Tuesday, 22 April 2014

Spring at Japan : Day 1 (04 April 2014 - Jumaat)

Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua,

Intro kepada entry kali ini...orang nak selfie..Jm pun tak nak kalah..sekarang ni kan di mana-mana sahaja terutama dalam FB femes dengan SELFIE...tapi kami bukan selfie TAPI twofie (untuk 2 orang ahahaah)

Ber twofie dalam flight perjalanan dari KLIA ke Kansai International Airport, Osaka
Korang jangan cakap apa-apa eh...tengok je...2 orang minah perasan ni heeeeeeeeee

Okey..kita sambung dari entry yang lepas...

Hari pertama di bumi Jepun sebaik sahaja selesai dapat JR Pass, kami akan bertolak ke Shin – Osaka Station dengan menaiki Limited Express Haruka arah ke Kyoto di platform 4 seperti gambar di bawah. Tempoh masa perjalanan adalah 50 minit dan masa bertolak adalah jam 7.55 pagi. tren akan akan berhenti di beberapa buah stesen dan stesen terakhir adalah Kyoto Terminal. Untuk makluman semua, sekiranya ingin ke Tokyo Station perlu naik Shinkansen/Bullet Train dari Shin-Osaka Station.

Route for today : Kansai Airport – Shin Osaka – Tokyo Station – Shinjuku - Akebobonobashi (lokasi hotel)
Jika tiada JR Pass boleh beli tiket JR West untuk naik tren di JR Line
Bila dah dapat JR Pass, show the pass to the staff. Nampak tak ada kaunter kecik di tepi auto gate tu
Entrance melalui JR Line. Kepada pemegang JR Pass, just show the pass to the staff beside the autogate. Turun melalui escalator cari platform train arah ke Kyoto. Jm kagum sangat dengan sistem pengangkutan di Jepun yang menepati masa dan efisyen di samping petugas-petugas mereka yang komited. Sebaik sahaja train sampai, pencucicleaner telah siap siaga untuk mencuci kawasan dalam train, susun atus semula kerusi, lap tingkap dan buang sampah yang ada dengan pantas sekali sebelum penumpang naik.

Naik di Platform 4 - Arah ke Kyoto, Jika "non reserved seat" please enter in Car No 4 - 6
Tak lama tunggu train sampai untuk ke Kyoto
Sebelum masuk tren harus pose maut dulu - ini lah partner travel Jm selama 11 hari nanti - Dari Kiri FiXX, XXX dan AX
Untuk makluman tren akan berhenti di beberapa stesen seperti Hinemo – Suzhou – Fushou – Tennoji – Osaka - Shin Osaka - Kyoto (Last terminal).

Ini adalah route kami  from Kansai Airport to Shin - Osaka
Penumpang boleh duduk di mana-mana seat yang di kehendaki dengan syarat masuk ke dalam gerabak yang di paparkan “non-reserved”. Semasa di dalam train, terdapat konduktur yang akan datang semak tiket setiap penumpang dan kepada pemegang JR Pass just show the pass to the staff. Tidak perlu risau kerana setiap tren di sediakan kemudahan tandas, tempat mencuci muka dan merokok. Di dalan tren juga akan mepaparkan setiap destinasi yang akan tiba dan juga pengumuman dalam dwi bahasa (English & Korea).  Selepas 50 minit perjalanan akhirnya kami tiba di Shin - Osaka Station pada jam 9.00 pagi.

Sebaik sampai di stesen ni, ya Ampun ramai nya orang, mereka jalan bukan seperti kita ni ha…laju je tanpa brek tapi yang menariknya mereka takkan langgar kita yang bawak beg yang besar gedabak ni seboleh-boleh nya mereka akan beri laluan atau mengelak.

Tanpa membuang masa kami mencari kaunter Shinkansen dengan untuk “reserved seat”. Mudah sahaja, pegi je ke kaunter tu, tunjuk je JR Pass kemudian mereka akan cetak satu tiket yang tertera no CAR/gerabak, seat no, jenis tren, no track dan waktu berlepas.

