagi mahal kot ... susah gak nak travel backpackers ni . Kena ready awal ...

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu Qaseh Vee : kalau nk travel ke Aussie ni paling busuk pun RM3K perlu ada dalam tangan

      Delete
  18. Asalam JM datang baca dan lihat entri Australia...menarik sekali lah

    ReplyDelete

Komen apa2 je!!!
Kunjungan anda akan di BALAS

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Advertise Nuffnang