Follow je sign for seat reservation
Kemudian akan dapat tiket seperti ini, Shin -Osaka ti Tokyo, Tren jenis HIKARI 516, Car No 14 Seat 16B
Untuk naik tren, lalu Shinkansen Track, show JR Pass to the staff yang bertopi di sebelah auto gate tu
Pastikan nama tren seperti dalam tiket iaitu HIKARI 516, gerak jam 10.16 pagi di Track No 27
Follow je track no 27 untuk tunggu bullet tren di sana...senang dan mudah bukan :-)
Menunggu Shinkansen di track no 27
Teruja tengok bullet tren ni :-
Pada jam 10.16 pagi kami akan bertolak dari Shin-Osaka Stesen dengan menaiki  Shinkansen/ Bullet train to Tokyo Stesen yang mengambil masa 3 jam perjalanan dan di jangka tiba pada jam 1.15 tengahari. 

Pertama kali tengok Tren Shinkansen, teruja yakamat..ye lah kat Malaysia kan tak ada..jakun lah you oulss…kepala gerabak yang pertama seperti Bullet, no wonder ia di gelar bullet train.

Suasana dalam tren, jika habis bateri boleh charge
Kredit to Google : Ini lah route kami selama 3 jam - dari Shin-Osaka to Tokyo
Akhirnya selepas 3 jam perjalanan dan ketiduran, kami sampai di Tokyo Station. Apa yang terjadi selepas itu, di mana kami menginap sila tunggu dalam entry yang akan datang ye. Penat sudah .....

Bersambung.....

82 comments:

  1. Sambung lagik JM .. baru nak excited bace , alih2 dah bersambung huhuhuh

    ReplyDelete
    Replies
    1. Azra, nampak nya entri azra lagi cepat habis dari Jm tau, cepat dia update :-)
      Jm ni nak siapkan satu2 berchenta...ok2 nanti ada sambungan nya

      Delete
  2. Potong stim laa JM nih...baru nak feel bersambung laa pulak :) Tokyo Station - lagilaa berselirat kaan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ezan, potong stim ke kui kui heeeee klau nk tahu berselirat ke tidak nanti Jm kongsi :-)
      Psttttt: email alamat umah boleh?

      Delete
    2. JM brief kan sket condition Tokyo Station boleh? Saya sampai Narita nanti terus naik NEX & stop kat Tokyo Station sebelum naik subway ke hotel. Rasanya so far tak pernah sampai lagi Tokyo Station ni. Tq in advance. Insyaalah nnt ai email ea :)

      Delete
    3. Ezan!!! Ok...ok..no prob..nanti JM kongsi yek sbb ramai rakan Jm akan ke sana dalam masa terdekat ni..dorang pun minta kongsi di sini..Wahhh best nyer nk ke sana...#moodjelestakhabishabisnih

      Delete
    4. Hahaha... padahal JM baru jer balik dari bumi Nippon tu. Entah-entah baju-baju pun tak abis keluarkan dari luggage! :D

      Delete
    5. Izan : ahaks...JM ni dh addicted ngan travel tolong sesiapa bagi ubat heee

      Delete
  3. Lagik.. (kes bagi betis nak paha ni) hahaha

    JM dah ada bodyguards skrg ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hamoiii Jea x padan ngan kecik molek bagi betis nk paha, mkn besar nih heeeee
      Ada bodyguard time travel barulah rasa selamat ye dop
      Pstt: email alamat umah pada Jm boleh? Plzzzzz

      Delete
  4. Jm,
    pesen macam mana seat kat dlm tren tu?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Syieda, seat dlm limited express tren tu boleh putar 360 darjah so kiranya 4org nk duduk bertentang mata pusing je seat tu klau x nak boleh pusing ke arah yg sama. Nk pegi thn ni kan :-)Sy

      Delete
    2. Syieda : Hait heeeeeeeeeeeeeee

      Delete
  5. alaaaa kejap sangat baca tup tup dah bersambung
    entry macam biasa memang details!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mrs : pendek sgt ke entry nye tak pe tak leh panjang2 sgt nanti bosan scroll down tgk gambo je heeee
      Ha'a haruslah tulis detail sbb ramai rakan Jm kat opis ni nk ke sana dorang nk refer sini je malas nk google sana sini katanya, pastu klau mrs nk ke sana jgk boleh refer sini :-)

      Delete
  6. Dlm shinkansen tu senang tak nak letak beg? Ada tpt khas atau blh angkut pegi seat kita? JM rasa elok reserved seat atau naik yg unreserved tu? Mana lg ramai? Atau ada kemungkinan tak kalo ambik yg unreserved tu seat takder dan kita kena berdiri sepanjang jln?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Liza!!!! Byk nyer soalan heeee jap ek Jm jawab satu persatu, betul jgkaper jm x explain dlm entri kan
      Ok dlm shinkansen tu ada tempat tuk leta luggage di atas rak di tas tempat duduk kita tu atau boleh letak d ruang kaki tempat kita duduk sbb jarak antara seat kita dgneat depan sgt luas lebih luas dari airasia da MAS
      Ok utk seat pula, boleh je klau x nk reserved sbb jm pernah try x reserved seat ada je tempat kosong sbb byk org turun dan naik dari setiap stesen yg stop. Shinkansen ada 16 gerabak kemungkinan berdiri sbb x ada seat mmg x ada. Klau ada JR Pass nk reserved sear adalah Free tp klau beli tiket di kaunter then nk reserved seat ada extra charge

      Delete
  7. entry penuh info... memang tak puas baca... dengan gambo2 tu rasa macam dok ada sekali je ngan JM kat sana... he he he

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cheq sue, beginilah cara Jm menulis semua nk di kongsi dgn rakan pembaca supaya mereka juga boleh travel cara Jm senang dan mudah Jd nya bila baca mesti rasa seperti travel bersama Jm kan heere
      Psstt: email alamat umah pada Jm boleh?

      Delete
  8. Yeah, Bibie kenal semua ahli rombongan tu. Amri tu lah excited nampak kitorang masa kat Roponggi. Hihi.

    Bibie xpenah reserved seat sepanjang2 naik shinkansen. Selamba je beratur kat line unreserved. Alhamdulillah memang xpernah berdiri masa naik bullet train tu. Siap dapat seat 3 biji tu, tapi yang duduknya cuma berdua. Tengah letak beg. Hahaha.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ha'a Bie...si Amri tu ceria sikit org mmg tak bosan lah jenjalan ngan dorang ni...dia mata tajam..Jm pun tak perasan Bie waktu di Roppongi tu :-)

      Ahahaha...betul lah tu...tak perlu reserved seat pun tak pe coz byk je tempat kosong...amboiii...concour seat nampak ehehe..so Liza, tak perlu risau pasal reserved seat tu ek..kalau nk reserved pun boleh FREE je kalau ada JR Pass tu

      Delete
  9. Ada dua orang mamat tu... ehem..ehem.. tentu rasa lebih selamat kan...



    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu pak lang mie, tapi kalau pegi dgn org kesayangan mesti lebih enjoy kan :-)

      Delete
  10. next plz...hehe..bullet tren yg laju tu kan?

    ReplyDelete
  11. alaaaa tak sempat nakpi tokyo....hehehe mayb next time la plak...hehehe JM, bestkan naik shinkansen tu...lag best kalo duk business class....hahaha duk berangan next time pi sana, nak amek JR Pass yang Green Car punya la...hahahaha berangan je laaa kan...hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. DJ!!!!....tak lama di Osaka kan...kalau nak ke Tokyo perlu tambah hari kalau 4 - 7 hari je hanya sempat cover area kansai je. Hamoiiiiiiiiiiiii DJ!!!!!!!!!!...ahahaha...ore kaya cam Dj leh la ambik Green Car tu ...Jm hanya mampur Ordinary nyer pass je ahaksss

      Delete
  12. pendeknya. citer pasal transportation je rupanya..
    nak tengok sakura. haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dzuli, heeeeeee nak sakura ek nanti entri tu akan datang bertubi2 tuggu!!! :-)

      Delete
  13. Salam JM

    Nak tanya psl JR Pass tu. Kalau kita ada JR Pass mcm mana nak pilih reserved atau unreserved seat ? Maknanya kalau kita pi JR ofis kita tunjuk kat depa JR Pass kita dorang akan print satu tiket utk kita dgn seat number bagai, kalau unreserved mcm mana pulak ek ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. W'komsalam Kak Nor...akhrinya JM tahu dari mana akak dapat nama Nor Roppongi ni heeeeeeeee
      Ok..begini...kalau kaka Nori nak reserved seat, bawak JR Pass tu ke kaunter shinkansen, tunjuk JR PAss pada staff di kaunter cakap pada dia destinasi mana nak pegi..cakap nk reserved seat dah boleh pilih jgak nak gerabak merokok atau tak..nanti dorang akan print tiket yg tertera no seat, no gerabak, jenis shinkansen dan waktu berlepas..pastikan masuk gerabak yg display 'reserved seat"

      Kalau kak Nori tak nak reserved seat, TAK PERLU pegi ke kaunter, just terus ke platform yang betul,masuk di gerabak yang tertera 'non reserved seat' dan boleh pilih mana-mana seat kosong..kalau kak Nori elum jelas..bagi tahu eh..JM leh tolong :-)

      Delete
    2. OK Tima kasih, so kalau bezanya...kalau unreserved seat nih kita yg ada JR Pass tu menonong jer pi tunggu kat platform utknaik train, tak payah activate kat JR Ofis mcm tu ker ?

      Delete
    3. Menonong?...mcm mana tu...ahahahah...betul tu kak Nori..terus je masuk ikut laluan sebelah autogate tu, show JR Pass to the staff...pegi ke platform..beratur di sign non reserved seat...pilih mana seat yg kosong..

      Delete
    4. Ok terima kasih sekali lagi, baru clear sket hehehe
      * Menonong tu maknanya selamba, kalau time jalan buat2 tak tenguk kiri kanan...sekira2nya mcm best jer ... ahaks

      Delete
    5. Ehh..Kak Nori jgn menonong je tau..perlu check dulu which train dan which platform risau nanti akak naik salah tren :-) dan bila dh clear baru menonong ke platform...ahaha..best pulak sebut perkataan ni byk kali..lebih kurang monolog lak heee

      Delete
  14. err.. JM, twofie tu ape eh?

    ReplyDelete
    Replies
    1. PM!!!! lama tak singgah sini...baru balik dari Koya ek....bestnyerrr
      Ahahah...dgr PM tanya pun dah nk tergelak hee...twofie bukan tufai atau tupai ek..ahaha..itu term baru Jm create sendiri kengkonon selfie berdua so jadi twofie....ahakssss

      Delete
  15. Dear..good job :) Full info..lepas nie Ezan kena wat plan nak g sana nie. JM kena cite semua tau hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dear Ezan jgak : ye..ye..boleh no prob...heee...

      Delete
  16. senang nak caj , mcm dlm bas korsortium taiping -hadyai boleh caj tepon ke apa2

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kak Nieda..sblum terlupe..alamat plzzzzzzzzzz heeeee
      Oh..dh bas konsortium pun ada kemudahan caj phone gak eh..itu sudah bagus :-)

      Delete
  17. Cam kenal je dua orang tu...Kerja Nahrim kan? Fikri dan Amri.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ha'a lah Ren..TEPAT sekali...kecik nya donia heeee

      Delete
    2. wow! untungla kenalan katanya~

      Delete
    3. Kawan John dan Ren..kawan JM jugak..tak giteww... :D

      Delete
    4. OMai JOHN pon kenal ke mereka berdua tu? Saya kenal gitew2 je hahahahaha... bukan kawan pon.

      Delete
    5. Alamak Ren, JM salah faham lah ni yek..ahahah...tak per la..kenal2 gitew2 dulu pastu baru jadi kawan rapat..yg penting ada keserasian :-)

      Delete
    6. lalalalalaa.. lai lai lai.. ( saja nak menyibuk orang2 famosu berborak.. hehehee.. kita ni tak ada sape kenal ) hahahaha..

      Delete
    7. TT Boy...ye lah tu tak ada orang kenal...biasanya org glamour mmg low profile hiksss

      Delete
  18. ooo fikri ke mamat yg zura ckp muka cm norman KRU tuh..hihihihih

    ReplyDelete
    Replies
    1. Zura!!..ha'a....Fikry nama nya..hait...jgn skodeng lama2 nanti En Abe maroh heeeeeee

      Delete
  19. ada penambahan rakan travel..ini sudah terbaik. Sudah berjam2 dlm flight pastu berjam2 lagi dalam train..fuhh jenuh tu..cepat skit update JM..hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Zila : ahahaha...kan..2 entry dah publish tapi tak sampai-sampai lagi kan

      Delete
  20. akan setia menanti seterusnya...
    nak amek pengalaman dan info b4 pegi ;-)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ye Ako...ok..ok..boleh2..nanti JM kongsi..so senanglah nanti Ako nk refer...Hai..dh ramai rakan blogger akan ke sana...lebih meriah skrg :-)

      Delete
  21. Mesti banyak belanja di Jepun ini....antara negara yang tercantik..berbaloi....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mas MKL : Byk ke tidak belanja bergantung kepada berapa lama stay kat sana..lagi lama lagi besar belanja nya..JM rasa semua org mampu..ala Mas MKL pun nanti dpt pegi dgn chenta hati tu...pegi time SAKURA tau baru best..nanti JM nk baca versi Mas pulak..boleh?

      Delete
  22. Niat di hati teringin tgk JM bergambar dgn Sama ada Fikry atau Amri? Pose maut ye...

    ReplyDelete
    Replies
    1. ahahahaha...hamoiiii.....pesal lah NIAT yang bebukan ni hehehehe..TAPI mmg ada pun..pose pose tu tapi kalau POSE MAUT tak boleh kongsi di sini nanti kena kutuk....nanti JM kongsi pose2 santai je...ahahaha GEDIKS kannn...

      Delete
  23. dah lama perhatikan blog JM nie. tak berani nak komen sebab malu. syok betul tengok JM pergi banyak tempat ! gamba pun boleh tahan cantik2. nanti kalau ada nak pergi trip mana2 ajak2 la. boleh ikut skali =p

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alahh..malu konon..bukan ker pernah komen dalam entri2 sebelum ni cuma dh lama x komen sini heee
      Malu katanya..meh tgk sikit..Wowww..u r a perfect man..so tak perlu malu2 tau..JM amat hargai kawan2 yg tinggalkan komen kat sini...JM tak malu pun nk komen blog Hang Dhamin tu, ke JM mmg muka tak malu hahahah

      Alaahh..nk ke join trip JM ni..trip yg tak havoc like TA tu heee..tapi kalau nk join sgt di alu alukan :-)

      Delete
  24. bestnya Jm dah jejak jepun.....good info.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam buat Leez yg comei tu : alaaa...nanti turn Leez ngan En Abe pulak ke sana...JM lak jelezz ngan Leez yg dah jejak New Zealan tu :-)

      Delete
  25. wargh!!! jelesnya naik bullet train!!! xpe2.. pai kena menabung lagi ni utk sampai..hahah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pai : Kalau nak naik bullet tren ni better beli JR Pass...lagi berbaloi...ada membar baru je balik 2 hari dari Jepun...dah simpan hasrat nak pegi lagi..pastu leh ckp nk kahwin ngan org Jepun...dasyat tak ahahaha

      Delete
    2. aah.. kalau xamek memang rugila..yeke..haha..dasyat2x..kena simpan tempat2 romantik ni p ngn soulmate..kena p tempat2 yg boleh adrenaline junkie dulu haha..sementara muda ni..esok2 tua xlarat dah haha

      Delete
    3. Pai : kalau dh tuo2 dah tak sesuai nk ke tempat ni semua...malu kat owang nanti...kena kutuk lagi ade kan..ofcoz lah..tempat romantik haruslah pergi dgn yg tersayang ..tul tak heeee

      Delete
  26. Salam..

    banyak akak nak kena mentelaah bab Jepun ni.. nak ke sana lah gamaknya... thanks for sharing dear.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wkmsalam, nampaknya JM dapat HIDU kak Yan nak ke sana..kan?kan?kan? hikss

      Delete
  27. Shinkansen! Shinkansen! Saya nak naik shinkansen!

    ReplyDelete
  28. Hebatnya train dorang siap ada tempat charge yer JM...

    ReplyDelete
  29. canggih train mrk . klu saya rugi rasanya klu tertidur . tak dpt tgk keindahan tpt org ... tapi klu dah letih , x kan nak sendal kelopak mata tu kan ...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cetusan minda..so pastikan tidur cukup sebelum naik tren canggih nih..jika tak rugi heheh

      Delete
  30. nice sharing JM ... details directionnya :)

    ReplyDelete
  31. teringin nak naik bullet train la :) ...

    ReplyDelete
  32. chop ... kawan JM tu bila tengok banyak kali, rasa macam tengok orang jepun lak. hehe :)

    ReplyDelete
  33. Banyak info dah sini...xyah google bnyak2 website...tq for sharing JM! #kipidap slalu -tetiba...hihi

    ReplyDelete
  34. JM memang legend lah...

    Sy tgh gigih study ni...

    ReplyDelete

Komen apa2 je!!!
Kunjungan anda akan di BALAS

NUFFNANG